Followers

KEBAYA FEST - ROAD TO MILAN (INI KISAH KECIWA)


Assalamualaikum...
Anyeonghaseyo beautiful people...
Nak cerita kisah keciwa kami berempat semalam...
Berempat tu adalah aku , Zahirah , Su dan sepupu Jabir.
Semalam kami nak pi tengok Kebaya Fest ...
Banner kat bawah ni kan satu Perlis depa pasang so memang berminat sangat 
sebabnya aku dan adik-adik aku memang minat fesyen.. ecece..
Even sepupu kami tu pon walaupon lelaki tapi suka sangat fesyen..
2nd cita-cita dia nak jadi Fashion Designer terkenal kat Perlis.. harhar!!
Aku cakap kat dia go for it .. tak payah malu walaupon hang lelaki.
Buat baju memang senang nak buat duit sebab selagi
manusia kat muka bumi ni pakai baju bisnes buat baju pon tetap berjalan.
Adik aku Zahirah pulak memang lama sangat dok minat nak jadi tukang jahit
tapi cita-cita dia di halang oleh kakak sulong kami so dia lani
belajaq untuk jadi Secretary.... 
Yang adik Sue pulak memang masa depan dah pon di tentukan oleh aku dengan mak.
Dah paksa dia jadi tukang jahit sebab nanti bila mak pencen mak nak bukak kedai jahit.
So sapa lagi yang nak tolong mak kalo bukan dia..
Aku cakap kat adik aku , kalo la aku boleh putaq masa baik aku jadi tukang
jahit ja pada dok buat kerja aku ni sekarang.... Seriously.. ^_^

Nak di jadikan cerita sampai ja kat dewan 2020 tengok semua pakai kebaya..
Oh my Lord.... kami semua pakai baju casual slumber berok..
Macam pelik ja pulak nak masuk ke dalam..
Pastu pulak tengok depa macam formal sangat ja.. 
Pintu masuk plak siap ada orang dok tunggu utk nak ambil kedatangan..
So kami dengan segan silu dan perasaan yang hiba terus berlalu pergi.
Sebab majlis ni kan macam under Kementerian Pendidikan Malaysia 
dan jugak Kolej Komuniti so sure lah majlis ni di penuhi dengan mereka-mereka.
So agak kekok pulak kalo tiba-tiba kami muncul..
So sangat-sangat FRUST semalam....
Pastu nak karaoke bilik pulak semua dah kena sapu dengan orang..
Last-last balik gitu je... Tapi sempat lah kami menelan burger daging sorang sebijik...
Rosak program diet aku... ^_^

Ok bye!! Thanks for reading.

12 comments:

  1. Lama x bergya dgn bju kbaya sejak tmbh2 kilo ni..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liya lagi la langsung tak pernah pakai kebaya .. huhuhu

      Delete
  2. dulu sblm kawin suka la pakai baju kebaya nie..tapi skrg dalam mimpi jer kot boleh pakai..huhuhu

    ReplyDelete
  3. haha.. xpe la kak.. 1 brger je.. xde rosak sgt diet tu.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... yelah tu aefa sekarang ni pon dah gedabak hehe

      Delete
  4. dah lama akak tak kenakan kebaya sejak badan dah gemuk..

    ReplyDelete
  5. fuyooo mmg grand lah that event judging from the promo poster - road to milan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah memang grand tapi syg nya tak leh masukk huhuhu,.,. sedih!!

      Delete
  6. la sayangnya...ntah2 boleh je masuk kot kak...hihi....tapi segan jugakla kan kalau da semua berkebaya & formal:)

    ReplyDelete
  7. saya ingin menjawab bagi pihak Jabatan pengajian Kolej Komuniti. Jemputan pada malam tersebut adalah telah ditetapkan setelah berbincang dengan pihak istana. tetapi sesiapa yang hadir dengan tanpa kad jemputan, kami ada menyediakan TV di luar untuk org ramai melihat program tersebut. kami mohon maaf atas kesulitan.

    ReplyDelete

Each Comment from u guys means a lot to me.. thanXX!!