Kalau dah follow, jangan lupa tinggal jejak :)

Click Click

Friday, 30 August 2013

ERASER


Did everybody got the message ?

BENDA - BENDA PELIK YANG BOLEH MENGUBATI PENYAKIT LELAH @ PENAT @ ASTHMA

Assalamualakum...
Anyeonghaseyo beautiful people.
Hari ni nak kongsi something yang mungkin
orang-orang yang sakit lelah @ penat dah tahu ^_^
Tapi apa yang nak di kongsi ni bukan lah
makanan yang sedap untuk di makan,
tetapi benda pelik yang berjaya menyembuh kan
penyakit lelah seperti yang telah di beritahu
oleh orang-orang tua dan orang-orang
yang di kenali..
Liya senarai setakat yang ingat je lah yer..

1. Permaisuri Anai-Anai


Kawan-kawan percaya tak yang permaisuri anai-anai

ni boleh menyembuh kan penyakit asthma ?
Macam pelik ja kan tapi benar.
Jiran sebelah umah Liya masa kat kampung
dulu ni memang mengidap penyakit asthma yang agak teruk.
Selalu kalao kena serang tu memang sampai
tak dapat nak buat kerja la.
So satu hari husband dia dok korek-korek tepi umah
terjumpa lah permaisuri anai-anai ni.
Dia terus bagi kat bini dia .
Nak makan plak kena telan terus ok.
Bukan masak lemak ke, goreng dengan kicap ka.
No. no.. Telan mentah-mentah...
Sebab permaisuri anai-anai ni kecik ja
walaopon dia besaq dari anai-anai..
So now jiran kiter tu dah recover
dari sakit asthma dia dan sekarang
dah pon naik badan berbanding dulu ^_^
Nak tau khasiat lebih lanjut tekan kat SINI
Tengok gambaq pon dah meremang bulu ketiak.
Macam mana nak telann..  Euwwwwww...

2. Anak tikus

Sanggup kah anda ??
Euw euw.. geli~!
Macammana nak telan . oh no... Never..
Tapi ada ja ayah kawan kiter yang dah telan dan 
dah sifat walepatliat dah..
Pelik kan?
Wallahualam...

3. Taik kambing


Pelik gak ni,,
Macam mana nak telan taik kambing kan.
Walaupon bentuk lebih kurang macam coklat chip..
Rasa kena celop dalam coklat dulu baru boleh 
hehheheheee...

4. Hati Monyet

Yang ni memang tak ahh..
Kesian kot... Comel je kan..
Tiba-tiba sembelih untuk amek hatiii.. 
tak sanggup den,
Kalo yang ni boleh kot nak buat goreng dengan
kunyit, masak kicap ke.. hehehhe...

5. Dhob

Yang ni aku penah makan.
Tapi bukan yang masak lemak cili api 
atau pon nasi beriani dhob tapi
yang dah kering di hancur kan dan di buat kapsul..
Beli sebotoi RM10 masa dok Kelantan dulu.
Boleh di kata kan lepas makan kapsul tu,
asthma tu dah kurang la..
Jarang-jarang nak kena dan
tak seteruk dulu, cuma tak hilang terus lah...
Kalo makan yang fresh rasa nya leh hilang kot,
Tapi kalo yang buat masak pon euwww...
tak boleh telan aku rasa,,, :P

6. Tenggiling


Rupanya tenggiling dalam bahasa Inggeris 
ialah Sunda pangolin..
Comel je kan tenggiling ni..
Banyak khasiat and pasal tu lah
orang siam dok makan menda ni.
Harga dia memang mahai sampai kan
budak-budak muda sanggup juai kalo jumpa benda ni
tengah jalan . hehheehhee..
harga tolak kat siam boleh mencecah RM900..
Kalo yang ni bf adik kiter pernah makan.
dan memang menjadi lah...

Dah siap tulis entry ni terus rasa nak muntahhh..
Uwekkkkkkkss...
Sebenaq nya ada lagi benda pelik tu tapi
dah terlupa dan dapat ingat yang ni aja.
so kalo ada yang berani dan sanggup makan
untuk kesihatan boleh lah cuba..
Sekian 
bye!_!







SNSD SOO YOUNG PHOTOSHOT FOR DOUBLE M 2013 NEW COLLECTION

Assalamualaikum..
Anyeonghaseyo pretty ladies..
Kenal Soo Young tak ?
Ala ahli kumpulan Girl Generation.
Baru-baru ni dia terpilih menjadi model untuk
Koleksi terbaru dari DOUBLE M .
Soo Young terpilih menjadi model untuk koleksi ini
selepas dia di lihat menggaya kan brand ini
semasa majlis perkahwinan Sunye , Wonder Girl.
Beg yang sama telah laris di jual di sebab kan Soo Young...
So nak tengok tak ?
Okey jom kita enjoy picture tanpa berkata apa-apa...























Cantik kan beg dan eksesori dari DOUBLE M ni..
Kalo nak tau lebih lanjut boleh terus ke laman web DOUBLE M
DOUBLE M ni adalah produk keluaran Korea ^_^
So sapa peminat korea ni jom2 pakat beli.
Tapi mahal lah sikit ..
Paling murah pon dalam RM300 lebih selepas di convert,
Tak mampu lah walopon peminat KPOP and KDrama yang tegar ^_^

Ok Bye!

source :www.wonderfulgeneration.net/

WHAT ARE YOUR CHARACTER AT SCHOOL ??


Kawan-kawan yang mana satu ek masa sekolah dulu ^_6

i think i am Back of Class Crew ,
Out of Earth and Gossiping Machine 

OPPA SARANGHAE : JAE HEE.

Assalamualaikum..
Anyeonghaseyo beautiful people.
Sekali ceta pasal satu oppa mula lah nak jadi banyak oppa..
So oppa kali ni bernama JAE HEE..
Kawan-kawan kenal dak dia ?
Tak kenal? Kenal ?
Okeh mai nak tunjuk sikit rupa dia lagu mana..
Ini lah dia... tada...

Rasa nya ni gambaq lama nampak muda lagi time ni...
So the first drama yang aku start suka dia
ialah SASSY GIRL, CHUN HYANG.
Ceta ni memang best gila dan lawak gila.

Aku asyik dok gelakkkkk ja time tengok tu.
Gelak tak henti-henti.
Tapi bila mai part sedih tu plak sedih memanjang.
Kalo tak salah ceta ni pernah masuk tv8 dulu.
Tapi aku tak tengok kat tv masa tu aku dok asrama kot.
So aku tengok cd je lahh.
Klo ada kawan-kawan yang belom tengok ceta ni,
Saya suggest baik tengok .
Tapi boleh nampak sangat ceta ni klasik sikit
especially kat pakaian mereka.
Sebab masa tu tahun 2005.
Cepat ja masa berlalu dan merubah segala nya kan .

Dalam ceta ni Jae Hee berganding dengan Han Chae Young.
Nak tau kenapa citer ni best giler.?
Sebab Hong Sister jugak lah.. ^_^
So ceta yang di buat oleh Hong sister ni adalah
A must watch drama.
Kalo tak tengok memang rugi.
Dan untuk makluman anda semua ,
ini adalah karya pertama mereka ^_^
okey nanti aku akan tulis pasal Hong Sister ni pulak
dan akan list kan drama-drama best yang depa
berdua ni dah buat .

Lepas tu aku tertarik nak tengok citer ni plak.
Tajuk : 3 dad and one mom.
Ceta ni best sangat dan lawak jugak.
Boleh tengok 3 orang bapak ni menjaga baby.
Bila tengok ceta ni baru lah aku dapat
tau yang Jae Hee ni tak la tinggi sangat pon..^_^

Jae Hee jugak pernah membintangi ceta
Witch Yoo Hee. 
Tapi ceta ni aku belom pernah tengok lagi,
dan ceta ni jugak pernah masuk kat tv8.
Kawan aku pon cakap ceta ni memang best dan boleh buat 
orang ketawa terbahak-bahak.
Tengok lah nanti bila ada kelapangan aku
akan tengok ceta ni walaupon dalam ceta
ni Jae Hee hanyalah pelakon no 2.

Yang ni pulak Colour of Woman .
Yang ni aku tengok. 
Ceta ni boleh lah tahan jugak best nya.
Tengok ni pon sebab ada Jae Hee ja.
Kurang igt sangat jala ceta utk ceta ni,

Selepas Colur of Woman, Jae Hee muncul
pulak dalam ceta yang bertajuk MAY QUEEN.
Ceta ni best, sedih dan lebih kepada kekeluargaan
dan pengorbanan seorang anak .
Ada 32 episode dan Jae Hee tetap hero no 2.
Pada permulaan cerita dia lah hero,
tapi last-last awek dia dapat kat orang lain .
Ceta ni memang leh buat orang
yang hati nya lembut macam aku ni menangis :(

Yang ni drama yang paling latest sekali yang
di bintangi oleh Jae Hee.
Pelakon tambahan je lah.. ^_^
Ceta JANG OK JUNG .. Living in Love.
Best ceta ni sebab ceta sejarah....
Ok kalo nak tau drama atau filem lain
yang Jae Hee pernah berlakon boleh lah tekan kat SINI

Ok Jom baca biodata Jae Hee pulak..

Nama Komersil : Jae Hee
Nama Sebenar : Lee Hyun Kyun
D.O.B : 25 May 1980
Education : Donkook University
Height : 178 cm
blood type : O
Status : Married with one son.


Ok ini je lah yang dapat di cerita kan tentang Oppa kiter yang tersayang.
hope u guys enjoy the celoteh about my beloved oppa..
Sekian wassalam....





Thursday, 29 August 2013

OPPA SARANGHAE : KANG JI HWAN

Assalamualaikum..
Anyoenghaseyo everyone.....
Seperti yang anda semua sedia maklum
dan maybe ada yang belom tahu, 
pelakon korea yang paling Liya minati adalah
KANG JI HWAN oppa...
ok mai nak tempek gambaq dia satu ^_^
Aha... comel dok ? ehhehehee
okeh... nak start cena ni ek.
Orait2 mula2 nak ceta macam mana leh suka minat gila kat dia ni ..
Ada satu drama ni.
tajuk dia HONG GIL DONG.
Tengok citer ni sebab ceta ni
dia pnya jalan cerita di tulis oleh Hong Sister .
Who's Hong sister ..
ala yang buat ceta You are beautiful tu lah..
Ceta yang dia buat kan bes-bes.
Pastu plak dalam ceta HONG GIL DONG ni.
ada JANG GEUN SUK.
Jadi tertarik lah nak tengok.
Cuba google pelakon utama.
1st time tgk alahai mana hensem pon tapi
takpa la sebab Jang Geun Suk ada.
Las2 bila dah tengok ceta tu, Jang Geun Suk 
di lempar entah kemana sebab dah jatuh hati dengan style oppa kita nii.. ^_^

Ni time berlakon ceta HONG GIL DONG lah.
Liya paling suka kalo dia berlakon dengan perempuan ni.
Kakak kiter lah ni... SUNG YU RI 
nanti ada masa ceta pasal kakak kiter plak ek.
So lepas dh tengok ceta Hong Gil dong dan sangat puas hati ,
mulalah cari ceta lain yang dia berlakon
So jumpa lah ceta COFFEE HOUSE

Tapi tak suka sangat ceta ni sebab ending dia.
Sebab last tu dia bercinta dengan perempuan yang kiter tak suke?
Tau dak sapa? Alah perempuan gatal dalam ceta My Girl tu la.. 
Sapa ek nama dia Park Si Yoon ke apa ..
so memang tak best lah!
Then lepas ceta ni, keluaq pulak ceta 
LIE TO ME.
Kai ni bergabung plak dengan Yoon Eun Hye.

Ceta LIE TO ME ni memang besh!
Tapi satu ja agak terkilan sebab last 2 @ 3 episode tu 
orang lain yang tulis sebab penulis asal tu jatuh sakit.
thats why la kalo anda tengok ceta ni dan perasan,
awal nya memang romantik komedi gila-gila ketawa terbahak.
Tapi bila dah hujung-hujung jadi romantik emo terlebih 
dan tak da lawak sangat dah.
Tapi still ceta ni memang sangat bes... 

Then movie ni pulak dia berlakon
dengan kakak kiter lagi ^_^
Memang best ceta ni sebab dari seorang polis yang
tak terurus gemok dan hudoh,
dia berubah jadi lelaki yang hot. ^_^
Pastu drama yang paling latest sekali 
INCARNATION OF MONEY.
Nak buat review ceta ni pon tak pernah sempat.
InsyaAllah akan buat review tak lama lagi.


Dalam ceta ni dia bergandingan dengan 
Hwang Jung Geum.
Aku suka gak dia ni berlakon..
Ceta ni bes dan Kang Ji Hwan tetap mengekal kan
style dia yang slumber badak nak mampus tu..
Suke sangat-sangat...

Jom tengok biodate dia :
Name komersil : Kang Ji Hwan
Nama Sebenar : Jo Tae Kyu 
D.O.B : 20 March 1977
Height : 184 cm
Weight : 73 kg
Family : Mom , Dad and Sister.
utk info tentang drama dan filem yang pernah dibintangi nya
tekan SINI

Okey dah la kot melalut pasal oppa kesayangan ni,
Ok next time nak ceta pasal oppa lain plak yer.
Bye!
Kang Ji Hwan oppa , Sarang hae...












TO BUY LIST FOR SEPTEMBER!

Assalamualaikum..
Anyeong haseyo beautiful people.
Sedaq tak sedaq lani dah pon penghujung bulan Ogos.
Dan ini bermakna bulan September akan menjelang tak lama lagi.
Sekarang ni pon dah counting days utk terima gaji.
Harap-harap duit itu akan muncul di dalam akaun
pada esok hari, InsyaAllah !_!
Tolong doakan ya!
Kalo esok tak muncul jugak makna nya Isnin  depan lah 
baru dia muncul maka jika perkara tersebut terjadi,
Segala perancangan yang telah di atur akan 
hancor berkecai dan bertapa lah 
di rumah pada 2 hari yang indah itu nanti...
Ok. enough mengarut. 
Now jom list down benda yang nak di beli utk bulan September
Check it out
1.selipar ( pakai kat opis )

Selipar aku yang di pakai hampir 5 tahun itu akhir nya putus jua.
Macam tak percaya kan ?
Tapi selipar ni memang tahan lama... so
lepas ni memang nak beli selipar yang sama jugak lah
so that 5 tahun akan datang baru dia putus.. 
btw, selipar yang dimaksud kan itu adalah jenama asadi. 

2. Pencuci muka 

Untuk bulan ni aku akan kembali menggunakan 
sabun oren keluaran FD beauty.
Sebab nya muka aku dah jadi hitam kes dok campoq
pencuci muka ikut dan tak tentu hala.
So now back to basic. 
Lagipon Perlih ni memang panaih tak mcm tempat lain.
Kulit ni kalo kena matahari ja setahun pnya dok jaga
dalam masa sehari ja leh rosak segala nya.
3. Tudung penutup minyak

Ni kes tertinggai masa pi beraya umah tok aku lah..
Aci tu boh minyak dia letak merata aku pon
tak perasan so... hilang.
Bila nak boh minyak plak baru perasan..
Berapa ringgit pon aku tak tau.
Tapi memang kena beli la pasai ada kawan kata bahaya..
4. Lipstick

Semua lipstick feberet dah nak habeh. 
lani nak pakai pon kena korek dengan eyeliner .
hampa penah buat dak ? kehkehkeh..
so nak kena order lah dulu.
Mak-mak menakan pon pakat dok berkenan nak jugak 
so nak order sedozen pastu juai kat depa ^_^
5. Pewangi kereta 

Wajib beli ni pasai dah kering kontang dah.
Bau pon ada kot hujung2 hidung ja...
Lama-lama dok biaq memang lasam la...
Dah habeh kot benda nak beli,
Hok lain-lain mengarut punya benda tu tak yah senarai kat sini..
Yang ni buat senarai pon pasai takut terlupa ja..
so kawan-kawan plak macam mana ?
Dah rancang ke untuk next month ?
Copyright© All Rights Reserved Lieya Von Jay's Heart