Kalau dah follow, jangan lupa tinggal jejak :)

Click Click

Wednesday, 31 July 2013

YAY! HARI NI ADA JAMUAN BERBUKA PUASA !_!

Assalamualaikum...
Anyeonghaseyo everyone....
Hari ni Liya and the gengster sekelian akan bersantap
sajian buffet di Hotel Seri Malaysia... 
Selepas beberapa tapisan, kajian
dan perbandingan harga di buat akhir nya
Hotel Seri Malaysia yang menjadi pilihan.. ^_^
Mula-mula tu memang nak pi sini,
tapi tiba-tiba ada sorang pak cik ni umah dia kat Kuala Nerang.
Jadi nak balik dari Kangaq kata nya jauh la.
(kak Nurul pon org Kola Nerang tapi boleh ja attend)
So kami pon cuba lah cari hotel-hotel
yang menyediakan buffet kat negeri kedah pulak..
Malang nya kebanyakan nya harga utk 1 kepala MAHAL.
Harga dalam lingkungan RM45 - RM60.
Ada yang murah tu tapi menu dia kurang istimewa.
Setakat teloq masak lemak kat umah pon leh buat.
Tak payah nak berlarak pi jauh-jauh nak makan..
Betoi dak ??
Pastu dah tak jumpa kat Kedah so
kena pilih Hotel Seri Malaysia jugak la... amin
lega sebab dekat dengan umah aku .. hehehe..
Geng2 yang tak leh pi makan kat hotel ni
depa akan makan kat atas Kuari .
Makanan ala-ala kenduri la kot.
Nak tau dak berapa harga untuk satu kepala utk malam ni??
RM38nett - dewasa 
RM25nett - kanak -kanak
Murah kan ???
Tapi kalo kat Perlis ni memang murah pon...
Hotel-hotel lain pon harga yang lebih kurang saja.
Contoh nya :
Putra Palace , Dewasa - RM35nett, kanak-kanak - tak ingat :)
Putra Brasmana , Dewasa - RM32 , Kanak-kanak - RM18
Haaaa.. murah kannn.. Mana nak dapat murah macam ni ?

Hanya di Perlis sahaja.. ^_^



Ni lah senarai makanan yang akan masuk
ke dalam belly comel Liya.. hehehee..
So kena make sure pakai baju yang longgaq2
untuk menampung kebuncitan perut selepas
bersantap malam ini..
Semua makanan ni Liya tengok berasas kan
resipi makanan indonesia ..
Memang best la sebab tak pernah lagi makan
makanan indonesia niii.hehhee
Sekali sekala kita jadi perak buih ^_^
Kalao memang sedap gila bulih la mai makan lagi kat sini
di hujung-hujung Ramadhan...
Anyway malam ni Liya update k...
Until then, have a nice day Everyone!
Bye!



Monday, 29 July 2013

RESIPI : YONG TAU FOO

Assalamualaikum...
Anyeonghaseyo beautiful people...
Masih teringat-ingat lagi rasa Yong Tau Foo
yang Liya makan kelmarin...
Sedap dan puas hati sebab buat sendiri..
Kalo la dari dulu lagi cuba resipi ni kan bagus..
Sebelom ni ingat macam susah je nak buat Kuah Yong Tau Foo.
Thats why la selalu beli jaaa.
Dah tu kalau beli memang mahal la kan.
Baru ja ambek dua tiga ketol dah kena beringgit.
Kalo buat seniri memang lebih jimat la...
Aiii tiba-tiba rasa kecur air liur dah bila teringat.
Kawan-kawan nak cuba ???
Meh nak bagi resepi... ^_^
Resipi asal saya ambil dari website my resipi...


Resipi kuah Yong Tau Foo.

Bahan -bahan :

1. Cili kering (10 tangkai - nak pedas boleh tambah)
2. Gula melaka (2 - 3 ketol -gula melaka kecik comel.
kalo gula melaka yg besaq gedabak tu guna seketol atau 2/3...
3. Tepung jagung (2 sudu kecil)
4. Air (300 ml)
5. Belacan (sebesar ibu jari)
6. Bijan (2 sudu kecil)(Goren tanpa minyak)

Cara - cara
1. Goreng cili kering dengan api yang sederhana sehingga garing.
2. Blender cili yang di goreng tadi dengan sedikit air dan belacan
3. Panas kan air bersama dengan gula melaka.
4. Apabila mendidih , masukkan cili kering goreng yang di blender tadi.
5. Masuk kan garam dan aji secukup rasa.
6. Guna kan tepung jagung untuk memekat kan kuah nya.
Tepung jagung bancuh dengan air sejuk yer... 
7. Tambah kan gula pasir untuk menambah kan kemanisan.
8. Bila dh nampak siap jadi pekat mcam beli kat kedai tu,
masuk kan bijan yang di goreng tadi... Selesai....^_^

Yummy yummy....
Untuk bola-bola tu hampa leh ja pilih yang hampa suka.
bebola sotong , bebola ketam, sotong, fishcake,
macam-macam lah... 
Jangan lupa kangkong yer...
Penambah selera tu...



Haaaa,, Nendia... Apa macam ada sedap tak ??
Jangan ketinggalan untuk mencuba resipi niii.. LAZAT!

Selamat mencuba ye kawan-kawan bye!






RESIPI CUCUR BADAK.

Assalamualaikum...
Anyeong haseyo beautiful people....
Dua hari lepas , Liya ada cuba buat cucoq badak..
The result : Succeed!
Even baru 1st time buat, tapi SEDAP..
Memang boleh buat jual letak kat kedai ^_^
Perasan ja kan, asal buat sedap ja nak jual.
Well so sekarang Liya nak kongsikan resepi tu
dengan kawan-kawan semua.

Bahan-bahan :
1.Bawang putih (3 labu)
2.Bawang besar (sebijik)
3.Serai (2 btg)
4.Jintan manis (2 sudu kecil)
5.kelapa parut(separuh biji)
6.Cabai kering blender (2 senduk)
7.Udang kering (kalo suka boh banyak , kalo tak suka boh sikit)
8. Minyak utk memasak.
9. Ubi keledek (5 bijik )
10. Tepung Gandum (secawan - boleh tambah ikut kesesuaian)
11. Garam, gula dan aji secukup rasa.

Cara - cara :
1. Kupas ubi keledek , rebus sampai lembik. Lenyek kan dalam mangkuk.
Tambah kan tepung gandum dan uli. Tapi jangan bubuh banyak sangat
takut bila goreng jadi keras.

2. Bahan 1,2,3,4,7 Di tumbuk bersama-sama.

3. Panas kan minyak dalam kuali. Masuk kan bahan-bahan yang di tumbuk tadi.

4. Setelah bahan-bahan yang di tumbuk tadi naik bau, masuk kan
cabai kering yang di blender. Masak sampai pecah minyak...

5. Masuk kan garam, gula dan aji secukup rasa. Kalo nak rasa dia kurang pedas,
gula tu letak lebih sikit.

6. Masuk kan kelapa parut dan kacau sampai rata dan sebati.......

Siap... so inti dah ready.. kulit nya pon dah ready..
boleh lah mula masuk kan inti tu kedalam adunan ubi,,
Macam biasa buat bulat-bulat ye.
Then bila dah siap boleh lah goreng...
Inti tadi boleh jugak di guna kan untuk buat SFERA.


Nendia cucoq badak !
Sedap!!!! Cuba lah yer...
Bye!








Saturday, 27 July 2013

RESIPI LAKSA UTARA VERSI LIEYA VONJAY

Assalamualaikum ....
Anyeong haseyo kengkawan sekelian....
Apa macam puasa hari ni ?
Nanti berbuka masak yang sedap-sedap yer..
Liya pon sama. Kat umah hari ni ada buat LAKSA tau...
Sapa suka makan laksa , hands up please...
Cepat-cepat nak kira , kalo tak ramai
tak mau lah tulis resipi niiii... ^_^
1,2,3,4,5................10,000000
Wah memang ramai lah yang suka laksa...
Laksa memang makanan feberet Liya sejak kecik lagii..
Kalao ada laksa , tak makan nasik pon tak pa dah..
Makan tu kalo tak kembung memang tak berenti..
Ok now! Jom kita pakat-pakat salin resipi
yang Liya nak bagi niii.. ^_^



Bahan - bahan utk Kuah...

1. Ikan (1 kg - kalo nak buat lagi banyak kuah nya tmbah lagii )
2. Belacan ( Besaq ibu jari)
3. Cabai kering (10 biji- boleh tambah kalo nak lagi pedas
4. Bawang besaq - 5 labu
5. Sardin (nak boh tin kecik @ besaq ekot suka )
6. Asam keping - 3 keping.
7. Daun cenohong , bunga kantan

Cara - cara :
1. Rebus ikan
2. Siap rebus air nya sejat masuk dalam periuk yang lain .
3. Asing kan isi dengan tulang ikan.
4. Blender belacan , cabai kering, bawang(4 labu) dan ikan sekaligus.
Kalo tak muat buat dua kali .
Siap blender tuang dalam air rebusan ikan tadi.
5. Blender sardin dengan bawang(1 labu)
Tuang dalam air rebusan jugak..
6. Blender tulang ikan tadi sampai hancoq.(Jgn lupa tmbah air )
siap blender tapis dan masuk kan air tulang ikan tadi
kedalam camporan air rebusan dan lain2.
7. Masak atas api sampai dia menggelegak.
8. Masuk kan garam dan aji secukup rasa.
9. Masuk kan bunga kantan dan daun cenohong .
10. Agak-agak dah masak tutup api yer...

Ulam - ulaman :
1. Daun Selom
2. Bawang besar
3. Timun.
4. Cabai burung.
5. Asam Limau
6. Telur

Laksa pulak ikut suka nak guna yang kecik atau yang besaq tu terpulang.
Liya suka laksa kecik sebab senang nak telan...
Jgn lupa mencuba resipi ni yer..
Senang cepat dan mudah..
Yang penting kena pandai mengolah mengikut
citarasa sendiri..

Ok guys!
thanxxx for reading!!

RESIPI SIMPLE MAKARONI GORENG

Assalamualaikum....
Anyeong haseyo beautiful people....
Pernah makan makaroni goreng tak ?
Sedap kan ... so hari ni Liya nak kongsi resepi mudah.
Makaroni Goreng.. 
tada!!


Rupa parasnya cm ni tapi rasa dia terangkat habis. 
Memang sedap... ^_^
So tanpa membuang masa lagi ..
Jom tengok resipi dia..

bahan - bahan :
1. Makaroni(bentuk apa pon takpa)
2. isi ayam/tulang ayam (ikut suka)
3. bawang putih & bawang merah (utk menumis)
4. Kicap cair  (masin)
5. Kicap pekat (masin/manis - kalo nak nampak gelap)
6. sos cili & sos tiram,
7. Cabai serbok / cabai kering /cili bo 
(Liya guna cabai serbok thai)
8. daun sup
9. daun bawang 
10. Carrot (Ptong halus)

Cara : 
1. Tumis kan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau
2. Masuk kan isi ayam / tulang ayam dan goreng sehingga masak
3. Masuk kan carrot dan kacau dengan ayam tadi sampai masak.
4. Masuk kan kicap cair, sos tiram, sos cili 
Bahan kat atas ni ikut sedap ye. Kicap cair tu boh lebih pon xpa 
5. Kacau sampai pecah minyak then masuk kan makaroni..
Makaroni tu jgn lupa rebus pulak yer...
6. Kacau sampai makaroni tu masak.
7. Kalo nak tambah warna leh letak kicap pekat.
8. Garam tak payah bubuh yer, sebab kicap dah masin. Just letak aji.
9. Tabur daun sup dan kacau,,
10. Selepas angkat dalam pinggan , tabur dengan daun bawang pulak yer,,,

yay! dah pon boleh makan....
Jangan lupa mencuba resipi tunggang langgang kat atas ni yer,,,

Bye!




Friday, 26 July 2013

SUPERHERO ALAF BARU


Apabila Superhero bergabung...
Ini lah hasil nya
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Comel lah... 

source : I`m Lovin` animal

BABY GORILA BUAT MEMEK MUKA..


Lucu la tengok muka baby gorila ni.. ^_^
Dia buat muka sebab rasa sejuk
bila alat tu di letak kat dada dia,,,,
But still tetap nampak cute.. @_@

KUDA LAUT JANTAN BERANAK ?


Betol ke kuda Laut Jantan beranak ??
Ya betol.. Semasa proses persenyawaan,
kuda laut betina melepas kan 1500 telor 
kedalam kantung kuda Laut lelaki.
Senang paham nampak dak kat depan perut dia tu, hehhe..
Kuda Laut Jantan akan membawa telur itu
selama 9 - 45 hari sehingga telur-telur itu fully develop 
menjadi kuda laut tetapi saiz nya sangat kecil,
macam kat dalam gambar tu la.
Selepas anak-anak kecil tu dilepas kan,
maka kuda laut lelaki pon melepas kan 
tanggungjawab nya untuk menjaga anak-anak kecil itu...

sekian! thanx for reading ^_^

source : I`m Loving Animal 

HUJAN DI JENDELA - THE ALIF

Assalamualaikum..
Anyeonghaseyo beautiful people....
Salam Nuzul Al Quran semua ..
Tapi Liya tak cuti hari ni... sobs sobs...
Hari ni Liya nak kongsikan satu lagu yang sangat sedap...
First time dengaq dalam kereta waktu malam
terus ja tertarik dengan lagu ni.
Tapi tak tau sapa yang nyanyiii..
so cari punya cari JUMPA....
Tajuk dia HUJAN DI JENDELA... 
penyanyi : THE ALIF
I bet ramai yang dengaq lagu nii..
Tapi suka ke tak tu tak tau la...
Tapi Liya memang suka sangat-sangat lagu ni..
Lirik dia pon sangat mendalam...
Berkisar tentang penderitaan rakyat Palestin..
Hujan yang depa ni maksud kan tu adalah 
peluru-peluru yang menaburi bumi Palestine...
Tiba-tiba rasa sedih plok.. *_*
Pada yang belom dengaq lagiii.
Jom dengaq.. ^_^
Liya dengaq lagu ni 100x pon still xjemu!
Sedap sesangat.. Memang kena dgn citarasa :)


Sedap kan kan ??
Kepada The Alif : 
Keep it up! Terus kan buat lagu yang mcm niii ^_^
Sebab best sangat2 ok... 

Stakat ini saja!
Thanx for reading!! 


RUMAH ATAS POKOK ?

Assalamualaikum...
Anyeonghaseyooo beautifulllll people... 
Jom kita tengok tree house yang sgt unik
Bila tengok gambaq kat bawah ni,
memang agak terpesona dan
terpikiaq mcm mana la depa buat umah yang comel mcm ni.. ^_^

1. Tree house on Muskoka (Ontario, Canada)


2. Three Story Tree house (British columbia , Canada)

3. Eco friendly Finca Bellavista tree house , Costa Rica.

4. The bird nest tree house (Sweden)


5. Plane tree house (Costa Rica)

6. The hemloaf tree house (Whistler , Canada)
7. UFO tree house (Sweden)

8. Minister`s tree house (Crossville, Tennessee, USA)


9.Tree house in Seattle

10. Tree house by Takashi Kobayashi(Jepun)

11. Tree house for bird & people (Japan)

12. O2 tree house (USA)

13. tree house Tetsu, (Japan)

14. Free spirit Sphere tree house (Canada)

15. Senior Center turned tree house (Belgium)

 16. Mirror tree house (Sweden)

 17.Yellow tree house Restaurant..

Cantik kan ????
Kalo la dapat memiliki rumah yg unik cam ni kan best!
Berangan ja kan... 

Tq for reading!

Source : Boredpanda.com

Wednesday, 24 July 2013

TASIK KALER PINK!


 Tasik Hillier, Australia ..
satu-satu nya tasik di dunia ini
yang air nya berwarna pink .
Subhanallah, Indah nya ciptaan mu ya Allah.. 


THE ROYAL BABY WAVE AT THE CROWD


eh eh korang nampak tak..
Ada jari-jari kecil tengah lambai
di sebalik selimut.. 
Comel kan.. ^_^

source : Buzzfeed

UNFRIEND

Assalamualaikum..
Anyeonghaseyo guys!!! Tak lama dah ni nak berbuka.
Apa menu hari niiii??..
Aku nak tanya kat hampa semua kan..
Pernah dak orang dalam FB remove hampa ??
Aku ??? banyak kali....
Macam mana tau ?? Sebab masa dok tengok-tengok,
dok cari-cari "people you may know"
tiba-tiba ja nampak akaun-akaun yang 
rasa-rasa nya memang pernah jadi friend dengan aku..
Mutual friend pon dekat2 100 kan..
Especially girls ... 
Aku pelik gak la... Perlu ka remove?
Konon-konon nak jaga privasi la kan..
Tapi macam la aku dok ambek tau sangat hal depa...
Cuma fikir secara logik la kan...
Kalo tak kenal seseorang tu, 
takkan la kita nak add plak ... 
Memang la tak pernah berkawan,
tapi pernah ja nampak muka-muka tu kat sekolah dulu-dulu..
Maybe orang-orang tu tak cam kita kan..
Maklum lah muka kita dulu dengan sekarang jauh beza.
Tubuh badan apatah lagiii..
Tapi consider la sikit perasaan orang neh..
Bukan nak terhegeh ke apa ..
Lagipon perempuan sama perempuan.
Kalo nak remove lelaki tu lain la ceta kan.
Kot2 takut laki marah ka, tunang ka, atau
boyfren marah ka, tu logik la jugak....
Betoi dak ?? 
Sedang kan kita di dunia blogger ni boleh je
berbaik-baik dengan orang yang kita langsung
tak pernah kenal dan tak pernah jumpa..
What do u guys think ???
Pernah dak terjadi kat hampa atau pon
hampa yang jadi tukang remove tu.. hhheheee
apa-apa pon Selamat Berbuka Puasa 
Kawan-kawan sekelian.. ^_^
bye!

WORDLESS WEDNESDAY - CURVY HIPS INDICATE......


source : Library humor

Tuesday, 23 July 2013

WORLD 1ST UNDERWATER CAR

The SQuba , di keluarkan oleh Swiss Company Rinspeed,
adalah kereta underwater pertama di dunia 
yang boleh bergerak di atas darat dan di dalam air.
Kereta ini boleh menyelam sejauh 10m(33kaki)
Kelajuan di atas darat 120km/j 
manakala kelajuan didalam air 3km/j...
Kereta ini belom di lancarkan lagi 
dan di jangka kan akan dilancar kan pada tahun 2016.
Agak2 ada ke org yang akan beli keta ni ?
Well kita tunggu dan lihat sejauh mana kereta ini akan pergi..




Until then .. thanxx for reading!

KUCING GEMOK

Lucu la tengok kucing gemok ni....
tapi comel sangat-sangat

source : Spoony McMooch

SEJUK MATA MEMANDANG

Tengok ayaq terjun ni rasa sejuk mata memandang.
Walaupon bukan real tapi nampak macam real kat depan mata..
Multnomah Fall, Oregon.

source : Michael Q Todd (google+)

MAYAT LELAKI DI JUMPAI DIIKAT DI POKOK

Assalamualaikum...
Anyeong haseyo beautiful people..
Tadi masa turun tangga nak pi kedai ,
kawan yang baru ja balik dari rehat habaq ada orang
mati kena bunuh kat Padang Siding, Arau.
Padang Siding tu kira nya dekat la dengan
tempat kerja aku .
Ya Allah memang terkejut gila-gila kot masa tau ceta ni
tak pernah2 dok jadi benda macam ni kat
negeri Perlis yang Permai Lagi Mempesona .
Dah la bulan puasa , tergamak betol manusia
yang zalim ni membunuh orang yang tak berdosa.
Kalo ye pon dia berdosa takkan la
patut di buat sampai begitu rupa.
Dok tulis ni pon dah rasa berdebaq jantung ku.
Selepas chit chat dgn kawan kat tangga,
terus ja aku pi kat kedai auntie kat bawah tu.
Pi sana pon depa dok sembang pasai ni jugakk..
Senang ceta auntie kata bukak fb tengok sendiri.
Lepas beli barang terus kawan tunjuk gambaq kat fb..
Ya Allah budak nya masih muda lagiii...
Umur dalam lingkungan 20 an macam tu.
Dan mengaib kan jugak kemaluan nya telah di potong.
Nauzubillahminzalik.....
Dengaq kata mangsa bukan orang kawasan tu.
Dia mungkin di bunuh di tempat lain pastu di bawak
pi kat kampung tu dan di ikat kat pokok.
Orang-orang yang duduk kat kg tu pon dok kecut ja perut
nak lalu kot jalan tu lepas nii..
Identiti mangsa masih lagi belom dapat di kenal pasti.
Nak tau ceta ni dengan lebih lanjut,
tengok esok dalam surat kabaq kot2 masuk..
Tapi aku harap kan moga-moga
manusia zalim yang telah bersifat kejam ni
akan mendapat balasan yang setimpal.
Amin....

SOMETHING CUTE INSIDE THE FRIDGE


lol.... Nak tergelak tengok anjing nii..
Peragai sebijik macam kucing aku.
Suka lepak dalam peti ais ^_^

Monday, 22 July 2013

EARTHQUAKE HIT WELLINGTON NEW ZEALAND

Assalamualaikum....
Anyeong haseyo beautiful people..
Pada tanggal 22 July 2013 ,
Kejadian gempa bumi telah menimpa bandar Wellington New Zealand
dan mengakibat kan kerosakan yang sederhana.
Gempa bumi tersebut berlaku pada jam 5.06 ptg dengan 
magnitude 6.5. 
Jom tengok gambar yang di ambil di Pelabuhan Wellington.










Subhanallah.....
Semoga kita sentiasa di lindungi dari malapetaka seperti ini
amin...

Thanxx for reading... !_!

SOURCE : SKYNEWS 

RESIPI NASIK KERABU - UTARA STYLE

Assalamualaikum...
Anyeong haseyo beautiful people..
Sedar tak sedar hari ni dah pon masuk hari yang
ke 13 kita semua berpuasa..
Time bulan puasa ni lah paling best
sebab ada banyak makanan yang jarang-jarang
ada di bulan- bulan yang lain..
Semua pakat kaluit dok cari resipi.
Nak buat cucuq , puding, agar-agar,
kuih talam dan macam-macam lagi.
Kalo bulan lain jangan harap lah nak buat seniri.
Semua nya beli kat kedai ja.
Ni kata kat diri sendiri ni bukan tuju kat sapa.. hekhek..
Kemarin , aku masak special utk family...
Nak tau apa ?? Mesti dah tau bila dh baca tajuk kan...^_^


nin dia nasik kerabu versi utara ..
tang mana versi utara nya tu sebab orang utara yang buat..
So kalo ada kelainan sikit dari dari kerabu biasa
tu biasa lah sebab resipi ni telah di olah
oleh saya mengikut kesesuaian.
Sebenar nya resipi ni di ambil dari majalah,
tapi tak ingat majalah apa.
sebab simple sangat resipi ni so
semua nya ingat dalam kepala otak ja...

Jom kita tengok resipi nasik kerabu saya!

Bahan - bahan :

Nasik Biru : 
Beras, serai, halia, daun pandan, halba, bunga lawang, buah pelaga, pewarna biru.
(rempah ratus kalo tak suka tak payah bubuh)
Masak mcm biasa cuma tambah 1 sukatan air. Cth kalo biasa masak 
4 cawan nasik dgn air takat 4, utk nasik ni ari mesti lebih 1 takat..
paham x?? explain mcm bangang je kan., hahaa

Kuah tumis : 
santan, cabai kering blender, bawang besar, serai...
bwg besar dgn serai tumbuk sekali.. 
pastu tumis kan cabai kering blender tadi  bila dh pecah minyak
masuk kan pulak santan.. 
then masuk kan bawang dgn serai yang di tumbuk tadi..
Garam dan aji secukup rasa.

nyok goreng :
nyok (kelapa parut) , isi ikan , bawang dan serai.
goren nyok sampai kekuningan.. tapi jangan kuning sgt.
takut satgi jadi krisik pulak.. heheh..
isi ikan tu di tumbuk bersama dgn bawang dan serai.. 
siap tumbuk tu terus gaul kan dalam nyok goreng tadi .
bubuh garam dan aji secukup rasa.. 
kalo nak dia kering lagi ,
goreng balik campuran tadi.

budu : 
budu , cabai burung, limau kasturi
campor semua skali dalam mangkuk kecil ye..
Limau kasturi tu jangan main baling je
perah amek jus dia ok.. :)

sambal belacan:
tumbuk sambal belacan ekot citarasa sniri ja...
yg penting bagi dia berkuah sikit 
sebab nanti nak makan dengan nasik tu kan..

ulam-ulam.
timun,bunga kantan, kacang panjang, kubis,daun selom, kacang botol.
potong semua gaul sekali, Leh ja tambah
sayor lain mengikut kesesuaian yer.. 

Lauk pauk:
ekot selera , Ayam bakaq ka, daging bakaq ka,
ikan celop tepung atau pon teloq masin...

Okeh siap resipi... hehhehe..
Hampa paham dak ek ? mcm sedikit celaru ja resipi ni..
Sebenaq nya nak buat ni bukan complicated sangat pon
dan kita boleh ja terap kan style kita seniri 
asal kan bila kita makan tuuuu...
mabeleoussssssssssss..

Selamat Mencuba yer kawan-kawan
Kalao tak paham leh ja tanya kat saya...
Bye!
thanxx for reading!











KOREAN DRAMA : GU FAMILY BOOK

Assalamualaikum.
Anyeong haseyo beautiful people. ^_^
Selamat berpuasa kawan-kawan...
Ada sesapa yang dah tengok ceta
"Gu Family Book" ??
Best kan!!
Sampai berharap cerita ni bersambung lagii..
24 episode tu tak cukup la.... @_@


Cerita ni memang best ,
sapa tak tengok memang rugi.
so sapa kah pelakon utama ceta nii...
Dia adalah .....
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Lee Seung Gi. 
Dalam ceta ni dia berlakon sebagai Choi Kang Chi.
Kang Chi ni adalah seorang lelaki 
separuh manusia , separuh haiwan mitos.
Haiwan mitos yang di maksud kan tu adalah Gumiho
Sapa tak tau Gumiho tu apa ?
Gumiho ini adalah sejenis binatang mitos
yang boleh merupa menjadi manusia dan
hayat nya panjang dan tak akan mati..
Lee Seung Gi sebelom ni pon pernah dah
berlakon cerita yang ada kaitan dengan gumiho ni.
Kalao sebelom ni dia jadi boyfren kepada gumiho ,
kali ni dia sendiri pulak yang jadi Gumiho.
Sejak bayi lagi Kang Chi ni 
di pelihara oleh keluarga Park Moo Sol ,
seorang lelaki kaya yang memiliki rumah tumpangan
yang terbesar di daerah Jeolla. 
Sehingga lah pada umur dia 20 baru lah dia tahu
rupanya dia ni bukan manusia biasa 
tetapi separuh manusia separuh gumiho.
Selama dua tahun dia hidup, dia 
bergantung kepada gelang azimat yang telah
di berikan oleh sami yang pernah menjadi sahabat ayah kandung nya.


Kalo dah ada Gumiho jantan ni, dah tentu lah 
ada awek nya pulak...
So ni lah awek dia , Suzy (Miss A)
Suzy dalam ceta ni berlakon sebagai
Dam Yeo Wool yang merupakan anak
kepada Sheriff Dam Pyeong Joon.
Yeo Wool ni dari kecik-kecik lagi dah belajar
pedang so dia selalu ja pakai pakaian
lelaki dan membuat kan orang lain confius dengan jantina dia...
walaupon dia ni perempuan , 
dia sangat tangkas bermain pedang.


Choi Jin Hyuk as Gu Wul Ryeong..
Gu Wol Ryeong ni ayah kepada CHoi Kang Chi.
Dia ni memang hensem gila!
Memang tergoda tengok dia senyum ^_^
Gu Wol Ryeong ni Gumiho jantan 
yang menjaga kawasan pergunungan Jiri.
Setelah lama berada di kawasan itu,
dia telah jatuh hati pada Yoon Seo Hwa.
Mereka berdua berkahwin dan Seo Hwa.
Dia berhasrat nak jadi manusia dan sehidup semati
bersama dengan isteri nya.
Syarat nya dia kena berpantang selama 100 hari.
Jika dia berjaya dalam masa 100 hari tu,
dia akan dapat Gu Family Book 
dan menjadi manusia.

Tapi niat hati nya tak kesampaian apabila
Wol Ryeong di bunuh dengan kejam nya 
oleh Dam Pyeong Jun atas arahan Jo Kwan Woong.
Seo Hwa yang tidak dapat menerima kenyataan yang
Wol Ryeong ni bukan manusia terus berpaling tadah.
Masa tu tinggal 10 hari sahaja lagi. 
jadi di sebab kan dia dah langgaq pantang larang,
hukuman nya dia akan berubah menjadi 
makhluk yang jahat tetapi kalau cinta hati
dia dapat menerima dia seada nya sumpahan itu akan berakhir
dan dia dapat menjadi manusia.
Malang nya isteri kesayangan nya itu berpaling tadah.
So tak dapat lah nak jadi manusia.
Kesian dia kan ... 

Haaa,, ni lah Yoon Seo Hwa yang 
sangat di cintai dan di kasihi oleh Wol Ryung.
Dia ni pada asal nya seorang anak bangsawan 
tetapi dia telah di turun kan kasta menjadi hamba sebab
ayah nya di tuduh menjadi pengkhianat negara.
Selepas ayah dia di hukum bunuh
dia dan adik dia di hantar ke Rumah Gisaeng (pelacuran).
Dia yang tak rela berada di situ melarikan diri
dan di selamat kan oleh Wol Ryeong.
Dia pon berkahwin dgn Wol Ryung tanpa 
mengetahui yang Wol Ryeong tu Gumiho.


Bila dapat tau dia pon melari kan diri dari Wol Ryung.
Selepas kematian Wol Ryung tu baru dia sedaq 
yang dia memang cinta kan Wol Ryung.
Seo Hwa selamat melahir kan anak lelaki 
yang cukup sifat dan rupa paras manusia.
Selepas melahir kan anak nya itu,
dia mengamanahkan anak nya itu kepada sami yang bernama Jo Sung
yang juga sahabat kepada Wol Ryung.
Dia di bunuh oleh Jo Kwan Woong tetapi di selamat kan
oleh ketua pedagang Jepun yang bekerjasama 
dengan Jo Kwan Woong.
yang ni Seo Hwa bila dah tua ye.
Sebab dia dah kawen dgn pedagang Jepun 
so dia punya pakaian pon dah jadi jepun.

Ha ... ni dia kepala bapak penyangak penyamun.
Semua boleh kat dia.Aku memang geram gila kat orang tua ni.
Memang sepanjang dok tengok ceta ni asyik dok maki hamun ja..
Perangai kalah pelesit dia ni.. 
Sapakah dia ni ? Nama sebenar Lee Sung Jae...
Dalam ceta ni dia berlakon sebagai 
Jo Kwan Woong yang merupakan seorang 
bangsawan yang memang jahat gila..
Dia pernah memerangkap kawan baik dia sendiri
iaitu ayah kepada Seo Hwa (mak Kang Chi)
dan telah menuduh nya sebagai pengkhianat.
Bukan itu saja dia jugak la yang membunuh
mak dan ayah Kang Chi.
Ayah angkat Kang Chi pon dia bunuh jugak..
Kalo boleh semua orang pon dia nak bunuh..
Dia ni jugak pengkhianat negara .
Sanggup dok bekerjasama dengan orang Jepun
dan menjual maklumat kerajaan kat orang Jepun..
Memang dasar pengkhianat.
Tapi part yang paling best last2 dia ni mati. 
Lega hati aku. Dapat jugak pembalasan yang setimpal.


Ini Dam Pyeong Jun, watak yang di bawa oleh Jo Sung Ha.
Kalo hampa minat tengok ceta-ceta genre sejarah,
mesti selalu ja nampak muka pak cik ni.. 
Dam Pyeong Jun ni ayah kepada 
Dam Yeo Wool , heroin dalam ceta ni...
merasa bersalah sebab dah bunuh 
ayah kandung Kang Chi tetapi dia
tak tau macam mana nak tebus kesalahan dia.


Dalam ceta korea macam besa lah kan,
kalo tak dak babak cinta tiga segi ni memang tak sah..
Lee Yoo Bi as Park Chung Jo.
Dia ni anak kepada Park Moo Sol yang 
merupakan ayah angkat Kang Chi.
Park Chung Jo ni cinta pertama Kang Chi.
Selepas ayah nya di bunuh, 
Dia di hantar ke rumah Gisaeng.
Dia menerima nasib yang sama seperti Seo Hwa 
20 tahun yang lalu.. 
Kang Chi sangat-sangat kesal dengan kejadian 
yang menimpa keluarga yang telah
memelihara nya dengan baik lalu cuba menyelamat 
kan Chung Jo tetapi tidak berjaya..


Yang ni pulak Park Tae So ( Yoo Yeon Seok).
Dia ni abg kepada Park Chung Jo.
Dia dengan Kang Chi macam adik beradik.
Selepas kematian ayah nya ,
dia di tangkap oleh Joo Kwan Woong dan 
hampir di jatuhi hukuman bunuh.
Tetapi nasib dia baik sebab Kang Chi Sempat
menyelamat kan diri nya.


Sung Joon pulak membawa watak sebagai Gon,
Jurulatih di akademi milik Dam Pyeong Joon.
Dia jugak menjadi bodyguard kepada
Dam Yeo Wool.
Dalam diam Gon menaruh hati kepada Yeo Wool,
tapi cinta dia tak kesampaian
sebab Yeo Wool mencintai Kang Chi.
Gon dengan Kang Chi memang tak sebulu.
Depa berdua memang salu ja dok bertegang urat.
Tapi at last depa berdua ni berbaik semula.


Ni pulak Lee Soon Shin ketua tentera laut daerah Jeolla.
Kira nya dia ni memang hebat la .
Dia banyak menolong Kang Chi dan
percaya dengan kebolehan Kang Chi.
Dia merancang untuk membina kapal perang
untuk kerajaan Joseon dan 
meminta jasa baik Park Moo Sol utk
memberi sumbangan untuk pembinaan itu.
Walaupon Park Moo Sol telah meninggal dunia
dan 100 inn telah di rampas oleh 
Jo Kwan Woong tetapi 
dengan bantuan Kang Chi, 
kesemua harta Park Moo Sol dapat di serah kan 
kepada Lee Soon Shin dengan selamat.


Ini dia barisan pelakon ceta Gu Family Book...
segak bergaya yang baju hitam tepi skali tu.. ^_^

 so watak-watak dalam ceta ni di kait kan seperti dalam 
carta di atas ini yer... 
Kalo nak tau kesudahan dan jalan cerita 
yang lebih senang di pahami
apa kata anda semua tengok ceta ni..
Saya ceta ringkas-ringkas ja. 
Kalao ceta sebijik-sebijik kan tak suspend pulak..
ya dak ???
Jom kita tengok gambar-gambar pulak ^_^


Kang Chi memang selalu bergaduh dengan samseng-samseng jalanan..
Sebab depa ni suka dok buli orang-orang kampung,
peniaga dan macam-macam lagii

Masa ni Yeo Wool tengah tunggu Kang Chi
untuk menyambut perayaan tanglung.
Tapi Kang Chi pulak mai lambat.
Dia tunggu dari petang sampai lah ke malam.

 Yang ni gambar sebelom shooting.
Lee Seung Gi donate jacket kepada semua staff
yang terlibat dalam pembikinan filem ni.
Yang pelok Kang Chi tu pegang watak jahat 
dalam ceta ni tapi last2 jadi baik sebab Kang Chi
selamat kan nyawa dia..

Ni Lee Seung Gi tengah prep sebelom
betol-betol nak shooting





 Ni gambaq Kang Chi dan Yeo Wool time kecik.
Depa pernah berkawan dan 
Kang Chi pernah selamat kan Yeo Wool dari
kena gigit dengan anjing.
Makan piza kat set penggambaran..



Lee Seung Gi dan Suzy tengah praktis. 

Ni lah tok sami yang banyak membantu
Kang Chi dan ayah nya Wol Ryung


Posing menarik dari pelakon Gu Family Book...

Okeh ... Habeh pon menulis review drama neh!
Sebenaq nya dah lama dah habeh tengok cerita ni
Tapi nak tulis review ni memang take time la..
So sesapa yang berminat nak tengok ceta ni..
leh la terus ke laman web Gooddrama @ epdrama.
Dramacrazy dah tak dak dah, sob sob *_*
Selamat menonton dan salam ramadhan 
dari saya !

Bye!
Thanx for reading!





























Copyright© All Rights Reserved Lieya Von Jay's Heart