Followers

AMERICA`S UNKNOWN CHILD...

Assalamualaikum,,
Anyeong haseyo beautiful people!
Apa khabar semua sarang2 sekelian??
Dah lama sangat tuan belog ni tak tulis
cerita-cerita cenggini kan..
Asyik dok cerita pi jalan sana jalan sini jaaa... ^_^
So now jom baca kisah seorang budak 
yang di kenali sebagai...
" America`s Unknown Child"
Asyik2 Amerika je kan . hehehe..
Nak ceta yg Malaysia semua orang dah tahu dah.
So tak thrill la kan...
Sebab America ni banyak sangat kes2 jenayah ,
thats why la my story di tumpu kan di 
kawasan Amerika sahaja...
So , siapakah America`s unknown Child yang saya maksud kan ini.. ??
Jom lah baca kisah yg tragis kat bawah ini

Lewat penghujung Februari , tahun 1957,
seorang lelaki muda memeriksa perangkap nya
(perangkap arnab kot) 
di kawasan hutan berhampiran 
Susquehana Road, Fox Chase Philadelphia.
Semasa berada di kawasan itu,
beliau terkejut apabila menjumpai sebuah kotak.
Apabila membuka kotak tersebut,
beliau mendapati di dalam ada mayat seorang budak.
Lelaki tersebut tidak menghubungi polis kerana takut 
polis akan menangkap nya kerana berburu
secara haram..

peta kawasan yang terlibat.

Susquehana road, 1957

Susquehanna Road in 2000. Tanda X adalah tempat unknown child di jumpai.


anak panah menunjukkan tempat unknown child dijumpai 1957

kawasan semak samun tempat unknown child di jumpai kini telah menjadi
kawasan kediaman ,years 2000

Selepas beberapa hari , seorang lelaki yang lain pulak
pergi ke kawasan tersebut 
Semasa menghampiri kawasan semak tempat orang-orang 
memasang perangkap untuk menangkap arnab,
lelaki itu telah menjumpai kotak tersebut.
Alangkah terkejut nya lelaki itu 
apabila melihat isi kotak tersebut.
Dia jugak tidak menghubungi polis tetapi
berubah fikiran pada keesokan hari nya.
Kotak yang di maksud kan itu,
di letak kan di kawasan semak yang tebal,
di mana kebiasaan nya penduduk di kawasan itu
membuang sampah sarap.

unknown child berada di dalam kotak semasa di jumpai,.

Kotak yang pada asal nya adalah 
kotak yang mengisi katil bayi tetapi kini
telah di isi dgn mayat seorang budak yang 
ditinggal kan dalam keadaan telanjang 
dan cuma di selimuti dgn selimut yang buruk.
Di sebab kan cuaca yang sejuk pada waktu itu,
berkemungkinan mayat kanak-kanak kecil ini telah 
berada di situ berminggu - minggu dari tarikh mayat nya di jumpai..


poster yang di tampal di awal penemuan unknown child

Budak lelaki ini berumur dalam lingkungan 4 - 6 tahun.
dengan ketinggian 40.5 inci dan berat 30 pound.
Dia mempunyai sepasang mata yang berwarna biru,
kulit putih pucat dan kelihatan kurang zat.
Rambut nya berwarna koko kekuningan.
Rambut nya kelihatan seperti baru saja di kerat
dan kelihatan seperti di kerat secara tergesa-gesa.
Lebihan rambut itu melekat di tubuh badan 
budak lelaki ini menunjuk kan rambut budak lelaki
ini dikerat semasa dia tidak berpakaian
iaitu sebelom  atau selepas beberapa ketika budak lelaki ini meninggal.
Perbuatan ini di lakukan berkemungkinan bertujuan
untuk menyembunyi kan identiti budak lelaki ini.

gambar lakaran semula unknown child.

Terdapat banyak kesan calar balar di seluruh 
badan budak lelaki ini terutama nya di 
kepala dan muka.
Tulang-tulang budak lelaki ini tidak mengalami sebarang
kecederaan seperti retak atau patah.
Kesemua kesan calar yang terdapat di tubuh 
budak lelaki ini di lakukan si pendera pada hari yang sama.
Terdapat 7 kesan parut kekal dimana
3 daripada parut tersebut adalah dari prosedur pembedahan.
Budak lelaki ini mempunyai gigi yang penuh 
dan gigi depan nya jugak kelihatan jongang.
Tapak tangan dan kaki budak lelaki ini 
kelihatan kasar dan berkedut.
Berkemungkinan sebelom atau selepas kematian nya
budak lelaki ini berada di dalam air 
dalam jangka masa yang lama...
tapak kaki unknown child.. dapat di lihat betapa kasar nya kesan tapak kaki  kanak-kanak
kecil ini.

Apabila sinaran ultraviolet di suluh ke mata kiri budak lelaki ini,
mata nya memantulkan cahaya biru yang terang, 
berkemungkinan mata nya telah di rawat dengan 
penitis mata (eye mo kot hehehe)
Pemeriksaan dalam perut budak lelaki ini
mendapati yang dia tidak makan lebih kurang 4 jam 
dari masa kematian nya.

kotak katil bayi yang di guna kan pembunuh unknown child.

katil ini lah yang pada asl nya mengisi kotak tersebut.

Para penyiasat menyangka kes ini 
dapat di selesai kan dengan senang 
apabila ibu bapa kanak-kanak ini datang mengecam 
mayat nya setelah wajah kanak-kanak
ini di papar kan di media.
Akan tetapi sangkaan mereka meleset kerana
tiada sesiapa pon yang datang 
untuk mengecam budak ini.
Pelbagai usaha di lakukan oleh pihak bertanggungjawab
agar wajah budak kecil ini dapat dilihat dengan jelas
mereka telah membuat lakaran semula wajah kanak-kanak ini.
Pihak media terus menerus menyiar kan cerita tentang budak ini,
malahan poster wajah nya turut di tampal di merata tempat..
Wajah budak kecil ini jugak di cetak di bil-bil utiliti
agar semua warga Amerika tidak terlepas pandang.
Namun semua usaha menemui jalan buntu.. 
selimut yang di gunakan untuk membaluti tubuh si kecil itu.

Persoalan nya .. 
Siapakah budak Misteri di dalam kotak yang di jumpai tersebut??
Bagaimana budak yang tidak bersalah itu mati?
Adakah kematian nya disebabkan kemalangan yang tragik 
atau penderaan fizikal dan pembunuhan yang kejam ?
Siapa yang membunuh budak kecil ini dan kenapa??
Bagaimana tubuh yang berbogel dan calar balar dengan kesan penderaan itu
di letak kan di dalam kotak dan di buang di kawasan
pembuangan sampah di kawasan terpencil utara Philadelphia ini ??
Kenapa tiada sesiapa pon yang menfail kan kehilangan budak ini??
 Siapakah ibu bapa atau penjaga budak lelaki ini , 
dan kenapa mereka tidak muncul untuk mengecam dan menuntut 
mayat budak lelaki ini ??
 Adakah identiti budak lelaki ini dapat di kenal pasti atau
adakah dia akan terus  kekal dengan gelaran
 "America's Unknown Child"?

kubur asal unknown child yang di kebumikan pada July 1957


bersama pihak yang mengurus kan pengebumian the unknown child

pengebumian semula pada tahun 1998. kubur asal telah di buka semula
untuk mengambil sampel dna .


The suspect ..

Pemilik rumah anak yatim




Suspek pertama melibat kan rumah anak yatim yang
terletak 1.5 kilometer dari tempat kotak tersebut di jumpai.
Pada tahun 1960, Remington Bristow, 
seorang pekerja di Jabatan Pemeriksaan Kesihatan
telah menghubungi seorang psikik wanita yang
berasal dari New Jersey.
Dia mendapat kuasa psikik nya dengan memegang 
bahan yang di perbuat dari besi yang
ada kaitan dengan sesuatu kes pembunuhan.
Untuk kes ini,wanita tersebut telah menggunakan klip besi
yang terdapat pada kotak yang di guna kan 
untuk mengisi mayat budak lelaki tersebut.
Wanita tersebut kemudian nya menyuruh 
Bristow mencari sebuah rumah dengan 
memberi kan ciri-ciri rumah tersebut dan
Rumah anak yatim itu lah yang sama seperti yang dia maksud kan.
Semasa wanita tersebut di bawa ke kawasan penemuan 
mayat tersebut, wanita itu terus 
membawa Bristow ke rumah anak yatim 
yang telah Bristow kenal pasti sebelom ini
walaupon Bristow sendiri tidak memberitahu wanita 
jalan untuk ke tempat itu .
Bristow berpendapat, budak lelaki tersebut berkemungkinan
merupakan anak kepada anak tiri lelaki yang 
menguruskan rumah anak yatim tersebut.
Anak tiri lelaki yang mengurus kan rumah 
anak yatim tersebut adalah seorang
perempuan yang terencat akal dan
pernah melahir kan anak sebanyak 4 kali
Mereka berkemungkinan membuang mayat budak lelaki
supaya tiada orang tahu yang anak kecil
itu adalah anak yang tidak berbapa.
Ini kerana pada tahun 1957, 
Masyarakat pada masa itu memandang buruk 
terhadap perkara seperti ini.
Pada tahun 1961,
pemilik rumah tersebut menjual rumah nya dan
berpindah ke tempat lain.
Semasa majlis lelongan rumah itu,
Bristow menjumpai katil bayi jenama J.c Penney
iaitu yang sama dengan kotak yang mengisi 
mayat budak lelaki tersebut. 
Selain itu dia jugak melihat ada kain selimut yang serupa
di sidai di ampaian rumah anak yatim tersebut ,
jugak serupa dengan yang di jumpai bersama budak lelaki itu.
Ini menguat kan lagi kepercayaan Bristow bahawa 
keluarga ini lah yang membunuh budak lelaki tersebut.
Pihak polis telah cuba menyiasat keluarga itu,
namun tiada bukti yang kukuh untuk mengaitkan mereka dengan kes ini. 
Bristow telah mendedikasikan 
hidup nya untuk menyiasat kes ini dan sehingga dia
menghembus kan nafas yang terakhir pada tahun 1993
dia tetap percaya yang rumah anak yatim ini ada kaitan
dengan pembunuhan budak lelaki ini.

seorang yang gigih menyiasat kes ini sehingga hujung hayat nya.

Miss M

Pada February 2002, seorang wanita yang
menggelar kan diri nya M telah muncul untuk memberikan
keterangan tentang kes ini.
M memberitahu pihak polis bahawa 
ibu nya telag membeli seorang budak lelaki
yang bernama Michael daripada ibu bapa kandung nya pada
musim panas tahun 1954.
Walau bagaimanapon, si kecil itu telah menjadi 
mangsa penderaan fizikal dan seksual selama 2 tahun setengah
dan di bunuh dengan kejam dengan menghempok
kanak-kanak kecil itu ke lantai selepas 
kanak-kanak itu muntah di dalam tab mandi.
Ibu M kemudian nya memotong rambut panjang
budak lelaki itu dan membuang nya di Fox-chase area.
Semasa mereka cuba mengalih kan kotak tersebut dari
bonet kereta seorang penunggang motosikal berhenti dan
bertanya jikalau mereka memerlukan bantuan.
Tetapi mereka tidak mengendah kan penunggang motosikal itu
dan hanya berusaha menutup number pendaftaran kenderaan tersebut.
Penunggang motosikal tersebut terus berlalu pergi.
Pihak polis tertarik dengan kisah ini tetapi
agak terganggu apabila mengetahui yang 
M mempunyai sejarah sakit mental.
Apabila pihak polis menemuramah jiran-jiran
yang tinggal berdekatan dengan rumah M
dan pernah masuk ke rumah beliau mendakwa
yang mereka tidak pernah nampak budak lelaki 
seperti yang di nyatakan oleh M di
dalam rumah tersebut.
Mereka berkata testimoni M itu sangat mengarut dan
tidak masuk akal.

Terdapat banyak lagi cerita-cerita 
yang cuba di kait kan dengan kes ini tetapi 
semua nya tiada kaitan langsung dan
mungkin hanya di tokok tambah.
Kalao nak tau boleh lah baca kat SINI
Kes ini semakin sukar untuk di selesai kan
kerana kebanyakan orang yang hidup pada zaman itu telah
meninggal dunia.
Saya berharap satu hari nanti misteri tentang
identiti kanak-kanak kecil ini akan terbongkar walaupon
peluang nya agak tipis...

Kepada semua yang sudi membaca cerita ini
dari awal sampai la penghujung nya ..
saya ucap kan terima kasih!!
bye!!!





 .  


8 comments:

  1. sangat misteri...dari awal sampai habis saya baca..hehe..kesian kat budak lelaki tu..harap2..mereka yg membunuh budak lelaki nie dijumpai..tapi kes nie dah lama..ntah2 mereka2 yg terlibat nie masih hidup ke tidak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanxx dear sebab sudi baca sampai habes. makan hari jugak saya nak tulis ni . bila ada orang yang sudi baca rasa sejuk hati ni.. tu lah kes dah lama macam ni.
      Pembunuh pon rasa nya dah mati . Kalo budak ni hidup pon umo dia dh 50 lebih ^_^

      Delete
  2. mysterious... tapi yang pastinya, orang yang melakukan pembunuhan tersebut sangat kejam dan juga mental...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pon.. bodoh dan tak dak hati perut langsung.. grrrrrr!!

      Delete
  3. Uits.. Bila lah dapat settle kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. xtau la dik... hopefully dpt di selesai kan. ^_^

      Delete
  4. kesiannya nasib dia.. isk.. memang susah nak selesaikan kes ni.. emmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. susah sesangat sbb kes ni dh terlalu lama..

      Delete

Each Comment from u guys means a lot to me.. thanXX!!