Followers

TO BUY LIST FOR SEPTEMBER!

Assalamualaikum..
Anyeong haseyo beautiful people.
Sedaq tak sedaq lani dah pon penghujung bulan Ogos.
Dan ini bermakna bulan September akan menjelang tak lama lagi.
Sekarang ni pon dah counting days utk terima gaji.
Harap-harap duit itu akan muncul di dalam akaun
pada esok hari, InsyaAllah !_!
Tolong doakan ya!
Kalo esok tak muncul jugak makna nya Isnin  depan lah 
baru dia muncul maka jika perkara tersebut terjadi,
Segala perancangan yang telah di atur akan 
hancor berkecai dan bertapa lah 
di rumah pada 2 hari yang indah itu nanti...
Ok. enough mengarut. 
Now jom list down benda yang nak di beli utk bulan September
Check it out
1.selipar ( pakai kat opis )

Selipar aku yang di pakai hampir 5 tahun itu akhir nya putus jua.
Macam tak percaya kan ?
Tapi selipar ni memang tahan lama... so
lepas ni memang nak beli selipar yang sama jugak lah
so that 5 tahun akan datang baru dia putus.. 
btw, selipar yang dimaksud kan itu adalah jenama asadi. 

2. Pencuci muka 

Untuk bulan ni aku akan kembali menggunakan 
sabun oren keluaran FD beauty.
Sebab nya muka aku dah jadi hitam kes dok campoq
pencuci muka ikut dan tak tentu hala.
So now back to basic. 
Lagipon Perlih ni memang panaih tak mcm tempat lain.
Kulit ni kalo kena matahari ja setahun pnya dok jaga
dalam masa sehari ja leh rosak segala nya.
3. Tudung penutup minyak

Ni kes tertinggai masa pi beraya umah tok aku lah..
Aci tu boh minyak dia letak merata aku pon
tak perasan so... hilang.
Bila nak boh minyak plak baru perasan..
Berapa ringgit pon aku tak tau.
Tapi memang kena beli la pasai ada kawan kata bahaya..
4. Lipstick

Semua lipstick feberet dah nak habeh. 
lani nak pakai pon kena korek dengan eyeliner .
hampa penah buat dak ? kehkehkeh..
so nak kena order lah dulu.
Mak-mak menakan pon pakat dok berkenan nak jugak 
so nak order sedozen pastu juai kat depa ^_^
5. Pewangi kereta 

Wajib beli ni pasai dah kering kontang dah.
Bau pon ada kot hujung2 hidung ja...
Lama-lama dok biaq memang lasam la...
Dah habeh kot benda nak beli,
Hok lain-lain mengarut punya benda tu tak yah senarai kat sini..
Yang ni buat senarai pon pasai takut terlupa ja..
so kawan-kawan plak macam mana ?
Dah rancang ke untuk next month ?

8 comments:

  1. emmm..setakat ni xde lagi..tp kalau dah gi kedai..byk je brang mun beli :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahahaa.. akak pon sama.. brg2 ngarut tu sj xnak senarai sini ^_^

      Delete
  2. olo...tengah kering loni akak:)

    kalau ada wit banyak nak beli makanan aje...boleh?^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ja no hal la bab makan mesti di utama kan ^_^

      Delete
  3. Replies
    1. kena rancang awal nad . baru senang nak uruskan dt ^_^

      Delete
  4. itu dia.. org dah bekerjaya. ada list2 dia nak beli nnt.hehe

    ReplyDelete

Each Comment from u guys means a lot to me.. thanXX!!