Followers

Showing posts with label ~COMEL COMEL~. Show all posts
Showing posts with label ~COMEL COMEL~. Show all posts

ONYEE .. NEW FAMILY MEMBER

Assalamualaikum............
Anyeonghaseyo beautiful people ^_^
Presenting new family member , Onyeeee...
Budak kelabu yang sangat comel tapi mulut busukkkk ^_^
Yerlah kucing kan tak gosok gigi mesti lah mulut busuk ^_^


Walaupun kelabu , tapi raut wajah dia macam kucing kesayangan aku Totoi :(
Sebab tu lah suka dia sebab macam Totoi junior...
Comel kan dia... alahai dah rindu ..
Harap dapat lah jumpa dia tak lama lagiii :)

Bye !!

Merah

Assalamualaikum............
Anyeonghaseyo beautiful people....
Kelmarin lepas pergi beli sayur dan ikan kat pasar, kami pergi ke rumah lama..
Rumah lama tu kat kat kampung la , tapi kampung pun bukan nya jauh sangat pon.
Dalam 3km dari rumah sekarang ja.....
Tujuan kami pi sana nak tengok anak kucing yang ayah aku bela kat situ.
Ayah dah bela dia dekat sebulan dah pon ..
Pi tengok ja apa lagi memang kena bawak balik la sebab COMEL. 

Dah besaq ni... masa ayah amek tu lagi kecik ... suka dengan corak kat badan dia.. ada pusaran

Susah nak ambil gambaq budak tecit ni... Dia tak pandai posing ^_^

Nendia... comel tak ?? Macam tikuih pulak muka dia hikhik

Masa bawak balik pakat dok pikiaq nama ...
Padahal ayah aku dah letak nama dia MERAH .
Patung rimau ni permainan totoi masa kecik-kecik dulu... hehehhee...

Comel dop kucing itewwww....?




Permata hati ku ^_^

Assalamualaikum............
Anyeonghaseyo beautiful people......
Hari ni hari ke 3 di kampung halaman ^_^
Tadi kak aku hantaq 3 keping gambaq ni kat aku ....
Gambaq anak-anak dia pakai baju yang aku beli kan hehehhe comell...

 Si kakak Areesya ,,,, pakai skirt .. comel sangat

 Iqi si adik yang merap kuat... :) 

Sayang dua orang budak tecik ni sangat-sangat..
Areesya dah pandai posing.. Iqi pulak macam terpinga lagi..

Next time balik kampung mesti depa dah besaq dah ^_^

Dating di Nu Sentral

Assalamualaikum............
Anyeonghaseyo beautiful people.........
Sabtu lepas , aku berkesempatan pergi ke Nu Sentral untuk bertemu dengan 
Mek Tie yang kebetulan kerja overtime...
So lepas dia balik kerja tu terus dia mai jumpa aku............
Mesti ramai yang dah tahu kan , Nu Sentral ni shopping complex yang baru di buka ,
yang terletak betol-betol bersebelahan dengan KL Sentral.


Tempat utama yang wajib di lawati adalah tandas ^_^
Tandas dia biasa-biasa aja ... yang paling best surau dia..
Besar dan luas tempat sembahyang tu tapi sayang.
aku terlupa nak snap gambaq .. 

Ni si kecik Farish Irfan.... budak manja ni.

Masa ni kami kat LG floor.. tempat budak-budak main...
Sampai ja terus bersila kat sini :)

Mujur ada suami mek tie boleh gak tolong amek gambaq kami bertiga :)

Diana dengan Farish :)



Nurin dok main tak caro langsung kat orang lain.
Ajak amek gambo pon tak mau.

Dah besaq dah si kecik ni... Hari tu mula-mula jumpa kecik ja.. 



POsing dengan umi pulak ye.. Asyik posing dengan auntie ja...
Nu Sentral tu boleh di katakan besaq dan banyak tingkat jugak lah..
Ada banyak lagi kedai-kedai yang belom di buka. Kena tunggu lagi sebulan baru boleh pergi lagi.
Mesti lebih meriah rasa nya sebab terletak betol-betol di tengah-tengah kota 
dan tempat yang memang menjadi tumpuan semua....

Ok  bye ^_^

Little Totoi

Assalamualaikumm.....
Anyeonghaseyo beautiful people.........
Selamat hari Selasa jugak............
Ahad lepas masa pergi umah adik dapat gambaq Totoi masa kecik...
Rindu nya kat dia yang dah besaq panjang sekarang ni....
Dulu masa dia kecik memang selalu panggil kat dia Totoi Kecik...













Comel dak kesayangan aku niii ??? 
rindu sangat-sangat kat dia... Ni kalao tak salah masa baru-baru ambil dia dari pasar borong .. hikhik....

Sekarang dah besaq panjang dan muka pon macam gangster !

Ok sayang2 semua bye for now ^_^

Presenting - Iqi dan Areesha ^_^


Rindu sangat kat budak dua orang ni..........
Kalau pergi shopping ja mesti pergi kat bahagian baby..
Tu baru anak saudara kalau anak seniri tak tau la cam na ....
Tak sabaq nya nak balik kampung jumpa depa dua......... ^_^

Dua jiwa akhirnya bersatu &_^

Assalamualaikum...........
Anyeonghaseyo beautiful people...........
Tajuk bukan main lagi kan.... saja nak buat gempak hikhik.....


Nak habaq anak saudara saya yang lelaki dah boleh balik ke rumah....
Hari tu kan masa dia dilahirkan dia terlampau kecil (1.7kg)...
So kakak dia sorang ja yang boleh balik ke rumah....
Dia dok kat hospital hampir sebulan jugak lah ....
tapi alhamdulillah dia dah pon dapat pulang...........
Tak sabaq nak jumpa dengan anak saudara yang lelaki ni.. Irfan Rizqi
Masa balik kampung awal bulan 3 yang lepas dapat jumpa dengan Areesya ja...

InsyaAllah Labor Day ni dapat lah jumpa dengan yang sorang lagiiii....


Amin..... bye semua !

I MISS YOU DEAR TOTOI

Assalamualaikum...........
Anyeonghaseyo pretty people............
Frust menonggeng aku merindu si Totoi ni kan....
Telefon mak tanya dia ada rindu sama kak Liya dia tak mak jawab tak pon.
Kalao masa mula-mula aku tak ada kat umah tu jatuh gering dia rindu kat aku.
Petang-petang tunggu aku balik dari kerja .. kesian dia.. Jatuh ayaq mata aku dengaq .
Sabo je lah kan.... Time aku balik hari tu punya lah dia buat keras badan..
Tak mau lah konon merajuk la sangat... tapi dia punya vibrate tu kalah trekta .. hikhik...
Tipu tak nak dengan kak dia kan tapi purrrrr kuat-kuat...
Last-last dia give up jugakkk,, hikhik

Tempat totoi paling suka .. sini port best nak usha awek ^_6

Wat muka ganas la sangat . ekoq tak dak hikhik ^_^

Dah nampak awek cun la tu

Termenung sekejap ^_^

Main tendang-tendang tayar moto.. bes jugak ekk...

Adoi rindu sangat kat dia.... insyaAllah aku balik kampung awal bulan ni...
Tak sabaq nak berpelok sakan dengan Totoi.. ^_^


KARNIVAL KUCING COMEL

Assalamualaikum....
Anyeonghaseyo pretty people... ^_^
Eh macam ramai ja yang tertunggu entry nih ... kikikiki....
Sure lah kan sebab ramai kawan-kawan kesayangan aku kat sini suka kucing ^_^
Seperti yang di mention sebelom ni , Karnival Kucing comel ni berlangsung bersama karnival-perlis-imt-gt .
Cuma yang beza nya hari sahaja ... ^_^ So mesti dah tak sabaq nak scroll ke bawah kan ?
Maaflah untuk kualiti gambaq yang kurang baik.. 
Almaklumlah semua kucing-kucing ni dok dalam sangkaq dan orang pon masa tu sangat ramai.
Nak tengok kucing pon pakat lawan dok tolak-tolak ... hikhik...
Seriously ramai betul peminat kucing pada hari tersebut.
Bagus lah kan . Semua sayang pada binatang yang comel ni...
Baru ja bercadang nak bawak Totoi pergi karnival kucing ni kan tapi nak buat cam na...
totoi-kena-belasah pulak pada malam sebelum nya ...
So tak leh lah kan. Kalau tak dapat lah Totoi makan free kikikiki.....
Tanpa melengah kan masa jom tengok gambaq ...






Kat atas ni antara kucing yang buat aku rasa amazing .
Corak dia cantik sangat-sangat :)






































Macam- macam bentuk ada semua nya comel-comel belaka.
Dan jenis yang tak pernah tengok pon ada...
Nama pon boleh tahan semua vouge belaka ....
Memang tak puas la nak main dengan semua kucing-kucing ni ... ^_^
Comel tak kawan-kawan ?? 
Ok bye....