Followers

IKEA TEBRAU CITY

Assalamualaikum and anyeonghaseyo beautiful people...

2017 adalah tahun ketiga saya bertapak di negeri Harimau Selatan ..

Untuk warga Johor pasti nya teruja dengan pembukaan IKEA yang memang dah lama sangat di nanti.

Ikea Johor sudah mulai beroperasi pada 16hb November yang lalu..

Of course lah 1st day IKEA tu memang saya tidak pergi ...

Saya tak suka bersesak-sesak sebab memang dah tau dah kalau awal-awal memang orang bersusun.

Hari ni lepas agak seminggu lebih baru lah saya menjejakkan kaki ke sana ..

Sebenar nya kalau ikut kan tu dah banyak kali jugak saya lalu lalang kat area Ikea tu sebab sana kan ada AEON Tebrau City yang memang tempat shopping favourite kiter sangat-sangat.

Tapi sebab tak mau bersesak memang kita tak pergi pun.....


Sampai saja kat depan IKEA kereta pun memang penuh , ada yang sampai park kat luar ..

Kiter macam biasa memang tak kuasa nak berjalan jauh, terus je gamble masuk cari parking kat dalam , lagi okay lah kot

Ternyata memang parking kat dalam tu masih banyak lagi dan untuk makluman semua parking kat IKEA sekarang ni masih FREE.

Iolls tak sure free tu sampai  bila kan tapi sekarang ni memang free lah so enjoy ...

Saya ingat kan pergi time kerja tu orang tak ramai tapi malang sekali memang tekaan saya salah..

Nak makan meatball punya pasal sejam jugak lah saya beratur tadi ...


Sebahagian makanan hasil saya beratur selama sejam .. 

Dah lama kot tak makan meatball ikea ni kan tapi sayang nya si dia tak suka.. maybe sebab meatball tu tak pedas dan sos dia pulak rasa macam tu kan..

So next time kalau pergi lagi kita order ayam je lah kan untuk awak....

Yang pasta tu pulak memang tak habes makan sebab nya memang sebelum ni pn iolls memang tak suka la pasta tu tapi sebab dah lama tak makan so iolls lupa .... jadilah habuan tong sampah hadoiii ..

Nak tapau tak leh pasal tak dak bawak bekas makanan langsung 

Tapi hakak memang suker sangat soft drink dia yang memang rare sangat , kalau tak salah ada 4 ke 5 jenis tak ingat dah !

Tak banyak jugak photo yang sempat saya snap sebenar nya sebab nya masa tu bateri phone pun dah teruk sangat dah , lagi pulak tengok muka cik abg kita yang sangat sarcastic tu buat kiter tak jadi nak ambil gambar pun..

Tapi terima kasih gak kat dia sebab sudi gak bawak kita mai sini walaupon dia tak rela sangat pun.

Barang-barang IKEA macam biasalah kan , tak pernah tak cantik dan tak pernah tak murah ...

Memang mata ni rambang gak lah tapi sebab tujuan mai pun nak makan dan cuci mata so memang tak beli apa apa pun.

Takut gak kan ramai orang kat cashier tu nanti kena beratur lagi tak tau pukul berapa nak boleh balik.

Tadi tu pun dari pukul 3.30 sampai ke pukul 6.15 gak lah main kat sana .. tak dak lah lama sangat kan. sebab orang memang kalau pergi IKEA tak lama tu kira tak sah.


Pinggan dan mangkuk ni murah gila kot walaupon nipis sikit kan janji IKEA kan ,......

Tapi tak beli pun sob sob sob sebab tak gaji lagi takut en suami marah +_+

Nanti lah next time kalau pergi lagi baru beliiii ^_^



Encik abang kiter ni memang tak suka ambil gambar so macam ni lah jadi nya kan...

Wajib ambil gambar since ni kan 1st time datang bersama dengan dia .. ^_^



Okay itu lah kisah buat kali ni untuk tatapan kalian semua ...

Sehingga bertemu di lain waktu ......

Cau cin cau

P.s : Paradigm Mall JB pun akan dibuka pada esok hari ............. yahooooo!!

BEKERJA TENGAH PANAS DI BULAN PUASA

Assalamualaikum.................

Anyeonghaseyo beautiful people and fellow friend ...

Dah Ramadhan ke 6 alhamdulillah masih lagi bertahan ....

Start ja bulan puasa , tiba-tiba tempat kerja yang suam-suam kuku tiba-tiba aktif kembali...


That day pagi pagi tu muka still ceria lah siap pakai inner neck kau.

Terlupa plak aku nak pi berjemur tengah panas ..

Lepas tu baru lah reti best ke tak best tu dok melilit tudung sakan 


Bila mai masa tengah hari tengok lah habes keremot tudung aku nehhh..

Hangat tu tak tau nak cerita lah kalau boleh minum air tu memang heaven lah...

Tapi kami still bertahan lagi demi sayang kat puasa ...

Memang kalao ada kolah air aku dh terjun ke dalam berenang kat sana.


Masa ni pukul 12 tengah hari memang matahari pun terpacak atas kepala dah ...

Bayang kan lah kami berjalan nak dekat separuh km gak la .... 



Las-las hakak tak mampu lagi terus terduduk dan berteduh di bawah pokok  dan tengok saja.

Hakak tak mampu bertahan lagi macam nak pengsan rasa nya.


Las-las tu give up dah terus je berjalan balik ke kereta then balik ofis ...

Pastu mandi dan solat untuk mendapatkan kesegaran kembali...



Ceria sikit wajah ku selepas mandi hahaha......

Tapi hari tersebut memang penat sesangat walau pun hakak tersenyum....


Las-las malam tu balik berbuka minum air je tak makan ...

Dalam pukul 10 malam tu baru lah makan sebab terlalu dahaga seharian berbumbung kan langit ,,

Esok kena hadap lagi benda nii , semoga sentiasa tabah ...

Bye!

1ST DAY OF RAMADHAN 2017

Assalamualaikum....

Anyeonghaseyo beautiful people and fellows friend ....

Yesterday 1st day of Ramadhan memang penat gila lah sebab berjalan tengah panas pastu marah plak kat budak kerja sebab tak dengar kata , eh belagak bos lak haha..



Sememang nya kalau bekerja tengah panas macam ni darah pun naik tak menentu ...

Balik je dari site terus pengsan tak ingat dunia ..

Pastu balik rumah je terus pergi mandi nak segarkan diri dan tunggu masa nak gi bazar,



1st day of Ramadhan , berbuka dengan nasi kerabu dan air cendol..

Semua nya jasa membeli di bazar Ramadhan yang terletak di Taman Sri Pulai.

Semalam tu dah round 3 bazar Ramadhan dan yang paling banyak makanan tu kat Taman Sri Pulai je .
Petang ni nak menjengah ke sana lagi dan tak sure nak beli apa ...

Okay  bye for now ^_^

Jom Bercuti Di Pulau Pinang Dengan Bajet Rendah

Assalamualaikum........

Anyeonghaseyo beuautiful people and fellows friend..

Gigih nya menyiapkan entry ini dalam kesibukan kerja yang dah mula start nak sibok ....


Sejak menetap di JOHOR, flight menjadi pilihan saya untuk berulang alik ke kampung halaman. Traveloka Malaysia  sememangnya menjadi pilihan!!  untuk mendapatkan harga tiket yang terbaik.
Murah serta senang untuk membuat perbandingan  harga serta tempahan. Semuanya, dihujung jari. Aplikasi ini menawarkan kepada pengguna lebih daripada 100,000+ laluan pernebangan dan 100,000+ hotel di Asia Pasifik.
Banyak sungguh pilihan.Tambahan pula, laman web tersebut super-duper easy untuk digunakan. Mesra pengguna pulak tu.

Dahulu,bila hendak membuat tempahan penerbangan mesti kena open website syarikat-syarikat penerbangan untuk membuat perbandingan harga. Sekarang, hanya perlu membuka satu laman web atau download app sahaja.



Secara ringkasnya, aplikasi ini sangat ringan dan mesra pengguna.Takda lah berat telefon korang kan after download. Gambar kat atas ni yang saya screenshot dari telefon saya sendiri ^_^


Keduanya, aplikasi ini juga membantu korang untuk membandingkan ticket price untuk penerbangan dan hotel.  



Jadi, jimat masa. Seterusnya, ianya menawarkan honest price. Harga memang tidak tipu. Korang  tak perlu la nak risau dengan caj-caj tersembunyi.



Setiap harga yang dipaparkan itulah yang perlu anda bayar. Tambahan pula, cara-cara untuk membuat pembayaran juga memudahkan pengguna.



Bayaran boleh dilakukan menggunakan online banking, kad debit atau kredit serta bayaran tunai.



Yang paling best, mereka provide e-ticket. Haaa takperlu la susah- susah nak cari printer bagai kan. Dengan e-ticket, korang hanya perlu tunjukkan sahaja semasa check-in. Jangan bateri telefon korang kong sudahlah. hahahahaha.



Lastly, promosi kaw-kaw sering diberikan. Takut terlepas nikmati promosi tersebut? Daftarlah segera aplikasi Traveloka yang super awesome ini. Berbaloi-baloi.





Sekarang ni saya nak ajak kawan-kawan semua datang ke Pulau Penang untuk bercuti. Pulau Pinang merupakan salah satu destinasi perlancongan yang popular di Malaysia.  


Apa yang menariknya Pulau Pinang? Aahaaa, terdapat pelbagai tempat tarikan termasuklah tempat kesan peninggalan sejarah, alam semulajadi, pantai dan semestinya makanan.



Disini, saya listkan makanan yang best kat Pulau Pinang yang perlu korang cuba bila datang sini ok. Yaaa, semestinya first choice makanan tempatan ialah Nasi Kandar Penang. Nasi Kandar yang paling popular adalah di Restoren Nasi Kandar Deen ,Nasi Kandar Hameediyah, Nasi Kandar Beratur, Nasi Kandar Kapitan. Pergh! Tengok gambaq kat bawah ni pun dh meleleh ayaq liuq kami!



Selain daripada Nasi kandar, Char Kue Tiaw , Mee Udang ,Pasambur dan Laksa Penang also popular di sini. Char Kue Tiaw dan Mee Udang yang wajib korang try adalah di Char Kue Tiaw Sungai Dua dan Mee Udang Sungai Dua. Kuahnya yang pekat beserta udang yang besar membuatkan makanan ini disebut-sebut dikalangan tourist. Makan sekali pasti nak lagi.




Sekarang ni kami nak share mengenai tempat-tempat menarik dan popular di Pulau Pinang.
  1. Padang Kota Lama.

Disini terdapat Fort Cornwallis dan banggunan Penang City Hall. Datang sini, wajib try pasembur kat Esplanade Park food yang terletak di tepi Fort Cornwallis berhadapan padang serbaguna. Di Medan Renong tepi laut pun ada pasembur. Makanan tempatan ini yang teramatla sedap. Cuba jangan tak cuba ya! Dah kenyang tu pergilah lawat Fort Cornwallis, sebuah kota yang di bina pada 1786. Apa yang korang boleh lihat di dalam kota ini adalah kesan peninggalan sejarah iaitu meriam-meriam lama menghadap laut. Terdapat juga sebuah gereja, stor senjata api, rumah api dan tungu gangsa Kaptem Francis Light. Kawasan ini open every day, start from 9 pagi hingga 10 malam. Harga tiket juga berpatutuan iaitu RM 5.00 untuk kanak-kanak dan RM10.00 untuk tiket dewasa.

  1. Street art Penang.


For your information, Street Art Penang ini memaparkan hasil lukisan Ernest Zacharevic. Sangatlah kreatif dan cantik belaka. Lukisan tersebut boleh dilihat di dinding – dinding banggunan within Georgetown. Jangan lupa untuk sewa basikal untuk mengelilingi Georgetown sambil nikmati pemandangan dan hasil seni lukisan beliau.


  1. Bukit Bendera


Pusat peranginan tanah tinggi ini mempunyai banyak sejarah dan tinggalan penjajah. Dari atas bukit, korang dapat menikmati  view Bandaraya Georgetown yang awesome. Oh ya, sampai sana jangan lupa mencuba ais mango yang super delicious. Pergh!! Makan ais mango sambil menikmati pemandangan indah.

  1. Batu feringgi.


Pantai yang popular dikalangan tourist. Antara activities watersport yang disediakan di sini ialah jetski, waterski, parachuting, berkayak dan lain-lain. Pada waktu malam terdapat deretan kedai yang menjual bermacam jenis cendehati. Rambang mata tengok kesemua barangan di situ.

Okay amacam ? tertarik tak dengan tempat menarik di Pulau Pinang .. ?? Kalau tertarik rancang lah untuk ke Pulau Pinang next time anda bercuti ! Jangan lupa download apps Traveloka ye uolls

Until then , have a nice day everyone !
 

HO CHI MINH TRIP - HALAL FOOD

Assalamualaikum.............
Anyeonghaseyo beautiful people and fellows friend ..
Today is my last day at hometown sebab malam ni dah nak kembali
AOR-KL-JB
Harap sangat dapat siapkan update untuk trip Ho Chi Minh ni dan berharap jugak dapat aktif berblog macam zaman-zaman muda dulu...
Hari ni saya nak sambung lagi cerita pasal makanan halal kat HCM.
Seperti yang pernah saya baca kat blog-blog which i could not name them all sebab ramai dan banyak sangat yang menulis pasal HCM ni .. yang saya boleh sebut pun 1 je lah sebab tuan punya belog memang dah lama kenal di alam maya iaitu JM  melalui blog Jari Manis ... Thanks JM secara tidak langsung awak menolong percutian saya kali niii ^_^
Musa Karem ni ada lah restoren pertama yang kami jejakkan kaki semasa sampai ke HCM.
Makanan yang kami makan pada hari tersebut adalah nasi goreng..
Harga adalah dalam lingkungan RM17 ke RM20 sepinggan ^_^
Agak mahal kan kalau nak bandingkan kat Malaysia yang harga nya jauh lebih murah.
But since kita nak mencari yang halal so kena hadap je lah mahal pun asalkan dapat makan dan penyakit gastrik tak menyerang


Ini lah dia nasi goreng yang di maksud kan oleh saya sebentar tadi ...

Masa Anis makan nasi goreng tu pun makan tak habes tapi wajib tapau sebab mahal kan...

Masa kami makan tu terlampau awal sangat ..

Dok bajet masa tu dah tengahari rupanya baru pukul 10 , kihkihkihkih







Gambar kat atas ni pulak dari Restoren Amin..

Saya tak sure nama penuh Restoren tersebut tapi yang ingat nya Amin je..

Makanan dia not bad lah tapi harga dia pergh meletop kebabom mahal..

Total damage that night is RM 76 lebih kurang sebab siang nya makan ala kadar je masa ikut trip ke Mekong River tu ...


Kedai ke 3 yang kami makan adalah Restoren Haji Osman tapi hanya 1 gambar ni je yang berjaya di ambil sebab nya masa tu dah kelaparan sampai tak ingat nak take pic langsung...

Okay di antara ke 3 restoren ini yang menjadi pilihan sis adalah Restoren Haji Osman ye uolls...


Selain makan kat restoren yang di senaraikan di atas , kami jugak makan Kebab Vietnam yang di jual guna motor nii.. Memang sedap ye uolls sebab boleh di katakan kalau malam je mesti makan benda ni.. Harga nya dalam RM6 sahaja ...


Yang paling penting sekali kekakak suka sangat dengan kopi vietnam ...

Starbuck pun kalah dengan kopi vietnam yang menyengat niii

Sehari agak dalam 3 ke 4 kali melantak kopi  niiiii ,,,,

Nampak dak betapa rakus nya kekakak melanggah air kopi tu...

Ok bye!!!!


HO CHI MINH TRIP - MEKONG DELTA RIVER CRUISE TRIP PART 1

Assalamualaikum.............
Anyeonghaseyo beautiful people and fellows friend ^_^
Warning : This entry content a whole lots of photo !!
Bismillahirahmanirahim ... Mari kita mulakan laporan ringkas pada hari kedua aku dan Anis di bandar Ho Chi Minh..
Masa hari pertama lagi kami dah survey harga trip untuk ke Mekong dan boleh di katakan banyak jugak lah tempat yang kami tanya untuk dapatkan harga yang tiptop dan terbaik termasuk lah hotel tempat kami menginap.
Most blog yang saya baca sebelum ni suggest untuk ambil pakej dari hotel je tapi di sebab kan hotel kami menawarkan harga yang agak mahal jadi kami survey kat luar je dan dapat pakej untuk ke mekong river tu dengan harga 240k dong which is equal tu lebih kurang RM 46++ ..


Pada hari yang telah di tetapkan , iaitu 2nd day kitorang di HCM at about 7.45 pagi , kami dah tercangak dah menanti bas yang di jadual kan untuk mengambil kami berdua ke Mekong Delta.

Lebih kurang pukul hampir pukul 8 pagi bas yang di nanti telah pun tiba ..
Apa lagi kami bergegas naik ke atas bas. Betul lah dari blog yang saya baca sebelum ni yang kerusi atas bas dia memang kecik ...

Perjalanan ke Mekong Delta mengambil masa lebih kurang 2 jam ... So sepanjang 2 jam tersebut dapat lah kami menikmati pemandangan sekeliling . But some of the time tu terlelap jugak lah ...


Sebelum kami betul-betul sampai ke jeti nak pergi ke Mekong Delta tu bas stop kat satu tempat ibadat yang ada berhampiran dan of course lah tempat ibadat tersebut adalah tempat ibadat Buddha since the biggest religion kat Vietnam adalah Buddha.




Pemandangan kat dalam ni okay jugak sebab banyak tanaman dan bunga-bunga yang cantik...

I was so mesmerized by the mosaic they used to build this place ..(boleh tengok contoh kat atas yee )




Tengok lah patung buddha kat belakang tu besaq gedabak ....





 Some of the flowers yang buat iolls teruja sangat

 Pandangan hadapan si buntal yang boncit ...


 Sis teruja sangat dengan kayu api ni, tapi yang sis nak marah sangat tu sebab adik sis ambil gambar sis tak berapa cantik so sis frust sangat








Oh my banyak lak gambar .. ni belom sampai ke tempat yang di tuju lagi..

Can i give it a wrap dan sambung ke part 2 untuk gambar yang lain ???

Okay great ... till next update uolls ^_^

Bye