Kalau dah follow, jangan lupa tinggal jejak :)

Click Click

Sunday, 30 June 2013

ETUDE HOUSE CC CREAM GLOW AND COTTON FIT BB CREAM

Assalamualaikum...
anyeong haseyo everyone.. ^_^
i am back with product review. yay!
So for today.... 
Its a review about 
Etude house product that is 
CC cream *glow*

and
Precious Mineral BB cream cotton fit  *W13-natural beige*



cc cream dan bb cream ni amat sesuai bila di pakai bersama... 

kat atas ni muka saya yang kosong 
tanpa secalit bb cream..
pencahayaan indoor..


yang ni pulak wajah saya selepas sapu cc cream..
Di sebab kan muka saya ni tak dak lah cerah sangat,
pakai cc cream sahaja tidak memadai... ^_^

Kebaikan cc cream :
1.anti penuaan 
2.Melegakan stress -  stress kat muka ja ok 
3.Menghidrasikan kulit.
4.Memutihkan kulit.
5. Pelindung dari sinar matahari.
6. Mengembalikan tona kulit yang sekata.
7.Melembut kan tekstur kulit
8. Membuat kan kulit wajah kelihatan berseri.. 

Semua nya 8 in 1 benefit ok ?
so boleh la cuba mana tau berkesan utk kulit kamu semua ..



So untuk mendapat kan coverage yang lebih,
saya sapu bb  cream di atas lapisan cc cream tadi.
Benefit bb cream ni xyah cite la kan..
satu dunia pon dh tahu. ^_^
So begini lah hasil nya..
Cara nak sapu tu dengan menepuk-nepuk 
krim tersebut di atas muka saya... 
Untuk coverage yang lebih..
anda boleh jugak sapu dua lapisan bb cream ...
Selepas siap sapu saya terus mekap mcm biasa...
(lipstick, blusher,eye liner, eye shadow)
without compact or loose powder..
sebab kalao letak powder lagii
akan terserlah lah kelutongan wajah saya ...

so macam manakah hasil nya ??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tada !


Beginilah hasil nya apabila siap complete dgn mekap.
Yang gambar pencahayaan outdoor.
Basically saya memang suka bb cream dan cc cream ni..
Tapi satu ja tak suka sebab silap pilih shade ..
Saya rasa W34 honey beige tu lebih sesuai dengan saya..
Yang ni buat muka saya jadi macam tepung gombak sikit...
Apa-apa pon sangat berpuas hati dengan product ini...


Berminat ???
Boleh ja cari kat kedai2 etude house berdekatan anda,
atau kalau nak harga yang lebih murah,
Boleh lah order dengan saya... ^_^
Pm me at mystique3298@gmail.com..
Will give u the best price in town !!
ok lah.. setakat ini sahaja coretan saya utk hari ni...

Thanxx so much for reading! 
bye!!















Monday, 24 June 2013

DI TEPI PANTAI YANG INDAH

Assalamualaikum.. 
Anyeong haseyo beautiful people.
Liya here !
Skrg nak kongsi gambaq2 saya dan adik2
masa pegi umah mak cik kat Nibong Tebal, Penang .
Masa kami semua pi sana ,
Mak cik bawak kami pi pantai Batu Feringgi ok . 
So pagi2 lagi kami dah bersiap sedia.. 
Utk hari tersebut , saya telah 
meminjam tudung makcik. 
Tudung ala2 faridah ni saya suker sesangat.
Berlainan dr tdung2 instant yang lain.. 
Mak cik siap tolong seterika lagii .
Baik kan mak cik kiter .. hehehehe

haaaa.. dah pon smpai kat pantai.. 
Ni lah antara ahli2 yang pergi 
pada hari itu.. 
sorang lagi tinggai kat umah..
dia seniri xmau ekot. Rugi kan.

sapa yang amek gambar tu ?
Aha.. dah tentu lah mak cik.. ^_^





Yang baju kuning mustard tu la mak cik .. 
Mak cik kiter vouge kan. hehe
Mak cik adalah adik mak kiter yang paling bongsu.
Umur dia tua 3 tahun dari kiter tapi
so kami pernah membesar bersama dan
mak cik telah memainkan peranan sebagai mak cik
sejak kecik lagi.


Kami mai sini pon sebab nak amek gambar ja.. 
Ini adik aku yang ke 3. 


Tengok muka mak cik garang kan.
hehe..


Ha kat sebelah tu ada uncle ni dan family
tengah berpicnic.
Sonok pulak tengok  budak2 buat sandcastle..
Mak cik kata nanti kalo dia ada anak
kita bawak anak dia mai main.
Kita pon main skali.
Sebab kecik2 dulu tak penah sempat nak main ,
Sedaq dh besaq cm ni

Gambaq ni uncle tu lah yg ambil.
Dia seniri yang offer diri... 
Tq uncle..



Suasana pantai yang best..
Ada pulak yg ber camping kat sini,



Kami 4 beradik ...
Kesian Zahirah tak ekot.
Next time bawak dia pulak..


Tengok tu ombak memukul pantai
Masa ni memang ayaq pasang gila2.
Syok kalo dapat mandi manda




Ni adik aku yang bongsu.
Nama dia pon Su

















Siap2 amek gambaq tiba masa nya utk balik.
Bas kat belakang ni igt kami nak naik bas.
hehehhee.. Padahal kami dok posing tepi ni



Feeling dgn bunga2 kuning yang gugur,,
Di sini agak terserlah kebulatan aku,,
hehhehee,,,


Ini dia bukti yang kami pi kat Batu Feringgi.
Posing kat sini sebelom balik
Mak cik jadi jurukamera
Lepas pi pantai ni,
Terus ja kami pergi bershopping kat 
Queens bay..
Next time nak pi pulak umah mak cik..
Sebab best!
Mak cik nanti kan kedatangan anak menakan
mak cik yang comel2 ni yer..

until then.. 
Have a nice day!

Sunday, 23 June 2013

BANGUDAE PETROGLYPHS , DAEGOK-RI , ULSAN , SOUTH KOREA

Assalamualaikum...
Anyeong haseyo beautiful people...
Selamat berhujung minggu..
Di sebab kan tiket nak ke Korea melalui Busan 
lebih murah dari melalui Seoul,
i decided to survey tempat-tempat menarik di Busan.
And then i found this beautiful yet fascinating place 
which is call Bangudae Petroglyphs...

So.. apakah tempat yang bernama Bangudae Petroglyphs ini ??
Well tempat ini adalah tempat tinggalan sejarah 
di mana terdapat ukiran pada batu2 di lereng2 bukit .
Ukiran batu ini dipercayai merupakan ukiran
 yang wujud 10000 tahun sebelom masihi.
Tinggalan sejarah ini di temui oleh 
sekumpulan pelajar Dongguk Universiti pada tahun 1971.
Semenjak itu , ukiran batu ini menjadi salah satu asset paling
berharga bagi Ulsan, Korea Selatan,
dan merupakan National treasure no. 285 pada tahun 1996.

Petroglyphs adalah ukiran binatang atau 
bentuk geometri lain yang di ukir di atas batu..
Ukiran batu ini terletak di seberang tasik buatan manusia di Sungai Taehwa. 
Di sebab kan pertambahan air hasil dari pembinaan empangan , 
petroglyphs hanya dapat di lihat semasa musim kering
di antara bulan Oktober hingga February.


Di sebab kan Sungai Daegok menghalang pandangan yang jelas 
untuk melihat ukiran ini, model berukuran 6m lebar dan 3m panjang 
di letak kan bertentangan dengan Bangudae Petroglyphs 
untuk memberikan pemahaman kepada pelancong 
tentang keunikan seni zaman pra - sejarah..


Jumlah ukiran yang terdapat di kawasan ini
adalah lebih kurang 200 jenis ukiran.
Ukiran tersebut terdiri daripada haiwan darat
 (rusa, harimau, babi hutan dan sebagai nya) 
haiwan laut (paus, anjing laut dan penyu) ,
bot dan juga nelayan....


Bangudae Petroglyph juga adalah gambaran penting
  yang menunjuk kan aktiviti berburu dan 
seni Keagamaan masyarakat pra sejarah Korean
 dan merupakan petunjuk penting tentang cara hidup
dan peraturan masyarakat pra sejarah di zaman dahulu kala.


Teropong di sedia kan di tebing-tebing tasek ini,
untuk para pengunjung melihat 
ukiran tersebut.


Kalo hampa pernah tengok ceta Korea 
bertajuk " May Queen" mesti familiar
dengan tempat ni sebab ada adegan dating 
yang di shoot di sini..


Hoping one day kalo murah rezeki
dapat berjalan-jalan kat Korea ni..
InsyaAllah sampai lah aku di sini.. ^_^


Utk maklumat lanjut bolehlah terus ke laman web
Korean Tourism ... 
ALrite guys, thanks a whole lot
for taking your precious time to read this...
Until then!

Bye !

picture & information sources : Korean Tourism website








Friday, 21 June 2013

SELAMAT HARI JADI KAKAK GUNAWATY ..

Assalamualaikum..
Anyeong haseyo beautiful people.
Hari ni mood menulis menjadi - jadi la..
So sebab ada mood ni kenalah tulis bebanyak yer.
untuk cover balik kemalasan yang melanda 
tempoh hari...
Ini lah dia kek yang special utk hari ni.. ^_^


Fruit cake from secret recipe. 
Miss Lee cakap kek ni sebijik RM120 so kena 
makan sekali dgn pelapik dia sebab mahal.. :)


Ini dia birthday girl kita hehhehe..
Kakak Gunawaty..



akak dah bersedia nak tiup lilin dan make wish...
tengok akak pakai baju comel gila hari ni.
Liya pon teringin nak beli baju yang cenggini 
tapi yang tangan labuh punya la... 


Ok dah pon sampai masa memotong kek.
Kek buah ni sangat lah lembut okey..
sooo masa nak potong agak hancur dan lebur..
because kat tengah2 kek ni pon ada buah2 jugak 
tapi kesedapan dia tu memang mencerna
tunas2 rasa... :)

Okey... thats it sebab ni ja gambaq yang ada.
Gambaq time makan tak sempat
sebab semua orang lapar dooh sangat2 dah...

To kakak :
Selamat hari jadi &&

P.s : Pic kurang berkualiti sebab guna kamera handset aku yang cabok.. ^_^

OLE - OLE FROM OUR BELOVED MISS LEE ..

Assalamualaikum...
Anyeong haseyo beautiful people..
2 weeks ago, our beloved Miss Lee
aka anak taukey syarikat pergi
melancong ke Australia ..
So kami rakyat jelata sangat lah gembira 
apa bila dia pulang membawa balik
ole-ole yang di nanti kan..
Last 2 years dia pergi dia ada 
bawak balik buah ceri segar, 
key chain kangaroo dan jugak nougat ..
Tahun ni ?? apakah ?


Ini lah dia.... Nougat kegemaran saya, 
coklat dan jugak losyen!
Yang paling awesome itu adalah losyen @ 
Lanolin Creme...
Nanti saya akan buat review yang berasingan
untuk losyen yang ohsem ni yer.
Kesemua nya telah selamat masuk
ke dalam ruangan kecil perut saya .
yang tinggal hanya lah losyen sbb xleh makan..
hehehhee.. okeys.. 
Thanks for reading guys!
Semoga heppy dan sukses selalu
Bye!

MY BEST FRIEND WEDDING : WARDAH

Assalamualaikum...
Anyeonghaseyo beautiful people... 
Wah semenjak dua menjak ni.
Memang malas sesangat nak update blog..
Banyak sangat cerita2 yang tertunggak
yang ingin Liya kongsikan dgn anda sekelian.. ^_^
Tanpa membuang masa lagii.
Saya nak kongsikan gambar sekitar hari 
perkahwinan sahabat baik saya iaitu 
Nur Wardah Hanim dengan pasangan nya 
Edy!!
Tarikh perkahwinan mereka adalah pada 
1 Jun 2013.

As always kalo pegi kenuri mesti roger2 jard!
Dia ni one of my best friend and kenal since 
Sek Teknik.
So agak2 dalam berapa tahun dah yer...
Lebih dari 10 tahun la.. 
since tuan belog pon memang dah kerepot.^_^
Aku dgn wardah masa form 4 dulu dorm mate
dan jard pulak dorm mate wardah 
masa form 5.. 


Pergi kenduri ni of course la dgn adik2..
Hari sebelom nya ada kenuri tahlil
umah tok aku utk arwah tok wan.
so di sebab kan umah tok aku dgn ja dgn umah 
wardah ni jadi aku tdoq umah tok
aku malam tu so pagi xyah rush jauh2 nak pi kenuri. @_@



Lepas meranggos kami tunggu pengantin kat tepi tangga ni..
Tapi sebab org dok lalu lalang 
kami alih kedudukan dok kat kerusi pulak,
masa ni pengantin tengah makan. ^_^

Penat jugak lah menunggu pengantin..
Memang letih jugak tapi kena tunggu,
sebab kawan kiter kawen sekali ja kan... ^_^




Eh2 jumpa cik Mas pula..
Cik Mas ni kawan masa kat Poli dulu.
Dia sepupu sepapat Wardah jugak.
Sangat kecik kan dunia ni..



Ha tudia pengantin dok tengah makan pandangan belakang ^_^

Hah ni tuan handset .. 
Maklum la handset kita ni tak canggih kan...

 u
Cantik dak bunga niii.
Hiasan ni kat pintu gerbang nak masuk umah pengantin.. 
Shomel kan ??

 Pengantin kita makan pandangan hadapan..
Sekali dgn cameraman dia pon masuk dalam gambaq

Haaa.. pengantin dari pandangan tepi ..
Macam lukisan kejuruteraan pulak kan..
Semua sudut pon ada ...



Yay! Ini lah dia pengantin kita,,
Wardah dan Edy...
Dulu masa keja kat Shah Alam ,
kalo nak g dating tu salu ja time balik berjanji nak masuk umah sama.
Alhamdulillah mereka berdua sampai ke jinjang pelamin
setelah menempuhi pelbagai rintangan.



Yay ini kiter dgn Wardah.
Tak banyak sangat gambaq yang di ambik dgn pengantin
sebab al maklumlah pengantin kan.. 
Memang lah busy..
Kawan-kawan dia pon ramai since
dia masih belajaq lagii.. 
tapi tinggal satu sem lagi lahhh..
Sebab terlampau segan dgn kebanjiran kawan-kawan dia ..
Aku terus mengundur diri utk pulang ..
Terasa sedikit awkward sebab aku 
tak kenal pon kawan-kawan dia yang ramai itu..



Sebelom nak balik terjumpak pulak dengan Huda..
Huda ni pon dorm mate aku jugak masa
form 4 sek teknik dulu2 jugak..
Sekali dgn wardah jugak la...
Lama gila xjumpa i think sejak SPM kot.
Memang lama gila la sedekad ada la..
Sampai dia xkenai dah aku neh..
Al maklum lah lemak2 dan isi dah bertambah lebih 
20kg dari zaman sek menengah dulu ^_^



Love is in the air.. 
Bila pulak turn saya ni yer?
hehehhee... Insya Allah bila jodoh sampai.
Akan di war - war kan di sini jugak ye..
Just tungguuuuu...



okay! done with the photo...
I hope both of my friend will be happily ever after
till the end of time... 
Amin..........

upload 1 gmbaq perasan yer..^_^
okay! thats all for now dear2 sekelian...
Thanxxx for reading!!!
Lover always!
Lieya  Von Jay





Copyright© All Rights Reserved Lieya Von Jay's Heart