Followers

UJIAN SARINGAN HIV UNTUK MENDAFTARKAN PERKAHWINAN

Assalamualaikum............
anyeonghaseyo beautiful people all around da globe. Last time sis ada post tentang 
Surat Kebenaran Berkahwin daripada Kedutaan Indonesia ..
So kali ni sis nak kongsi pulak pengalaman semasa mengambil ujian saringan HIV yang mana memang sangat lah wajib untuk dibuat bagi pasangan yang ingin berkahwin.
Untuk saya iaitu pengantin perempuan , memang telah disediakan borang untuk ujian tersebut.
So kami dah sampai kat Klinik Kesihatan Kangar pada hari kejadian , tiba-tiba nurse minta borang yang sama jugak untuk en suami ... Apa lagi terpaksa lah patah balik ke rumah untuk print keluar borang tersebut untuk encik suami pulak. Nasib baik lah klinik dengan rumah tu jarak dalam 2km sahaja , kalau tak jenuh jugak la kan ... Nurse tu cakap tak apa , awak buat dulu.. 
Kalao saya buat dulu pun esok-esok kena datang lagi untuk teman en suami pulak...
So better balik pi ambil je borang dan buat sekali ja senang cerita ^_^


Ujian HIV ni mengambil masa yang sangat lah singkat disebabkan Perlis memang negeri kecik dan memang tak ramai orang sangat pun .. Kalao tak salah ada dua pasangan je termasuk kami berdua ...
So lepas dah kena cucuk hujung jari dan memang non reactive lah kan... so boleh terus kan ke next step pulak ^_^




2 comments:

Each Comment from u guys means a lot to me.. thanXX!!