Followers

Kerana Sekaki Payung

Assalamualaikum..............
Anyeonghaseyo beautiful people dan Salam Jumaat :)
Semalam , aku balik awal . ( Selalu kalau tak o.t mesti merendek dulu kat mana-mana)..
So dah balik awal aku pon masuk la ke dapoq sediakan makan malam...
Ala goreng daging burger , kentang dengan nugget ja pon , kikiki....
Masa tu ada aku ja kat umah , dua orang lagi belom balik....
Dalam pukul 7 tu yang si A pon balik dengan membawa sekaki payung..
Payung dia memang besar gila, tu payung yang dia dapat masa beli kereta.
Hujan kan petang semalam , so dia pon letak payung tu depan pintu,
nak keringkan la kot........ Aku terus kan memasak....
Dalam beberapa ketika pulak si B ni balik ... terkocoh-kocoh dia tolak pintu...
Takut! Sebab Tangga nak naik umah kami tu memang gelap sangat.
Kalau aku sorang-sorang pon conform tercungap lari...
Nasib baik kemana-mana pon selalu ja berdua ...... ^_^



Dah siap-siap masak tu aku pon nak makan la.. sambil tengok ceta Korea.
Pastu Si A dan Si B pon keluar dari bilik dan join sekali dengan aku dan Diana..
Tengah syok dok tengok cerita , si A ni pergi la ke dapor nak sediakan makanan..
Dia ke pintu nak angkat payung dia untuk simpan la kot.
Pastu tiba-tiba dia pon kata " Ada sapa-sapa langgar payung ni ? Dah patah ni.."
Aku berfikir sejenak , ada ka ek ? Aku jawab tak tau sebab memang aku tak pergi pon kat pintu.
Diana ada la pegang payung tu dan kata cantik tapi masa tu memang nampak dah patah.
Ingat kan memang dah patah so memang aku tak amek port...
Tetiba si B ni terus menjawab, Dia buka pintu tadi, maybe dia lah yang bagi patah..
Aku pon terpikir, Aah betol jugak kan.. dia tolak pintu kuat tadi sebab takut...
Lepas tu si A ni macam bengang gila dan mula mendengus macam gorila.
Dalam keadaan bengang tu , dia pon kata kenapa tak alih kan ja payung tu..
Aku pon , aik dia dari luar macam mana dia nak alih ?
Si B pon cakap dia nak ganti... Tapi si A menjawab
" Nak ganti macam mana ... tut tut tut kot "
Tut tut tut refer to jenis kereta yang dia pakai.. memang kereta mahal la..



si B pon terdiam tanpa bicara ..... Makanan yang dia tengah makan tu pon macam dah tak leh nak telan dah.
Si A pulak terus masuk bilik... Niat nak tengok cerita korea bersama terbantut.
Beberapa ketika si B pulak masuk bilik , Aku dan Diana berpandangan sesama sendiri.
Lepas tu si A keluar balik dan mula merungut dekat kami..
Aku memang malas nak masuk campur.. Kalau hampa berdua nak bergaduh , bergaduh la.
Jangan nak libat kan kami , sebab aku tak masuk belah sapa pon..
Cuma satu ja, sebagai manusia yang berakal , aku boleh fikir sapa betul dan sapa yang salah ...
What do you guys think ????

13 comments:

  1. tak kira saper salah.. benda dah jadi ..duk serumah ni kena saling memaafi ..nanti jadi perang dingin..hihi:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak... dh tau sayang benda kenapa letak merata macam tu...

      Delete
  2. kalau ikut mmg la tak sengaja...si A ada jugak hak nak marah sbb barang dia...tapi kalau sally, marah mmg akan karah tapi xde la sampai tahap benci kot...sbb mmg takkan dapat yg sama tapi payung je kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela betol memang ada hak nak marah tapi kena pikir gak salah seniri, kenapa letak payung tu betol2 depan pintu yang memang sempit . dah tentu orang yang kat luaq tu tak nampak sebab pintu tu kayu bukan lutsinar pon.....

      Delete
  3. dah nak jd.. nak buat camne kan.. takkan nak bermasam muka walau dok serumah..
    kang tak pasal2 kita yg x terlibat pun terasa perang dingin tu..
    payung je kot... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela payung ja kot.. tapi payung tut tut tut kot,, kikiki...... tu la malas nak msuk sebelah mana2 .. biar ja depa nak bergaduh .. boleh ke macam tu

      Delete
  4. mcm tu la kalau duk satu umah kan lieya..ada je kekadang yg tak berngam angkara hal keci..blh settle juga tu kan

    ReplyDelete
  5. salam.. hurmmm perlu ke nak letak `cap` payung kalau orang nak ganti terima je atleast dia ngaku salah dia... what nonsense sgt... sepatutnya dia berterima kasih x payah nak cakap bab jenama keta... huhu...thats my opinion liya saya x masuk sape2 but from that story blh la tangkap....

    ReplyDelete
  6. hmm benda dah jadi.

    fae beli payung murah pun masih boleh pakai.

    ReplyDelete
  7. kesian si B tu. at least dia ngaku salah dan nak ganti balik payung tu pun dah kira baik lah tu. tulah kan, kengkadang duduk serumah benda kecik pun boleh nak gaduh :/

    ReplyDelete
  8. kesian pulookk dekat si B tu. huhuhu.

    ReplyDelete
  9. la sedihlah pulak..apa-apa pun nak nak jadikan Lieya..Harap-harap tak berlarutankan..Yalah jadi housemate ni susah kalau tak ngam and ada perselisihan..Lieya doakan ajelah semoag dia oarng cepat-cepat berbaik..

    ReplyDelete
  10. bila duduk serumah mcm nie mmg mcm2 perangai akan timbul.. Fiza pun pernah lalui duduk serumah mcm nie.. boleh dikatekan ada jer yg tak kena dlm satu hari.. kena sama2 jaga hati kawan ..

    ReplyDelete

Each Comment from u guys means a lot to me.. thanXX!!