Followers

CAHAYA MATA KEDUA SHUIB DAN SARAH

Assalamualaikum..
Anyeong haseyo beautiful people.
Jom tengok gambaq anak ke 2
Shuib dan Sarah .


Bayi seberat 3.6kg ini dilahir kan pada
pukul 4.46pm , 17 May 2013..



Nama yang di berikan kepada anak
kedua mereka ialah Dzakira Talita Zahra.
Comel kan nama anak ke 2 ni...



Shuib seorang ayah yang sangat penyayang



Abg dukung adik. comel sangat.
Anak sulung Uwais Alqarni 
dah pon berumur setahun lebih 
(Lahir pada 4 Dec 2011)

Semoga rumah tangga mereka berdua
bertambah bahagia dengan hadir nya 
cahaya mata ke dua niii.. ^_^

source : ohbulan 







TRIP TO HATYAI - PART ONE - THE JOURNEY.

Assalamualaikum...
Anyeonghaseyo beautiful people..
How` s life....
Sekarang ni nak ceta pasal trip saya 
dan kengkawan opis ke HATYAI...
Sebenaq nya kami dah lama rancang nak pi..
At last menjadi jugak.
11 May 2013 .
Pukol 7 pg dah bertolak dari rumah,
and then jemput kawan-kawan semua..
kami amek package dari CTC Recreation Sdn Bhd.
Yang kat gambaq di bawah ni lah.. 
package van + tour guide + hotel = RM900.
Since kami memang ada 9 orang
so each one kena bayar RM100.
Bilik dapat 3 bijik. 
Walaupon bilik tu ada katil yang boleh 
muat dua orang ja.. 
tapi tetap puas hati.
Nanti lah utk episode yang seterus nya
kiter akan ceta bab hotel pulak yer.. :)

Tengok hah muka pon dh jadi bengang.
sebab van tak sampai lagi.
tunggu kat sini sejak pukul 8 .
Tapi pukul 9 lebih baru uncle tu mai.. 
sebab ekotjam Thailand lambat 1 jam dari jam kita..
Uncle tu memang umah dia kat Hatyai pon.

tempat ni macam R & R jugak la.
so makanan dia memang mahal.
mula2 sampai kat sini orang tak ramai.
Tapi lama kelamaan makin bertambah.
Memang ramai betol orang yang nak pi Hatyai.
kat sini ada tempat nak tukar duit,
mini market dan gerai2 makanan.
roti canai biasa ja sebijik RM1.70.
Memang katok kepala gila-gila.
Tapi ada jugak yang makan. 
Yelah pagi-pagi camni semua tak sempat nak breakfast kan.
so mahai tak mahai pon kena jugak lah.
Kiter just beli roti ikan bilis
yang rega RM1 ja. 

tengok lah manusia dh mula membanjiri kawasan ni..
Tadi kosong ja tak dak org.
sambil tunggu sambil amek gambaq.
Kira berakaq jugak la baru uncle tu sampai.


Kiter tukaq duit banyak ni ja.
RM200 tapi dapat dalam 1920 bath sahaja..
Kalo bawak duit banyak lagi.
mesti lagi best!


Pukul 9.30 lebey kurg van pon sampai,
tengok la muka dh pon tersenyum sbb 
tak sabaq nak pii. yeay...


kiter , kak nurul and anis 
dok kat row belakang sekali taw.. 
betol2 atas tayar.. so kalo
uncle tu bawak laju kami pon sama2 melambong.

ini pulak kakak Gunawaty, Chia Yen dan Shirley..
semua pon muka heppy :)

tengok tu sign board tunjuk arah depan
lagi sikit nak sampai kat sempadan 
malaysia - Thailand.


Dah sampai kat kaunter Imegresen ni
kena plak jalan kaki utk cop 
border pass...


kat sini lgsung tak dak org,
so proses mengecop berjalan dgn lancar skali.. 


kiter dan shirley .
pendek nya kiter,
sbb shirley ni paling tinggi kt ofis kiter
yang ni pulak kaunter immigresen Thai.
Ramai gila2 org dok beratoq.
10 minit jugak la tunggu baru siap smua.


mari kita berposing dulu..
sebelom melangkah masuk ke Thailand.. ^_^


selepas dh siap mengecop di
immegresen thai , kami tunggu di sini..
tunggu uncle bawak mai van.
gmabq candid ni muka smua mcm tak bersedia.
aku edit smpai putih pulak. hehe.. 


Haaa, ni lah pekan Danok
yang memang glemer di kalangan jantan keparat.
Moto yang tersusun kt tepi tu mcm taxi la.
Tapi bagi kita org Malaysia ,
memang terasa agak awkward nak naik
moto dgn strangers kan.
Tapi kat Danok ni kan , 
menurut kawan aku la , 
ada banyak kenderaan yang akan bawak 
pelancong pi Hatyai..
sedia duit ja kalo nak mai .
Senang ja sbb kenderaan awam depa memang banyak ^_^

yg ni pulok deretan kedai di Pekan Danok.
Agak lengang mungkin sbb pagi kot.
Kami singgah sebentar di 7 eleven Danok.
Memang marbeles .. berpinar mata aku 
melihat harga makanan yang begitu murah.
di samping makanan yang beraneka.
Tapi still aware takut tersalah amek yang tak halal.



Yg ni one of the thing yang aku beli
kat 7 eleven tu..
air betagen nama nya ..
sedap sangat dan hrga nya RM1.
Sangat berbaloi untuk botol yang agak besar lah jugak...


so on the way nak ke Hatyai tu
aku main snap ja mana yang
aku rasakan menarik.
Dapat lah satu pic wat siam ni.
Kat Thailand ni memang banyak gila wat siam.
dan macam-macam jenis .
Tengok wayar elektrik depa.. berseliqat..


so perjalan dari kangar ke Hatyai 
kalo ekot dalam peta 103.1 km..
Tapi since kami bertolak dari CTC tu
dari Bukit Kayu Hitam so tolak la dalam stgh jam cemtu
Jadi dalam sejam lebih kurg sampai la 
kami kat Hatyai...
Cuaca kat sana masa tu agak redup
tapi lain dari sini..
Kalo p sana kena minum ayaq banyak2 
sebab proses perpeluhan berlaku dgn aktif sekali.


First destination adalah seperti di atas.
Nanti akan di ceritakan di part two ok ??

Fuh penat .. makan hari jugak nak buat post ni
thanxx for reading !







ADA ORG TAK RETI GUNA ROUNDABOUT

Assalamualaikum..
Anyoeng haseyo frenz..
Kelmarin aku hampir-hampir accident.
ni semua gara-gara manusia
yang tak reti nak guna roundabout.
Ni bukan 1st time aku kena.
Dh kali kedua dah..
Si pemandu yang tak layak jadi pemandu tu,
dia nak masuk ke dalam roundabout dan u turn.
dia dari jalan yang sama dengan aku.. 
so sepatut nya dia berada di kawasan dalam roundabout
tetapi masa tu dia berada di sebelah 
kiri kereta aku..
so aku pikir dia ni memang sejalan dengan aku la.
aku nak pi terus ke depan ,
Tiba-tiba masa aku nak terus kan perjalan untuk 
keluaq dri roundabout tu ke 0 drjah
tiba-tiba ja dia mai crossing masuk depan aku,
bila aku sedaq dia nak masuk ke 
dalam roundabout tu balik(90 drjah),
aku terpaksa tukar laluan,
sebab kalo aku berkeras nak p jugak ke 
arah tujuan aku, memang cnfrm
kereta aku dgn kereta dia berlanggaq.
Masa tu hanya Allah ja yang tahu.
Dalam jantung ni dh pon dup dap .
Memang terkejut gila. 
tapi kira mujoq la aku sempat bertindak.
dan masa tu belom tertulis yang aku akan accident..
alhamdulillah...
So kepada pemandu di luaq sana.
kalo masuk dalam roundabout tu,
sila lah berada di lorong yang betol.
jangan main hentam crossing depan org ja.
Ada paham ?!
Kalo paham bagus..
Berhati - hati lah di jalan raya..
Ingat lah orang yang tersayang...


Thanxx for reading!

DARIPADA NYA KITA DTG, KEPADA NYA KITA PULANG.

Assalamualaikum..
Anyeonghaseyo beautiful people..
Dah lama tak update my belog.
Kelmarin pada pukul 4 lebih2 mcm tu,
Office kiter menerima satu panggilan telefon ,
yang memberitahu salah sorang
driver lori pasir accident..
Langgar pokok...
Masa tu depa cakap dia 
patah tangan dan kaki..
so pagi ni bila datang kerja,
Kawan-kawan ofis cakap dia dah meninggal.
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ




nampak tak pokok yang di langgaq tu,
smpai tumbang



pasiaq yang di bawak pon berteraboq abeh


tengok la betapa remok nya 
bahagian hadapan lori.


menurut rakan lain yang berada
di tempat kejadian,
arwah telah terpelanting keluar 
dari lori ni...
arwah menghembus kan nafas terakhir
kira-kira pukul 6 ptg , 2 May 2013.
Tadi saya dan kawan-kawan ada pi
menziarah ke rumah arwah,
tapi masa tu jenazah dah pon
di bawa ke tanah perkuburan
untuk di kebumikan..
Apa yang saya igt hanya lah
senyuman arwah semasa arwah dtg
ke pejabat untuk berjumpa dengan 
kawan seofis yang jaga driver lori.
Walaupon saya tak kenal rapat dengan 
arwah , tapi menurut kawan-kawan
arwah baik orang nya,
Semoga roh arwah dicucuri rahmat 
dan di tempat kan bersama
orang-orang yang beriman.
Semoga keluarga arwah tabah 
menghadapi dugaan ini.. Amin..

KOREAN DRAMA : 7TH GRADE OF CIVIL SERVANT

Assalamualaikum...
Anyeonghaseyo beautiful people...
finally hari ni saya dapat menulis
review tentang drama yang sering saya sebut ,
di dalam entry yang sebelom2 ni 
iaitu INI dan INI
Drama yang di maksud kan adalah 
7th grade of civil servant.
The reason aku memilih drama ini adalah kerana 
Choi Kang Hee(as Kim Kyung Ja).
Nama alias dia Kim Seo Won dan Kim Jeong Won
Aku pernah tengok one of her
drama "Protect the boss"
and she was amazing 
and really suit my type of actress.
So why not i give it a try.
Lagipon Jo Woon(as Han Phil Hoon) pon memang aku kenal
cuma tak pernah tengok drama yang
dia jadi lead actor..
dia guna alias Han Gil Ro
dan tak sangka pulak menerusi drama ini
i fall hard for him , hewhew...
lagipon dia sangat charming.
Selain dia ada pulak Chan Sung(as Gong Do Ha),,
Chan Sung ahli 2pm dan
aku memang pernah tengok dia berlakon
dalam sitcom yang lawak gila
iaitu Unstoppable High Kick ..
so memang aku suka dia pon.. 

kalo dh ceta korea ni,
adegan berebut sorg pepuan tu adalah wajib...
tapi beza nya ceta ni 
si perempuan ke dua tu 
suka pada Chan Sung...
perempuan ni nama dia 
Kim Min Seo (as Shin Sun Mi) dan kalo tak salah
pernah berlakon dalam ceta 
"Time Slip Dr Jin"


so mereka berempat ni
adalah egen NIS. 
Sebelom jadi agen ni kena lah
kursus slama setahun.
so sebagai egen depa ni kena pilih
satu nama yang akan depa
gunakan semasa bertugas. 
means nama tersebut bukan lah nama sebenar.



Actually Kyeong Ja dan Phil Hoon 
memang pernah berjumpa
sebelom mereka dapat tawaran 
jadi agen NIS lagi dan berlaku 
sedikit perselisihan faham
antara mereka berdua.
So masa depa dok kursus tu la
mereka berdua ni di temukan semula
dan terjadi beberapa kejadian catfight 
dan kat sini bermula lawak nya.


semasa dalam tempoh kursus 
mereka di ajar dengan taktik2
dan skill untuk menjadi seorang agen NIS.



Yang kat atas ni la trainer mereka
yang bersusah payah meyakin kan orang
atasan yang dia boleh jadi trainer 
utk newbies yang akan menjadi agen NIS.


masa latihan ni la, 
Kyung Ja aka Seo won ni
baik dengan Gong DO Ha.
Han Kil Ro pulak 
wlaopon sering bergaduh dgn Seo Won
dalam masa yang sama
dia mula jatuh hati pada Seo Won 
sebab Seo Won ni lain dr yang lain...


Tapi sayang nya di sebab kan
suspect yang menjadi buruan  NIS
ada kaitan dengan ayah Han Kil Ro
yang merupakan seorang bisnes man tu
telah menyebab kan Kil Ro
di singkir kan dari NIS.
Kesian dia sebab dia memang 
bercita-cita menjadi agen
NIS sejak kecil lagi 
semenjak menonton filem James Bond.


walaupon Han Kil Ro aka Han Phil Hoon 
ni telah di singkir kan,
akan tetapi ketua trainer 
iaitu Won Suk ni bagi dia tugasan
untuk menjaga ayah dia . 
makna nya dia kena perhati kan
gerak geri ayah nya sendiri.
jadi Kil Ro ni bukan betol2 kena buang la..


so selepas setahun,
Seo Won di tugas kan untuk 
menggoda Han Kil Ro
dan mengambil dokumen dari peti rahsia
di rumah Han Kil Ro..
Dia menipu Han Kil Ro yang
dia tak habis pon kursus sebagai NIS 
sebab dia meninggal kan NIS 
untuk ujian kelayakan dalam
bidang penyiaran tapi tak berjaya..
So Han Kil Ro pon percaya..


wlopon dalam tugasan
tapi Seo Won memang 
suka kat si Han Kil Ro ni.
Gong Do Ha pula suka 
kat Seo Won tapi Seo Won anggap 
macam kawan biasa ja..
walaupon terpaksa , demi tugas 
dia menipu lelaki yang dia sayang,
sehinggalah dia dapat
masuk kedalam rumah tersebut.
tapi malang nya dia tak berjaya...
sebab kantoi dengan Kil Ro,
Kil Ro pon marah gila-gila masa tu.



misi NIS adalah untuk menangkap 
JJ yang telah membunuh
salah seorang agen NIS 
satu ketika dahulu, 
JJ pula menggunakan business man 
utk memerangkap NIS.
JJ ingin membalas dendam 
atas kematian keluarga nya 
satu ketika dahulu dan kematian itu
ada kaitan dengan NIS.


Ini lah dia JJ yang di lakon kan
oleh Uhm Tae Wong 
tetapi dia mati sebelom sempat 
membalas dendam.
so sapa pulak yang akan ganti kan tempat dia ?


Ini lah dia adik JJ
Choi Woo Jin yang 
akan membalas dendam..
dia juga di temani oleh 
salah seorang lagi yang menerima nasib
yang sama iaitu Kim Mirae.
Satu ketika dulu ayah depa ni berkawan
dan sama-sama mati kerana NIS


ini lah Kim Mi Rae...
dia juga teman wanita kepada JJ.


mereka berdua kembali bercinta
setelah Han Kil Ro 
sedar yang dia memang xleh hidup
tanpa Seo Won


yang ni masa mereka berdua ni
dalam misi di mana mereka
berdua ni berlakon macam sepasang kekasih..


so macam ni lah lebih kurang
hubung kait antara setiap character,
dan drama ni of course la 
heppy ending..
nak tau ending kena lah tengok..
sure tak kan rasa rugi.. :)


so saya bagi 5 bintang utk ceta ni.. 
kesemua pelakon berjaya
membawa watak masing-masing
dan setiap jalan cerita pon
agak unpredictable dan 
lawak nya jugak agak bersahaja dan santai.. ^_^

nampak sepadan ja depa berdua ni,
walaupon si perempuan lebih tua,
i like them both..


so sesapa yang nak tengok ceta ni 
leh tekan kat SINI
Penat nya menulis...
Thanx so much for reading ye guys.
Now saya nak sambung tengok ceta 
Incarnation of money ..
BYE!!