So.. apakah tempat yang bernama Bangudae Petroglyphs ini ??
Well tempat ini adalah tempat tinggalan sejarah
di mana terdapat ukiran pada batu2 di lereng2 bukit .
Ukiran batu ini dipercayai merupakan ukiran
yang wujud 10000 tahun sebelom masihi.
Tinggalan sejarah ini di temui oleh
sekumpulan pelajar Dongguk Universiti pada tahun 1971.
Semenjak itu , ukiran batu ini menjadi salah satu asset paling
berharga bagi Ulsan, Korea Selatan,
dan merupakan National treasure no. 285 pada tahun 1996.
Petroglyphs adalah ukiran binatang atau
bentuk geometri lain yang di ukir di atas batu..
Ukiran batu ini terletak di seberang tasik buatan manusia di Sungai Taehwa.
Di sebab kan pertambahan air hasil dari pembinaan empangan ,
petroglyphs hanya dapat di lihat semasa musim kering
di antara bulan Oktober hingga February.
Di sebab kan Sungai Daegok menghalang pandangan yang jelas
untuk melihat ukiran ini, model berukuran 6m lebar dan 3m panjang
di letak kan bertentangan dengan Bangudae Petroglyphs
untuk memberikan pemahaman kepada pelancong
tentang keunikan seni zaman pra - sejarah..
Jumlah ukiran yang terdapat di kawasan ini
adalah lebih kurang 200 jenis ukiran.
Ukiran tersebut terdiri daripada haiwan darat
(rusa, harimau, babi hutan dan sebagai nya)
haiwan laut (paus, anjing laut dan penyu) ,
bot dan juga nelayan....
Bangudae Petroglyph juga adalah gambaran penting
yang menunjuk kan aktiviti berburu dan
seni Keagamaan masyarakat pra sejarah Korean
dan merupakan petunjuk penting tentang cara hidup
dan peraturan masyarakat pra sejarah di zaman dahulu kala.
Teropong di sedia kan di tebing-tebing tasek ini,
untuk para pengunjung melihat
ukiran tersebut.
Kalo hampa pernah tengok ceta Korea
bertajuk " May Queen" mesti familiar
dengan tempat ni sebab ada adegan dating
yang di shoot di sini..
Hoping one day kalo murah rezeki
dapat berjalan-jalan kat Korea ni..
InsyaAllah sampai lah aku di sini.. ^_^
Utk maklumat lanjut bolehlah terus ke laman web
aminnn semoga awk smpi ke sana one day ;)
ReplyDeletedepan office i ni korean air, hari2 tgk pakwe and makwe korea original hehehe..
wow... jeles. :) saya hanya melihat org korea dlm tv ja, yg real pnya lgsung xpenahh, huhu...
Delete