Followers

MALAYSIA COVID 19 UPDATE AS OF 30 APRIL 2020

Status Covid 19 di Malaysia untuk hari ini 30 April 2020 , 12pm
Kes baharu yang dilaporkan : 57 kes  
Kes sembuh :    84 kes
Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia : 6002 kes 
Jumlah keseluruhan kes sembuh :   4171 kes
Kes Aktif :   1729 kes

Jumlah kematian cumulative :  102 kes (1.7%) (cummulative)



MALAYSIA COVID 19 UPDATE AS OF 29 APRIL 2020

Status Covid 19 di Malaysia untuk hari ini 29 April 2020 , 12pm
Kes baharu yang dilaporkan :  94 kes  
Kes sembuh :    55 kes
Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia : 5945 kes 
Jumlah keseluruhan kes sembuh :   4087kes (68.75%)
Kes Aktif :   1758 kes
Jumlah keseluruhan kes di ICU : 40 kes
(Seramai 18 orang memerlukan bantuan pernafasan)
 Jumlah Kematian : 0

Jumlah kematian cumulative :  100 kes (1.7%) (cummulative)

Daripada 94 kes baru ,72 adalah kes import - pelajar Malaysia yang pulang dari Indonesia


MALAYSIA COVID 19 UPDATE AS OF 28 APRIL 2020

Status Covid 19 di Malaysia untuk hari ini 28 April 2020 , 12pm
Kes baharu yang dilaporkan : 31 kes 
Kes sembuh :    75 kes
Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia : 5851 kes 
Jumlah keseluruhan kes sembuh :   4032kes (68.9%)
Kes Aktif :   1719 kes
Jumlah keseluruhan kes di ICU : 36 kes
(Seramai 17 orang memerlukan bantuan pernafasan)
 Jumlah Kematian :1

Jumlah kematian cumulative :  100 kes (1.7%) (cummulative)

Kes Kematian No 100 adalah kes No 3628 ,seorang warganegara Malaysia, Lelaki , berumur 67tahun , Mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi,jantung dan stroke . Beliau di rawat di  Hospital Sungai Buluh . 


MENU BERBUKA PUASA UNTUK 4 RAMADHAN 2020

Assalamualaikum.....
Memang setiap hari kena update makanan ke ? Yes of course lah kan hehehe.. Semalam tu menu dia simple dan sempoi je pun . Pun sis yang turun padang memasak. Setelah siap "Work from home" mula la ber ktung ktang kat dapur .... Habis torah dok pikiaq nak masak apa.. Last-last tu ayam masak bali menjadi pilihan untuk menu berbuka 4 Ramadhan .


Ayam masak bali ni memang sis dari dulu sampai sekarang ikut resipi dari blog Dapur Tanpa Sempadan. Memang sedap sangat-sangat ^_^ dan boleh dikatakan sapa yang makan masakan ni memang jatuh cinta lah dan request suruh masak lagi.


Semalam tu adik sis hajat  nak buat onde-onde atau buah melaka orang sini panggil tapi last minit baru tau nyok/kelapa parut tak ada. hihii... terus tukar menjadi kuih Butir Nangka . Nasib baik la kan makanan-makanan Malaysia ni semua lebih kurang ja cuma nama ja lain-lain . Kalau tidak jenuh la dok pikir nak buat apa .. huhuhu...

End up semalam gula naik mencanak lagi. Ni lagi teruk dari 1st day Ramadhan ... Terus bertekad memang kena lupakan je la kuih muih malaysia yang sedap ni dah tak yah makan lagi dah ... sobs sobs... So hari ni nak masak apa pulak tak pikir lagi .... Petang ni baru timbul idea. 

Bye!

MALAYSIA COVID 19 UPDATE AS OF 27 APRIL 2020

Status Covid 19 di Malaysia untuk hari ini 27 April 2020 , 12pm
Kes baharu yang dilaporkan : 40 kes 
Kes sembuh :   95 kes
Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia : 5820kes 
Jumlah keseluruhan kes sembuh : 3957  kes (67.9%)
Kes Aktif :  1764 kes
Jumlah keseluruhan kes di ICU : 37 kes
(Seramai 17 orang memerlukan bantuan pernafasan)
 Jumlah Kematian :1

Jumlah kematian cumulative : 99 kes (1.7%) (cummulative)

Kes Kematian No 99 adalah kes No 4087 ,seorang warganegara Malaysia, Lelaki , berumur 78tahun , Mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi dan stroke . Beliau di rawat di  Hospital Besar Hajah Kalsom, Kluang Johor.

JUADAH BERBUKA PUASA : RESIPI KERUTUB DAGING

Assalamualaikum...
Ni second time iolls cuba masak kerutub. 1st time masak buat kerutub ayam. Second time masak buat kerutub daging . Wah tak sangka memang sedap buat daging daripada ayam. Makan pulak dengan nasi tomato. Perghhhh,, melekat sedap likat pekat. Semua pakat makan dengan lahap nya. Paling seronok kalau masak apa-apa ayah makan . Sebab ayah ni kalau dia nak makan , mak tak masak dia agak kureng sikit.. nak mak ja masak setiap masa . Kalau anak masak kadang dia tak makan. Rela makan ikan goreng dengan nasi saja ^_^ Kalaun encik suami kita apa kita masak semua dia telan ja tak pernah merungut . yang sedap yang tak sedap yang masin yang tawar makan ja sepuasnya 

So hari ni sis nak kongsi la resipi Kerutub Daging yang sis buat semalam ... Wajib try .. Untuk rempah kerutub tu sis beli yang adabi punya sepeket kecik tu kan . Okay lah .


KERUTUB DAGING

BAHAN-BAHAN 

BAHAN A (Digaul bersama)
REMPAH KERUTUB ADABI
BAWANG MERAH 10-15 BIJI(Dikisar)
BAWANG PUTIH - 6 ULAS (Di kisar)
BUAH PELAGA 3
BUNGA LAWANG 1

BAHAN B (kisar)
BAWANG PUTIH 6 ULAS
SERAI 1 BATANG
HALIA 1 INCI
LENGKUAS 1 INCI

BAHAN LAIN
Daging 500g
Santan (1 kotak)
Kerisik (1 sudu besar)
Air asam jawa(satu sudu kecil)
Gula merah (1sudu besar)
Tomato (Dipotong 4)
Kentang (2 biji)
Garam secukup rasa

CARA-CARA MEMASAK DAGING KERUTUB

1, Tumiskan bahan B kedalam minyak panas sehingga naik bau.

2. Masukkan bahan A ke dalam tumisan tadi dan masak sehingga pecah minyak.

3. Masukkan daging dan tutup periuk sehingga daging mula mendidih . Kemudian tambahkan air 2 cawan. Biarkan masakan tadi mendidih

4. Setelah daging agak empuk masukkan bahan-bahan lain dan kacau sehingga sebati. 
Setelah masak tutup api..

Selamat Mencuba ........................

MENU BERBUKA UNTUK 3 RAMADHAN

Assalamualaikum .... alhamdulillah hari ni dah hari ke empat kita berpuasa.. Cepat  nya masa berlalu guys .. So nak share menu berbuka semalam lah. Semalam tu masak simple-simple je . Cukup untuk 6 orang makan.. hehehe.. Semalam sis rajin memasak so sis masak untuk family makan.


Nasi Tomato

Daging masak kerutub

Kuih adik sis buat iaitu Ketayap.. Semua makan masak je sepanjang Ramadhan . Actually family sis memang suka masak sendiri je time bulan puasa . So bila tak ada bazar Ramadhan , kami satu family macam tak terkesan sangat. 


Boleh la lan untuk makan sendiri ^_^ Until then bye!

MENU BERBUKA UNTUK 2 RAMADHAN

Assalamualaikum................
Anyeong semua ! Hari ni sedar tak sedar dah 3 hari kita berpuasa .. So hari ni sis nak tunjuk sikit menu yang kami sekeluarga makan semalam ... By the way , as u all can see sis berada di kampung halaman dan bukan terperangkap di sini ya ^_^ sis sedang bergembira menikmati saat-saat berpuasa di kampung which sis dah lama tak rasa sejak tahun 2014 .. Kalau dulu berpuasa di kampung hanyalah pada hujung-hujung Ramadhan sahaja .. Betapa sis berterima kasih kepada PKP ni sebab telah menjalinkan hubungan kekeluargaan di antara sis dengan family sis ....
Menu Semalam :
Nasi Putih
Sotong Masak Lemak Padang 
Ikan Temenung Bakar
Terubuk Bakar 
Ulam Timun dan Kacang Lendir Bakar .

MALAYSIA COVID 19 STATUS UPDATE AS OF 26 APRIL 2020

Status Covid 19 di Malaysia untuk hari ini 26April 2020 , 12pm

Kes baharu yang dilaporkan : 38 kes 
Kes sembuh :  100 kes
Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia : 5780 kes 
Jumlah keseluruhan kes sembuh : 3862 kes (66.8%)
Kes Aktif : 1820 kes
Jumlah keseluruhan kes di ICU : 36 kes
(Seramai 15 orang memerlukan bantuan pernafasan)
 Jumlah Kematian :0

Jumlah kematian cumulative : 98 kes (1.7%) (cummulative)


LEMON CHALLENGE . EAT WITH NO EXPRESSION

Assalamualaikum.................
Anyeong haseyo beautiful people... Sekarang tengah berjinak nak jadi Youtubers berjaya pulak. Dulu beria nak jadi blogger berjaya tapi last last tu terkandas di tengah jalan dek kerana terlalu busy dengan urusan kerja . Disebab kan cuti PKP yang panjang , sis mula aktif blog kembali dan cuba untuk aktif di Youtube pulak.. Hari-hari tengok video kat youtube untuk tips-tips berguna untuk menjadi seorang youtubers yang berjaya.. Alhamdulillah nasihat yang diberi amat lah membina dan memberikan keyakinan dan tunjuk ajar untuk lebih maju ke hadapan. Nanti sis akan kongsikan apa yang sis pelajari dari YOutubers yang telah berjaya berkenaan..


So hari ni sis nak kongsikan video sis makan lemon with no expression tersebut.. Actually saya telah di cabar oleh seorang youtubers yang merupakan seorang kenalan rapat juga ... Dia adalah kawan kepada adik-adik sis. ^_^ Nak tau sis berjaya atau pun tak boleh la tekan link kat bawah ni... '
Nasib baik ada adik graphic designer .. boleh jugak minta dia tolong design kan gambar kat atas ni.
Nak harap kan sis sendiri memang sis tak reti.



Until then ,,, bye!

STATUS UPDATE FOR COVID 19 IN MALAYSIA AS OF 25 APRIL 2020

Status Covid 19 untuk hari ini 25April 2020 , 12pm
Kes baharu yang dilaporkan : 51 kes 
Kes sembuh :  99 kes
Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia :5742 kes 
Jumlah keseluruhan kes sembuh : 3762 kes (65.5%)
Kes Aktif : 1882 kes
Jumlah keseluruhan kes di ICU : 36 kes
(Seramai 16 orang memerlukan bantuan pernafasan)
 Jumlah Kematian :2

Jumlah kematian cumulative : 98 kes (1.7%) (cummulative)

Kematian ke 97 adalah kes No.2354 , Lelaki, Warganegara Malaysia, berumur 62tahun dan mempunyai sejarah jantung . Indonesia (Dirawat di Hospital  Sg buluh)
Kematian ke 98 adalah kes No.2806 , perempuan, Warganegara Malaysia, berumur 62 tahun dan mempunyai sejarah penyakit  jantung  dan merupakan contact rapat dengan kes 1346 yang merupakan anak beliau  (Dirawat di Hospital  KL)
Penduduk di zon hijau mula mengambil mudah dan leka dalam kepatuhan PKP kerana merasa terlampau selesa dengan keadaan dan menganggap kes ini hampir selesai.

JUADAH BERBUKA PUASA - RESIPI KUIH BADAK BERENDAM

Assalamualaikum.............first day puasa dah mengidam makan badak berendam. Kuih ni memang bukan yang femes kat negeri i. So memang tak dak la jual kat kedai-kedai mana-mana pn dan memang tak pernah makan seumur hidup. Actually yang kite dok teringin sangat tu kuih koci yang ada santan berlemak padu tu tapi proses nak buat ya rabbi punya lah payah. End up buat kuih yang seangkatan dan segagan dengannya dengan konsep yang sama iaitu Badak Berendam. First time sis buat, masyaAllah sedap tu sampai ke sekarang pun masih terasa. Walaupun kejadian nya tak secantik mana disebab kan tidak guna pewarna hijau, pastu guna pandan pn tak berapa nak pandan .. 

Saya panggil ni badak berendam albino. Sedap tak serupa kejadian nya memang sangat-sangat sedap uolls .. boleh try nanti i bagi resepi okay...


Kebetulan adik saya pun buat jugak pada hari yang sama di rumah lain. So boleh lah kongsikan sikit. Hat dia buat elok lagi lah pada hat iolls buat ... ^_^

RESIPI BADAK BERENDAM . (ambil dari youtube)

BAHAN INTI:

1 CAWAN KELAPA PARUT
2 KETUL GULA MELAKA/GULA KABUNG@2SUDU BESAR GULA PERANG
DAUN PANDAN
SECUBIT GARAM
TEPUNG GANDUM (1SUDU KECIL)

BAHAN KULIT BADAK BERENDAM:

TEPUNG PULUT 2  CAWAN
AIR SECUKUPNYA (UNTUK DI ULI)
PEWARNA HIJAU

BAHAN UNTUK KUAH SANTAN:
1 KOTAK SANTAN 
1/2 CAWAN AIR 
2 CAWAN TEPUNG JAGUNG 
DAUN PANDAN
2 CAMCA GULA PASIR
GARAM SECUKUP NYA.

CARA-CARA NYA

1. PANASKAN AIR , MASAK GULA SAMPAI CAIR DAN MASUKKAN DAUN PANDAN DAN SECUBIT GARAM . MASUKKAN KELAPA PARUT DAN MASAK SAMPAI KERING. MASUKKAN TEPUNG GANDUM SEBELUM KELAPA PARUT BETUL-BETUL KERING 

2. ULI TEPUNG PULUT SEHINGGA MENJADI DOH DAN MASUKKAN INTI DAN ULI DALAM BENTUK BULAT.

3, DOH YANG DI ULI TADI DI REBUS DALAM AIR PANAS . IA AKAN MASUKA APABILA NAIK KE ATAS (MACAM ONDE-ONDE)

3. MASAK SANTAN DENGAN AIR . MASUKKAN GARAM , GULA DAN TEPUNG JAGUNG. UNTUK WANGI MASUKKAN DAUN PANDAN. BUKA API SLOW . TUTUP API BILA SANTAN AGAK PEKAT . 

selamat mencuba guys !

MALAYSIA COVID 19 UPDATE AS OF 24 APRIL 2020

Status Covid 19 untuk hari ini 24April 2020 , 12pm
Kes baharu yang dilaporkan : 88kes (13 kes import)
Kes sembuh :  121 kes
Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia : 5691 kes 
Jumlah keseluruhan kes sembuh : 
Kes Aktif : 1932 kes
Jumlah keseluruhan kes di ICU : 41 kes
(Seramai 18 orang memerlukan bantuan pernafasan)
 Jumlah Kematian :1

Jumlah kematian cumulative : 96 kes (1.69%) (cummulative)

Kematian ke 96 adalah kes No.2978 , Lelaki, Warganegara Malaysia, berumur 61tahun dan mempunyai sejarah kencing manis, buah pinggang dan  darah tinggi . Merupakan contact rapat kes 1345 yang mempunyai sejarah pulang dari Indonesia (Dirawat di Hospital  Sg buluh)

SEMBAHYANG TERAWIH DI RUMAH

Assalamualaikum..............
Salam 1 Ramadhan . alhamdulillah hari pertama berpuasa . Bulan Ramadhan sinonim dengan Puasa dan juga Terawih. Di sebabkan Musibah yang melanda negara kita dan dunia, terawih di masjid-masjid dan surau-surau tidak dapat dijalankan seperti kebiasaannya . Mencatatkan sejarah dalam dunia islam.. Masyalah ... Sedih nya tak terkira ... Mari lah kita hidupkan solat terawih secara berjemaah atau berseorang di rumah . 

Sebab dah setahun tinggalkan solat terawih, apa lagi semua pakat tanya Mr Google cara-cara nak solat terawih kan .. hehehe... So setelah mencari dan mencari akhirnya jumpa .. Actually nak cari tu tak susah pun . Memang banyak website dan blog yang menyajikan topik ini. Semalam saya refer kat  SINI untuk memudahkan saya nak refresh balik ^_^


Akhir kata .. Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa untuk semua .
Semoga Ramadhan kali ini memberi 1001 makna dalam hidup kita ,

P.S : Petang ni dah tau ke nak masak apa? Sis macam kebiasaan memang masak dirumah jadi tak terkesan sangat dengan ketiadaan bazar Ramadhan  

MALAYSIA COVID 19 UPDATE AS OF 23 APRIL 2020

Assalamualaikum......................
Petang tadi tak sempat nak tengok Sidang Media untuk ni. So here goes. Bertambah pulak kes baru pada hari ni ye teman-teman . Agaknya ini dari kluster luar negara yang menyebabkan pertambahan kes. PKP dilanjutkan sampai 12 May 2020. Apapun .. Stay safe stay home ye kawan -kawan.
Semoga kita dapat menghentikan penularan Covid 19 ini. Amin ..


STATUS FOR COVID 19 IN MALAYSIA AS OF 22 APRIL 2020

Status Covid 19 untuk hari ini 22April 2020 , 12pm
Kes baharu yang dilaporkan :  50 kes 
Kes sembuh :  103
Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia : 5532 kes 
Jumlah keseluruhan kes sembuh : 3452 kes (62.4 %)
Kes Aktif : 1987 kes
Jumlah keseluruhan kes di ICU : 43 kes
(Seramai 25 orang memerlukan bantuan pernafasan)
 Jumlah Kematian :1

Jumlah kematian cumulative : 93 kes (1.68%) (cummulative)

Kematian ke 93 adalah kes No.5483 , Perempuan, Warganegara Malaysia, berumur 72 tahun dan mempunyai sejarah penyakit barah dan  darah tinggi (Dirawat di Hospital  Umum Sarawak)
'
KKM telah mengenalpasti satu kluster baru yang bermula di Pengerang Johor , iaitu kes No.1508 yang mempunyai gejala gejala denggi pada 12 mar 2020 dan di rawat pada 16 mar 2020. Beliau merentas beberapa buah negeri di selangor sebelum pulang ke /Jb , Pada 20 mar 2020 rawat di Hospital Sultanah Aminah, dan di syaki menghadapi covid 19 pada 22 Mar 2020.  Kluster ni melibatkan 15 kes iaitu 10 orang rakan sekerja dan 5 orang ahli keluarga . 7 kes masih di rawat , 8 kes pulih. Kluster ini adalah disebabkan aktiviti kunjung mengunjung diantara sanak saudara.






HOTEL MENARIK DI MEDAN - HOTEL IBIS STYLE MEDAN PATTIMURA

Assalamualaikum....
Anyeonghaseyo.. eh tajuk ni dh berzaman ada kat draft .. Tonight I must finished it apa pun terjadi kena gak siapkan. I stay at this hotel during my visit to Medan for the 3rd time .. Its a very cosy yet elegent hotel with the modern interior .. Yes it is a very NEW hotel which situated at 

Jl. Kapten Patimura No.442,
 Darat, Kec. Medan Baru, 
Kota Medan, 
Sumatera Utara 20153, 
Indonesia

Basically this was one of the best boutique hotel I supposed and from my opinion without considering the 5 star hotel which we had to pay double .. 

I Booked the hotel from Agoda at that time around RM100 to RM150 like that. So as usual 100,000 rupiah as a deposit and also the check in time is at 2.00 pm. Well at that time we arrive so early around 12.00 pm .. Luckily they did give us permission to check in early so that was totally okay for me.. ^_^

So lets look at the Review which I get from Google Maps

"Nice and cozy place for short escape or staycation. They provide various & tasty breakfast. The swimming pool is indoor but the water is very cold, because it's non-heater pool"

"Nice three star hotel in the heart of medan. The room is well maintenanced, the not so big but also not so small. The have a connecting room, so its good to bring family here. The facilities is complete, like indoor swimming pool, gym, children playground etc. The food also tasty and have lots of variety. Their minus is the parking lot is very limited, its hard to find parking space after 7PM. Overall it was a nice stay.
Stay 4 nights with family"





Confuse sangat ni nak promote muka sendiri or hotel.

Bye!!!!!!!

STATUS FOR COVID 19 IN MALAYSIA AS OF 21 APRIL 2020

Status Covid 19 untuk hari ini 21 April 2020 , 12pm

Kes baharu yang dilaporkan :  57 kes (18 kes adalah kes import)
Kes sembuh :  54 kes
Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia : 5482 kes
Jumlah keseluruhan kes sembuh : 3349(61.1%) 
Kes Aktif : 2041 kes
Jumlah keseluruhan kes di ICU : 43 kes
(Seramai 27 orang memerlukan bantuan pernafasan)
 Jumlah Kematian : 3

Jumlah kematian cumulative : 92 kes (1.68%) (cummulative)

Kematian ke 90 adalah kes No.2050 , Perempuan, Warganegara Malaysia, berumur 72 tahun dan mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan  darah tinggi. Beliau merupakan ibu kepada kes No.2053 (Dirawat di Hospital  Sg. Buluh)

Kematian ke.91 adalah kes No. 4090, Lelaki, Warganegara Malaysia, berumur 69, mempunyai sejarah penyakit kencing manis,Darah Tinggi dan Buah Pinggang (Hospital Sarawak) 

Kematian ke 92 adalah kes No.5332 ,lelaki, berumur  92 thun, mempunyai sejarah penyakit kencing manis,  darah tinggi dan dimentia dan merupakan kenalan rapat  kes no. 4711 (Hospital K.L)

Rakyat malaysia yang pulang dari luar negara telah dikuarantin seramai 12160 orang







SECURITY BOND FOR FOREIGNER APPLYING VISA

Assalamualaikum... 
I can't sleep and here I am writing about security bond. I was clearing my phone gallery when I came accross a picture I take last time when me and my husband applied for Visa. Actually the visa was applied by him and I am a guarantor as his wife. So basically how much does it cost for foreigner to pay for security bond. ???? Well , the cost are varies for each different country all across the world.
Well for my husband who was originally an Indonesian Citizen, we have to pay RM 500 for security bond . After filling in form as instructed by the Immigration, they will then ask you to make a money order or bank cheque paid to Immigration Malaysia . You can go to any bank actually well I went to Public Bank that day. When you tell them you want a bank draf or bank cheque , they will then ask you to fill in the form , And after you finished they will then give the cheque to you ...

So whats actually this security bond is ?? security bond is a binding pledge to pay the government if either you or your helper breaks the law or Work Permit conditions. The bond is in the form of a banker's or insurer's guarantee.


So this is how its look like. And then , there were another thing that we had to pay which was RM620 but I forgot what its for and so did my husband! So total damaged for our visa application were 
RM1120 ... 
Good news that the security bond which cost RM 500 can be redeemed by after 5 years of visa granted means that husband or wife can apply for  PR (Permanent Resident).
But I think its not going to be easy anyway and I also think we need more than 5 years to apply for that..... (sigh)

For the list of Security Bond Rate according to country , You can checked HERE and choose which country your babe are from .. I cant list them all here as its too many.... 

Bye!

MALAYSIA COVID 19 STATUS UPDATE AS OF 20 APRIL 2020

Status Covid 19 untuk hari ini 20 April 2020 , 12pm
Kes baharu yang dilaporkan :  36 kes
Kes sembuh :  98 kes
Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia : 5425 kes
Jumlah keseluruhan kes sembuh : 3295(60.7%) 
Kes Aktif : 2041 kes
Jumlah keseluruhan kes di ICU : 45 kes
(Seramai 28 orang memerlukan bantuan pernafasan)
Kematian : 89 (cummulative)
Peningkatan 2 minggu akan datang disebabkan rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air .
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
Alhamdulillah .... kes untuk hari ini yang terbaik sepanjang zaman .... ^_^

MALAYSIA COVID 19 STATUS UPDATE AS OF 19 APRIL 2020

Status Covid 19 untuk hari ini 19April 2020 , 12pm

Kes baharu yang dilaporkan : 84 kes
Kes sembuh : 95 kes
Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia : 5389 kes
Jumlah keseluruhan kes sembuh : 3197 
Kes Aktif : 2103 kes
Jumlah keseluruhan kes di ICU : 46 kes
(Seramai 26 orang memerlukan bantuan pernafasan)
Kematian :  1 kes 
(Kematian yang ke 89 adalah kes yang ke 4769 lelaki 51 tahun. mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung dan buah pinggang contact rapat kes no 2726  
Jumlah keseluruhan kematian : 89 kes (1.65%)
kluster baru - Pelajar yang Pulang dari Temboro,Magetan , Jawa Timur, Indonesia. 

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia


PENDAFTARAN KEMATIAN DAN KELAHIRAN SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Assalamualaikum................
Anyeong... So tadi sis dengar strim siaran langsung Majlis Keselamatan Negara oleh Menteri Kana Dato' Seri Ismail Sabri . Untuk sebarang pendaftaran Kematian dan Kelahiran , tempoh pendaftaran telah di lanjutkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara iaitu

Selama 90 hari dari tarikh kematian atau Kelahiran 

Alhamdulillah ada kelonggaran sebab Jabatan Pendaftaran Negara pun memang tak bukak sepanjang PKP ni... So semua dah boleh menarik nafas lega dengan kelongggaran ini. 

Untuk kad pengenalan yang hilang semasa tempoh PKP, rakyat  boleh buat appointment dengan Jabatan Pendaftaran Negara tapi untuk kes kecemasan sahaja iaitu mereka yang benar-benar memerlukan kad pengenalan tersebut untuk tujuan tertentu sahaja.

Okay ? Faham semua .... Terima Kasih ^_^


OPERASI ATM SEPANJANG PKP 3

Assalamualaikum....
Anyeonghaseyo beautiful people ... baru je dengar sidang media Majlis Keselamatan Negara. Eh tak sangka ye sampai ke tengah malam pun masih ada yang keluar tengah malam semata nak pi ambil duit ... Pesyen tak faham ke apa tak tau lah ... pening sungguh dengan manusia yang perangai macam ni kan....... So oleh itu , operasi atm sepanjang PKP telah di pendek kan iaitu :

8.00 pagi hingga 8.00 malam

So beringat lah ye , jangan dok gatai lagi nak keluaq tengah malam... Teringin nak duduk penjara ke. Kerajaan dah sedia 11 penjara untuk mereka yang ingkar. Molek la sangat tu .. sis setuju.
Dah macam tak ada siang nak ambil duit pun .. Malam jugak gedik keluar ..
padan muka kau kena tangkap hahahahhaaha ^_^



HOTEL MENARIK DI MEDAN - FAVE HOTEL.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua .. 
Okay hari ini iolls nak bercerita sedikit mengenai hotel yang menjadi pilihan saya ketika berada di Medan . Salah satu hotel yang pernah saya diami semasa berada di Medan adalah Fave Hotel. Fave Hotel adalah hotel 3 bintang yang terletak di alamat seperti berikut 

Jl. S Parman No313A, 
Petisah Hulu, Kec Medan Baru,
Kota Medan, Sumatera Utara 
20152 Indonesia.

Nak ke hotel ni kalau dari stesen keretapi Kota Medan adalah lebih kurang 5 ke 10 minit sahaja , ikut keadaan trafik semasa. So kos untuk ke hotel ini adalah lebih kurang 14,000 rupiah hingga 17,000 rupiah . Harga pun mengikut masa dan keadaan juga, So saya dah 2 kali menetap di hotel ini. First tu saya pergi ke sana dengan husband. Second time saya pergi bersama adik dan kawan.

Hotel ni terletak berdekatan juga dengan kawasan peranginan. Actually kawasan peranginan Kota Medan ni dekat-dekat sahaja . So kalau nak kemana Grab Fare pun adalah sama. Dan Hotel ini juga terletak berdekatan dengan Malaysian Embassy. Kalau jalan kaki lebih kurang 10 minit je dah sampai.

So jom saya nak kongsi sikit gambar hotel ini supaya u guys boleh dapat gambaran.

 Ini adalah ruangan lobi hotel ini. so apabila tetamu sampai , kita akan di sambut oleh penyambut tetamu yang sangat mesra dan penuh dengan senyuman .. air sejuk juga disediakan untuk tetamu. Waktu check in hotel ni macam kebiasaan adalah pada pukul 2 , tapi atas budi bicara kita boleh check in awal jika kita kebetulan sampai awal so okay lah kan ada flexibility dalam pengurusan.


Ini adalah pandangan hotel tersebut daripada luar . Memang sangat cantik kerana menggunakan konsep warna Magenta yang sangat-sangat menarik perhatian. Bersebelahan dengan hotel ini ada satu tempat menarik iaitu Rahmat Wild Life Museum & Gallery. so jalan kaki pun dah sampai tapi iolls belum pernah pergi lagi. Mungkin sebab tidak terbukak hati kot ^_^


Okay inilah contoh bilik tidur di Fave Hotel ni. Lawa kan ????? So bila-bila kalau berkunjung ke Medan boleh lah menginap di Hotel yang super awesome ini .. Harga untuk 1 malam adalah sekitar RM100 hingga RM150 , mengikut waktu dan masa tertentu juga. Maksud nya kalau time peak season harga boleh jadi mahal sedikit dan kalau waktu biasa dan bukan musim perayaan atau cuti, harga mungkin boleh jatuh bawah dari RM100. 

Overall saya puas hati stay kat hotel ni untuk kedua kalinya and will definitely came back!

MALAYSIA COVID 19 STATUS UPDATE AS OF 18 APRIL 2020

Status Covid 19 untuk hari ini 18 April 2020 , 12pm
Kes baharu yang dilaporkan :  54 kes
Kes sembuh : 135
Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia : 5305
Jumlah keseluruhan kes sembuh : 3102 (58.5%)
Kes Aktif : 2115
Jumlah keseluruhan kes di ICU : 49
(Seramai 26 orang memerlukan bantuan pernafasan)
Kematian : 2 kes 
(Kematian yang ke 87 adalah Kes 2657 , Merupakan Warganegara Malaysia, berusia 60 thn Mempunyai Sejarah Penyakit  Darah tinggi dan Kencing manis
Kematian ke 88 adalah kes 5252 merupakan Rakyat Myanmar , berusia 36 tahun, di periksa pada   Peringkat Lewat , Mempunyai Radang Paru-paru
Jumlah keseluruhan kematian : 88 kes (1.66%)

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia


PERMOHONAN DAN SEMAKAN KELULUSAN I LESTARI KWSP

Assalamualaikum..................
Anyeong! Alhamdulillah tengok orang lain check status permohonan , iolls pun tak boleh ketinggalan. So terus masuk ke laman web i lestari dan check ! Lulus alhamdulillah dan wang tersebut akan dikreditkan ke akaun kita pada 4 May 2020 ... Horeyyyyy...

Actually duit ni nanti nak buat simpan dan akan digunakan bila perlu sahaja.. InsyaAllah.. Di kesempatan KWSP bagi peluang untuk kita ambil ni apa lagi jangan tunggu lama.. berbaloi gak la hari tu beratur nak update no telefon semata . Hasil nya memberangsangkan. So lepas ni boleh la simpan sikit-sikit untuk cover hutang-hutang and so on .. Kalau boleh keluarkan dari bulan Mei sampai bulan December dh dapat RM3000 dah..  Okey la kan 

Bantuan Prihatin Nasional saya masih lagi samar-samar. Tak tau bila mereka akan Luluskan permohonan iolls ... Semoga cepat lah depa review dan luluskan. amin amin ..... 

Sapa-sapa nak check I lestari punya status permohonan boleh tekan SINI .. Nak semak status dan nak buat permohonan baru pun boleh ...


HOW TO GO FOR A TRIP TO MEDAN

Assalamualaikum....
Anyeonghaseyo beautiful people. Rindu sangat caption ni sebab dulu selalu sangat pakai masa mula-mula start berbelog ^_^ Okay so hari ni saya nak cerita kan pengalaman saya bercuti di Medan, Indonesia. Actually saya sudah ke Medan beberapa kali atas urusan peribadi.. Urusan peribadi yang dimaksudkan itu adalah suami saya menggunakan jalan masuk ke Medan untuk cop pasport bulanan.. Masa tu kami still tunggu lagi untuk permohonan visa. Warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia haruslah menunggu selama 6 bulan sebelum dapat membuat permohonan visa ikut isteri. Kalau dulu lepas kahwin , boleh terus apply ya .. Tapi sekarang sudah tidak boleh. Syarat visa di Malaysia telah diperketatkan dan tidak semudah yang dulu. Mungkin sebab terlalu ramai rakyat Malaysia yang berkahwin dengan orang luar negara menyebabkan pihak berwajib melakukan sedemikian.
Jadi selama 6 bulan tersebut kami berulang alik ke Medan selama beberapa kali sehinggalah ada seorang pegawai Imigresen memberitahu bahawa kami boleh memohon Visit Pass 3 bulan di Medan iaitu Kedutaan Malaysia. So saya akan ceritakan kisah ini kemudian. So selama 6 bulan kami berulang alik ke Medan banyak juga lah tempat - tempat menarik yang kami kunjung. Kali terakhir saya memijak ke bumi Medan adalah pada September 2019 yang lalu. Saya ke sana bertiga iaitu bersama dengan adik saya dan seorang kawan nya . Kami ke sana untuk trip 2 hari 1 malam sahaja yang boleh dikatakan sangat sekejap dan adik saya tidak berpuas hati dengan tempoh tersebut. Kami ke sana nak cari kain batik untuk raya ..
Sebenarnya Medan adalah kota metropolitan yang sedang membangun . Dengan kepadatan penduduk lebih kurang 2.08 juta , kota Medan menjadi tumpuan. Kebanyakan orang Medan berbangsa Sepanjang saya berada di Kota Medan , memang saya tak jumpa langsung pun dengan pelancong dari Malaysia. Ini kerana kebanyakan pelancong dari Malaysia akan terus menuju ke Danau Toba yang mengambil masa perjalanan 4 jam dari Kota Medan. Maybe next time will try to go there!.
Untuk ke Medan , kami akan memulakan perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas yang terletak lebih kurang setengah jam dari rumah saya. Orang Penang kalau belum berkesempatan ke Medan memang sangat lah kerugian . Ini kerana tiket ke sana amatlah murah dan perjalanan ke sana memang sangat lah singkat. I mean kita baru ja letak punggung kat kerusi pastu tak sempat nak panas dah pun sampai. Bukan setakat warga Penang, warga Medan juga ramai yang masuk ke Malaysia untuk melancong melalui Penang . Sebab dekat, murah dan perjalanan singkat.
Jadi berapakah harga tiket untuk ke Medan dari Penang ??? Harga tiket ke Medan adalah lebih kurang RM40 hingga RM70 waktu promosi. Tapi kalau waktu tak promosi boleh mencecah hingga ratusan ringgit . Itu perkara biasa bagi harga tiket antarabangsa , betul tak? Kapal terbang akan mendarat di Lapangan Terbang Antara Bangsa Kualanamu yang terletak di Kabupaten Deli Serdang. 
Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, Deli Serdang, Medan. 
Dari Lapangan Terbang ini, untuk ke Kota Medan , kita boleh memilih sama ada hendak menggunakan perkhidmatan Grab, Teksi, Bas ataupun kereta api. Untuk trip saya ke Medan , saya memilih kereta api kerana lebih convenient dan kita tidak perlu bersesak untuk mendapatkan tempat duduk disamping suasana yang amat selesa. Harga tiket kereta api untuk ke kota Medan adalah 100,000 rupiah seorang bersamaan dengan lebih kurang RM30.. Perjalanan dari stesen keretapi ini ke Kota Medan adalah lebih kurang 30 minit. Keretapi ini akan membawa penumpang ke Stesen Bandara Kota Medan yang terletak betul-betul di tengah kota Medan dan berhampiran dengan Lapangan Merdeka Medan dan sebuah mall iaitu Central Point . So sesampainya kami di sana, kami akan singgal ke Central Point dahulu.

Untuk membeli tiket ke Kota Medan haruslah menggunakan mesin ini. Petugas akan memberikan bantuan untuk mereka yang kurang familiar dengan sistem pembelian di atas talian ini. Bayaran untuk pembelian tiket ini juga adalah dengan menggunakan kad sahaja samada kad kredit atau kad debit.

Nampak tak dekat nya jarak antara stasiun Keretapi Bandara dan Lapangan Terbang Kualanamu , hanya dengan berjalan kaki sahaja ....

Nampak tak betapa selesanya berada di dalam keretapi Railink Bandara Medan ni ... Sangat selesa.

Basically , percutian ke Kota Medan ini amatlah berbaloi. Anda tak perlu kan modal yang terlalu banyak tapi boleh bercuti dan merasai suasana di tempat orang .. Saya akan update lagi mengenai tempat menarik di Kota Medan di posting yang seterusnya ,.... Until then ! Have a nice day everyone!


Watch my tips and trick to Medan here !!!!

MALAYSIA COVID 19 STATUS UPDATE AS OF 17 APRIL 2020

Kes Positif mengikut negeri pada 17 April 2020 12 pm

Kes baharu yang dilaporkan : 69 kes

Kes sembuh :201

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia : 5251

Jumlah keseluruhan kes sembuh : 2967 (56.5%)

Kes Aktif :2198

Jumlah keseluruhan kes di ICU : 51
(Seramai 26 orang memerlukan bantuan pernafasan)

Kematian : 2

Jumlah keseluruhan kematian : 86 (1.64%)

Sumber : Kementerian Kesihatan.




GAMBAR SEKITAR PENUTUPAN JALAN SEMPENA PKP COVID 19

Assalamualaikum.............
Macam kami dah maklum, Polis kat Perlis dah giat menutup jalan ... alhamdulillah .. sangat baguih untuk mereka yang ketegiaq tak mau duduk di rumah diam-diam dan keluar bila perlu........ 
Mana ke tidak kes hat mula-mula dulu 9 kes ja lani dah double dah jadi 18 !
PAstu nak tunggu sampai jadi 36 ka baru nak kaluit puluit !
Jom enjoy gambaq yang saya ambil daripada adik saya .. Credit dah ada di gambaq so hampa pun tau gambaq tu dari sapa !
Ni jalan rumah kami ... elok keluar nak pi ke Jalan besaq nak ke Kangaq ja memang jumpa trafik light dulu.... Tapi kami heran jugak la kalau ikut pada arahan penutupan jalan tu depa tulis Lencongan ke Kurung Batang tapi ni nama dia Jalan Raja Syed Saffi.. Wallahualam ... Tak tau sapa yang salah faham... Tapi di sebabkan ni lah ayah kami berpatah balik., Malas nak kena interview dia kata ... hahahaha ... Kesian ayah kami.....
Hat ni jalan nak pi Taman Ira dari kampung Sena... Ni tempat fav ayah kami nak pi cari rokok.., Tak tau lepas ni gena pulak dia nak pi cari rokok... hihii.. kot Bintong ada la kot rokok tapi mahai sikit... tak pa lah pada dok pi Kg Sena nu sebab sana ada orang yang positif Covid... Pasrah je lah ayah na ,,,, 


Dua gambaq atas  ni kat roundabout ... Memang orang kot blah luaq dari Kangaq memang tak leg masuk dah nampak nya ,... Tak pa lah demi keselamatan dan kesihatan bersama,,,, Nampak gaya memang tak dak chance lah aku nak balik Penang keja ,,, eh konon.... 
Ok bye !

HOW I OBTAIN MY GOOGLE ADSENSE

Assalamualaikum.....................
1st time nak cerita pasal Google Adsense... I have been blogging since 2011 and aggressively active in the year of 2013 and 2015 . After that , hardly active at all due to my overload busyness. I have succeed to cash out my nuffnang at that time ... Even tho the amount are very small around RM100 something, but at least all my hardship paid of. Years when by and pass just like that when i found out Nuffnang was no longer a wanted platform for blogger and everyone started to change to Google Adsense and so was I. I submitted many entry just to be part of it and lastly I got it after being rejected many time due to my blog content which they say too many picture, less writting .  And yes when i look back to my old posting , yes I loaded so many picture with so less of my writing.   I try to corrected what seem wrong and yes ... I did it .... 
After quite some time , I am busy again and again and I forget about my blog totally .. here I am now trying to be consistent again since its the RMO and we dont know what else to do other than blabbing here ! Well let me show you my earning from adsense which I have been ignored since I dont know when . and the amount as u can see only USD$0.76 LOL what a laugh! Its equal to RM3 ... 


So the rules and regulation to cash out your money as usual are USD$100! Hohohohohoho....
How to get it anyway ? But will try ... If you just ignore your blog for forever than how to get that !
So now lets be consistent and updated everyday. I have many thing to share yet less time but now I want to be active back again ... Its like being a newbie again now as all my follower from that time had been gone with the wind except for a few people who are still active until now and I salute them for that ............................... Last but not least , Let grow together yay!

LOKASI PENUTUPAN JALAN DAN LENCONGAN JALAN PEKAN KANGAR

LOKASI PENUTUPAN DAN LENCONGAN 
JALAN PEKAN KANGAR


1. JALAN JUBLI EMAS ARAH KE PEKAN KANGAR

2.KON BESAR(TUTUP KEKAL )
LENCONGAN KE  JALAN PADANG BEHOR

3. SUSUR MASUK KE JALAN SEKOLAH DERMA

4. KON KECIL DAN KON BESAR
TUTUP KAWAL
(HANYA UNTUK KE HOSPITAL SAHAJA)
LENCONGAN KE JALAN PADANG BESAR

5. JALAN KG PONDOK – JALAN ABI TOK HASHIM
KON BESAR(TUTUP KEKAL ARAH KE PEKAN KANGAR)
LENCONG KE JALAN ABI TOK HASHIM – JALAN BATU PAHAT

6. JALAN ALOR SETAR – KANGAR
LAMPU ISYARAT PROTON

7.KON BESAR - TUTUP KAWAL ( UNTUK KE HOSPITAL SAHAJA)
LENCONG KE JALAN PINTASAN WAWASAN

8. LAMPU ISYARAT PELADANG BINTONG
KON BESAR(TUTUP KEKAL)
LENCONG KE JALAN KURUNG BATANG

9 LAMPU ISYARAT JALAN DATO ALI
KON BESAR
TUTUP KEKAL SUSUR KE ARAH PEKAN KANGAR
LENCONG KE JALAN KANGAR – ALOR SETAR

10. LAMPU ISYARAT JALAN KG BAKAU – TAMAN IRA
KON BESAR
TUTUP KEKAL SUSUR MASUK KE TAMAN IRA
LENCONGAN KE JALAN RAJA SYED ALWI

INFO DARI GROUP .. SEKIAN TERIMA KASIH