Followers

Driver bas pulak yang risau lebih

Assalamualaikum..........
Anyeonghaseyo beautiful people.....
Nak cerita kisah selepas aku berjaya dapatkan bas sambungan dari cerita INI .
Masa tu kan aku memang tak da tiket sebab last minit aku naik bas tu kan..
So aku pon duduk la barisan yang paling depan... 
Bas tu bertolak pada pukul 11.30 malam dan singgah pulak di Klang Sentral.
Masa tu aku berdebaq gila , mana tau tiba-tiba tak dak tempat duduk untuk aku.
Tapi aku tetap bertawakal jugak... 
Tiba-tiba pak cik bas tu panggil aku duduk di belakang pulak .
Masa tu dia suruh aku teman seorang budak perempuan yang duduk seorang diri di belakang,
yang konon nya di kacau oleh beberapa budak lelaki..
Jadi aku ni konon-konon menjadi penghalang la kan ...
Tapi bila aku pergi ja kat belakang tu aku tengok budak perempuan tu siap dok sengeh-sengeh gelak-gelak,
macam rela ja diri tu di kacau .. confius pulak aku seketika..
Tapi dah pak cik tu suruh duduk takkan nak bangkang pulak .
Tak pasal aku kena halau pulak kan...


Budak perempuan tu akan turun kat Butterworth ...
Selepas beberapa ketika , budak perempuan tu kena turun sebab kena tukaq bas lain.
Bas yang aku naik tu akan menuju terus ke Aloq Staq sampai lah ke Kangar sahaja .
So kecewa lah budak-budak lelaki itu..
so aku kena pi dok depan pulak... bas masih belom berjalan lagi.
Pastu naik pulak seorang akak ni duduk di tempat yang sama jugak dengan perempuan tadi.
Pastu aku kena pulak dah duduk tempat yang sama balik.
Aku ni kena tendang macam bola sat ke depan sat ke belakang.
Pak cik tu tak mau bagi lelaki duduk dengan perempuan jadi tempat duduk depan tu budak laki duduk.
Sebab kalo tidak budak laki tu kena duduk dengan kakak tadi..
Pak cik bas ni ok gak macam menjaga jugak la sebab selalu nya mana ada pak cik bas nak rombak tempat duduk macam ni kan .. so grateful walaupon kena tendang mcam bola...
Sekian :)

10 comments:

  1. Pakcik bas tu risau takut jadi apa2 kat penumpang dia tuu.. Bagus jugak dia buat macam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol tu . dia sangat prihatin.. tuan punya badan tu relax ja ..

      Delete
  2. salam, perihatin gak pakcik bas tu ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.. :) betol tu sgt2 prihatin

      Delete
  3. Wah. Pertama kali dengar ade jugak pakcik bus mcm ni. Baiknya dan sangat menjaga.

    ReplyDelete
  4. Salam sabtu Lieya...Hebat jugak pak cik ni..jarang ada driver bas yang sangat concern hal-hal macam nikan..You are lucky Lieya, walaupun..he..he

    ReplyDelete
  5. Bagus kalau dpt pemandu prihatin kan.....

    ReplyDelete
  6. baik lah pakcik tu..dia menjaga kebajikan penumpang2 dia..mn nak cari driver mcm tu..driver lain mmg xheran hangpa dok ngan sape laki ka pompuan ka..
    tp tulah ditendang mcm bola..tp redha untuk keselamatan hehe

    ReplyDelete
  7. baguslah pakcik tu, alert! sangat bertanggungjawab...

    ReplyDelete
  8. pakcik bas ni sangat prihatin..bagus..

    ReplyDelete

Each Comment from u guys means a lot to me.. thanXX!!