Kalau dah follow, jangan lupa tinggal jejak :)

Click Click

Monday, 11 November 2013

KISAH KERETA

Assalamualaikum..
Anyeonghaseyo beautiful people... 
Mesti ramai yang dah tido kan.. Yang aku ni baru merangkak nak update.
Satgi pon nak tidoq jugak , mata ni dari petang dok sakit tapi tuan
badan ni pulak jenis gagah dok hadap komputer ni jugak...
Pulun siap pakai spek mata hitam apa ke jadah nya kan.. ^_^
Okey bukan nak cerita pasal ni pon..
Petang tadi la time balik kerja tu kan dengaq kat dalam radio hot fm.
Ada la sorang pemanggil ni dia kol nak cerita pasal sorang awek ni.
Rasa nya awek dia la kot. Dok berwhatsap dengan kawan dia, 
mengutuk-ngutuk laki tu pastu masa perempuan tu pi tandas kebetulan dia
tinggal semakphone dia dan laki tu secara tak sengaja terbaca benda yang dikutuk 
oleh perempuan itu dan antara ayat yang menyayat hati itu adalah 
" Dah la tak hensem , kereta pulak buruk" 
So bila perempuan tu dah kembali kat dia , lelaki tu pon kata 
jangan dok jadi talam sangat lah kan sebab depan laki tu pretend jadi baik.
Sebenaq nya laki tu sengaja bawak kereta buruk nak test perempuan tu ja.
So perempuan tu dah terkena lah kali ni... Padan muka kan..
Memang trend orang zaman sekarang kot pandang pada kereta ...


So nak ceta gak la pengalaman sendiri. 
Aku dah lama sangat putus dengan ex boyfriend aku..
Satu hari tu dia nampak aku kat satu kawasan tu kan dengan kereta.
Tapi aku memang lah tak nampak dia sebab dia memang tak hensem! haha.
Masa tu aku baru sangat ja beli kereta tu so nak di jadikan cerita ex aku
ni terjumpa dengan seorang kawan aku ni...
Pastu dia pon cakap kat kawan aku...
" Liya dah ada kereta, Dia tak mau dah la kat aku"
Well Hello.. Actually aku dah lama tak mau kat hang. 
Sebelom aku beli kereta lagi so mau tak mau tu tak dak kaitan langsung dengan kereta,
Jantan ni kan dia tak ingat kot time aku start kenal dengan dia dulu dia naik kapcai ja pon.
Ada ka aku kesah ? Tak pon kan.. 
Bila hang dah beli kereta hang mula nak jadi playboy tu sapa yang suruh.
so takkan aku nak jadi bodoh nak tunggu hang....;
Oppssss... teremo sudah.. kejadian ni dah lama berlaku..
si jantan pon dah berkahwen dah dan aku langsung tak frust.
Malahan aku bersyukur sebab tak di takdirkan utk dia. hahahhaa..
Saja cerita kat kawan-kawan semua tentang kisah ni sebab nak tunjuk kan betapa
kereta ni memang memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian.
Bagi aku lah kan.. ada kereta atau tak dak kereta itu bukan ukuran ..
Yang penting hati tu baik dan ada rasa tanggungjawab..
Sekian ...

17 comments:

  1. betul tu lieya...ada tak ada sama sja.dulu pun kitaorang mula dari bwh.jalan kaki,naik,bas pastu up skit beli moto and then skrg udah ada kereta :)

    ReplyDelete
  2. betul betul betul, tapi lelaki sekarang banyak pun macam 2 lieya , pantang nampak perempuan berdahi licin n ada aset mula la , kalau perempuan 2 jeniss biasa n x da pa jangan harap nak pandang kan... ha aha pagi2 dok emo apesal ni.... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan lelaki ja la.. sama ja dua-dua jantina pon tapi yang paling menyerlah gila kereta tu perempuan la.. dan lelaki plak berpendapat perempuan ni nak kat dia kerana kereta ja. bukan sbb lain.

      Delete
  3. ish tu la. suka sgt pandang kereta. apa pon tak tau lah yg dipandang sgt. ada ka tak dak tak jadi masalah pun rasanya. haih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. materialistik... ada kereta lawa boleh la nak menayang kat kawan2 semua
      cetek nya pemikiran

      Delete
  4. yup betul tu..
    orang sekarang ni pandang harta je.. padan muka ex akak tu.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ex akak tu ingat akak ni sama dengan pempuan2 yang dia dok usung tu la kot. bodoh

      Delete
  5. Ramai je yang macam ni sebenarnya kat luar sana Lieya...lelaki mahupun perempuan..lelaki demanding perempuan maybe materialistic ..so macam kena je lah ya..he..he

    ReplyDelete
  6. Aikk...tadi tak boleh komen la boleh pula. Magik...ahahhaaa....

    Kereta bagi akak penting sebab memudahkan kita kan. Tapi bagi sesetengah orang kereta melambangkan status, lagi besaq kereta depa lagi tinggi status depa...kononyalah kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia jadi yg google plus pnya kot kak. saya buang dah tu jadi mcm ni balik... betul la kak utk kemudahan tu saya memang setuju sangat tapi kalo smata nk menunjuk memang tak la kan :)

      Delete
  7. Masa kak ina kawen dulu pun takde kereta...pastu bila dah beli kereta, kereta lama...tetiba ekzos tengah jalan..kehkehkeh...kelako je kalau ingat masa tu...

    ReplyDelete
  8. kalo seseorang tu pandang material, mmg susah nak cari cinta yg pure honest..

    ReplyDelete

Each Comment from u guys means a lot to me.. thanXX!!

Copyright© All Rights Reserved Lieya Von Jay's Heart