Followers

KHLONG NGAE MARKET THAILAND


Assalamualaikum.......... Tak terhitung dek jari jemari posting yang di tulis berkenaan dengan Thailand. Sebab Thailand ni dekat sangat dengan umah aka kampung halaman... Baru je memandu dalam setengah jam ajo dah sampai Thailand uolls .. so takkan lah tak nak pergi kan ? kan ?
So baru-baru ni nak kata baru sangat pun ada lah dalam dua bulan lepas kot, 
Kami sefamily which is mak ayah lia dan adik dua orang berkesempatan pergi ke Thailand iaitu Hatyai untuk percutian 2 hari 1 malam .... ^_6
Tapi hari ni yang sis nak ceritakan kepada uolls semua adalah bukan nya tempat yang macam orang lain selalu pergi tu tapi ni tempat agak lain sikit lah ..
Pasar pagi Khlong Ngae ni adalah pasar pagi yang menjadi kegilaan kepada pencinta bundle.
Pendek kata bundle tu memang lah barang preloved dan jugak branded la kan ???
Barang apakah ? Macam-macam lah uolls bukan stakat baju ja tapi kasut , beg , jam tangan , spek mata dan seangkatan dengan nya ... 


Nampak dak keramaian di situ ? Boleh di katakan pasar ini mengambil ruang yang sangat besar dan menjual bermacam-macam benda . Kalau dah mai kat sini elok la pakai pakaian yang tidak menjolok mata ,,, hahaha lawak ja ,, pakaian harus lah selesa. pilih je kain cotton ,, Tak yah pakai baju kain yang xserap peloh sebab nya kalo mai thailand memang cam tu.. Nampak ja di langit macam tak hangat tapi hangat depa ni jenis membahang tak sama macam kat Malaysia ya kawan-kawan.


Seluaq jeans pulak memang ada banyak pilihan jugak cik adik cik akak ... 
Geng bundle kalau mai sini memang boleh kelam mata la ..
Bawak lah duit tu banyakk na jangan bawak sikit kalau dak hampa menyesai.. ^_^


Yang ni pulak kasut... ^_^ kasut sukan branded baq hang..
Nak brand apa ? Adidas , Nike , Puma, Acsic .. Semua nya ada..
Kami grab satu.. memang berbaloi la.. Walaupun bundle..
Dah murah gila pastu kualiti dia tudia ... dh memang barang ori kan .. 
Apa nak di kata...

Sambil menyoping jangan lupa grab makanan ringan ...
Sedap tak tau nak cerita na benda ni,
Dia buat dari ikan , cmpur kacang panjang pastu goreng..
Perghhhh.. tak terkata sedap dia leh jilat jari ...


Nampak dak ??? T shirt ni berkualiti .. Try pegang kain dia ..
Kemain lembut.. bundle sini kan memang elok2 la,, 
kalao baju jenis yang depa juai selai rm5 tu memang xdak la ..
hat helok-helok saja ada di sini.

Selain daripada baju-baju bundle dan seangkatan dengan nya . pokok bunga pun ada gak la di juai disini. dan bukan pokok bunga je lah



Antara makanan ringan lain yang ada di sinii.. 
Cucur pisang , ubi dan lain-lain lagi.


Sayur pun ada jugak ye.. murah-murah la sayur dia .. cabai dia pun seplastik banyak gila...
Tapi tak beli pun,,, menyesall




Basically pasar ini menggabungkan pasar sehari dengan pasar jualan bundle.
Makna nya bukan pencinta bundle sahaja boleh mai sini... 
Mak-mak kita pun leh gak la.. mak soping ikan kita soping barang bundle


Akhir kata kalau uolls berminat nak pi try soping kat sini...
Boleh la type kat google maps Khlong Ngae.. memang dia akan bawak hampa semua ke pasar yang best gila gila padu nii...

^_^


SURAT KEBENARAN UNTUK BERKAHWIN DARIPADA KEDUTAAN

Assalamualaikum.............
Anyeonghaseyo beautiful people ^_^ .. Happy Sunday !! Selalu kalau tak balik kampung , ahad memang kite kerja , tapi hari nie tak tau pasal apa perasaan malas tu menguasai seluruh jiwa dan menyebabkan saya membuat keputusan untuk bercuti sahaja.. Masak memasak , kemas-kemas umah sikit pastu sekarang time untuk hupdate blog pulak yerrrr ^_^ .. Kali ni betul-betul nak terapkan budaya rajin dalam diri untuk sentiasa update blog ni .... Hari ni di temani angin sepoi-sepoi bahasa dan pemadangan laut yang luas terbentang memberikan mood yang lebih untuk menulis. 
Lieya nak kongsi salah satu syarat wajib dan salah satu prosedur yang diperlukan untuk berkahwin dengan warga asing.Tak kira lah orang nya tu berasal dari negara Amerika ke Zimbabwe ke tetap kena ada surat kebenaran ni ... ^_^ 


Masa kami ke Kedutaan tempoh hari, kesilapannya ialah kami pergi lewat .. lewat pun  tak lewat jugak lah . Sampai kat sana dalam lebih kurang pukul 9pagi. Sebab nya memang bajet surat ni takkan dapat pada hari yang sama . Tapi , alih-alih rupanya kalau urusan tu siap sebelum pukul 11 , di benarkan untuk mengambil surat ini pada hari yang sama. 
Urusan kami pada hari tersebut selesai pada pukul 12.30 tengah hari.
Kiranya lewat dalam sejam setengah je ... ^_^ Tak pe lah kan.. Redha je lah .
So lepas settle kat sini , pegi makan-makan terus balik je umah adik yang memang menetap di KL.
Untuk pengetahuan sekelian alam , Kedutaan untuk Indonesia ni terletak di Jalan Tun Razak tapi bukan lah Jalan Tar yang kita dok beli kain baju tu ye kawan-kawan. Tapi tempat lain.
Kat area ni ada banyak lagi kedutaan lain dan rata-rata kebanyakan kedutaan negara memang terletak di kawasan yang sama , tapi yang iolls notice that day hanya lah kedutaan Jepun sahaja.
Kedutaan Indonesia ini juga terletak berdekatan dengan KLIA dan Zouk ^_^.. 
So senang lah nak cari tempat ni sebenarnya ...


Keesokan hari nya , pagi-pagi lagi kami dah bertolak dari umah adik kat Cheras tu ...
Tapi macam biasa gak la bukan pagi jugak dalam pukul 9 sebab nak lepas jem ^_^
Sampai je terus ambil nombor dan tak sampai beberapa ketika kami pun terus ke kaunter dan mengambil surat kebenaran tersebut ... ^_^ Alhamdulillah settle peringkat kedutaan ni.
Tapi semua nya tak berakhir di sini sahaja sebab nya surat ni harus lah di cop di bahagian konsular kementerian Luar Negeri. Kementerian Luar Negeri ni terletak di Wisma Putra , Putrajaya.
Berbekalkan waze , sebab kite memang tak tau jalan sampai lah kami di sana dalam lebih kurang pukul 1 dan time tu depa rehat pulak tapi kaunter tetap berjalan seperti biasa.
That day kite pegi pakai biasa-biasa je la dengan tudung bawal je .
Time nak check dekat receptionist , boleh pulak kite di herdik.
Herdik macam mana ye ... bunyi herdik tu cam teruk sangat ..
Tapi macam agak tak puas hati gak la .. Macam tak boleh pulak cakap helok-helok kan.. Geram pulak aku.. mentang-mentang lah kita nak kahwin dengan orang luar ... 


Masa kat Pejabat Konsular tu boleh dikatakan ramai juga lah orang-orang yang datang dengan urusan yang berbeza .. Agak dekat sejam jugak la kami tunggu . At last dapat jugak alhamdulillah..
Untuk nak cop pengesahan dari Kementerian Luar Negeri ni ada bayaran ye adik kakak..
Seketul cop ni hari tu kami bayar dengan harga RM20 .. ^_^
So lepas dah siap semua urusan kami kat sini, kami terus bergegas balik.. 
Singgah KL makan-makan then pukul berapa tah terus gerak balik ke Perlis ^_^




Okay guys ,,,, Nilah surat yang Lieya maksudkan tu.. 
Surat Kebenaran Untuk berkahwin daripada Kedutaan Indonesia .. Biaya gratis aja ya maksud nya Free lah kawan-kawan ye...Settle problem kami masa tu dan boleh dah nak submit borang nikah kami dengan ada nya surat ini ^_^ Nak settle kan urusan ni saja kita unpaid leave hampir 7 hari tauu.. kuss semangat gaji ku di potong tapi tak pe lah berbaloi sangat sebab urusan dah settle otak pun leh bertenang sikit kan .....

Okey until next time .... bye!

American Horror Story

Jika ditanya rancangan televisyen kegemaran yang paling di gemari , jawapan nya tentulah American Horror Story yang sekarang telah mencecah musim ke 8. 
Rancangan televisyen ini di tayangkan di channel Astro FX dan boleh juga ditonton secara dalam talian di beberapa website yang boleh didapati dengan hanya menggoogle..
I have been a fan since the 1st season walaupun ada season yang ceritanya agak tak dapat diterima akal tapi setiap kali ada season baru sis agak teruja .. ^_^


Season 1 - Murder House 
Cerita ini mengisahkan tentang gangguan makhluk halus yang berada didalam sebuah rumah yang didiami oleh keluarga yang ingin memulakan hidup baru di pedalaman..
Semasa mereka mendiami rumah tersebut,  mereka di datangi oleh bekas penghuni rumah tersebut yang telah menetap di rumah tersebut semenjak tahun 1920an dan mereka juga telah menghabiskan hayat mereka di rumah tersebut. 
Jalan cerita untuk season 1 ini agak janggal kerana penonton kadang tak dapat membezakan diantara manusia atau pun hantu. so memang boleh dikatakan tidak lah menggerunkan sangat pun.. ^_^


Season 2 - Asylum....
Season 2 mengungkap kisah yang berkisarkan tentang rumah sakit jiwa yang berada di Massachuset yang menempatkan pesakit-pesakit yang datang dari pelbagai latar belakang.
Asylum adalah salah satu season yang saya minati,
Jalan cerita untuk season ke 2 agak menarik berbanding season pertama dimana kita dapat menyelami kehidupan pesakit jiwa dan terdapat beberapa unsur seram.
Kisah ini juga berkisar di sekitar tahun 1964 dimana hak individu dan penganiayaan terhadap manusia masih berleluasa.


Season 3 - Coven.
Coven mengisahkan tentang keturunan ahli sihir yang masih wujud di zaman moden .
Setiap episode menunjukkan flashback ke zaman dimana ahli sihir berleluasa di Amerika Syarikat.
Coven agak menarik kerana jalan ceritanya yang lebih sensasi dan lebih memberi efek seram dimana didalam cerita ini memperlihatkan keganasan manusia terhadap manusia lain.



Season 4 - The Freak Show.
The freak show mengisahkan manusia pelik yang dilahirkan pelik .
Di zaman dahulu awal , sebelum zaman permodenan seringkali manusia pelik dijadikan bahan tontonan untuk tujuan memperolehi wang ringgit tanpa mengira belas kasihan .
Seringkali manusia pelik ini di ambil kesempatan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab dan juga kadangkala keluarga mereka sendiri juga turut mengambil kesempatan di atas keistimewaan mereka ini sehingga mereka ini teraniaya .



Season 5 - Hotel
Kisah ini sebenar nya adalah adaptasi daripada kisah benar iaitu seorang lelaki yang memiliki hotel dan membunuh pelanggan hotelnya sendiri dan menanam mereka di bawah tanah hotel tersebut.
Kegilaan lelaki ini amatlah pelik dan menyebabkan hotel tersebut berhantu.
Namun cerita ini bukanlah mencedok 100% daripada kisah benar tersebut tetapi telah diolah mengikut citarasa penonton .. Hotel menampilkan Lady Gaga yang juga berlakon didalam siri ini.
Hotel yang diinspirasikan oleh siri ini adalah Hotel yang terletak di LA iaitu Cecil Hotel



Season 6 - Roanoke 
Roaneka menceritakan mengenai suami isteri yang tinggal di sebuah rumah yang dihantui oleh Roanoke Colony. Mereka berjaya melepaskan diri dari di hantui oleh hantu tersebut dan telah kembali ke rumah tersebut untuk siri dokumentari .
Akan tetapi kepulangan kerumah tersebut telah memburukkan lagi keadaan apabila hampir kesemua pelakon watak dalam dokumentari ini dibunuh oleh Roanoke colony termasuk pengarah rancangan ini ... 


Season 7 - Cult.
Cult mengisahkan kultus atau kumpulan yang mempunyai pengikut yang sanggup melakukan apa sahaja demi ketua mereka.. Jalan cerita ini berkisar di sekitar Pilihanraya Amerika Syarikat yang telah menaikkan Donald Trump sebagai presiden Amerika . Kumpulan ini telah melakukan beberapa siri pembunuhan yang mengerikan yang telah dilakukan keatas mangsa yang tidak bersalah. 
Kisah ini jugak diadaptasi dari Kumpulan Kultus yang dahulunya sangat popular di Amerika dan salah satunya adalah Kultus yang diketuai oleh Charles Manson.. 


Season 8 - Apocalypse.
Season 8 belum sempat nak tengok lagi tapi dari synopsis nya , Apocalypse adalah gabungan diantara season 1 and season 2 . Cerita ini menceritakan kisah disebalik bencana nuklear.
Okay till next time kalau dah tengok baru lah dapat ulas dengan lebih lanjut lagii.. ^_^

Until then .. have a nice day guys!







Saat Akad di lafaz, Aku Milikmu selamanya .. Kau Syurgaku yang abadi



Saja nak share gambar sekitar hari pernikahan tempoh hari.... ^_^ Walaupun gambar yang di ambil boleh dikatakan banyak juga tetapi tak tau kenapa kebanyakannya tak menjadi.
Eh tetiba jadi kekok plak aku nak bergambar sampai kan gambar jadi pelik semua ..
Mujur lah ada jugak yang boleh di ambil kira ... hehehehehe...


Sebenar nya baju yang di pakai pada hari tersebut dijahit oleh mak dan adik aku sendiri...
Warna yang dipilih ni sebab suami memang kalau pakai kaler ni memang nampak berseri..
End up si buntal ni plak nampak gemok...
Tak pe lah kan janji laki kita nampak helok... tudia sanggup berkorban baq hang ^_^
Redha je la mak memang kau dah gemok sejak kecik lagi..
Takkan pulak tiba-tiba jadi kurus plak kan.... 


Gambar kat atas ni ambil kat Kuala Perlis ... macam jeti bot untuk nelayan.
Actually masa zaman sebelum kawen dulu pun memang dah teringin sangat nak photoshoot kat sini,
Alhamdulillah kesampaian jugak cita-cita akak ^_^



Suasana senja kat sini bertambah seri lagi.
Actually yang ambil gambar kami ni adik aku sendiri..
Kalau upah photographer ahai tak tau lah kekok camna kan...
Adik sendiri ambil gambar pun boleh pulak wat pose keras cam kayu api.... Sabaq je lah...



Sebenar nya kita pun tak buat kenduri besar-besaran lagi..
Besar -besaran pun bukan kata besar sangat jugak lah..
Maksud nya tu resepsi la ... Hari tu pun wat makan simple-simple je which is mee kari..
Home made by my mother ... Next time kalau betul-betul buat kenuri memang kita ajak la kekawan..
Agak macam ramai gak kengkawan yang macam kecik ati kan sebab tup tup dah kahwen..
Bukan tak nak heboh sebab story kite ni memang agak complicated jugak la kan...
So memang take time lah nak betul-betul officially announced dan officially semua nya ...
Alhamdulillah segala jerih pedih selama ini berbaloi ... 
Kalau dah jodoh berkawan tak yah lelama memang menjadi... 
Kiter kenal dengan hubby sejak 2015 lagi tapi dia cuma rakan sekerja ..
Start rapat awal 2017 dan menikah pada November 2017 .. Dan officially married in Malaysia last month.. Perjalanan jodoh memang sekejap kan ... 
Berharap jodoh ini kekal berpanjangan .... Akhir kata untuk suami ku sayang..
Terima kasih atas setiap usaha mu untuk merealisasikan impian untuk hidup bersama.. 
Love u to the moon and back... ^_^

Finally.............. Officially Married .. Alhamdulillah

Assalamualaikum..............
Anyeonghaseyo beautiful people............. Alhamdulillah At last i am officially married ..
Untuk bercerita memang agak complicated kisah aku dan dia ...
Actually we have been married in Indonesia with the bless of both mommy and daddy in 2017 ..
Even tho selalu mommy agak emotional sedikit tapi ayah memang setuju 100%.
After all the hassle and bussle akhir nya pada 20 October 2018 yang lalu kami diijabkabulkan untuk kali yang kedua di rumah ku syurgaku .... Alhamdulillah semua nya berjalan dengan lancar.
Walaupun kami cuma melakukan persiapan yang serba sederhana tapi semua nya.
InsyaAllah di lain lembaran akan di cerita kan sedikit demi sedikit tentang prosedur dan keperluan yang di perlukan untuk berkahwin dengan warga asing. 
Semoga apa yang dikongsikan nanti dapat memberi manfaat kepada semuanya..


At last but not very least, Terima kasih kepada kaum keluarga , sahabat handai dan jiran-jiran yang sudi datang memeriahkan majlis serba sederhana ini.... 
till then .... Have a nice day guys!

CANDI PENATARAN

Assalamualaikum uolls............ 
Happy weekend ... Alhamdulillah hari ni cuti dan ada masa untuk hupdate blog. 
Last raya , which is Aidilfitri 2018, i got a chance to celebrate hari raya in Indonesia .
Kenapa raya di Indonesia sedangkan di Malaysia lebih meriah sebab ada family ?
Will let u know later , but now nak ceta pengalaman saya bersiar-siar di Candi Penataran yang terletak di sebuah bandar yang di beri nama , BLITAR. 
Sebenarnya Blitar adalah sebuah Kabupaten dalam bahasa melayu apa ye Kabupaten ni...
Kalau google translate nya ke bahasa English adalah Regency. So makna nya lebih kurang macam negeri jugak lah kan ^_^


For u guys info, kalau berkunjung ke negara Indonesia pasti akan ada tempat pelancongan seperti ini kerana pada zaman dahulu kala negara Indonesia memang pusat agama Hindu. Candi Penataran ini juga merupakan sebuah gugusan candi bersifat keagamaan Hindu Siwaitis yang terletak di Desa Penataran, Kecamatan Nglegok, Kabupaten BlitarJawa Timur. Candi termegah dan terluas di Jawa Timur ini terletak di lereng barat daya Gunung Kelud, di sebelah utara Blitar, pada ketinggian 450 meter di atas permukaan laut. Dari prasasti yang tersimpan di bagian candi diperkirakan candi ini dibangun pada masa Raja Srengga dari Kerajaan Kadiri sekitar tahun 1200 Masehi dan berlanjut digunakan sampai masa pemerintahan Wikramawardhana, Raja Kerajaan Majapahit sekitar tahun 1415.(ihsan Wikipedia)
Untuk seorang yang memang sangat berminat dengan Sejarah , tempat ini memang sesuai untuk di kunjungi oleh saya ... ^_^


Actually both picture kat atas ni adalah Candi Utama untuk Candi Penataran ini. 
Pada halaman ketiga ini terdapat bangunan candi induk yang terdiri dari tiga teras tersusun dengan tinggi 7,19 meter. Pada masing-masing sisi tangga terdapat dua arca mahakala, yang pada lapiknya terdapat angka tahun 1269 Saka atau 1347 M. Sekelling dinding candi pada teras pertama terdapat relief cerita Ramayana. Untuk dapat membacanya harus mengikuti arah prasawiya, dimulai dari sudut barat laut. Pada teras kedua sekeliling dinding dipenuhi pahatan relief ceritera Krçnayana yang alur ceriteranya dapat diikuti secara pradaksina (searah jarum jam). Sedangkan di teras ke tiga berupa relief naga dan singa bersayap. Teras ketiga bentuknya hampir bujur sangkar, dinding-dindingnya berpahatkan arca singa bersayap dan naga bersayap. kepalanya sedikit mendongak ke depan sedangkan singa bersayap kaki belakangnya dakam posisi berjongkok sedang kaki depan diangkat ke atas.
Pada sisi sebelah barat daya halaman terdapat dua buah sisa bangunan. Sebuah candi kecil dari batu yang belum lama runtuh yang oleh orang Belanda dulu dinamakan klein heligdom atau bathara kecil. Tampaknya candi inilah yang mula-mula dibuat bersamaan dengan prasasti Palah melalui upacara pratistha tersebut. Sebuah sisa yang lain berupa fondasi dari bata. Kedua sisa bangunan ini menghadap ke arah barat daya. Sederet dengan sisa kedua bangunan ini berdiri sebuah lingga batu yang disebut prasasti Palah. Dalam area komplek percandian juga terdapat sebuah kolam berangka tahun 1337 Saka atau 1415 Masehi yang terletak di belakang candi sebelah tenggara dekat aliran sungai.(ihsan wikipedia)

Salah satu tempat yang membuatkan aku teruja sangat dengan Candi Penataran ini adalah seperti yang tersebut di atas ini . Bayang kan lah air nya sangat jernih dan kita boleh lihat ikan-ikan berenang dengan riang sekali . Menurut dia , Air di dalam kolam ikan ini tidak pernah kering walau apa pun yang terjadi .... So sebagai seorang pelancong , saya sangat lah teruja dan merasa sangat terpegun semasa melihat kolam ini... 

Overal lawatan saya ke sini memang sangat menyeronokkan .. Di sini saja lebih daripada 100 gambar telah di ambil dan hanya yang terpilih sahaja yang di letakkan di sini . 
Time ni bulan puasa tau... Bayang kan lah ... sebab dia cakap nanti kalau lepas raya memang dah busy dan tak sempat nak bawak kiter jalan-jalan..
So mau ke tak mau ke kena hadap gak lah kan daripada tak pergi jalan-jalan langsung ^_^


Okay guys yang seperti gambar di atas ni pulak adalah Candi Candra Sengkala
Candi Candra Sengkala berangka tahun 1291 Saka atau 1369 Masehi. Masyarakat Jawa Timur lebih dikenali dengan nama Candi Brawijaya yang merupakan bangunan yang paling terkenal dalam kompleks Candi Penataran dan juga digunakan sebagai lambang kodam V Brawijaya. Kadangkala ada juga yang menyebutnya Candi Ganesha kerana di dalam bilik candinya terdapat sebuah arca Ganesha. Lokasi candi berada di sebelah tenggara bangunan pendopo teras dalam jarak sekitar 20 meter. Pintu masuk candi terletak di bagian barat, pipi tangganya berakhir pada bentuk ukel besar dengan hiasan tumpal yang berupa bunga-bungaan dalam susunan segitiga sama kaki. Bagian dalam relung candi terdapat sebuah arca Ganesha dari batu dalam posisi duduk di atas padmasana. Pada bagian atas bilik candi pada batu penutup cungkup terdapat relief Surya Majapahit yakni lingkaran yang dikelilingi oleh jurai pancaran sinar yang berupa garis-garis lurus dalam susunan beberapa segitiga sama kaki. Relief Surya Majapahit juga ditemukan di beberapa candi yang lain di Jawa Timur ini dalam variasi yang sedikit berbeza sebagai lambang kerajaan.

Candi Candra Sengkala seperti umumnya bangunan-bangunan candi lain, terdiri dari bahagian-bahagian yang disebut kaki candi yaitu bagian candi yang bawah, kemudian tubuh candi, terdapat bilik atau kamar candi (garbagriya) dan kemudian mastaka atau kemuncak bangunan yang berbentuk kubus. Pada bagian mahkota terdapat hiasan yang raya dan pada masing-masing dinding tubuh candi terdapat relung-relung atau ceruk yang berupa pintu semu yang di bagian atasnya terdapat kepala raksasa kala yang rupanya menakutkan. Kepala makhluk seperti ini disebut kepala kala yang di Jawa Timur sering disebut Banaspati yang berarti raja hutan. Penempatan kepala kala di atas relung candi dimaksudkan untuk menakut-nakuti roh jahat agar tidak berani masuk komplek percandian. Sementara itu pada sekeliling bangunan ini terdapat sisa-sisa tembok bata yang tinggal bagian dasarnya dengan pintu masuk di sisi barat laut. Bangunan-bangunan di halaman pertama ini seluruhnya terbuat dari batu andesit. Kecuali dua buah fondasi dari bata berdenah persegi panjang, terletak di sebelah timur laut candi Candra Sengkala ini. Di sebelah kiri candi Candra Sengkala terdapat arca wanita yang ditafsirkan sebagai arca perwujudan Gayatri Rajapatni.
(ihsan Wikipedia)


Tentunya kunjungan saya ke sini adalah moment yang sangat memorable ... 
Wish one day will come back here again since that day tak sempat pakai baju cantik-cantik pun sebab dia ajak datang sini pun in a rushing manner .
But still walaupun masa sangat lah suntuk akan tetapi saya sangat bersyukur sebab di beri peluang untuk melawat tempat yang sangat bersejarah ini....


Akhir kata Thanks kepada dia yang kat belakang sana ....... ^_^
Next time bawa saya jalan lagi yeeee 
Bye!!

Pengabaian Tahap Teruk

Assalamualaikum........................
Anyeonghaseyo beautiful people..... Blog ini sudah terabai di tahap yang paling teruk. Semenjak hakak berpindah ke Johor atas urusan kerja memang tak pernah sempat nak update blog ... 
Belum sempat habis cerita di Johor sekarang sis berpindah pulak ke Pulau Pinang..
Actually , sis berada di Johor agak lama jugak la . Since 2015 sampai lah tahun 2017 . 
Kalau dihitung di congak agak-agak 3 tahun jugak la kawan-kawan. 
Sis pun tak tahu dari mana nak start bercerita ni , tapi kita try lah slow-slow catch up kan .. 
Apa pun ..... hope u guys enjoy the view of sunset glow ^_^
Which was taken at my home balcony .....
So serene kan ..................... Til then ... byeeeeeeee..


P.s : Mengumpul kekuatan untuk update blog ^_^ Semoga istiqomah