Followers

Showing posts with label ~INTERESTING~. Show all posts
Showing posts with label ~INTERESTING~. Show all posts

HUDSON PRANAJAYA ( Two faces singer)

Assalamualaikum...........
Anyeonghaseyo beautiful people...... :)
Hari ni aku nak cerita sedikit tentang seorang penyanyi yang berasal dari Indonesia,
yang lahir dari rancangan Indonesia Mencari Bakat 1....
Aku tak pasti dia menang atau tak tapi dia ni penyanyi yang sangat unik.
First dengaq dia nyanyi adalah time dia buat persembahan bersama dengan
peserta Indonesia Mencari Bakat 3
jugak iaitu Abby Galabby dan mereka menyanyikan lagu yang bertajuk Gethuk...

Ini lah dia Hudson .... :) Kalau tengok di sini tiada apa yang pelik kan ??
Actually Hudson ni adalah penyanyi yang di gelar Two faces..
Bukan sebab dia talam dua muka tapi dia mampu menyanyi dua watak iaitu lelaki dan perempuan..
Tak percaya ? cuba tengok video kat bawah ...


Sebenar nya lagu bertajuk "Getuk" ini adalah lagu bahasa Jawa yang
telah di popularkan oleh seorang penyanyi yang di kenali ramai iaitu Didi Kempot...
Kalau kat Malaysia ni Didi Kempot ni setaraf macam M . Nasir la . hehehhee ...

Selalu nya bila perform di atas pentas hudson akan tampil begini lah...
Sebelah lelaki sebelah perempuan.... 
Pelik kan ? tapi memang unik sebab dia boleh menyanyi dengan suara lelaki
dan suara perempuan dalam masa yang sama....

Sekian 

P.s : Ayah aku peminat indonesia tegar, kalau tak memang aku tak tengok dah
Indonesia Mencari Bakat , tehehehehhee :)

Nahas Udara Terburuk yang pernah berlaku di seluruh dunia.


3 Mac 1974.
Seramai 346 terbunuh apabila pesawat Turkish Airline DC-10 secara tiba-tiba mengalami kehilangan tekanan udara sejurus berlepas dari Paris dan terhempas di Ermeonville, France.

27 Mac 1977.
Boeing 747 milik KLM Royal Dutch Airlines yang mahu berlepas merempuh Pan American World Airway Boeing 747 di landasan Lapangan Terbang Los Rodeos di Tenerife, Canary Islands. Seramai 547 orang dalam kedua-dua pesawat tersebut maut.

25 May 1979
Sayap kiri pesawat American Airlines DC-10 tercabut ketika berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare Chicago menyebabkan 275 maut diatas pesawat dan 3 di luar pesawat.

28 Nov 1979
Seramai 275 terkorban apabila pesawat Air New Zealand DC-10 merempuh Gunung Erebus di Antartika. Nahas dipercayai berpunca daripada kesilapan navigasi.

12 August 1985
Nahas terburuk dalam sejarah penerbangan komersil apabila 520 terbunuh apabila pesawat boeing 747 Japan Airlines Flight 123 terhempas di pergunungan di Tengah Jepun tidak lama selepas berlepas dari Tokyo.

26 May 1991.
Kira-kira 12minit selepas berlepas , pesawat 004 Lauda Air terhenti di udara. Ia menyebabkan pesawat Boeing 767 terhempas di barat laut Bangkok, Thailand membunuh semua 223 penumpang dan anak kapal.

26 April 1994.
Gear mendarat pesawat Nigeria Airways DC-8 di sambar api tidak lama selepas berlepas dari Jeddah, Arab Saudi. Ia terhempas dengan muncungnya ke bawah pada jarak 10,000 kaki (3,048 meter) dari landasan. Semua 261 penumpang dan anak kapal terbunuh.

26 April 1994
Pesawat Airbus A3000 penerbangan 140 China Airlines terhempas ketika cuba mendarat di Lapangan Terbang Nagoya , Jepun menyebabkan 264 terbunuh.

17 Julai 1996.
Pesawat 800 TWA meletup di udara tidak lama selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa John.F.Kennedy New York. Semua 230 penumpang dan anak kapal terkorban.

12 November 1996.
Pesawat Boeing 747 Saudi Arabian Airlines dan Kazakhstan Airlines II-76 bertembung di Lapangan Terbang Antarabangsa New Delhi, membunuh 349 orang dalam kedua-dua pesawat.

6 August 1997.
Pesawat 801 meninggalkan Seoul, Korea menghampiri destinasi di Guam apabila ia terhempas di hutan. Seramai 228 penumpang Boeing 747 itu terbunuh manakala 26 lagi terselamat.

26 September 1997.
Pesawat 152 Garuda Indonesia terhempas di Buah Nabar, Indonesia, membunuh 234 orang. Hasil siasatan 3 tahun kemudian mendapati punca nahas adalah litar pintas di Airbus A300 mencetuskan wap dalam tangki minyak.

16 February 1998
Terbang dalam hujan dan kabus, kru pesawat 676 China Airlines dari Indonesia ke Taiwan terhempas ketika cuba mendarat di Lapangan Terbang Taipei selepas berpatah balik. Akibatnya 196 maut dalam kapal terbang dan 7 lagi di lokasi kejadian.

2 September 1998.
Pesawat Swissair yang bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa John.F.Kennedy, New York untuk ke Geneva, Switzerland terhempas di pesisiran Nova Scotia, Kanada. Semua 111 penumpang dan anak kapal pesawat terbunuh.

12 Nov 2001
Beberapa minggu selepas serangan pengganas 9/11 , pesawat 587 American Airlines terhempas di Belle Harbor,Queens , mengakibatkan 260 maut dalam pesawat, manakala 5 lagi maut di tempat kejadian.

25 May 2002
Selepas 20 minit berlepas, pesawat 611 China Airlines terhempas di Selat Taiwan menyebabkan 225 orang terkorban. Punca nahas adalah kerosakan besi dan rekahan pada Boeing 747 itu.

1 Jun 2009
Pesawat 447 Air France dalam perjalanan ke Rio de Janiero dari Paris hilang di lautan Atlantik. Lima hari kemudian mayat pertama ditemui kira-kira 600 batu(965.6km)dari utara pantai Brazil. Dua tahun kemudian pihak berkuasa Peranchis mengumunkan peralatan gagal berfungsi sebagai punca nahas.

SUMBER : METRO


Still hoping for a miracle................

Lets pray for MH370

CARA PECAHKAN DARA DENGAN BANTUAN PENSEL

Assalamualaikum............
Anyeonghaseyo beautiful people all around the world......
Salam jumaat dan salam satu malaysia kepada semua..........
Fuh tajuk bikin panas je kan.......... eh sejak bila aku bagi tips 18sx ni??
Kawen pon belom kan ?? tapi ada hati nak bagi tips............
ek elehhhhhhhhhhhhhhhhhh...

Jangan risau .... sebenar nya bukan nak bagi tips pon..........
Dan jangan pulak kecewa kalau ada yang memang nakkan tips tu...
Actually entry kali ni just nak kongsi satu keywords yang muncul di belog ni.........
Tetiba ja kan ada orang mencari sedangkan memang tak wujud pon
entry sebegitu rupa di sini...........

nampak tak ?????????? pelik sungguh kan ... ?
Betol ka boleh buat macam tu ?? kikikiki...................
Ok lah bye semua ...........

P.s : Gambar kat atas tu saja nak buat gimik ......... ^_^

SHARBAT GULA - NATIONAL GEOGRAPHIC

Assalamualaikum.
Anyeonghaseyo beautiful people.....
Selamat berhujung minggu utk semua. 
Hari ni masa tengah surf internet , i came accross this beautiful picture.
Actually dah lama notice gambaq ni tapi tak berkesempatan untuk kongsi kat sini..
Rasa nya dah ramai yang dah familiar dengan picture kat bawah ni kan...

Gadis ini di gelar " Afghan Girl"
Gambar di atas di capture oleh seorang journalist , Steve McCurry pada Dec 1984.
Gambar nya telah di jadikan cover majalah National Geographic issue June 1985.
Masa gambar ini di ambil , gadis ini berada di kem pelarian Pakistan .
Kampung halaman nya telah di hujani dengan peluru oleh kesatuan Soviet yang telah mengorbankan 
kedua ibu bapa nya., adik beradik nya dan nenek nya telah di paksa memanjat gunung
untuk ke kem Nasr Bagh Refugee Camp yang terletak di negara jiran iaitu Pakistan.
Gambar nya menjadi kegilaan ramai hampir sama popular dengan potret Monalisa yang di hasilkan oleh Leonardo Da Vincci 


Kalau di teliti dari wajah nya penuh dengan perasaan yang sukar utk di gambar kan.
Mata yang bersinar penuh dengan dendam dan penderitaan .
Hanya dia dan mereka yang turut menderita dengan nasib hidup yang sama sahaja yang tahu.


Ramai yang tertanya - tanya tentang identiti gadis di dalam gambar yang menjadi pujaan ramai itu.
Adakah dia masih hidup? Siapakah dia? Di manakah dia sekarang ?
Persoalan ini telah merangsang pihak National Geographic untuk mencari gadis ini .
Steve McCurry jugak turut serta dalam proses mencari kembali gadis Afghan ini. 
Akhirnya mereka berjaya mencari gadis tersebut dengan menggunakan gambar diatas.
Salah seorang lelaki yang pernah tinggal di kem yang sama mengenali gadis tersebut.
Dia telah pun meninggalkan kem tersebut dan tinggal bersama keluarga nya di Pakistan.
Akhirnya selepas 17tahun persoalan telah pon terjawab.


Gadis Afghan tersebut ialah Sharbat Gula. 
Dia masih ingat gambar nya di ambil tetapi tidak pernah menyangka yang gambar tersebut 
menjadi pujaan ramai. 
Sharbat seorang wanita yang agak pemalu dan muslimah yang taat pada agama.


Sharbat Gula telah berkahwin dengan Rahmat Gul semasa berumur 16 tahun.
Menurut abg nya , Hari perkahwinan mereka berdua adalah hari yang paling
menggembirakan dalam hidup Sharbat.
Mereka dikurniakan 3 cahaya mata iaitu Robia 13, Zahida 3 dan Alia 1.
Anak ke 4 meninggal dalam kandungan.

Sharbat berharap anak-anak nya akan mendapat pendidikan yang tak dapat di habiskan oleh nya.


Setakat ini sahaja buat kali ini ... TQ for reading 
bye!!

P.s :Terpesona sangat melihat mata Sharbat Gula... Apa pandangan anda semua ?
Apa yang anda dapat tafsirkan bila melihat gambar Sharbat gula ini ?

Ok









BED INTRUDER - FROM BREAKING NEWS INTERVIEW TO A RAPPING SONG ON I TUNES

Antoine Dodson ... seorang abg yang berjaya menjadi seorang penyanyi disebab kan 
seorang lelaki yang menceroboh masuk ke dalam rumah mereka dan cuba merogol adik nya
Kelly Dodson.. ^_^  Percaya tak ?
Temubual nya dengan NBC news telah di buat remix dan menjadi lagu oleh
The Gregory brother dan berjaya membuatkan Antoine menjadi popular dalam sekelip mata ...

Kalau nak dengaq boleh lah tekan play.. Seriusly memang lawak la..
Aku dengaq sambil gelak-gelak .. Paham - paham je lah kan .. 
Orang kulit hitam kalau bercakap memang ada rapping sikit.. 
So tak hairan lah kalau dengan bercakap pon boleh turn to a hit song... ^_^
ok bye! tq for reading ^_^





ZALORA 15% COUPON FOR EVERYONE

Assalamualaikum...
Anyeonghaseyo beautiful people....
Pernah beli barang dengan Zalora tak ?
Kalau yang pernah mesti tahu betapa best nya depa punya service.
Cepat mudah dan ringkas ..
So hari ni Liya nak bagi coupon kepada semua .
Yang belom pernah membeli barang dengan zalora sahaja.
Tak kira lah sama ada anda baru kenal dengan Liya,
Dah lama kenal atau pon musuh Liya sekalipon anda
tetap boleh guna coupon ini.. Tak percaya ?
Betol tak tipu ni memang betol-betol wujud coupon ni.
Dengan syarat untuk sekali pembelian seorang dalam 1 order.
Means kalo hampa nak beli 10 jenis barang pon still dapat guna coupun ini
asalkan hampa guna sekali sahaja untuk satu nama . Paham ??
Nak tau cara nak guna coupon tersebut ???
Senang ja .. selepas dah pilih-pilih barang yang hampa nak tu kan...
Masa nak check out hampa key in masuk kod coupun ni..
Kod coupon :
ZBAPmFz
 
So bila hampa dah key in masuk kod ni .
secara automatiknya hampa akan dapat harga diskaun .
Okey mesti nak tengok contoh kan ??
Contoh nya hampa pilih kasut kat atas ni kan..
Then hampa pilih size hampa pastu add to bag.
So lepas hampa add to bag akan keluaq macam kat bawah ni. 
Masukkan kan kod coupon kat dalam kotak ni.
Dan bila hampa tekan use coupon akan keluaq macam kat bawah ni.


See.. From RM160 dah pon deduct price jadi RM136.
Dah untung RM24 .. ^_^
Lepas tu teruslah checkout ^_^
Bukan barang yang harga ratus ja boleh guna.
Yang bawah RM50 pon boleh gak.. 
so kalo guna coupun ni memang untung banyak.


Bila nak checkout pulak akan keluar macam kat atas ni..
Pilih dulu payment method...
Nak senang guna ja Cash on Delivery.
Senang kan ????
So apa tunggu lagi.. Jom terus pergi ke website ZALORA  
sekarang jugak....
Btw , coupun ni hanya boleh di gunakan untuk barangan yang tertentu sahaja. ^_^
Tapi kebanyakan nya memang boleh guna.
Ok Bye !_!
Heppy shopping.
P.s : Kalo yang pernah beli kat zalora tapi nak guna coupun ni boleh
asal kan tak guna nama sendiri. pinjam nama adik, abang, emak , ayah ,
boyfriend , girlfriend , suami, isteri atau pon kawan...
asalkan bukan nama sendiri... ^_^

SONY EXPERIA C

 Assalamualaikum...
Anyeonghaseyo beautiful people...
Tadi masa dok dengaq radio masa on the way nak pi kerja, 
Ada la terdengaq satu iklan ni tentang smartphone keluaran Sony yang terbaru
yang di beri nama EXPERIA C..
So apa lagi sampai ja office terus menggodek - godek mencari
untuk melihat sendiri rupa paras semakphone ni...
Kata nya harga semakphone ni adalah RM999.
Macam menarik ja , macam okey ja harga dia, Macam nak beli ja...
Aku memang peminat Sony tapi tak mau la beli yang atas dari RM1000..
So RM999 ni macam boleh tahan la jugak kan... ??
Padahal lagi RM1 nak jadi RM1000 tu ha...
Kedekut tahap apa lah kau ni kan... (Cis sejak bila cakap kau ?)
Jom lah tak yah mengarut banyak , meh kita pakat-pakat tengok Semakphone ni..
Betol ka keluaran baru ni ek. Tah aku sorang ja yang jakun....
Ahhhh .. tak kisah la aku nak share jugak dengan kawan-kawan semua .. 
Begini yerrr... Lawa kan... Boleh tengok video.

 Datang dengan 3 warna menarik......... Hitam , Putih dan Ungu...
Macam berkenan ja warna ungu tu sebab dia lain dari yang lain... ^_^

Comel kan .... comel kan.... Buat syok pulak macam dah beli dah.... 
Boleh pakai dua sim card yauwwww... Simkad maxis utk abg hitam , simkad digi untuk abg putih.
Kerlassssssss telefon ni menggalakkan kita mencurang .... Opsssss...
Gurau aja , hikhikhik...
 The reason sula sangat dengan Semakphone Sony ni sebab kamera dia lah..

Boleh tahan jugak kan saiz semakphone ni.... 
Elok sangat lah untuk manusia macam aku yang suka layan video-video ni...

Nak tau apa yang paling-paling best ???
Selca la.... Semakphone ni ada self potrait function dan ada intelligent voice guide 
yang akan bagi tau hampa nak bergerak kot belah mana supaya gambaq muka sendiri tu
betol-betol balance kalo kita nak guna kamera utama..
Kan selalu nya kamera utama dengan kamera depan tu kamera utama lagi cantik kan.
So ni adalah salah satu kelebihan semakphone ini.. 
Macam ni punya best tunggu tok lagi aku tak berminat ..... 
Harap-harap tahun depan dapat bonus banyak , boleh lah aku beli semakphone ni .
Mana tau dapat harga lagi murah dari RM999 kan... verangan ja hahhaa...
Oklah sapa-sapa nak tau lebih lanjut pasal semakphone ni boleh lah tekan kat SINI.
Ok Bye !_! TQ singgah dan baca .... Love u all so much .

TM YANG SEPANTAS KILAT

Assalamualaikum...
Anyeonghaseyo beautiful people...
Setelah 2 minggu internet kat umah ni buat perangai harem,
hari ini aku decide untuk kol TM di talian 100.
Why wait sampai 2 minggu ??
Sebab nya adalah internet ni sekejap ada sekejap tak dak.
Kalo kol satgi tiba-tiba ada cemna so tunggu lah sampai 2 minggu.
Tapi tetiba ja rasa macam bodoh kan.
Awat la lama sangat sampai 2 minggu ? 1 minggu cukup la kan...
Selain internet yang meragam , telefon pon rosak gak.
Cuma line still ada... So TM telah pon menukaq telefon yang lama kepada yang baru.


Ha cantik dak ? Canggih sikit telefon ni hehe...
Tapi pesan seksiap kat adik-adik jangan dok sat sat angkat kol kawan.
Kalau penting baru kol.. Aku kan tukang bayaq so kena lah tegas...


Ha tengok modem tu semua berkelip kelip kencang ...
Alhamdulillah .. tapi kan yang lawak nya .. 
Aku kol tu dalam pukol 12 lebih dah tadi.
Pastu aku balik umah dari keja nak dekat pukol 2 tu aku siap habaq ..
Aku dah kol TM kat mak dengan adik-adik..
Tiba-tiba plak depa kata TM mai dah aih siap tukaq telefon..
Aku ni aiiihh biaq betoiii, dengan muka depa yang mcm nak tergelak..
Nampak macam tipu ja kan so aku pegi bilik belakang dan tengok memang ada sungguh 
Hahahahhaaa... Aku plak dok gelak macam orang gila sorang-sorang ... 
Lucu sangat-sangat .. Anyway TQ kepada TM di atas kerja anda yang 
sangat pantas ... Bye !!!

INSIDIOUS CHAPTER 2 REVIEW

Assalamualaikum..
Anyeonghaseyo beautiful people.. ^_^
Uolls tahu kan Sabtu lepas ioulls pergi tengok wayang ceta Insidious Chapter 2.
Eh sejak bila aku ber ioulls uolls ni ?? Peliks....
Masa dok beratoq nak beli tiket wayang tu pon kebanyakan yang beratoq sekali
tu semua nya pakat-pakat nak tengok ceta "Thor" .
Well sebab dalam hati memang nak nak nak sangat nak tengok cerita hantu ni kan.
Takkan lah nak berubah pikiran pulak kan kan...
So nak beli tiket nak pilih tempat duduk tu senang lah sikit sebab tak ramai .
Tapi dalam tak ramai tu pon bila dah masuk panggung tu penuh jugak.
So walaupon dah ujung-ujung ceta ni tetap hot and kicking..


Okey i tempek seketol poster dia kasi u orang takut..
Alahai padahal orang lain semua dah tengok kan.. aku ja baru terkemut.
Tu pon ada hati nak buat orang takut! Eh . suka hati la kan kan..
Tapi memang takut gila cerita ni.. Lagi takut dari yang 1st.
Baru beberapa minit aku dah mula terpekik terlolong macam kena polong.
Dan yang lawak nya aku lah orang 1st yang menjerit sorang-sorang dalam panggung tu.
Kerlassss tak haku ???!! Suara jeritan aku berkumandang satu panggung!
Bangga nya mak masa tu uolls tau dak ??? Hahahahaa...
Padahal aku tergelak kat diri ku sendiri yang sangat lemah jantung itu.

Mak cik kat atas ni lah buat aku menjerit tak keruan..
Dengan muka dia macam tu suara dia lagi.
Dia lah punca segala-segala nya yang menyebab kan mak cik sorang lagi
tu menjadi gila dan mula nak masuk ke dalam badan orang lain tu.
Dia ni mak kepada hantu yang pakai baju hitam tu ha.
Sebenaq nya mak cik yang di sangka makcik tu rupanya pak cik.
Pendek kata dulu masa kecik dia kena dera dengan mak dia.
Mak dia nak anak perempuan so mak dia dress up dia jadi perempuan
dan hias bilik dia macam budak perempuan jugak.
So dengan perasaan yang tak berapa nak rela dia terpaksa lah ikut
sebab mak dia ni garang sangat-sangat , siap bagi penampaq lagi.
So sebab dia tak dapat jalani hidup dia dengan gembira masa kecik nya
thats why lah dia nak dapatkan Josh punya badan untuk dia jalani hidup dia macam budak lagi.
Pasal tu lah muka dia ada ja dalam photo Josh masa zaman kanak-kanak dulu..
Eh Josh ke nama laki tu aku lupa la main hentam ja hehe.. ^_6
Ok Betol nama dia memang Josh aku dah check .. hehehhee...


Yang ni aku memang gerun. 
Kau bayangkan kena selak satu persatu ni.. Oh no..
Masa depa dok wat sesi selak menyelak tu aku ni dalam hati memang 
tak keruan langsung... takut gila!!
Sampai ke tahap menggeletar aku tengok ceta ni nak habaq bagi kat hampa.
Tapi kan mengikut kefahaman aku la kan,
Si makcik yang posses tubuh Josh tu dia bunuh depa ni semua .
Dia punya signature ialah Black Dress Bride.
So time dia nak membunuh ni kan dia memang akan pakai baju
pengantin yang berwarna hitam sekali dengan veil.
Pastu bila dah mati pon dia jadi hantu yang pakai pakaian yang sama .
Hampa paham dak maksud aku neh...
Apa punya berterabur explaination aku neh ??
Last but not least presenting mak cik yang sebenaq nya adalah seorang pak cik...
Patut lah dia tinggi semacam ja kan bila berdiri.
Rupanya dia lelaki ... hahahahahaa... Ingat kan dia spesis hantu galah ..
Well well pak cik ni berjaya buat aku tidur tak lena.
Nasib baik aku pegi tengok kan kalo tak rugi setahun :)
Well sapa-sapa yang belom tengok boleh lah pegi tengok yerr..
Testing power jeritan sapa yang paling deras dalam pawagam.
Apa yang pasti Insidious Chapter 3 akan muncul di masa akan datang...
Kita pakat-pakat tunggu okey ^_^
Until then ,,,, bye for now...



COLOUR OF RANGOLI

Assalamualaikum..
Anyeonghaseyo pretty people...
Terjumpa ni masa kat Tesco. 
Cantik kan  ?? Aku kalo benda-benda colourful macam ni memang suka sangat. ^_^






Cantik tak ??
Yang bawah tu dah messy dah huhu
Bye!!

SHOP GLASSES ONLINE NOW !! DISCOUNT AVAILABLE!

 Assalamualaikum...
Anyeonghaseyo beautiful people....
Pernah beli cermin mata atau contact lens online tak ???
Kalo cermin mata tu jarang-jarang kan , tapi kalo contact lens ramai yang jual.
Tapi kalo yang jual contact lens pon contact lens yang dari Korea 
yang boleh buat rosak mata tu ada la. 
so hari ni Liya nak kongsikan satu laman web yang menjual 
cermin mata dan contact lens secara online ....
Kalao nak tau dengan lebih lanjut , 
kawan-kawan boleh klik kat gambar di bawah ni yer...



Kalao kawan-kawan masuk ke website Glasses Online ni kan,
Kawan-kawan boleh pilih pelbagai jenama cermin mata .
Yang branded pon ada yang biasa-biasa pon ada .
Bukan setakat cermin mata ja yang depa ni jual tapi 
sunglasses pon ada .. tak caya boleh lah pi terjah website tu sekarang ni jugak 

Okey yang kat atas ni adalah jenama contact lens yang depa juai .
Semua nya berkualiti dan harga berpatutan .
Untuk contact lens yang berwarna range harga dia adalah dari RM30 - RM90.
Okey Liya ambil satu contoh untuk kawan-kawan tengok okey ??

Contoh yang macam kat atas ni RM 49 (1 pair - 1 month )
Ada macam-macam jenis contact lens yang kawan-kawan semua boleh pilih..
Kalo hampa nak yang warna jernih pon ada jugak.
Price range RM 20 - RM95.
Ada lagi dua jenis contact lense iaitu Astigmatic/ Toric dan Multifocal.
Nanti kawan-kawan boleh godek-godek dan cari
yang mana rasa berkenan okey .


Habeh cerita pasal lense jom kita cerita pasal sunglasses pulak yer..
Ada banyak sunglasses yang berkualiti yang di jual kat website ni..
Antara nya yang famous amos tu dah tentu lah 
Rayban , Oakley , Gucci , CK, DKNY dan macam-macam lagi 
nak senarai rasa nya terlalu banyak..
Price range untuk sunglasses pula adalah RM 49 - RM1445 .
Tu kira after less lah.. Kalo tak less leh cecah sampai RM2k...
Okey Liya tunjuk satu contoh kat kawan-kawan ya.. 

Contoh nya sunglasses yang ni adalah dari Guy Laroche
Harga asal dia RM 575 tapi after less jadi RM 315 .. Murah tu ! 
Tapi kalo hampa nak beli boleh masukkan code yang cam kat atas tu iaitu GOBLOG20  
Kawan - kawan akan dapat lagi extra diskaun RM 20 jadi yang perlu di bayar 
hanyalah RM 295. Tak murah lagi macam tu ?
Kalau nak murah lagi kau pegi bukak kedai spek mata sendiri okey. tehehehe.



At last but not least, cermin mata yang ada power ni...
Ha yang ni ada spesel sikit okey...
Untuk brand yang bernama ScottsField dan Peter&David ,
ada promotion lense free.
Means kalo hampa beli bingkai dia, automatic glasses lense hampa dapat free ..
Paham tak . Paham tak. Paham tak ?
Okey macam ni selalu nya kan kalo hari-hari biasa 
harga glasses lense tu adalah RM59 - RM255 .
So untuk limited time iaitu dari tarikh 1 Nov 2013 - 5 Nov 2013.
Tarikh ni untuk yang ScottsField dan Peter&David sahaja.
Kalau yang lain-lain tu anytime leh guna kod coupun tu okey ??

Yang ni adalah salah satu cermin mata jenama ScottsField..
Harga dia RM 145 . So sebab harga dia lebih RM 100 .
So dapat lah less RM 125 ..
So untuk lense memang free lah so hampa hanya perlu bayar RM125 sahaja 
Murah kan ??????
Cepat rebut peluang untuk order cermin mata kat sini 
Peluang terbuka sampai 5 Nov 2013 sahaja okey..
Lepas pada tu xda lagi sooooo cepat-cepat lah !


So kalo ada sesapa yang nak beli atau nak tukar cermin mata , contact lens atau sunglasses 
boleh terus pergi ke website Glasses online
Kawan-kawan jugak boleh like Facebook Glasses Online  .
Penghantaran adalah PERCUMA  untuk seluruh negara.
Estimated delivery time :  4 - 6 working days

Bila kawan-kawan dah enter code GOBLOG20 dengan automatik nya
akan dapat diskaun RM20 macam kat atas ni lah ^_^

So berminat tak ????? Kalo berminat boleh terus pergi ke website GLASSES ONLINE sekarang jugak..

Bye !_!