Followers

Showing posts with label FAMILIA. Show all posts
Showing posts with label FAMILIA. Show all posts

PERIUK GRILL DAN STEAM BOAT DIY DI RUMAH

Assalamualaikum.............

Sejak musim cuti PKP ni, macam-macam resipi dan makanan yang kami sekeluarga cuba buat. Mana tak nya kalau dah nak ke mana pun tak boleh , perut ni mula lah nak minta makan ja .. So kali ni kami telah memesan satu periuk Grill dan steamboat untuk projek makan-makan di rumah. Harganya pula sangat lah berpatutan dan mampu milik. Kami order periuk ini daripada Shopee .. Macam biasa kalau satu jenis barang pasti harga yang ditawarkan juga agak berlainan. Jadi untuk periuk tersebut kami telah membayar RM 40 ++ .. Berbaloi dengan harga , periuk tersebut sampai setelah beberapa hari kami memesan . Nasib baik lah periuk tersebut "ready stock", kalau tidak terpaksa lah kami menunggu berhari semata-mata untuk menikmati ayam dan daging grill.

Sementara menanti periuk tersebut sampai ke tangan kami, kami awal-awal lagi dah sediakan perapan untuk ayam dan daging. Daging setengah kilo kami perap dengan bahan-bahan bulgogi korea. Begitu juga ayam , satu perapan bulgogi dan satu lagi ayam kunyit biasa ^_^.


Macam ni lah rupa dapur grill dan steam boat yang saya maksud kan . Sup kimchi menjadi pilihan kami untuk dinikmati dengan ayam dan daging grill.. Sedap tidak terkata di samping dapat bergembira dan bergurau senda dengan keluarga . Kalau ke restoren memang dah tentu untuk 6 orang dah berapa ratus . Jadi dengan adanya periuk ni, memang jimat sangat-sangat.. Kalau kawan-kawan semua teringin nak bergrill di rumah boleh lah cuba pesan periuk ini di Shopee ...

Sekian Terima kasih 



ARMENIAN STREET

Assalamualaikum....
Pernah ke tak kagum dengan bandaraya Georgetown Penang ? Memang tak pernah pun tak kagum.. Asal menjejakkan kaki ke Pulau ja pasti ternganga tengok bangunan-bangunan penuh dengan sejarah di sekitar Bandaraya George Town. Last few weeks time family aku datang ke rumah , aku ada bawak depa pi berjalan-jalan di sekitar bandar which is orang panggil Armenian street... The ever famour mural town ni memang terkenal sangat di kalangan pelancong which is that day pun memang ramai sangat pelancong especially orang putih tua yang suka naik beca ... Tak kurang orang kita pun ramai yang datang ke tempat ini untuk bergambar sebab selain penuh dengan tinggalan sejarah, tempat ni memang lawa ... sis tak tipu okay.... Seburuk-buruk bangunan pun boleh jadi cantik uolls ... 

Kami bergegas ke Pulau seawal pukul 9 pagi. Sebelum tu memang isi perut dengan nasi lemak dulu which is not my choice of food now as i am leading a healthy life .... Rasa nya eversince that day memang iolls dah tak makan nasi lemak .. Semoga sis sentiasa istiqomah ^_^ Sebab nak berjalan kan perlukan tenaga betul tak... Untuk pengetahuan semua nya , mural ni semua nya duduk jauh-jauh dan untuk kali ini time bawak mak dan adik-adik memang tak ambil langsung pun gambar mural sebab ada lah jumpa gambar mural yang budak naik basikal tu kan ,,, Tapi sebab ramai sangat orang dok bergambar kat situ, so kami pun tak jadi lah nak ambil jugak. Lagipun mural tersebut dah macam agak kabur sikit lah sebab dah lama dan sangat ramai orang yang ambil gambar kat situ... 


Kat tingkap pun jadi kerja na ... Memang kat sini pintu dan tingkap pun nampak lawa ... so tak hairan lah kalau menjadi pilihan ramai. Selain jalan kaki ada ja perkhidmatan beca which is beca tu akan bawak hampa semua p ke mural-mural yg lawa-lawa dan siap ajar lagi cara nak posing sebab depa memang dah hafal dah tempat-tempat dia. Harga dia ikut jam ya minimum 30 minit lah uolls.
Selain tu uolls jugak boleh sewa basikal which is as low as RM5 ye sistur sekelian..
Sebab nak pecahkan lemak , we choose to use our foot beside sangat jimat iaitu free ^_^




Tudia gambaq pelancong kita.. Harap-harap semua nya tak serik untuk datang bertandang ke Penang lagi.. boleh la iolls bawak jejalan ya ^_^ Lepas dah penat lelah bergambar di sini , kami beransur ke Queens bay mall pulak. Tapi tak lama kat sana sebab teringat ayah yang tinggal di rumah sorang-sorang hehehehe .... Kalau nak ikut kan gambar tu memang banyak yang di ambil tapi cukup lah beberapa ketoi sahaja untuk di kongsikan bersama di sini....

Till then .... have a nice day all 


 

Bercanda di Pantai Robina

Assalamualaikum....
Last few weeks , my family ada datang bertandang ke rumah , tidur semalaman aja ....
Hari keesokan nya kami berjalan-jalan di sekitar bandar George Town.
Di sebabkan ayah tak ikut jalan bersama, petang yang indah sebelum mereka berangkat balik, kami singgah sebentar di Pantai Robina , which is dekat sangat dengan rumah which is kalau tengok dari tingkap pun dah nampak laut ... ^_^


Pantai Robina ni kalau hujung minggu memang ramai lah orang yang datang bertandang ... Lebih kurang macam Kuala Perlis jugak lah.. Geng Moto, Geng Rempit yang bawak family semua nya mai dok berkumpul di sini. Selalu memang kalau tak bawak mak ayah memang tak dak la nak mai ke sini time petang , tak sangka plak ramai sangat yang kumpul kat sini, di samping gerai-gerai jualan pun berlambak rasa cam lebih ramai dari pembeli ^_^


Puas bergambar kami pun bersurai dari sini.... Walaupun singgah sat saja , tak apa lah asalkan boleh hibur hati ayah yang kena tinggai sejak pagi sebab kami pi berjalan ^_^
Lain kali mai lagi lah nak bawak pi berjalan tempat lain pulak ...

Until then ... have a blast......





TRIP TO THAILAND ON CNY BREAK

Assalamualaikum................
Anyeong people ^_^ Whats up ?? Selamat berhujung minggu...
Nak bercuti ke luar negara ??? Takyah gi jauh..
Thailand kan adoo ... Sapa pernah pi Thailand ???
Best kan best kan kan kann... 
Tapi nak kata Thailand sangat pun bukan lah masuk kedalam-dalam.
Just main kat betol-betol tepi sempadan ja.. ^_^



That day kami masuk ikut Padang Besaq ...
Masa tu dah pun pukul 5 , kira nya lewat dah la (sigh)
Nak lepas immigration pon kena beratoq panjang ... (sigh,sigh)
At last lepas dh cop pas sempadan dan declare kereta so kami pon berlepas ke dalam..



Masuk bawak kereta seniri so senang lah nak bergerak...
Jalan pun tak sesak dengan orang sangat pun. 
Tengok lah wayar elektrik depa.. exotic dak


Antara kedai-kedai yang ada di sepanjang jalan 










Tempat ni macam pekan biasa ja .
Kami pi shopping kat Yong Shin ja.. 
Gambaq kat Yongsin tu memang tak da langsung sebab masa tu jadi gila rambang mata sampai tak ingat langsung nak ambil gambaq...... ^_^


Ni kedai-kedai kat tepi jalan pulak..
Lebih kurang macam pasar malam jugak la ^_^


Kedai ni juai tako ... ^_^ RM2.50 / 5 biji ... murah gila 



Kuih ni perghhh sedap... 5 biji RM1 ^_^ 


Karipap ni tak tau harga ^_^


Sushi pon ada uolls... harga dia RM50 sen sebiji.... ^_^



Aneka bubur yang selalu boleh di dapati kat kedai-kedai kelantan...
Sebungkus RM1.50 jerrr....








Sambil beli cucuq sambil posing ...



Laksa - RM3.50 (boleh makan dua org)
Pulut ayam - RM3.50
Pulut Mangga - RM3.00
Nasi Air (Moi Sup) - RM1 (beli 6 bungkuih)

Aroyyyy sangat


Total damage that day RM200++ sahaja... semua barang murah even duit Malaysia dah jatuh ...
Kalau masa dolu-dolu lagi lah murah kan uolls....

Next time kalau nak merancang bercuti pergi lah ke Thailand ...
Pasti berbaloi-baloi ^_^

Bye!!


ZAHIRAH TRIP TO JB PART 2

Assalamualaikum...............
Aduhaiii, lambat nya rasa nak menyambung cerita ni kan...
Busy ja memanjang sampai tak sempat nak update
Okay 1st day Zahirah mai Johor kami pi melawat Ct kat Pasir Gudang..
Tempat yang paling aku tak suka pi sebab jauh dan jem ^_^







Okey kita selfie dulu .....
Kami tiga beradik sama mak sama pak tapi Siti muka lain sikit sebab ikut muka pak..
Lepas jumpa Siti kami terus balik dan cari makan..
Siti sebenar nya malam tu dah nak berangkat balik Perlis ...
Thats y lah dia tak join kami jalan-jalan








Kami lunch dekat Restoren Pokok Ceri yang memang femes dengan makanan Kelantan.
Terletak betul-betul depan Persada... 
Kat situ memang ramai lah orang makan...
Berdekatan dengan tu jugak ada Tentera Johor punya tempat.
Refer gambaq bawah



Bangunan belakang sana tu lahhh nampak doppsss.. ^_^








Lepas berposing sakan kat situ kami terus pi JPO pulak...







Thats the end of our day...
Pemalas nya kan nak type.. tengok gambar je lah uolls since tuan belog ni malas sangat..
Bye!!