Followers

Showing posts with label ~THE FOOD OF MY LIFE~. Show all posts
Showing posts with label ~THE FOOD OF MY LIFE~. Show all posts

RESIPI LAKSA JOHOR YANG SUPER MUDAH

Assalamualaikum..................
Anyeonghaseyo gais . Ketaq tangan nak menulis sebab dah lama tak aktif kat blog ni , tapi sis gagah kan juga demi peminat semua . cewah.. Omaigad bersawang teruk blog ni . Kalau dulu hari-hari update. Sis tak menjanjikan nak update hari-hari tapi kalau boleh nak update kalau berkesempatan.

Sebenarnya dah lama dah nak try masak Laksa Johor ni sendiri since di utara ni memang tak pernah jumpa langsung pun orang yang juai Laksa Johor. Nak rasa laksa Johor sedap memang kena pergi ke Johor la kan ... My favourite laksa johor tu of course la di restoren Banana Cafe yang terletak di Taman Sri Pulai Perdana which is dulu tu memang regular kat situ. Sis pernah duduk di Johor selama tiga tahun walaupun rasa macam baru sangat-sangat. Apa yang boleh sis katakan , tinggal kat Johor ni memang best. Serius kalau diberi peluang untuk bekerja di Johor lagi, sis memang sanggup.

Back to cerita pasal Laksa ni, actually sebelum ni macam dengar-dengar susah gila nak buat laksa ni. Jadi sebab tu lah memang tak pernah di buat. Tup tup hari tu terjumpa resipi kat Youtube . Apa lagi terus buat and yes, Menjadi .. Tersenyum lebar makan... Resipi ni kredit kepada Youtube Channel Masak apa Bossku. Sis ada perkurang dan perbetul ikut citarasa sis sendiri.


LAKSA JOHOR


Bahan-bahan 

Ikan kembung 400 gram 
(direbus dan dikisar, tulang ikan dikisar dan di tapis air nya)

(Bahan kisar dan tumis) 
bawang putih
,bawang merah,
1/2 inci halia,
 udang kering 


2 sudu cili kisar 
2 sudu serbuk kari
asam keping
sebatang serai dititik
santan 400ml
1 sudu kerisik
Spageti (secukupnya)

bahan hiasan
timun
daun kesom
bawang besar
taugeh
bunga kantan.

CARA MEMASAK

1. Tumis bahan kisar dan masukkan serai yang dititik

2. Masukkan 2 sudu cili kisar dan serbuk kari , Kacau sehingga pecah minyak

3. Masukkan isi ikan dan tulang ikan yang dikisar bersama air rebusan ikan. Kacau sebati

4. Setelah kuah mendidih , masukkan santan , kerisik dan asam keping 

5. Masak sehingga kuah menjadi pekat.

6. Sedia di hidang bersama dengan bahan hiasan

Untuk lebih memudahkan proses memasak Laksa Johor uolls boleh refer ke channel utube sis ya ... 


thanks for reading ....!!!!




JUADAH BERBUKA PUASA : RESIPI KERUTUB DAGING

Assalamualaikum...
Ni second time iolls cuba masak kerutub. 1st time masak buat kerutub ayam. Second time masak buat kerutub daging . Wah tak sangka memang sedap buat daging daripada ayam. Makan pulak dengan nasi tomato. Perghhhh,, melekat sedap likat pekat. Semua pakat makan dengan lahap nya. Paling seronok kalau masak apa-apa ayah makan . Sebab ayah ni kalau dia nak makan , mak tak masak dia agak kureng sikit.. nak mak ja masak setiap masa . Kalau anak masak kadang dia tak makan. Rela makan ikan goreng dengan nasi saja ^_^ Kalaun encik suami kita apa kita masak semua dia telan ja tak pernah merungut . yang sedap yang tak sedap yang masin yang tawar makan ja sepuasnya 

So hari ni sis nak kongsi la resipi Kerutub Daging yang sis buat semalam ... Wajib try .. Untuk rempah kerutub tu sis beli yang adabi punya sepeket kecik tu kan . Okay lah .


KERUTUB DAGING

BAHAN-BAHAN 

BAHAN A (Digaul bersama)
REMPAH KERUTUB ADABI
BAWANG MERAH 10-15 BIJI(Dikisar)
BAWANG PUTIH - 6 ULAS (Di kisar)
BUAH PELAGA 3
BUNGA LAWANG 1

BAHAN B (kisar)
BAWANG PUTIH 6 ULAS
SERAI 1 BATANG
HALIA 1 INCI
LENGKUAS 1 INCI

BAHAN LAIN
Daging 500g
Santan (1 kotak)
Kerisik (1 sudu besar)
Air asam jawa(satu sudu kecil)
Gula merah (1sudu besar)
Tomato (Dipotong 4)
Kentang (2 biji)
Garam secukup rasa

CARA-CARA MEMASAK DAGING KERUTUB

1, Tumiskan bahan B kedalam minyak panas sehingga naik bau.

2. Masukkan bahan A ke dalam tumisan tadi dan masak sehingga pecah minyak.

3. Masukkan daging dan tutup periuk sehingga daging mula mendidih . Kemudian tambahkan air 2 cawan. Biarkan masakan tadi mendidih

4. Setelah daging agak empuk masukkan bahan-bahan lain dan kacau sehingga sebati. 
Setelah masak tutup api..

Selamat Mencuba ........................

JUADAH BERBUKA PUASA - RESIPI KUIH BADAK BERENDAM

Assalamualaikum.............first day puasa dah mengidam makan badak berendam. Kuih ni memang bukan yang femes kat negeri i. So memang tak dak la jual kat kedai-kedai mana-mana pn dan memang tak pernah makan seumur hidup. Actually yang kite dok teringin sangat tu kuih koci yang ada santan berlemak padu tu tapi proses nak buat ya rabbi punya lah payah. End up buat kuih yang seangkatan dan segagan dengannya dengan konsep yang sama iaitu Badak Berendam. First time sis buat, masyaAllah sedap tu sampai ke sekarang pun masih terasa. Walaupun kejadian nya tak secantik mana disebab kan tidak guna pewarna hijau, pastu guna pandan pn tak berapa nak pandan .. 

Saya panggil ni badak berendam albino. Sedap tak serupa kejadian nya memang sangat-sangat sedap uolls .. boleh try nanti i bagi resepi okay...


Kebetulan adik saya pun buat jugak pada hari yang sama di rumah lain. So boleh lah kongsikan sikit. Hat dia buat elok lagi lah pada hat iolls buat ... ^_^

RESIPI BADAK BERENDAM . (ambil dari youtube)

BAHAN INTI:

1 CAWAN KELAPA PARUT
2 KETUL GULA MELAKA/GULA KABUNG@2SUDU BESAR GULA PERANG
DAUN PANDAN
SECUBIT GARAM
TEPUNG GANDUM (1SUDU KECIL)

BAHAN KULIT BADAK BERENDAM:

TEPUNG PULUT 2  CAWAN
AIR SECUKUPNYA (UNTUK DI ULI)
PEWARNA HIJAU

BAHAN UNTUK KUAH SANTAN:
1 KOTAK SANTAN 
1/2 CAWAN AIR 
2 CAWAN TEPUNG JAGUNG 
DAUN PANDAN
2 CAMCA GULA PASIR
GARAM SECUKUP NYA.

CARA-CARA NYA

1. PANASKAN AIR , MASAK GULA SAMPAI CAIR DAN MASUKKAN DAUN PANDAN DAN SECUBIT GARAM . MASUKKAN KELAPA PARUT DAN MASAK SAMPAI KERING. MASUKKAN TEPUNG GANDUM SEBELUM KELAPA PARUT BETUL-BETUL KERING 

2. ULI TEPUNG PULUT SEHINGGA MENJADI DOH DAN MASUKKAN INTI DAN ULI DALAM BENTUK BULAT.

3, DOH YANG DI ULI TADI DI REBUS DALAM AIR PANAS . IA AKAN MASUKA APABILA NAIK KE ATAS (MACAM ONDE-ONDE)

3. MASAK SANTAN DENGAN AIR . MASUKKAN GARAM , GULA DAN TEPUNG JAGUNG. UNTUK WANGI MASUKKAN DAUN PANDAN. BUKA API SLOW . TUTUP API BILA SANTAN AGAK PEKAT . 

selamat mencuba guys !

PERIUK GRILL DAN STEAM BOAT DIY DI RUMAH

Assalamualaikum.............

Sejak musim cuti PKP ni, macam-macam resipi dan makanan yang kami sekeluarga cuba buat. Mana tak nya kalau dah nak ke mana pun tak boleh , perut ni mula lah nak minta makan ja .. So kali ni kami telah memesan satu periuk Grill dan steamboat untuk projek makan-makan di rumah. Harganya pula sangat lah berpatutan dan mampu milik. Kami order periuk ini daripada Shopee .. Macam biasa kalau satu jenis barang pasti harga yang ditawarkan juga agak berlainan. Jadi untuk periuk tersebut kami telah membayar RM 40 ++ .. Berbaloi dengan harga , periuk tersebut sampai setelah beberapa hari kami memesan . Nasib baik lah periuk tersebut "ready stock", kalau tidak terpaksa lah kami menunggu berhari semata-mata untuk menikmati ayam dan daging grill.

Sementara menanti periuk tersebut sampai ke tangan kami, kami awal-awal lagi dah sediakan perapan untuk ayam dan daging. Daging setengah kilo kami perap dengan bahan-bahan bulgogi korea. Begitu juga ayam , satu perapan bulgogi dan satu lagi ayam kunyit biasa ^_^.


Macam ni lah rupa dapur grill dan steam boat yang saya maksud kan . Sup kimchi menjadi pilihan kami untuk dinikmati dengan ayam dan daging grill.. Sedap tidak terkata di samping dapat bergembira dan bergurau senda dengan keluarga . Kalau ke restoren memang dah tentu untuk 6 orang dah berapa ratus . Jadi dengan adanya periuk ni, memang jimat sangat-sangat.. Kalau kawan-kawan semua teringin nak bergrill di rumah boleh lah cuba pesan periuk ini di Shopee ...

Sekian Terima kasih 



BOOT NOODLE AT SUNWAY PUTRA MALL

Assalamualaikum.........
Anyeonghaseyo beautiful people....
Last week aku pulang ke kampung halaman aka Perlis...
Seperti biasa pada hari Sabtu nan indah aku bertolak dari Johor ke KL dan bermalam di rumah adik aku di Sungai Besi ^_^
Aku bertolak dalam pukul 12 gitu dan sampai dalam pukul 4.50 gitu.
Jalan jem sebab ada accident kat Simpang Renggam kalau tak salah ...
Lepas dah sampai kat umah Zahirah tu kami terus menuju ke Butik Vendville sebab ada sale.
Lepas bershopping sakan tu kami menjamu selera di boat noodle.
Anih la yang ajak pi ^_^ 

Boot Noodle.... cantik dia punya banner kan... ^_^
Berkilauan .. eh banner ke org panggil.. ?


Aku - Milk Tea
Anih - Green Tea
Zerah - Lemon Tea..
Ketiga-tiga air best ^_^


Nak jugok selfie ada Boot Noodle kat belakang kan.. bukti ^_^

Dah pun sampai mangkuk-mangkuk boat noodle neh,,,
Banyak jugak lahhh kami order



Anak Pak Jalil bertiga ^_^

Ni bayam goreng ^_^ sedap gakkk 


Nampak dak muka aku jadi apa dah ?? 
Tension makan benda nii...
Rumusan nya kalau nak makan boat noodle cukup lah stkt 4 mgkuk.
Lebih dari tu memang tak masukk ^_^

ok bye






HOMEMADE TEPPANYAKI

 Assalamualaikum.............
Anyeonghaseyo beautiful people..... 
Hari ni tak dak pergi ke mana-mana pun so pagi buta dah ke Pasar Tani cari barang nak masak..
Dari malam lagi memang aku dah plan nak buat Teppanyaki ni... Nak gi makan luar tak dak kawan.. Diana dah berhenti kerja, Abg M.H dah kena transfer ke Rawang , Mimie Plak gi jawab ujian untuk lesen kereta so kita cuba masak je lah kan ^_^


Resipi nya mudah jer sebab kat Teppanyaki tu depa masak terbuka kan so leh tau la nak masak macam mana ^_^
Nak resipi Teppanyaki ni ker ???
Serba salah pulak tak bagi kan ok lah....

Daging/ayam/apa ja yang uolls nak guna 

Daging tersebut iolls perapkan dengan 
1. kicap cair
2. Lada Putih
3. Lada Hitam
4.bawang putih dicincang
5.bawang merah di cincang
6. ajinomoto
Garam iolls tak letak sebab nya kicap cair dah masin..

Masak ja dalam kuali atau pan dengan guna mentega atau minyak biasa

Sayur 

1.taugeh
2. Carrot
3. Kubis 

Iolls tumis bawang putih, masuk semua sayur kat atas , letak kicap cair, lada putih ajinomoto.
Kacau jangan sampai sayur lembik sangat then terus angkat..

Bawang Putih Goreng

Hiris bawang putih nipis-nipis then goreng sampai garing yerrr...

****Done****

For soup , iolls memang tak buat sebab sup dia macam nak muntah ja makan ...
Cabai pulak iolls potong cili merah + kicap cair jer ^_^
Ok siap dah boleh makan.. So tak yah gi makan kat kedai lagiiii 

Bye!!!



MEE UDANG JB

Assalamualaikum........
Anyeong people ^_^
Actually dah lama sangat dah dok perati ja kedai mee udang ni...
Tak pernah pulak terasa nak pergi makan ke apa...
Biasa lah dekat dengan umah, jengok kot tingkap pon dah leh nampak 
One day , Kedai Mee Udang ni tetiba ja masuk dalam oh Bulan ...
starting from that day la orang mula membanjiri kawasan itu ..
Sampai kan nak makan pun kena tunggu turn uolls...
Iolls selalu jengok kot tingkap each night nak tengok keramaian orang itu..
Tapi after one week dah reda lah uolls... biasalah kan..
Tapi bukan kata tak dak pelanggan langsung ka apa kan..
Still ada cuma tak dak sampai tahap dok tunggu turn macam sebelom ni....
Memang ada la perasaan nak merasa mee udang ni but since office mate cakap tak sedap.
So tak jadi lah kan nak pi makan...
Pastu last week la nii tetiba rasa macam nak try , apa nak jadi jadi lah ...


Tada!! as you can see .. mee udang in the house ..
Last time masa my parent datang on vacation ke Johor , ayah iolls nak try mee udang ni 
tapi tak kesampaian sebab ada agenda lain masa tu ...
Ni iolls try semangkuk ni yang biasa punya yerrr.. 
Harga : RM11.90 .. standard harga atas mall ^_^
Okay rasa ja yessss sedappp ... tak faham why our office mate cakap tak sedap..
Maybe deria rasa kita tak sama kot kan... ^_^
Well.... Ada ke sesapa yang pernah try ,,,??
Raise your hand please....
Okay bye ^_^

Sesapa nak datang leh la yeee...kat Jalan Perdana 4, Taman sri Pulai perdana 2 , Skudai %_%

Sekian ,,, bye!!!

A taste of Johny Rocket


Assalamualaikum...........
Anyeonghaseyo beautiful people.....
Salam Jumaat buat semua nya ... Bila hari ni dah Jumaat esok dah Sabtu la kan..
Dengan bos tak ada ni lagi la rasa malas gila nak kerja +_+
Pernah dak uolls makan kat Johny Rocket ??
Sebenar nya 1st Johny Rocket Restaurant yang buat aku tertarik tu adalah kat The Curve.
Sebab nya staff depa ni sangat lah friendly kerana mereka menari dan menyanyi untuk customer.
Dan depa menari ikut rentak lagu dan macam depa dah praktis ... Good Job..
Amaze sangat kot.... ^_^


That day aku tak merancang pun nak makan sini.
Lepas balik ja dari Kelantan masa Kenduri Kahwin Diana tu sebelum balik Johor ,
aku main-main kat area KL dulu ....
Hajat nya nak pergi beli manik kat PERTAMA kompleks tu, 
Tapi masa tu ada KL Grand Prix ka apa tah yang depa tutup jalan tu kan so kedai tu pun tak buka...


Mencari menu yang lazat.. aku konon nya nak minum ayaq kopi last-last menyesai tak order milkshake. Untuk yang suka milkshake memang sesuai sangat lah makan kat sini..
Milk shake dia sumpah tak tipu memang sedap gila... 




Tah kenapa gambaq ni jadi kecik plak huhuhu.... &_&
Kami masa tu bertiga je . Aku , Anis dan Ada,...




Tadaaaaaaa... Tengok lah makanan dia ... Besaq gedabak..
Kami just order dua jenis makanan ja untuk kongsi bertiga..
Tupun dah kenyang sebab portion dia memang besaq..\
Burger dia plak memang guna daging yang betui dan bukan nya pink slime kihkihkih....
Masa kami pi ni kat Maju Junction Mall...
Sapa dah p ? Maju Junction yang selama ni agak suram dah berwajah baru dah...
Comel la sikit kan sebab depa buka Parkson kat situ...
Jadi sebab Anis ada kad Parkson dapat lah diskaun 10% yay!!!

Ok setakat ni jer.... Kalau pergi ke Maju Junction jangan lupa makan kat Johny Rocket yerrr


Berbuka puasa kat Big Food

Assalamualaikum...............
Anyeonghaseyo people............Sihat ke semua.
Nak kongsi menu berbuka puasa dengan kawan-kawan semua boleh ke....
Dalam bulan puasa ni saja rasa nya dah dua kali aku berbuka kat Restoren Big Food yang mengajikan makanan yang berportion besaq......
Tak yah cakap banyak jom la kita terjah menu yang telah menjadi santapan hamba baru-baru ini...









Teruja tak?????
Big food ni boleh di katakan tempat makan yang sedap di Johor dan sesiapa yang datang ke JB harus try makan kat sini..... Sure hampa akan berpuas hati ....

No.1 Jalan Kolam Air 1,
Nong Chik Heights,
80200 Johor Bahru.

No Tel : 0177313386
Operation hour : 3.00 pm to 12.00 am






Menu berbuka Puasa Semalam

Assalamualaikum.................
Anyeonghaseyo beautiful people....
Lagi berapa jam nak berbuka puasa dah kan....
Saja teringat makanan semalam dan nak share sikit kat sini.....
Semalam berbuka kat Kedai Asam Pedas dan BBQ.. 
Eh betol ke nama kedai nii... ??? Kedai ni terletak kat Taman Universiti Skudai..

Semalam order air Apple Asam Boi, Diana order air Oren dan Abg MH pulak air limau madu..
Sedap air dia.....

Cem gini lah lebih kurang suasana kedai dia ... Cantik dia punya deco ala taman..

Kangkung goreng belacan yang sangat ohsem

Ayam goreng berempah... sedap .. tapi depa goreng tak garing


Dan the last one, main menu untuk berbuka , Asam Pedas,
Sedap asam pedas ni ... :) suka sangat .. Dia guna ikan merah rasa nya...
Malam ni nak berbuka dengan apa ye.. hari2 pening dok pikiaq nak buka dengan apa...

Bye!!!



RESIPI LONTONG JAWA YANG SANGAT SIMPLE....

Assalamualaikum............
Anyeonghaseyo beautiful people.....
Wah pagi lagi dah up entry , macam tak caya jer kan...
Sebenar nya ni entry schedule yang telah di karang semalam.... :)
Nak kongsi resipi di hari baik bulan baik untuk hampa semua try masak time berbuka nanti..


Bahan - bahan A (bumbu untuk di kisar):
Bawang merah 5 biji/bawang besar sebiji.
Bawang putih 3 labu
Setengah inci halia.
cili hijau 5 tangkai 

Bahan B : 
Kacang panjang
Carrot
Tempe.
Santan (saya guna santan kotak kecil)

Bahan C (Rebus) :
Nasi himpit
Telor

Cara-cara :
1. Rebus air dalam periuk agak-agak separuh periuk.

2. Apabila air mendidih masukkan bahan yang dikisar.

3. Masukkan bahan B kecuali santan.

4. Setelah agak-agak mendidih , masukkan santan , perlahan kan api.

5. Masukkan garam dan aji secukup rasa dan Kacau sampai masak. 

6. Hidangkan dengan nasi himpit dan telor ...

Done ... Cuba tau sebab sedap sangat tu tak leh nak habaq ..
Resipi simple gila ni aku dapat dari KakInderawati, 
Kawan masa kat Subang dulu :)
Kak Inderawati ni anak jati Indonesia yang berasal dari Probolinggo, Jawa Timur..

SELAMAT MENCUBA YE KAWAN-KAWAN

Bye!!













Pertemuan tak terduga..

Assalamualaikum.............
Anyeonghaseyo beautiful people... Malas nya kan hari ni... Room mate balik kampung semalam memang nak tidur pon tak leh nak lelap. Hari ni nak kerja pon tak bermaya.. Sigh.....
Sabtu lepas, di sebab kawan-kawan serumah semua nya balik kampung, aku membawa diri ke Kampung Baru ke rumah adik aku. Memang tak berani kot nak tidur sorang-sorang... ^_^

Masa pergi ke Mid Valley sabtu lepas, kami terserempak dengan bapak saudara yang sedang berdating dengan isteri nya.. Bapak saudara aku ni adik kepada ayah (adik bongsu)
So apa lagi , wajib kena heret pergi kedai makan la... :) 
Mula-mula nak g Chilis tapi ramai plak orang yang dine in masa tu.
Last-last kami pergi makan kat Tepanyaki jer... ^_^

 1st time makan Teppanyaki ... Sebab memang tak minat makanan Jepun selain sushi... Tapi sebab Bapak
Saudara nak belanja so kena lah makan jugak.. benda free takkan nak tolak.. ^_^


Rasa terpukau tengok orang tu masak.. sangat lah expert.. ni la kot kelebihan teppanyaki. 
Kita makan dan tengok orang masak live depan mata :)


Tisu yang sangat cute untuk koleksi

Air Fresh oren.. :)

Kiter order yang ni,, Beef Teppanyaki,, Taugeh dia masyaAllah banyak gila.. Aku respek orang yang boleh habiskan semua taugeh yang menimbun tu... 
Kepada Pak Su saya, TQ sebab belanja ... Next time sebab teppanyaki ni sedap boleh la makan lagi.. 
Bye... 

Mark & Spencer Redcurrant Puffs

Assalamualaikum Ladies!
Anyeonghaseyo beautiful people all around the world....... Hari tu lepas balik dari lunch tengok-tengok atas meja ada benda yang kat bawah ni.... Tapi punya la lama dok bertapak kat meja baru semalam kalut nak buka tengok isi kat dalam .... Nak rasa sedap ka tak sedap... ^_^

Redcurrant puff ni rasa nya Miss Lee (anak tokey) yang bagi .... Kotak dia comel kan...

Bila di buka kotak nya kat dalam ada macam niii :)

Ini pulak rupa puff ni secara up close... 


Rasa dia pulak sangat lah sedap,, masin-masin manis....YUmmy sangat...
dalam masa beberapa saat dah lesap...
Ok bye!!!

NY Steak Shack @ Sunway Pyramid

Assalamualaikum...........
Anyeonghaseyo beuatiful people. Ini kisah waktu gaji bulan December masuk. Jadi apabila gaji dah masuk secara automatik nya kami memang tak balik rumah terus . Maka selepas habes waktu kerja kami berangkat ke Sunway Pyramid untuk makan sedap dan bershopping. Jalan punya jalan dok cari makanan kat tingkat bawah sekali (LG) kami pon terjumpa Restoren NY Steak Shack ni. Kedudukan restoren ni berhampiran dengan Ice Rink tu, jadi kami pon masuk la sebab nak mencuba .

Diana yang sentiasa kepenatan , kami kelaparan sebenaq nya ... :)


Aku yang semakin tua :)


Ini makanan aku. Lamb Shoulder Steak. Ntah kenapa sekarang ni dah mula menjadi pencinta kambing..

Ini pulak makanan Diana .. Tak ingat nama tapi dia adalah sejenis ayam

Ini lah rupa kedai tersebut ye kawan-kawan..... :) 

By the way... Tak terlambat kalau kiter nak ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua kawan-kawan yang mengenali saya ... ^_^ Busy sangat tahun  ni sampai tak sempat nak update azam baru.. 
BYE!!