Kalau dah follow, jangan lupa tinggal jejak :)

Click Click

Wednesday, 28 August 2013

SENYUM LAH SIKIT.

Assalamualaikum..
Anyeong haseyo kawan-kawan.
Kat sini hujan lah !_! 
Malam ni leh tdoq sedap2 yay!!
Tengah hari tadi, di sebab kan gerai buah kat Arau tutup,
Liya dengan kawan pergi ke Kangaq utk cari buah.
Ntah pasepa hari ni memang craving gila-gila,
kalah orang mengandong walaopon perjalan pi balik mengambil masa dekat sejam .
Minyak pon nak sampai kat E dah tapi niat tetap di terus kan.
Kedai buah ni memang ramai orang .
Depa juai buah - buah potong, rojak, laksa, ayaq nyok.
Sapa dok Kangaq memang tau la sebab kedai ni
agak femes lah jugakkk.
Yelah berapa kedai ja pon kan yang ada ..
So masa dok menunggu nak mencalit kuah rojak di sengkung tu,
Ada la sorang mak cik tengah dok tunggu rojak.
Terdengaq dia merungut.
" Lama dah habaq tapi dapat kat orang lain dulu"
Pastu tiba dah giliran mak cik tu.
dia nak rojak dua bungkuih..
Si pembuat rojak tu, dengan muka xsenyum sikit pon
bertanya kat mak cik tu,

" Nak berapa tadi ?"

Mak cik pon jawab

" Dua bungkuih. lama dah habaq "

Sepantas kilat budak tu jawab 
" lama dah pon dah xdan nak buat, nak buat cena"
tanpa menoleh kearah mak cik tersebut.

dia pon kacau2 rojak tu siap bungkus dan bagi kat mak cik tu
tanpa melihat wajah mak cik tu dan buat muka macam taik.
Bila mak cik tersebut berlalu pergi ,
dia pon dok mengomel sendiri 
" nak cepat buat seniri la ! "
Aku menggeleng kepala ja...
Macam ni ka peniaga ?
Dah la muka sombong, senyuman mahal.
Tak sedaq ka pelanggan yang bagi rezeki kepada anda.
Kecuali la kalo pelanggan tu bersikap kurang ajaq.
baru la sesuai nak buat muka.
Dia tu baru umo 27 tahun. Mak cik tu pulak baya mak dia.
Apa salah nya mintak maaf kan?
Dia tu memang macam tu dah.
Dari dulu lagi sapa mai beli buah kat dia.
Mesti buat muka taik...
Mungkin dia pelanggan ramai so kalo setakat nak berbalah dengan sorang 
dua tu memang tak dak hal sangat .
Susah sangat kot nak senyum..
Heran kan.. so kawan-kawan..
Murah-murah kan lah senyuman anda itu.
Kerana senyuman kita lah yang membuat kan 
orang senang dengan kita.
Sekian!
Bye!





16 comments:

  1. bukan susah pon nak senyum kan...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. senang ja ...tapi buat payah ^_^

      Delete
  2. slalu mcm tu huhu x reti nak senyum. bukan susah pun senyum hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la .meniaga reti tapi nak senyum tak reti. ucp terima kaseh pon tak.. so hampeh

      Delete
  3. isk3.. masa tengah senang, buat la perangai mcm tu.. nanti, bila dah susah, baru dia tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.xsedaq Allah yg murah kan rezeki dia. skali Allah tarik balik hilang smua nikmat hidup

      Delete
  4. senyum tu kan sedekah:)

    eh eh geram jugak kalau jumpa orang macam tu,sabaq je la,huhu...

    p/s : suka la orang utara cakap,heee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.... geram ja nengok muka taik dia tu...

      p/s : ni tulis ja , kalao ckap lagi terok pelat nya . Dengaq balik suara sendiri pon rasa mcm , ee pelik nya . hehe

      Delete
  5. alahaiiii.. kesian mcm tu.. kalo kite mmg kite bisin.. xnak pegi kat situ lagi haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. kiter pon kadang2 ja pegi . 1 thun skali ada kot. hehehe

      Delete
  6. betull mudah2an peniaga tu sedar akn kesilapannya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 mcm tu tapi tak tau la tahun bla dia nak sedar,.

      Delete
  7. Memang kita cukup geram dengan orang yang macam ni..dia tak sedarkan rezeki dia datang kita-kita semua yang membeli tu..hmm..nanati kalau dah Tuhan tarik rezeki tu baru tahu..

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. sengeh pon leh ja asl kan boleh buat org senang dengan kita ^_^

      Delete

Each Comment from u guys means a lot to me.. thanXX!!

Copyright© All Rights Reserved Lieya Von Jay's Heart