Followers

BLACKOUT!

Assalamualaikum.............
Anyeonghaseyo dan selamat pagi untuk semua.
Semalam , baru ja nak warming up tengok cerita korea , tiba-tiba bekalan elektrik terputus.
Kami pon cuba lah hubungi tnb dan tuan rumah..
Tapi malang nya tnb tak leh nak tolong sebab kerosakan berlaku di suis utama rumah.
Yang tu kena panggil tukang la mai buat kan...
Orang tnb walaupon tahu dia memang tak boleh nak tolong tapi tetap jugak naik dan check.
Then dia suruh call tuan rumah sekali lagi...
Boleh nya tuan rumah kami tu berdolak dalik dengan alasan yang agak bodoh.



Orang tnb tu bagi no telefon kawan dia yang merupakan seorang yang boleh baiki benda ni
dan bagitau harga tapi si tuan rumah yang kedekut ni siap dok nego pulak dengan org tnb tu..
Sampai kan selepas habis cakap dengan si tuan rumah tu , orang tnb pon kata

" kedekut la tuan rumah korang ni "

Yes memang ! memang dia kedekut!
So lepas ja si tuan rumah ni cakap dengan orang tnb tu , terus tuan rumah ni call house mate kami sekali lagi dan bertanya soalan yang paling bodoh di dunia..

" betol ka yang saya cakap tadi tu orang tnb?"

" Dia ada pakai baju tnb ke ? "

" Macam mana korang boleh call tnb ?"



Apa ke bapak bangang nya soalan dia tanya ! Geram aku dengaq si Farah tu cerita.
Dah takkan lah tetiba ja kami nak panggil orang tepi jalan mai tengok.
Lagipon orang tu memang datang dengan truck tnb siap berkelip-kelip lampu nya takkan la tak percaya lagi.
Memang psycho gila orang tua tu sabaq je lah..
Pastu boleh dia cakap esok je lah tengah hari saya datang .
Nak tengok quotation harga dulu,,,, Cittttt .. Pooodahh!
Nak cari yang paling murah la tu kan... sakit jugak hati kami ni ...
Dalam kami dok bergelap tu sempat lagi dok selit soalan tanya pasal penyewa baru .
Ada tak yang call .. macam tak dak waktu lain plak nak tanya..
dah la hari tu cakap aku tipu tak dak orang call kat nombor aku ,
Memang la orang tua tu letak no aku 2nd kat iklan tu kan tapi dah tak dak yang call kat aku.
Takkan aku nak pi paksa pulak. siap suruh bersumpah lagi gila ka pa..
Tak da masa aku nak menipu... sabaq ja lah kan....


So semalam kami berempat tidoq kat ruang tamu la ...
Dalam bilik dah sah sah la memang panas gila kan ...
Pastu jadi habuan nyamok la.. aku sampai pukul 3 pon still tak boleh nak tidoq!
Maybe beralih tempat la kot kan.. Sampai hati betol orang tua tu kan.
Tapi bab duit sewa umah laju sangat. Kebajikan penyewa tak pernah nak ambil tahu.
Cakap pandai no 1 tapi apa pon tak tahu!
Memang tak bertanggungjawab langsung.. Geram ok geram!
Sekian !



8 comments:

  1. alahai.. kesiannya.. kerek giler tuan rumah tu

    ReplyDelete
  2. memang menjengkelkan kalau dpt tuan umah mcm tu..nak kaut untung je tpi kebajikan penyewa tak dipedulikan

    ReplyDelete
  3. kalau akak pun sakit jiwa dapat tuan rumah macam tu... sabar lieya sabar...

    ReplyDelete
  4. Adoila...ciannya lieya.Huhuh.X patut btol tuan umah tu.Kalau sha pon mesti xleh tido.Da la skrng musim panas.Dapat pulak bonus nyamuk.Saba je la.

    ReplyDelete
  5. "Macam mana korang boleh call tnb?" .haha.. apa punya soalan daaa. :D

    ReplyDelete
  6. hahaha...kedekut taik hdg msin tuan umh pn.....nyo blh tny btl ko org tnb..hahahaha..dh klu bkn tel ko tnb...tel ko sapo...telekom koh....jht tuan umh...

    ReplyDelete
  7. akak yang baca entri lieya ni pun rasa geram.. ada ke patut macam tu? memang kedekut tu..

    ReplyDelete
  8. wah kedekutnya...sush jugak ya kalau dapat owner macam tu..sabar ajelah lieya!!

    ReplyDelete

Each Comment from u guys means a lot to me.. thanXX!!