Followers

SHARBAT GULA - NATIONAL GEOGRAPHIC

Assalamualaikum.
Anyeonghaseyo beautiful people.....
Selamat berhujung minggu utk semua. 
Hari ni masa tengah surf internet , i came accross this beautiful picture.
Actually dah lama notice gambaq ni tapi tak berkesempatan untuk kongsi kat sini..
Rasa nya dah ramai yang dah familiar dengan picture kat bawah ni kan...

Gadis ini di gelar " Afghan Girl"
Gambar di atas di capture oleh seorang journalist , Steve McCurry pada Dec 1984.
Gambar nya telah di jadikan cover majalah National Geographic issue June 1985.
Masa gambar ini di ambil , gadis ini berada di kem pelarian Pakistan .
Kampung halaman nya telah di hujani dengan peluru oleh kesatuan Soviet yang telah mengorbankan 
kedua ibu bapa nya., adik beradik nya dan nenek nya telah di paksa memanjat gunung
untuk ke kem Nasr Bagh Refugee Camp yang terletak di negara jiran iaitu Pakistan.
Gambar nya menjadi kegilaan ramai hampir sama popular dengan potret Monalisa yang di hasilkan oleh Leonardo Da Vincci 


Kalau di teliti dari wajah nya penuh dengan perasaan yang sukar utk di gambar kan.
Mata yang bersinar penuh dengan dendam dan penderitaan .
Hanya dia dan mereka yang turut menderita dengan nasib hidup yang sama sahaja yang tahu.


Ramai yang tertanya - tanya tentang identiti gadis di dalam gambar yang menjadi pujaan ramai itu.
Adakah dia masih hidup? Siapakah dia? Di manakah dia sekarang ?
Persoalan ini telah merangsang pihak National Geographic untuk mencari gadis ini .
Steve McCurry jugak turut serta dalam proses mencari kembali gadis Afghan ini. 
Akhirnya mereka berjaya mencari gadis tersebut dengan menggunakan gambar diatas.
Salah seorang lelaki yang pernah tinggal di kem yang sama mengenali gadis tersebut.
Dia telah pun meninggalkan kem tersebut dan tinggal bersama keluarga nya di Pakistan.
Akhirnya selepas 17tahun persoalan telah pon terjawab.


Gadis Afghan tersebut ialah Sharbat Gula. 
Dia masih ingat gambar nya di ambil tetapi tidak pernah menyangka yang gambar tersebut 
menjadi pujaan ramai. 
Sharbat seorang wanita yang agak pemalu dan muslimah yang taat pada agama.


Sharbat Gula telah berkahwin dengan Rahmat Gul semasa berumur 16 tahun.
Menurut abg nya , Hari perkahwinan mereka berdua adalah hari yang paling
menggembirakan dalam hidup Sharbat.
Mereka dikurniakan 3 cahaya mata iaitu Robia 13, Zahida 3 dan Alia 1.
Anak ke 4 meninggal dalam kandungan.

Sharbat berharap anak-anak nya akan mendapat pendidikan yang tak dapat di habiskan oleh nya.


Setakat ini sahaja buat kali ini ... TQ for reading 
bye!!

P.s :Terpesona sangat melihat mata Sharbat Gula... Apa pandangan anda semua ?
Apa yang anda dapat tafsirkan bila melihat gambar Sharbat gula ini ?

Ok









12 comments:

  1. I see pain beneath her eyes, and mata dia memang cantik. I love the color :)

    ReplyDelete
  2. subhanaALLAH cantik mata dia.. hebat dapat pertemu kembali

    ReplyDelete
  3. terlihat kepedihan dadalam matanya yang cantik. ALLAH. ada yang lebih sukar kehidupannya berbanding kita :)

    ReplyDelete
  4. subhanallah... cantik

    Boleh jenguk mama di sini.. Mamaniza.com

    ReplyDelete
  5. jelas penderitaan terpancar di wajahnya..

    ReplyDelete
  6. Wajah penuh misteri...thanks lieya for the sharing..kita pun pernah terfikir at one time siapa dia sebenarnya..at least dah kenal sekarng..she has beautiful eyes...

    ReplyDelete
  7. mata yang penuh dengan pelbagai perasaan, mungkin?.. kesdihan, kepayahan, kekuatan?..

    ReplyDelete
  8. Mata dia cantik tapi kelihatan dipenuhi dendam... Gambar terbaru dia nampak sangat wajah melebihi usianya.

    ReplyDelete
  9. mata dia menceritakan 1000 kisah.. tapi menakutkan

    ReplyDelete

Each Comment from u guys means a lot to me.. thanXX!!