Assalamualaikum....
Anyeonghaseyo beautiful people.. :)
Apa macam hari ni ada baik ke ??
Saya di sini macam biasa sahaja.
Mencuri tulang di waktu sedang bekerja sebab bos tak da .. kiukiukiu...
Semalam baru saja habes tengok satu ceta korea neh..
Tajuk "The thousandth Man "
Apakah istimewa nya lelaki yang ke 1000 neh ??
Lelaki yang ke 1000 ni akan merealisasi kan impian seorang gadis gumiho untuk bertukar menjadi manusia ..
Gumiho ni apa yer ?? tau dak.. kalao kaki ceta korea mesti tau..
Tapi yang xtau .. mai nak habaq p..
Gumiho ni adalah musang jadian yang berekor 9.
Binatang lagenda orang Korea la...
Yang mana Gumiho ni selalu nya adalah berjantina perempuan.
dan boleh menyerupai manusia.
gumiho ni hidup dengan memakan hati manusia yakni lelaki...
Jadi dalam cerita ni.
Gadis Gumiho yang bernama Gu Mi Jin ni dah berjaya makan 999 hati manusia..
tinggal 1 keping hati lagi yang dia kena makan...
Mak dia Gu Mi Sun dan adik dia Gu Mi Mo dah pon jadi manusia.
Tinggal dia sorang ja.. sebab Gu Mi Jin ni
Dia percaya pada cinta... jadi hati yang dia akan makan tu adalah hati lelaki yang
cinta kan dia sahaja ..
Tak macam mak dgn adik dia..
Yang mana ada semua depa hentam ja...
Dalam masa 10 tahun dia tak berjaya makan sekeping hati pon..
Lelaki yang ke 1000 ni dia jumpa pada tahun terakhir utk dia jadi manusia...
Nak jadi manusia ni ada limit dia jugak
Dlam masa 1000 tahun kalao dia tak dapat kumpul 1000 hati,
Dia tak dapat jadi manusia ...
Dia akan terus lenyap macam tu saja ..
kesian kan... Jadi lelaki yang terakhir ni memang sanggup bagi hati dia ..
Tapi si Gu Mi Jin ni pulak tak mau...
Dia sedar kalau mencintai tu dia harus berkorban untuk orang yang dia cinta.
Bukan nya menjadi seorang yang pentingkan diri
dan mengambil kesempatan ke atas orang yang di sayangi...
Dia pon berkorban untuk kekasih dia yang ke 1000 tu sebab laki
tu ada sakit barah otak..
dia bagi batu geliga yang ada kat dia untuk sembuh kan laki tu....
Seriously aku memang tak puas hati dengan ending cerita ni..
Kalau la ada sedikit miracle yang boleh buat ke dua-dua watak utama hidup dan
Happily ever after tu kan best..
Jalan cerita drama ni memang bes dan tak boring langsung...
Kalau tengok dengan bersungguh - sungguh dalam dua hari ja leh selesai.
Sebab episode dia 8 ja...
Ok.. setakat ni saja buat kali nii..
Hepy watching yer kawan - kawan!
macam cerita my girlfriend is gumiho laaa :)
ReplyDeleteyang sma tu sebab kedua-dua keturunan gumiho tapi kalan cerita dia lain . My Girlfriend is a gumiho lagi best :)
Delete