Followers

Showing posts with label NEW WORLD. Show all posts
Showing posts with label NEW WORLD. Show all posts

Kerap nya aku balik Kampung!

Assalamualaikum..................
Anyeonghaseyo beautiful people.........
Sabtu lepas aku memulakan perjalanan aku dari Johor ke KL.
Tidor semalaman di KL, lepas tu keesokan hari nya ahad bergerak balik ke Perlis.
Sorang-sorang ^_^ for the 1st time.......
Alhamdulillah semua nya ok even aku sorang-sorang ...
Sebab percaya Allah sentiasa melindungi hambaNya.
Tujuan balik kampung pun sebab terpaksa menghadiri satu kursus yang diadakan selama 4 hari..
Yang tu kita story mory di lain waktu la pulak kan...
Sebab perjalanan ke Perlis tu lalu kat area rumah kakak aku di Pendang,
Jadi aku pun singgah la sat kat rumah dia... jengok anak menakan...

Mula-mula tu dok reyau ja anak jantan kak aku sorg ni..
Tak mau kat mak ngah dia sebab tak kenai... maklumlah lama tak jumpa kan..
Pastu pak dia keluaq pi beli cucuq tinggal la dia dengan kak dia kat aku..
Reyau tak sangga la sampai kakak yang tak reyau pon pi reyau sama sebab adik reyau..


Ni kakak wat muka malu2 dengan mak ngah dia.. masa ni tak nyetart enjin reyau lagi.
Kakak ni mujuq la jenis tak berapa nak merap sangat.


Selepas beberapa minit aku berjaya melembut kan hati bebudak dua orang ni.
Depa dua suka tengok video lagu..
Pastu buka video muka depa seniri masa kecik teruih gelak ja.



Bila dah ok mau dok ataih riba kita apa lagi jom la kita selfie...
Iqi masa ni wat muka malu dan juai mahai lagi...
Kakak pulak maintain ja...


Ha... tang ni dah mula renyeh dah..
Sebab mak ngah dia renyeh sampai nampak gigi yang jarang tu ^_^


Sebenaq nya senang ja nak tackle hati budak-budak..
Kalau dah pandai tackle sat ja boleh buat budak-budak happy...

P.s : Hari ni hari last kursus dan aku masih kat kampung lagii...
Tapi esok dah kena balik !!!!
(Sigh!)


Tempat Menarik di Johor : Puteri Harbour

Assalamualaikum  ...............
Anyeonghaseyo beautiful people!!
Hari tu, ada lah seminggu sebelum puasa kot, tiba-tiba tersesat ke Puteri Harbour yang terletak di Nusajaya.
Eh yaka kat Nusajaya eh.. Hentam je lah ...
Kat sini kata nya kita boleh pergi ke Singapore naik boat dan jugak ke Batam..
So bila-bila nanti boleh la pi... :)

So apa lagi jom selfie... ^_^

Nampak dak kapal kat belakang kami tu..
Kapal ni semua nya milik persendirian ...
eh betol ka.. hentam pi la.. hihihi

much and much more closer view,,
Cantik kan.. Sejuk mata memandang..

Jumpa pokok ni nampak cantik sangat so apa lagi...
Kena posing la kan.. Mujur nampak kurus ^_^

Haaaaa.. Kat sini ada kedai superman taw.. APa ada kat dalam ??



Macam-macam barang superhero yang ada tapi nak beli memang tak mampu...
Mahal gilosssss.. hihihi....
Kat sini jugak ada Hello Kitty Town tu ...
Tapi memang tak masuk la sebab mahal.. 
Amboi kedekut bebebo dia ni kan...
Nanti la bila dah ada laki ada anak baru pi.. Aci tak ??
Okey bye!!!

Tempat Menarik di Johor : Country garden

Assalamualaikum.............
Anyeonghaseyo people..... Pergh .. Lama nya tak bersiaran kat sini kan... ^_^
Harap kawan-kawan semua sihat sejahtera hendak nya...
Sejak bermastautin di Johor ni , berat badan saya dah meningkat....
Yelah, bila duduk dekat dengan cinta hati macam ni la jadi nya... almaklumlah makan minum di tanggung beres..... Apa-apa pun moh ler kita senaman untuk kembali sihat...
Sebenar nya nak kongsi gambar masa pergi bergediks kat Country Garden...
Country Garden tu apa yerrr... Nak tau jom nengok gambar....




Selfie sepukul dua pukul dan tiga pukul ... hobi selfie memang tak leh tinggal...
Masa ni pergi kat sini dengan mak saudara yang tinggal kat Johor jugak...


Ni lah tempat nya Country Garden ..... Lambang ni mesti hampa pernah nampak kat baju JDT kan...
Nak terang banyak sangat pon tak reti, Kalau tulis banyak pun takut hampa boring..
Kesimpulannya yang aku boleh buat , Country Garden ni tempat orang kaya.. sekian...



Ni adik aku , Siti Aisyah... dia belajaq kat Poli Johor.. 
Kalau dulu masa kat KL , aku dengan Anis, Sekarang kat Johor ada Siti pulak.. ^_^


Cantik kan tempat ni... Dia macam tepi pantai... pemandangan depan Singapore..
Aku seriously memang tak pernah sangka akan nampak Singapore kat depan mata macam ni ..
Buat perak pulak kan. kikikiki...







Ni Iman... Sepupu aku... Sepupu pon kecik kemetot lagi...
Yelah sebab ayah aku kan anak sulung... Jadi anak-anak adik dia memang kecik-kecik lagi ... 


Selfie.... Suka sangat kalau ambil gambar nampak construction site macam kat belakang ni

Masa ni waktu dah mula nak senja dah pun..... Cantik kan pemandangan kat belakang ..












Suasana matahari terbenam kat sini pun cantik sangat.





Sini boleh kalau nak berenang jugak... Tapi kena bayar la... Berapa tak sure sangat .
Rasa nya dalam 10rggt gtu..

Bertenggek sebentar kat pokok nyoq... :)














Kat sini tak leh berenang ye.................


Penyu dan anak nya.... :)








Pokok Misai kucing pon ada kat sini :)







Lanskap dan hiasan kat sini pon comel-comel jugak....





Kereta macam ni lah yang angkut orang-orang yang datang bertandang ke Country Garden ni,,
Sebab parking jauh gila nak jalan letih kan.. sayang lemak lagi. so naik ja kereta ni,,,
Tak yah pecah peloh ^_^







Selfie punya selfie , ambil gambar berjuta keping last2 terlupa yang aku tak bergambar pun dengan ibu saudara... aduhai..... Macam mana boleh lupa... Hari yang sama, dia bawak kami pi makan kat Restoren Big Food yang terletak  di Nong Chik ... ^_6 Nanti kita story lagi ye,,,,
Sebenar nya kan , aku ada banyak sangat story nak share kat sini....
Story yang pending berbulan... Nanti la aku akan cuba catch up sikit demi sikit ye....
Until then, Have A Nice day Everyone!!!