Kalau dah follow, jangan lupa tinggal jejak :)

Click Click

Friday, 23 August 2013

RESEPI : MEE REBUS

Assalamualaikum..
Anyeonghaseyo kawan-kawan sekelian...
I bet mesti ramai yang minat makan mee rebus kan??
Well well salu kalo makan mee rebus beli kedai mamak lah..
Tapi kali ni decide nak buat sendiri la pulak.
so pada hari raya ke 5 maka terlahir lah mee rebus
yang di buat dengan air tangan Liya Von Jay...
Sebenar nya resipi ini di ambil dari resipi ibu
kepada chef wan iaitu cek Ani tapi Liya
ada buat sedikit olahan mengikut bahan yang ada kat umah ni.
Cara memasak pon berbeza sedikit sahaja..
So jom kita tengok bahan-bahan yang diguna kan :)


Bahan utk kuah :

1. daging (1/2 kg)
2.ubi keledek (5 biji)
3. Ubi kentang (4 biji)
4. Carrot (1 btg)
5. Udang kering (1 camca - di tumbuk)
6. Taucu - (2 1/2 camca)
7. Udang (100 gram)
8. bawang merah (5 biji- tumbuk)*
9. bawang putih (5 biji - di tumbuk)*
10. Halia ( sebesar ibu jari - ditumbuk)*
11. Lengkuas ( 1 inci - di tumbuk)*
12. Kacang tanah -(1 cawan-goreng kering dan di tumbuk)
13. Tomato - 2 biji

*separuh utk rebusan daging separuh lagi guna untuk menumis.

Cara - cara
1. Rebus daging sampai empok , masuk kan sedikit halia, lengkuas, garam dan aji secukup rasa.

2. Rebus keledek, ubi kentang dan carrot . Selepas kesemua nya sudah empok,
lenyek kan (guna lesung or blender tu terpulang, Liya guna lesung
sebab bajet nak jadi melayu tradisional )

3. Panas kan minyak dan masuk kan bahan-bahan yang di tumbuk tadi.
Kacau sampai naik bau...

4. Masuk kan udang dan kacau rata , lepas tu masuk kan air rebusan daging.

5. Tunggu sampai air mendidih then masukkan bahan yang di lenyekkan
(carrot, ubi kentang dan keledek)

6. Masuk kan kacang tanah dan tomato, Masuk kan garam dan aji secukup rasa
(kalo lepas rasa ok tu tak yah tambah dh)

7. Setelah kuah tu agak pekat leh la tutup api.

Bahan tabur (kuantiti mengikut citarasa masing-masing):
1. Taugeh
2. bawang goreng
3. Telor rebus
4. hirisan daging (yang rebus tadi tu)
5. cabai besar kaler merah dan hijau
6. tomato - potong dadu kecil
7. Daun sup dan daun bawang
8. Asam Limau...
9. Tauhu (goreng dan potong dadu)

Jangan lupa mee..Celor 1 bungkus mee ye kawan-kawan...


Ni lah mee rebus buatan Liya.. ^_^
Bahan-bahan yang comel semua dah kena timbus kat bawah ni...

Selamat mencuba yer kawan-kawan 


BYE!!




14 comments:

  1. sedapnya, akak hantar pinggan nak rasa air tangan adik akak ni boleh tak? heeee... *_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak farah kena dtg umah ni la. hehhee.. ^_^ saya buat special utk kak farah

      Delete
  2. cam sedap jer...nak sikit!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedappppp.. menjilat mangkuk.. ^_^

      Delete
    2. wakakakaka!!!!mesti slalu buat neh...hakhakhak!!!

      Delete
    3. ni 1st time la buat dik oii ^_^

      Delete
  3. dap dap..meh antar sini skit..

    ReplyDelete
  4. wah sedapnya,nanti nak try ni :)

    ReplyDelete
  5. sedapnya. iqa suka juga mee rebus nih

    ReplyDelete

Each Comment from u guys means a lot to me.. thanXX!!

Copyright© All Rights Reserved Lieya Von Jay's Heart