Followers

REAL FRIENDS


Guys, Do you agree?
 To those girlz who always be my BFF...
Thanxx a LOT 

SONY EXPERIA Z ULTRA

Assalamualaikum.
Anyeong haseyo kawan-kawan.
Eh kawan-kawan suka telefon jenis apa yer.
Liya suka SONY EXPERIA.
Sebab handphone SONY gambaq dia lawa. ^_^
Jom cuci mata tengok SONY EXPERIA Z ULTRA ni.. 
kot-kot ada yang terbekenan dan terbeli






For more info boleh klik bawah ni yerrr, ^_^
SONY EXPERIA Z ULTRA

KIM KARDASHIAN BABY

Assalamualaikum..
Anyeonghaseyo pretty people.
Eh hampa semua dah tengok ka
anak perempuan Kim Kardashian dan Kanye West.
Aku baru hari ni nak tengok.
So decided nak share kat sini ^_^
Mesti ramai yang dah tengok kan.
Boleh tahan comel jugak anak depa berdua ni...


Nak tengok dak ?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
comel kan ? Walaupon bapak dia tak berapa hensem.
Tapi anak dia comel...
Agak-agak anak dia ni menurun muka sapa ?

Ni muka Kim masa kecik-kecik dulu...

Yang ni plak muka Kanye West time kecik-kecik ....


Btw si comel yang di lahir kan pada 15 June ni
bernama North West.
Comel ja nama dia kan. Sangat unik ^_^
So apa pendapat kawan-kawan.
Si kecik tu dia lebih ke arah wajah mak dia atau ayah dia ?
ok setakat ni saja gosip untuk hari ni...
Sekian !_!

picture source : DailyMail




GAP BETWEEN TEETH aka GIGI JARANG

Assalamualaikum..
Anyeong haseyo pretty people...
Sapa kat sini gigi dia jarang??
Hehehehhe... atau pon kawan dia ada yang gigi jarang..
Matter of fact tuan belog yang menulis ni lah gigi jarang sebeno nya.
hahahhhahaahahhahahhahaaaa..
So hari ni nak ceta sikit pasal gigi jarang atau
Omputeh kata gap between teeth @ gap in the teeth...
Kalo dalam bahasa dentist plak di panggil midline diastemas.
Bila search kat google ramai gak yang tulis
blog pasal gigi jarang ni yer...
Punca dan cara rawatan utk gigi jarang
hampa leh baca kat
SINI


Masa kecik-kecik dulu jarang kat depan ni
tak dak lah terok sangat dalm 1 mm ja.
Tapi semakin besar dia pon membesar bersama dengan tuan nya.
Bila amek gambo memang jangan harap lah aku nak senyum
sampai nampak gigi semua tu.
Kalo amek pon tak de aku nak upload kat laman sosial.
Bajet betoi lah aku ni kan ?
Bukan nak bersyukur .
Mujur ada gigi kalo tak da gigi terus acena ?
nak makan pon susah kot.. kurus terus rasa nya hari2 makan bubur nasik




One thing for sure , gigi aku ni memang menjadi tumpuan.
Bff pon suka ejek dulu dengan gelaran GIRANG.
Tapi mujur lah semua bff ada masalah gigi.
So semua ada gelaran masing-masing.
Nak tau tak gelaran yang lain-lain tu..
Ahahahhaa. tetiba ja dok tergelak sorang bila teringat
GINING = GIGI KUNING.
GIBIK = GIGI TUBIK (terkeluaq)
GIMUT = GIGI BERLUMUT
GICIK = GIGI KECIK
GILING = GIGI SILING (yg bertindan tu)
GIPENG = GIGI SOPENG (rongak)
Perasan tak ada bahasa yang lain sikit.
Dulu study kat Kelantan .
Thats why la ada perkataan tu yang agak asing
for certain people .. ^_^
Tapi masa tu memang bes sangat lah dok gelar-gelar macam tu..




Aku ada gak la terpikir nak betol kan gap ni.
Supaya senang aku nak senyum lebar-lebar,
dengan penuh confident nya..
Tapi tak tau lah bila.
Atau aku nak biaq ja macam ni.
Apa - apa pon kalo gigi ni dah tak GIRANG lagi.
Aku akan tulis pasal gigi baru aku plak yer..
Dalam family aku pon ada dua orang ja yang gigi jarang ..
Aku n adik aku yang ke 6.
So kami berdua ni selalu ja merungut sebab dapat gigi mak.
Kalo adik-adik yang lain semua gigi rapat.
Kecuali adik yang bongsu.
Dia dapat gigi cantik macam ayah tapi dia
jatuh dia landing dengan gigi,,
So gigi dia pon tak comel macam kami jugak.. ^_^




Eh eh terpanjang plak ceta pasal gigi aku neh..
anyway hampa pulak acena ?
Ada tak pengalaman mengenai gigi yang
memang hampa akan ingat sampai bila-bila pon
Kongsi dengan kiter yer..



Until then..
Bye!






SENYUM LAH SIKIT.

Assalamualaikum..
Anyeong haseyo kawan-kawan.
Kat sini hujan lah !_! 
Malam ni leh tdoq sedap2 yay!!
Tengah hari tadi, di sebab kan gerai buah kat Arau tutup,
Liya dengan kawan pergi ke Kangaq utk cari buah.
Ntah pasepa hari ni memang craving gila-gila,
kalah orang mengandong walaopon perjalan pi balik mengambil masa dekat sejam .
Minyak pon nak sampai kat E dah tapi niat tetap di terus kan.
Kedai buah ni memang ramai orang .
Depa juai buah - buah potong, rojak, laksa, ayaq nyok.
Sapa dok Kangaq memang tau la sebab kedai ni
agak femes lah jugakkk.
Yelah berapa kedai ja pon kan yang ada ..
So masa dok menunggu nak mencalit kuah rojak di sengkung tu,
Ada la sorang mak cik tengah dok tunggu rojak.
Terdengaq dia merungut.
" Lama dah habaq tapi dapat kat orang lain dulu"
Pastu tiba dah giliran mak cik tu.
dia nak rojak dua bungkuih..
Si pembuat rojak tu, dengan muka xsenyum sikit pon
bertanya kat mak cik tu,

" Nak berapa tadi ?"

Mak cik pon jawab

" Dua bungkuih. lama dah habaq "

Sepantas kilat budak tu jawab 
" lama dah pon dah xdan nak buat, nak buat cena"
tanpa menoleh kearah mak cik tersebut.

dia pon kacau2 rojak tu siap bungkus dan bagi kat mak cik tu
tanpa melihat wajah mak cik tu dan buat muka macam taik.
Bila mak cik tersebut berlalu pergi ,
dia pon dok mengomel sendiri 
" nak cepat buat seniri la ! "
Aku menggeleng kepala ja...
Macam ni ka peniaga ?
Dah la muka sombong, senyuman mahal.
Tak sedaq ka pelanggan yang bagi rezeki kepada anda.
Kecuali la kalo pelanggan tu bersikap kurang ajaq.
baru la sesuai nak buat muka.
Dia tu baru umo 27 tahun. Mak cik tu pulak baya mak dia.
Apa salah nya mintak maaf kan?
Dia tu memang macam tu dah.
Dari dulu lagi sapa mai beli buah kat dia.
Mesti buat muka taik...
Mungkin dia pelanggan ramai so kalo setakat nak berbalah dengan sorang 
dua tu memang tak dak hal sangat .
Susah sangat kot nak senyum..
Heran kan.. so kawan-kawan..
Murah-murah kan lah senyuman anda itu.
Kerana senyuman kita lah yang membuat kan 
orang senang dengan kita.
Sekian!
Bye!