Followers

MALAYSIA COVID 19 STATUS UPDATE 3 MAY 2020

Status Covid 19 di Malaysia untuk hari ini 3 May 2020 , 12pm
Kes baharu yang dilaporkan :   122 kes  (52 kes adalah kes import)
Kes sembuh :     87 kes
Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia : 6298 kes 
Jumlah keseluruhan kes sembuh :    4413 kes (70% )
Kes Aktif :  1780 kes
Jumlah keseluruhan kes di ICU : 27 kes
(Seramai 13 orang memerlukan bantuan pernafasan)
 Jumlah Kematian : 2

Jumlah kematian cumulative :  105 kes (1.67%) (cummulative)

Kematian ke 104 adalah kes no 5539 ,  lelaki, warganegara malaysia, berumur 82 tahun,mempunyai sejarah penyakit darah tinggi dan jntung. Beliau di rawat di Hospital Sg Buluh.

Kematian ke 105, ke 5837, warganegara malaysia, berumur 64 tahun, lelaki, mempunyai sejarah penyakit kecing manis, darah tinggi dan buah pinggang. Beliau dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban.


Nampaknya kes baharu menunjukkan peningkatan.. Risau pula dengan PKPB ni.. Rasa tak nak balik bekerja seperti biasa buat masa ini.



KOREAN DRAMA REVIEW : THE WORLD OF MARRIED COUPLE (INTRODUCTION)

Assalamualaikum...........
Anyeong haseyo beautiful people. Eh macam dah lama tak review cerita korea OMG. So here goes. Actually berminat nak tengok drama korea ni disebab ianya viral sangat kat media sosial. Jadi sis pun tak mau ketinggalan la . ^_^ Benda viral kot . Dipendekkan cerita sis ingat cerita ni dah complete , boleh lah sis buat marathon untuk tengok cerita ni tapi end up rupanya cerita ni masih berbaki beberapa episode which is sis kena tunggu pulak berminggu-minggu untuk tengok. Seperti hampa semua maklum yang mana dok mengikuti cerita korea, memang depa release 2 episode sahaja dalam masa seminggu so berakaq jugak la nak menunggu pun... Tapi sis redha je la sebab dah terjebak dengan cerita ni .. sobs sobs
Ok jom la kita teruskan dengan sedikit pengenalan tentang kisah ini. Drama korea The World of Married Couple ni adalah drama yang di adaptasikan daripada TV series yang bertajuk Dr Foster dan telah  ditayangkan di BBC one Channel. Drama 16 episode ini dibintangi oleh ;


Kim Hee Ae as Ji Sun-woo


Park Hae Jun as Lee Tae-oh



Han Soo Hee as Yeo Da-kyung



Park Sun Young as Go Ye-rim



Kim Young-min as Son Je-hyuk


Chae Gook-hee as Seol Myung-sook


Lee Geung Young as Yeo Byung-gyu


Kim Sun-kyung as Uhm Hyo-jung



Jeon Jin-seo as Lee Joon-yeong


Basically bila tengok tajuk pun dah tau kan kisah nya berkisar tentang rumah tangga . Bagi pendapat saya sendiri , kisah ini memang betul-betul kena dengan kehidupan seharian I mean in reality rasa nya memang wujud pun benda ni. Sebelum nak buat sesuatu drama pasti mereka dah mengkaji tentang kehidupan alam perkahwinan yang penuh pancaroba. Drama ini mengisahkan tentang kecurangan seorang suami , ketabahan seorang isteri yang cuba mempertahankan hak sebagai seorang isteri yang pada mulanya cuba menyelamatkan perkahwinan mereka dan akhirnya berakhir dengan penceraian . Walaupun  mereka telah bercerai , kisah mereka tidak berakhir di situ sahaja . Makna nya penceraian itu bukan lah jalan yang betul-betul baik untuk pasangan ini. Jalan cerita untuk drama ini amatlah laju sehinggakan saya macam terfikir eh dah bercerai so lepas ni nak jadi apa pulak tapi rupanya lepas bercerai tu ada lagi perkara lain yang timbul dan menjadi masalah lain pulak kepada bekas suami isteri ini. Kalau nak tau kena lah tonton drama ini sebab uolls memang takkan rasa bosan atau pun boring sebab setiap episod penuh dengan debaran . InsyaAllah sis akan cuba untuk membuat synopsis untuk setiap episode ^_^ Kalau rajin la hihihi 

Until then.. Have a nice day everyone !

MALAYSIA COVID 19 STATUS UPDATE AS OF 2 MAY 2020

Status Covid 19 di Malaysia untuk hari ini 2 May 2020 , 12pm
Kes baharu yang dilaporkan :   105 kes  (11 kes adalah kes import)
Kes sembuh :    116 kes
Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia : 6176 kes
Jumlah keseluruhan kes sembuh :   4326 kes (70% )
Kes Aktif :   1747 kes
Jumlah keseluruhan kes di ICU : 31 kes
(Seramai 12 orang memerlukan bantuan pernafasan)
 Jumlah Kematian : 0

Jumlah kematian cumulative :  103 kes (1.67%) (cummulative)

Kluster baru - Kluster Tahfiz Lancang 



MALAYSIA COVID 19 STATUS UPDATE AS OF 1 MAY 2020

Status Covid 19 di Malaysia untuk hari ini 1 May 2020 , 12pm
Kes baharu yang dilaporkan :   69 kes  (12 kes adalah kes import)
Kes sembuh :    39 kes
Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia : 6071 kes
Jumlah keseluruhan kes sembuh :   4210 kes 
Kes Aktif :   1758 kes
Jumlah keseluruhan kes di ICU : 37 kes
(Seramai 14 orang memerlukan bantuan pernafasan)
 Jumlah Kematian : 1

Jumlah kematian cumulative :  103 kes (1.7%) (cummulative)

Kes ke 103 adalah kes no. 5441. lelaki ,warganegara Malaysia, berumur  66 tahun dan mempunyai sejarah penyakit barah. Beliau merupakan contact rapat kes no 4818 dan dirawat di  Hospital Kuala Lumpur.  


BIG BAD WOLF - BOOK XCESS ONLINE (JUALAN BUKU ONLINE)

Assalamualaikum.............. 
Anyeonghaseyo people. Semalam 30 April 2020, sis dapat email dari Big Bad Wolf berkenaan belian buku online. wah menarik kan .. since PKP ni kita boleh beli buku online. I donno kalau sebelum ni memang boleh je beli online buat just nak berkongsi dengan uolls semua yang suka membaca dan suka Big Bad Wolf macam saya boleh la pi usha-usha tengok kot ler nak beli buku kan ^_^  Yang berminat boleh la tekan link kat bawah ni ye .. So korang boleh dah start membeli belah buku-buku pulak. Sebelum ni sis pun hari-hari dok tengok apps shoppee dan hari-hari order barang dari shopee je kejaan nya .. So sekarang boleh lah membeli buku pulak betul tak. 

BOOK XCESSONLINE  


so apa tunggu lagi kawan-kawan.. Moh ler kita order buku online ... ^_^