Kalau dah follow, jangan lupa tinggal jejak :)

Click Click

Friday, 3 January 2014

PERISTIWA DI KEDAI MAKAN

Assalamualaikum...
Anyeonghaseyo beautiful people all around the world.
Hari ni aku lunch sorang-sorang... +nur hannis mohamad dah berhenti kan,
Kak Nurul pulak tak mai keja hari ni mak saudara dia sakit.
Tiba-tiba rasa macam nak makan nasik dengan sup daging.
Tak dak kedai lain dah nak di terjah kalau nak makan sup dengan nasik .
Dah tentu kedai terlebih ajinomoto dan cekik darah nak mampus tu.
Tapi kalau nasik sup dia berbaloi la sebab harga berpatutan pulak..
RM4.50 ja pon sup sekali dengan nasik..
So masa aku nak bayar duit tu kan, tiba-tiba ada la sorang budak lelaki ni..
Siam maybe dalam umur 4 - 5 tahun macam tu sebab dia pakai rantai mas.
Dia dok sepak-sepak kucing yang ada kat kedai tu...
aku ni dalam hati ai kalau anak aku dah kena tarik telinga dah  budak ni nasib baik anak orang.
So suddenly ada sorang budak perempuan ni , pakai baju sekolah .
Umur dalam lingkungan 8 - 9 tahun rasa nya ...
Dia pon cakap dekat ayah dia...

" ayah tengok budak tu dia dok sepak kucing"

Slumber ja ayah dia jawab " tak pa lah"

Dia pon jawab balik kat ayah dia... " Aik bukan tak boleh ka ayah sepak kucing tu ,
mana boleh tak pa , tak pa"

Aku pon tergelak sorang-sorang. Pandai jugak budak ni kan.. bagus...
Tak salah menegur ayah kan kalau benda tu adalah benda yang betol..kan kan..



Moral of the story : Ibu bapa haruslah mengajar anak-anak untuk tidak menyeksa binatang sejak dia kecil lagi. Kalau kecik-kecik dah menyepak-nyepak binatang macam tu dah tentu kalau besaq memang dah melambong aku rasa kucing tu.. so sayangilah binatang ^_^


13 comments:

  1. Kalau dapat 'sepak' budak yang sepak kucen tu, kannn...

    ReplyDelete
  2. Ambik. Terkena sebijik kat bapaknya balik. Nak mendidik anak ni, kalau tersilap gaya, boleh terkena kat diri parent balik. Hehe.

    ReplyDelete
  3. alahai ayah2 sekarang perlu bijak menjawab kerana anak2 skrg dah makin bijak...dan parent jugak perlu bijak mendidik anak supaya menghormati manusia dan juga binatang...kan..kan..kan...

    ReplyDelete
  4. sedehhnye buat mcm tu, kalau iye pun tak suka. xpyah la sepak. huhu
    kdg2 mak dan ayah tak tunjukan contoh yg baik =)

    ReplyDelete
  5. jom kita sepak sekali budak siam tu -_-'

    ReplyDelete
  6. bagus kalau ada anak yang punya keberanian utk tegur ayah dia sendiri. :)

    ReplyDelete
  7. suka dengan adik tu..bijakkan lieya..memang betul pun yang betul kena yakan..kalau tak betul kena betul-betulkan!!!

    ReplyDelete
  8. bijak betul budak perempuan tu.. betul tu lieya, sepatutnya memang begitu..

    ReplyDelete
  9. Haha dah nama budak kecik kan? Memang jujur semacam je. Kekadang budak kecik lagi betul dari kita kita ni :b

    ReplyDelete
  10. bagus budak perempuan tu:),sian kat kucng tu,mak ngan ayah dia tak perasan ke atau buat2 tak perasan -__-.

    ReplyDelete
  11. bagus budak perempuan tu. patut ayah dia sentap dgn ayat anaknya

    ReplyDelete
  12. kanak2 pun tahu tak baik buat macam tu pada kuching ..

    ReplyDelete

Each Comment from u guys means a lot to me.. thanXX!!

Copyright© All Rights Reserved Lieya Von Jay's Heart