Assalamualaikum..............
Ya ampun lama gila aku tak update belog kesayangan ni kan.... Rasa nya dh dekat setengah bulan kot... Busy sangat semenjak dua menjak ini sebab nya banyak sangat kerja yang harus di siap kan. Alhamdulillah semua kerja telah di siap kan dengan sempurna so now its time to play... Kalau dah belog pon tak sempat update , nak blogwalking apatah lagi.. Lama dah rasa nya tak mengikuti perkembangan kawan-kawan semua kan... Jadi hari ni nak kongsi sikit gambar sekitar Annual Dinner Syarikat yang telah di adakan pada Sabtu lepas bersamaan dengan 7 February 2015.
My look for the day. Actually baju ni aku dah lama beli tapi tak pakai. Ingat nak pakai masa Raya Puasa tahun lepas tapi tak jadi sebab meriah sangat.. Jadi masa adik aku ada kat kampung cuti semestar , aku suruh dia bawak baju ni mai sini in case aku rasa nak pakai.. Ada ja baju lain dalam list tapi decided last minit untuk pakai jugak baju ni walau apa pon yang terjadi. ^_^ Walaupon agak over acting dari orang lain.
Well memang plan nak pakai cantik walaupon buat dinner tu just pasang khemah kat kawasan pejabat ja..
Diana look for the day... Diana pakai jubah abaya balqis dari Zawara. Aku ada gak beli tapi tersilap saiz , terbeli besaq sangat so aku juai la kihkihkih,,,, Tengok tu siap pakai rantai atas kepala habaq hang...
Sebab dinner kami memang tak dak tema dan overall orang-orang semua memang pakai baju biasa ja.
Tapi sebab kami tak mau kecewakan peminat kami yang agak ramai tu kami pon dressing la cantik-cantik.
Kami sampai kat sana lebih kurang dalam pukul 6.45 p.m macam tu... Rasa macam awal gila dah tapi
sampai ja kat sana orang dah penuh dah pon ... Ni kak In . Ingat lagi tak?? Kami datang 3 orang ja pada hari tersebut... ^_^
Bergambar 3 orang . sebelom masuk ke dalam sana.. Satgi kalau dah malam memang tak cantik dah kan gambaq.. Bos sampai kan ingat kami takut anjing terus hantar orang untuk datang jemput padahal kami tengok syok dok berposing sakan .... ^_^
Kak In dengan Jessy. Jessy ni P.A tokey besaq so dia lah yang pegang semua nya yang berkaitan dengan project-project yang di uruskan oleh syarikat kami....
Suasana pada malam itu.... ^_^ Ramai dan sangat pack.. Semua yang datang berbilang bangsa.
Melayu, Cina , India, Bangla, Nepal, Vietnam, Myanmar dan Indonesia.
Tak sangka malam tu nama aku naik untuk dapat hamper. Sebelum ni kalau ada cabutan bertuah pun aku memang susah nak dapat sebab dalam hati memang tak yakin pun akan dapat.
Jadi petang tu dah berdoa siap-siap mintak dengan Allah nak hadiah cabutan bertuah.. hihihi...
dan bukan just cabutan bertuah ja. Malam tu bos besaq iaitu tokey besaq kami Mr Lee berbesaq hati nak bagi angpow kepada yang pakai lawa merangkap best dress dan of course lah aku dengan Diana dapat because we deserve it .. hahaha.. yerla kan penat pakai baju cantik pastu dapat angpow memang lega banyak la sebab tak bajet pon sebab tahun-tahun lepas tak dak pulak macam ni.... ^_^
Tapi bukan kami berdua ja yang dapat tau ada ramai lagi so memang adil la kan...
Ni hamper aku jugak saja Diana nak posing sekali ... hihihi.. Malam tu ada cabutan bertuah cash money..
Tapi sadly tak dapat kat aku.. Dapat kat mamat Indon .. Perghhh Untung dia .. 5k kot!!!
Kak In with anak bos yang no 2... :) Anak bos yang paling sporting ... masa g bali hari tu dia la yang jadi tekong... ^_^
Aku pon nak jugak posing with Miss Lee ni... ^_6 ambil berkat
Overall malam tu memang best sangat.... Wish the night would never end ,,, LOL...
Makanan langsung tak ingat nak ambil gambar sebab teruja dapat hadiah angpow best dress,,
Apa pon memang puas hati sangat dengan dinner tahun ni.. Pakai lawa untuk buat hati sendiri puas tapi tak sangka pulak ada yang menghargai , Alhamdulillah...
Harap-harap dinner tahun depan pun best jugakkk ... Ok bye!!!!