Followers

HO CHI MINH TRIP - THE RED RUBY HOTEL

Assalamualaikum..........

Anyeonghaseyo beautiful people , and fellows friend .. bersua kita lagi di lembaran ketiga ..

Hari ni just nak cerita pasal hotel yang kami stay sepanjang kami berada di bandar Ho Chi Minh.

Sebenarnya sebelum menempah hotel ni, iolls dah tempah Sasa Hotel yang jauh lebih murah tapi memandangkan lokasi nya terlalu jauh daripada pekan Ben Thant so kami terpaksa cancel dan cari hotel lain.

So lepas cari punya cari jumpa lah hotel yang memang dekat dengan Pasar Ben Thant iaitu The Red Ruby Hotel yang terletak di Jalan Le Than Thon.




Macam ni lah rupanya hotel tu tapi saya terlupa pulak nak ambil gambar depan hotel tu.

Tak apa lah kan asal ada gambar dalam bilik tu lagi baik kan.

Overall masa stay kat hotel ni okay sangat sebab bilik memang luas dan selesa ..

Tuala pun memang diorg tukar setiap hari ..

Ada tub mandi air pon bersih dan segar je time mandi.

Cuma shower gel and shampoo yang di sediakan tu je mcm tak de kualiti.

Tapi benda macam tu tak de masalah sangat bagi saya ...



Total damage for 4 days 3 night stay , RM400++
Saya book kat agoda setelah beberapa hari mencari ^_^

Ok bye !!


HO CHI MINH TRIP - THE ARRIVAL

Assalamualaikum..........
Anyeonghaseyo beautiful people ......
Penerbangan di jadualkan berlepas pada pukul 7.00 pagi , Boleh baca kat entry pertama untuk intro tentang HO CHI MINH trip niii ^_^


 Pagi tu masa mula naik kapal terbang tu kan awan pun hitam jer ..
Nasib baik lah bila dah kat atas dan jalan sikit cuaca okay dah ^_^
Alhamdulillah ... perjalanan smooth je ..

 Masa ni dah nak sampai dah ni , dari atas dah nampak the forever famous Mekong River .
Sangat teruja sebab sungai ni besar sangat-sangat dan ada delta-delta yang bertaburan
Indah nya ciptaan Mu ya Allah...

 Suka sangat dengan kepulan awan yang bertaburan ni .. cantik


 Akhirnya sampai jugak ke destinasi yang di tuju ...
Masa tu pukul 8 pagi kat sana ... ^_^

 Lapangan Tan Soon Nhat , betul ke dak eja nii haha...
Cuaca kat sini okay-okay je nampak masa ni....

 Tengok lah betapa ramai nya orang kat sini....
Semua nya nak melancong ke Ho Chi Minh , tapi mujur lah walaupun ramai kitorg beratur pun tak lama sangat pun...


Selfie sepukul dulu ye........
After dah clear semua hal immegresen tu kami terus berlari keluar mencari package data internet.
Nanti saya share kat next entry okay ....



Akhir nya sampai jugak kat pekan dia .... Ni lorong hotel kami.
Le Than Thon nama jalan ni, betui dak eja ni malas lak nak google , kihkihkih..
Okay nanti iolls cerita kat next entry pasal hotel ...
Sengaja nak bagi banyak entry kahkahkah ..
Until then , have a nice day everyone !!

HO CHI MINH TRIP - THE DEPARTURE

Assalamualaikum..............
Anyeonghaseyo beautiful people .. ^_^
Seriously lama nya tak bersiaran kan , sedar tak sedar last time update blog tu sebulan lepas..
Hari ni muncul kembali sebab nak hupdate trip ke Ho Chi Minh City ....
Sebelom nak pergi ke HCM beberapa bulan sebelum tu kan aku memang dah kena sekat tak boleh pergi ke luar negara pun.
Cepat - cepat ja aku settle kan hutang PTPTN aku dengan menggunakan akaun 2 KWSP.
Alhamdulillah semua nya settle dalam masa kurang seminggu.
Dah settle semua nya terus je pergi buat pasport .
Harga passport Malaysia untuk 5 tahun adalah RM200 in case some people dont know ^_^.
Tapi rasa nya semua orang dah tau dah ...
Tiket beli time promotion tahun lepas masa tu seingat saya dapat bonus untuk raya cina.
Harga dapat masa tu RM 275.84 dan after add on lagguage 20kg , insurans dan makanan dapat lah harga RM 408.84 untuk dua org ^_^ detail nya seperti di bawah ni ye uollz.

Perancangan masa tu pergi berdua ja sebab yang lain tak nak ikut pun.
Dah ajak mak dan adik-adik yang lain pun semua tak mau ikut so berdua jelah.
Memang sebelum nak pergi pun dah ada rasa macam tak nak pergi sebab takut.
Mana tak takut ni kira 1st time berjalan oversea sendiri ..
2 tahun lepas ada pergi ke Bali tapi masa tu semua nya di uruskan.
Tapi, kami cekal kan semangat untuk pergi jugak.
Pejam celik pejam celik masa yang di nanti pun dah tiba^_^



That day 14.5 tu aku bertolak dari JB ke KL.
Flight dari JB berlepas lebih kurang jam 10.40 malam dan sampai kat KL pun dah pukul 12 .
Adik aku Anis memang dah sampai kat sana dah pun.
Kami rehat seketika kat surau tingkat bawah (Transportation Hub) pastu dalam pukul 4 kami bangun dan menuju ke perlepasan antarabangsa ...
Untuk aku ini kali kedua dan untuk adik aku pulak semua nya ada pertama kali.
Kami masa tu pulun lah nak pi timbang takut cabin  baggage takut terlebih kan.
Tapi ada lah brader yang kat depan tu cakap tak yah timbang kalau orang tak suruh,
satgi ada yang kena bongkaq balik barang kalau terlebih ^_^
so kami pun ada lagi terus lah berlari cepat-cepat masuk kedalam.
Terasa bibit-bibit sesal sebab bawak baju tu cukup-cukup je sebab takut terlebih berat ...


Masuk je kat dalam semua nya pakai sistem komputer kan so tak de lah nak cop bagai.
Terasa jakun sangat kat situ sebab 3 years back masa pergi Bali tu masih cop lagi..
Semua proses berjalan dengan lancar sekali sampai lah ke dalam ..
Rupanya kat perlepasan antarabangsa ni ada ja tempat mandi ..
Aku ingat tak de macam kat domestik punya hehehe . jakun seketika.
Masuk ke dalam sebab flight pun lambat lagi kan (7.00 pagi)

Mampu tidur selama sekejap je lepas tu bangun terketar-ketar terus je pergi ke pintu yang telah di tetapkan masa tu dah pukul 6 dan masuk waktu Subuh.
Kami ke surau berdekatan menunaikan solat..
Mujur lah at that time kami dua je ada ... so semua nya lancar lah takde nak berebut telekong bagai.


Dah bersiap dan mekap balik terus je menunggu kat tempat yang di tetap kan tu...
Tiba-tiba kawan aku call nak tanya pergi mana sebab dok hupdate kat instagram kan ...
Pulun sungguh lah kan Puan Wardah sorg nii nak tergelak plak rasa nya ...


Tunggu punya tunggu at last masa untuk boarding pun dah sampai dah .....
Masuk je dalam perut kapal tu tengok awan gelap dah


Untung lah time pi dan time balik dok tepi tingkap..
Boleh lah ambil view yang cantik-cantik kat atas awan sana kan.....
Okey lah uolls ... next time kiter sambung lagiii yerrr..
Berharap sangat masa kat kampung ni dapat lah cerita HCM ni di habes kan ..
Boleh ke tak , tak tau lah... Until then , have a great day everyone







EMIER



Assalamualaikum semua .. Anyeong !
Emir ni kalau ikut kan beza umoq tu memang dah macam anak sendiri dah .
Tapi sebab dia anak mak sedara aku jadi nya dia sepupu aku lah kan ... ^_^
Dia memang comel sangat uolls.
Lahir tahun 2016 bulan November tapi kak Lieya ni baru bulan 3 pergi tengok dia...
Apalah teruk sangat neh adooooiiiii lahh...\
Busy sangat dengan kerja uolls .....






Hari tu masa pergi rumah Emir ni kan sebab adik aku Siti dah habes belajar .
So dia nak pergi bei bertandang ke rumah mak saudara aku neh untuk kali terakhir sebelum balik Perlis sebab dulu masa dia mula-mula start belajar kat Johor ni,
Mak sedara ni lah yang banyak tolong dia ^_^




Uolss tengok lah tangan Emir ni , putih melepak ...!
Nak bandingkan dengan tangan aku memang tak leh banding langsung...
Bila lah akak nak putih niiiii  

Bye!

COMEBACK

Assalamualaikum..................
Hai semua ... eh lama nya tak mencoret kat sini kan..
Masa tak pernah mengizinkan actually di sebabkan tuntutan kerja.
Dah berapa kali berjanji nak aktif semula tapi ke laut jugak semua harapan tinggal juga.
Sebenar nya banyak ja benda nak di kongsikan dengan semua .
Tapi tak sempat lah ...
Banyak perubahan yang telah berlaku cuma satu ja yang tak berubah tu adalah saya masih lagi gemok hahahahaha !!! bila lah nak kurus nii ??
Okey terlanjur menulis , harapan lepas ni dapat aktif kembali..
Sekian terima kasih ^_^


P.s : The picture was randomly selected ^_^