Kalau dah follow, jangan lupa tinggal jejak :)

Click Click

Monday, 29 December 2014

Suatu Malam


Even KLCC bukan lagi bangunan tertinggi di dunia tapi saya still teruj melihatnya each time.
Bosan kerja hari ni sebab tiba-tiba bos yang lama tak datang sini muncul.
Sebab nya saya tak dak kerja nak buat since ISO dah settle...
Happy Monday semua...
Mode : Tak sabar nak balik kampung

Friday, 26 December 2014

Halfmoon Manik juntai

Assalamualaikum...............
Bertemu lagi kita pada hari Jumaat yang penuh dengan keberkatan.... Hari ni Liya nak tunjukkan kat kawan-kawan hasil kerja tangan Liya.. Apakah ??? Jahitan manik... Ya Saya suka sangat jahit manik. Idea tu datang dengan sendiri nya . Kali ni Liya jahit manik untuk kawan jugak yang buat bisnes online iaitu Norly Boutique House yang menjalankan perniagaan secara atas talian. sila lah jamu mata ye... ^_^

Kuning cair....

Koko

Ungu biru (Indigo)

Pink masam

Biru

Pink

Hijau ..

Yang mana satu idaman kalbu ???? Halfmoon manik juntai ni kan sangat lah berat kalau pakai sure senget kepala.. ok tipu... ^_^ Tapi manik yang saya jahit tu memang sarat gila lah ....
Sekian

Wednesday, 24 December 2014

Our Company Christmas Celebration

Assalamualaikum...........
Anyeonghaseyo beautiful people.... Mengantuk nya hari ni kan . Kalau cuti kan best.Yay esok cuti hahaha... Boleh bangun lewat . Eeeee.. Tak malu nya kan gitau kat semua bangun lewat. Bangun lewat pon time subuh wajib la bangun pastu tido balik.. Tapi tak leh di amal selalu la kan.Sebab nya boleh nyanyuk nanti tua.
So sebab esok dah nak cuti Christmas , Kelmarin company kami buat jamuan Christmas .
Bos kami memang cina Christian so setiap tahun memang wajib buat jamuan christmas.
Jamuan ni depa buat kat HQ Kelana Jaya. Aku kan dok pejabat Project Office kat Subang so kami kena pi HQ la untuk makan-makan ni.. :)

My plate. Penuh . Ada ayam, ikan, udang, daging kambing, bihun , nasi goreng, buah tembikai.
Kenyang sampai ke petang. Sedap sangat makanan ni. Depa panggil catering mai untuk jamuan ini.
Dulu kalau kat Perlis , kami pi makan kat restoren yang special sikit. Tapi kat sini depa tak buat camtu even banyak restoren special kat sini , sebab nya pekerja kat sini terlampau ramai. 


Pokok Christmas yang penuh dengan hadiah.Lepas makan ada sesi tukar hadiah .
Syarat hadiah 20rggt ke atas dan jangan beli benda-benda macam baju, bekas makanan, 
toys dan lain-lain la, so pikir punya pikir las2 beli selimut jer,,,


Sepatut nya nak ambil gambar nak berdiri tepi ni.
Tapi sebab orang ramai sangat kan so segan la pulak.....

Keramaian orang. sini memang ramai sangat orang cina . Pekerja melayu perempuan memang tak da sorang pon. so pada hari tersebut aku dengn Diana ja melayu. Kalau melayu pon mat despatch dengan Drafmen, Abg Izad yang satu opis dengan aku jugak.,


Tengok Diana dapat hadiah besaq gila... Untung la ...Dalam bungkusan yang agak cantik ni ada tumbler air.
Aku dapat apa ? Baju tshirt gambaq mickey mouse yang di beli dari kedai ekonomi yang harga nya aku rasa cuma RM9 ja.... Sigh... Memang tak berbaloi la beli hadiah comel gitu tapi dapat balik hadiah yang biasa sangat ja. Geram jugak la dengan sikap orang yang tak bertanggungjawab macam ni.. Dah tau dah baju tak leh beli pi beli jugak pastu dapat kat aku plak tu. Adoi sakit jugak hati aku ni.Tak pa la mungkin memang tak dak rezeki so redha je la.... ^_^

Semua orang happy dengan hadiah masing-masing.


Lepas siap-siap sesi buka hadiah tu kami pon balik ke office kami balik di Subang. 
Sekian ... :)

Thursday, 18 December 2014

Sambutan Hari Krismas Peringkat Negeri Selangor

Assalamualaikum............
Anyeonghaseyo everyone....... Ni Kisah pada Sabtu lepas , 13 Dec 2014, bertempat di Strand Mall, Kota Damansara. Telah diadakan Sambutan Hari Krismas Peringkat Negeri Selangor yang di hadiri oleh menteri besar Selangor yang baru. Aku ni kan kalau ada jamuan cemni memang aku terpa pi tak ingat apa dah.
Makan free lah katakan . Tak kira la sedap ka tak sedap ka yang penting FREE.

Sori gambaq agak blur. Makanan pada malam tu , nasi goreng, mee goreng, bihun goreng, burger ayam , air manis, ice blended, hot dog, rojak , kek, roti bun .
Ada banyak gerai-gerai yang menyediakan makanan yang sama so memang tak risau kalau kehabisan makanan sebab nya makanan memang banyak gila. Kau makan lah sampai memboyot pon.


Kat sini lah menteri besaq Selangor berucap ye kawan-kawan pastu ada la sumbangan kepada badan-badan kebajikan . Nampak macam tak ramai orang sebenaq nya ramai tapi depa semua dok kat kawasan gerai makanan . Kat sana pon depa ada pasang tv lcd jadi semua orang leh dengaq ja ucapan dari menteri besaq.




Boleh nampak kan betapa ramai nya manusia pada hari tersebut . Ada cina, india, melayu dan warga asing juga. Makanan dan orang tu sama naik ja . Suasana malam dengan kamera cap kulup buatkan gambaq langsung tak cantik tapi takpa , moment tetap di capture .

Ni badut ka apa tah . Pon ada jugak. Dok buat belon gubah-gubah jadi bentuk tu.. 


Bergambaq dengan Santa. Santa ni Cina kot..


Aku dengan Santa .. Kat tangan tu ada kek tu haaaa... nampak sangat Lieya dan makanan tak dapat di pisahkan .. kihkihkih... eh iolss tak pakai lipstick .. Bukan tak pakai tapi dah makan benda tu benda ni lipstick pon dah tanggal dah... ^_^

Ok bye !!!

Christmas Decoration at Paradigm Mall

Assalamualaikum............
Seperti yang di ceritakan , selepas siap ambil darah , sementara menunggu result aku dengan Diana meneruskan perjalanan kami ke Paradigm Mall untuk mengisi perut...
Sampai ja Paradigm Mall tu terus ja cari kedai makan..
Tak tau nak makan apa sebenaq nya , at last decide nak dine in kat Old Town jerrr,,
Sambil dok berjalan tu mula terpesona dengan pokok-pokok krismas yang depa hias cantik.

Ada kaler putih campor silver ..


Ada kaler merah menyala-nyala.

Macam rumah fairy tale sikit kan ,,,
Yang dok dalam hutan jauh dari semua orang.. 

Okay dah pon sampai kat Old Town...
Selfie dulu... ^_^

Aku makan Asam Laksa ja hari tersebut..
Lapar-lapar makan laksa ja ?? Petang tu awat tak kelupoq nak makan awai pada biasa .. hihi

Diana plak makan nasik lemak.. tiba-tiba gambaq kaboq.. adoi.

Ni pemandangan dari atas pulak ye... Sekali tengok macam umah orang kerdil jugak..
Bunga ungu yang cantik tu dah tak da la. sob sob

Pokok krismas biru ^_^



Okay letak dua-dua sekali gambaq gedik ni aci tak.. hihihihi... 
Okay lah.. sapa nak bergambaq kat pokok krismas macam ittew boleh la pergi
ke Paradigm Mall... 

P.s : Nanti nak g mall lain plak untuk ambil gambar decoration... bye!

Wednesday, 17 December 2014

Header Baru

Seperti yang hampa semua nampak, belog kesayangan kami dah pon bertukar wajah.
Bukan nya wajah sangat pon , header ja.
Sebab kami memang suka sangat dok menjahit manik so kami wat gambaq manik plak
sebagai header baru kami... comel tak ? Cepat lah puji... kehkhkeh

Happy birthday to me


I am turning 30 this year and i am still happy ... 30 is just a number and i am still young at heart.
My birthday was on 4th January and every year when its new year , my birthday coming along...
Sometime its kind of stressful when u are aging too soon but guess what?
Its just good that we are still alive ^_^
(Apa aku merepek ni ??? )
As u can see, thats a birthday wish from my love one....(bajet menunjuk ~_~)
The only person yang sanggup susun bunga untuk buat perkataan macam ni ^_^
Sweet dak ? aku pon tak pernah buat kat dia macam ni.... Terharu + nak tergelak tu bercampor baur kot.
Tunggu punya tunggu pada hari kejadian dia tak wish birthday aku sampai ke malam.
Memang dah rasa nak jadi naga dah tapi tiba-tiba dapat ni ... Terus bertukaq menjadi kucing. Meowwwww... Untuk kesayangan saya .. TQ so so much for being with me .
Even when the bolt and lighting struck our relationship , I am glad that we are still together.
TQ you for being so caring beyond my expectation ... 
Hoping our dream for the next year will run smoothly.... ^_^


TQ jugak kepada yang wish birthday kat saya yer,,,, You know who u are,, ^_^
Yang belom wish tu boleh komen kat bawah ni dengan ucapan sekali. kahkahkah..
Tu dia bajet artis ... Ok bye ^_^

Tuesday, 16 December 2014

Bergambar bersama Santa di Harvey Norman

Assalamualaikum................
Anyeonghaseyo beautiful people..........
Ahad lepas , lepas buat Medical Check up kat Beacon Hospital PJ,
Aku dengan Diana pergi ke Paradigm Mall sementara menunggu result ujian darah keluar,
Jalan punya jalan lalu kat depan kedai Harvey Norman ,,
Ada pulak sesi bergambar free dan dapat cetakan gambar 4R jugak.
Apa lagi aku dengan Diana terus pergi kat Santa tu ....
Santa suruh dua-dua duduk kat tepi dia .
Tengok la Santa ni kan tali beg aku kena dia bulih dia buat tak reti
Aku dengan Diana dok gelak guling-guling tengok gambaq yang satu ni.


Posing sekali , cameraman suruh posing sekali lagi,
so kami pose berdiri la pulak kali ni....
Cantik sangat gambaq yang di ambil oleh cameraman ni,
Cetakan pon cantik.... Bertuah badan free jah dapat dua keping gambaq.
Ok bye!!

Monday, 15 December 2014

Istana Negara Here We Come

Assalamualaikum............
Anyeonghaseyo beautiful people dan Selamat Bekerja di hari Isnin yang blues.
Kisah ini berlaku beberapa minggu lepas masa tu aku turun KL dan lena di umah adik aku , Anis.
Pagi tu aku call kampung dan bercakap dengan Zahirah ..
Beria ja dia suruh aku dengan Anih pergi ke Istana Negara sebab Amirul, tunang dia bertugas.
Tujuan utama nak pi kacau dia kerja sebab masa bertugas memang tak leh bergerak atau bercakap.
Konon nya lah kan... Masa tu hari Sabtu kebetulan kami memang ada rancangan lain.
So kami ke istana pada keesokan hari nya,,
Amirul tau ja kami nak pi dia pon kalut dok call tanya pukoi brapa nak pi..
Duty dia pada hari Ahad tu berakhir pada pukul 11 pagi...
So pagi tu awal-awal lagi kami dah berangkat,,
Anis dengan kawan dia Ada memang tak sarapan langsung sebab takut terlambat.
Aku ? Of course sarapan sebab tak mau pening kepala.
Orang berumoq ni besa la kalau tak makan memang mai selalu penyakit.

Hampa tau dak betapa susah nya kami nak sampai kat sini...
Kami bertolak masa tu lebih kurang pukul 9 lebih kot.
Mula-mula sebelom pi Amirul dah bagi direction tapi kami gatai pi guna Waze.
1st tu Waze bawak kami ke Istana Lama..
Lepas tu Waze bawak kami pi ke merata tempat dan bukan tempat yang di tuju.
Kami dalam kereta dah mula perang dingin dah,
At last ikut kata hati dan terus ja cari sendiri tak guna Waze baru jumpa.
Istana dok nampak terbentang depan mata tapi nak cari pintu punya lah susah.. 

At last masa tu dah 11 lebih baru lah kami sampai. 
Berejam dok lam kereta cari istana ..
Masa ni Amirul dah pon habes duty tapi dia keluaq mai kat kami jugak la.

Selfieeee... Hobi dok selfie bajet comel kalau amek gambaq seniri kan..
kahkahkah

Bersama dengan tentera berkuda.
Kat pagaq istana ni ada dua pengawal.
Satu pengawal berkuda dan satu lagi pengawal yang pakai baju krim tu hulubalang ka apa.
Tak ingat dah aku.. hihihi....

Dari kejauhan dapat lihat pagar istana...
Kami ingat kan leh masuk dalam rupanya dok depan pagaq ja..
Tu pun pelancong menderu dok ada depan tu ambil gambaq posing depan pagaq..

Ni lah hulubalang yang aku cakap tu ,. yaka hulubalang .. hihi,,,
Dia ni kawan Amirul jugak so senang la nak posing .
Dalam tempat yang depa duduk tu ada kipas KDK.
So memang refreshing la .. 
Tak leh decide gambar mana lebih comel so letak ja dua-dua .,.
Aci tak..

Keramaian pelancong....
Masa kami pi tu ada la jumpa pelancong dari Indonesia, China dan Jepun..
Orang puteh pon ada jugak...

Bergambaq tang sini pon wajib gak kan...
Sebelom pi ke Istana kat Korea molek la jejakkan kaki kat Istana Sendiri betoi dakk kihkihkih

Ni pulak halaman istana..
Sebenaq nya gigih ambil gambar ni sebab nak bagi nampak KLCC kat belakang nuh.

Ni lah Amirul segak bergaya dengan uniform dia... 

Aku pi mana-mana sure sibok nak check toilet,
Bravo sangat sebab toilet istana very clean and clear.
Sebab ni kan kawasan tumpuan pelancong.
Kalau kotoq buat malu muka kita orang Malaysia kan....
Tamat lah kisah lawatan ke istana untuk hari ni,
Sesapa yang belom pernah pi sila lah pergi buat lawatan ke sana..
Sekian ! Thanks for reading ^_^
Copyright© All Rights Reserved Lieya Von Jay's Heart