Hi all . Fuh. Berabuk blog kesayangan hamba ni yang dah berapa tahun di abaikan . Nak konsisten macam dulu memang payah la sebab kerja dan macam-macam lagi. Dari blog sampai ke Youtube sis memang seorang yang hangat-hangat taik ayam ja. Untuk berjanji nak konsisten tu rasanya macam tak mampu. Anyway today macam agak tak busy disamping hari ni tak berada di site jadi apa lagi jom sis nak kongsi sikit cafe yang best giler yang terletak di Bukit Bintang
Actually kalau nak kata location dia betul-betul di Bukit Bintang pun sebenarnya tak jugak sebab when we talk about BB we assumed it was of course near to Pavilion , Farenheit dan sebagainya la. Untuk ke cafe ni kalau korang nak berjalan kaki from Pavilion tu agak jauh jugak . Di pendekkan cerita cafe ni terletak di belakang Berjaya Time Square which is easy sekali kalau korang nak pergi ke sana kena naik Monorail pastu turun la kat stesen Imbi. Sis kalau nak cerita tentang jalan-jalan KL sekarang ni memang expert dah since berhijrah pada tahun 2014, been more than 10 years la kan so nak pergi ke mana and mana tu semua dok dalam kepala otak dah. Ingat lagu dulu-dulu semua follow je adik kite yang study kat sana. Kalau sekarang ni nak pergi mana-mana memang siap boleh bergaduh jalan mana lagi cepat . hehehehe.
Cafe ni di beri nama Liku Likoo cafe which is as I mentioned before terletak di belakang Berjaya Time Square. Kalau sampai ke cafe ni pasti korang akan amazed sebab cafe ni rekaan dalaman dia amat estetik di mana i think before it was renovated , ia adalah sebuah kedai ubat cina where you all can see all the rack and medicine still there in a bottle so it look kind of vintage. Dua tingkat kalau tak dibawah , korang boleh ke atas . That day sis sekadar berada di bawah saja sebab malas nak naik turun tangga since konsep kedai dia layan diri di mana makan tak di serve dan korang kena order dan ambil bila alat penggera tu berbunyi.
Apa yang menarik di cafe ni yang tempat lain tak ada ??? I think dia punya air Kombucha kot. What is Kombucha ? yang belum tahu Kombucha tu adalah sejenis air teh yang di fermented kan . Kalau dalam istilah yang lebih mendalam lagi "a fizzy, fermented drink made from sweetened tea (usually black or green) and a symbiotic culture of bacteria and yeast (SCOBY), resulting in a slightly sweet, tangy beverage rich in probiotics, B vitamins, and acids. " ihsan google
lebih kurang maksud nya sejenis minuman teh yang dibuat dari teh hitam (ceylon) atau teh hijau yang di peram yang menghasilkan teh yang masam manis yang kaya dengan vitamin dan prebiotic . Selain tu ada banyak lagi kebaikan dia nanti sis share di posting lain pulak ye. kan panjang pulak posting ni
Kalau nak tau yang kuning tu la Kombucha . Tapi yang sebelahnya kopi lah tapi itu biasa mana-mana pun boleh dapat kopi di zaman cafe hunting ni kan. Yang tak pernah rasa boleh la kat Seven eleven pn ada ja jual Kombucha ni. Price range dalam RM 9 ke atas . Rasa dia memang sedap la . Masam manis macam tu dan ada perisa macam-macam pulak. My favourite of course la Passion Fruit . Akak memang suka Passion Fruit tak kira la dia jadi juice ke , Yogurt ke apa-apa jelah yang penting Passion Fruit .
Selain daripada tu makanan kat sana memang jenis chill . Last time yang i makan tu like chicken wing, Lasagna dan Hot dog and potato chip tu memang sedap teruk. Harga dia berpatutan dan memang boleh makan sambil chill sebab depa pasang lagu galau yang budak zaman lani suka which is not favourite makcik sebab makcik emo and metal forever LOL.
As u can see from the above the presentation of the food. Aku suka sebenarnya vibe cafe ni , dia ala-ala tenang gitu. Boleh la nak berdating or nak chilled dengan kawan ke atau apa pun aktiviti. That day siap ada orang yang bergelak besar lagi kat cafe tu . hehehehe ...
For further information boleh tengok video Youtube sis ya. Lama tak buat video teruk sangat awkward nya disitu . Hehehehe Until then have a nice day everyone