Selamat berpuasa kawan-kawan...
Cerita ni memang best ,
sapa tak tengok memang rugi.
so sapa kah pelakon utama ceta nii...
Dia adalah .....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Lee Seung Gi.
Dalam ceta ni dia berlakon sebagai Choi Kang Chi.
Kang Chi ni adalah seorang lelaki
separuh manusia , separuh haiwan mitos.
Haiwan mitos yang di maksud kan tu adalah Gumiho
Sapa tak tau Gumiho tu apa ?
Gumiho ini adalah sejenis binatang mitos
yang boleh merupa menjadi manusia dan
hayat nya panjang dan tak akan mati..
Lee Seung Gi sebelom ni pon pernah dah
berlakon cerita yang ada kaitan dengan gumiho ni.
Kalao sebelom ni dia jadi boyfren kepada gumiho ,
kali ni dia sendiri pulak yang jadi Gumiho.
Sejak bayi lagi Kang Chi ni
di pelihara oleh keluarga Park Moo Sol ,
seorang lelaki kaya yang memiliki rumah tumpangan
yang terbesar di daerah Jeolla.
Sehingga lah pada umur dia 20 baru lah dia tahu
rupanya dia ni bukan manusia biasa
tetapi separuh manusia separuh gumiho.
Selama dua tahun dia hidup, dia
bergantung kepada gelang azimat yang telah
di berikan oleh sami yang pernah menjadi sahabat ayah kandung nya.
Kalo dah ada Gumiho jantan ni, dah tentu lah
ada awek nya pulak...
So ni lah awek dia , Suzy (Miss A)
Suzy dalam ceta ni berlakon sebagai
Dam Yeo Wool yang merupakan anak
kepada Sheriff Dam Pyeong Joon.
Yeo Wool ni dari kecik-kecik lagi dah belajar
pedang so dia selalu ja pakai pakaian
lelaki dan membuat kan orang lain confius dengan jantina dia...
walaupon dia ni perempuan ,
dia sangat tangkas bermain pedang.
Choi Jin Hyuk as Gu Wul Ryeong..
Gu Wol Ryeong ni ayah kepada CHoi Kang Chi.
Dia ni memang hensem gila!
Memang tergoda tengok dia senyum ^_^
Gu Wol Ryeong ni Gumiho jantan
yang menjaga kawasan pergunungan Jiri.
Setelah lama berada di kawasan itu,
dia telah jatuh hati pada Yoon Seo Hwa.
Mereka berdua berkahwin dan Seo Hwa.
Dia berhasrat nak jadi manusia dan sehidup semati
bersama dengan isteri nya.
Syarat nya dia kena berpantang selama 100 hari.
Jika dia berjaya dalam masa 100 hari tu,
dia akan dapat Gu Family Book
dan menjadi manusia.
Tapi niat hati nya tak kesampaian apabila
Wol Ryeong di bunuh dengan kejam nya
oleh Dam Pyeong Jun atas arahan Jo Kwan Woong.
Seo Hwa yang tidak dapat menerima kenyataan yang
Wol Ryeong ni bukan manusia terus berpaling tadah.
Masa tu tinggal 10 hari sahaja lagi.
jadi di sebab kan dia dah langgaq pantang larang,
hukuman nya dia akan berubah menjadi
makhluk yang jahat tetapi kalau cinta hati
dia dapat menerima dia seada nya sumpahan itu akan berakhir
dan dia dapat menjadi manusia.
Malang nya isteri kesayangan nya itu berpaling tadah.
So tak dapat lah nak jadi manusia.
Kesian dia kan ...
Haaa,, ni lah Yoon Seo Hwa yang
sangat di cintai dan di kasihi oleh Wol Ryung.
Dia ni pada asal nya seorang anak bangsawan
tetapi dia telah di turun kan kasta menjadi hamba sebab
ayah nya di tuduh menjadi pengkhianat negara.
Selepas ayah dia di hukum bunuh
dia dan adik dia di hantar ke Rumah Gisaeng (pelacuran).
Dia yang tak rela berada di situ melarikan diri
dan di selamat kan oleh Wol Ryeong.
Dia pon berkahwin dgn Wol Ryung tanpa
mengetahui yang Wol Ryeong tu Gumiho.
Bila dapat tau dia pon melari kan diri dari Wol Ryung.
Selepas kematian Wol Ryung tu baru dia sedaq
yang dia memang cinta kan Wol Ryung.
Seo Hwa selamat melahir kan anak lelaki
yang cukup sifat dan rupa paras manusia.
Selepas melahir kan anak nya itu,
dia mengamanahkan anak nya itu kepada sami yang bernama Jo Sung
yang juga sahabat kepada Wol Ryung.
Dia di bunuh oleh Jo Kwan Woong tetapi di selamat kan
oleh ketua pedagang Jepun yang bekerjasama
dengan Jo Kwan Woong.
yang ni Seo Hwa bila dah tua ye.
Sebab dia dah kawen dgn pedagang Jepun
so dia punya pakaian pon dah jadi jepun.
Ha ... ni dia kepala bapak penyangak penyamun.
Semua boleh kat dia.Aku memang geram gila kat orang tua ni.
Memang sepanjang dok tengok ceta ni asyik dok maki hamun ja..
Perangai kalah pelesit dia ni..
Sapakah dia ni ? Nama sebenar Lee Sung Jae...
Dalam ceta ni dia berlakon sebagai
Jo Kwan Woong yang merupakan seorang
bangsawan yang memang jahat gila..
Dia pernah memerangkap kawan baik dia sendiri
iaitu ayah kepada Seo Hwa (mak Kang Chi)
dan telah menuduh nya sebagai pengkhianat.
Bukan itu saja dia jugak la yang membunuh
mak dan ayah Kang Chi.
Ayah angkat Kang Chi pon dia bunuh jugak..
Kalo boleh semua orang pon dia nak bunuh..
Dia ni jugak pengkhianat negara .
Sanggup dok bekerjasama dengan orang Jepun
dan menjual maklumat kerajaan kat orang Jepun..
Memang dasar pengkhianat.
Tapi part yang paling best last2 dia ni mati.
Lega hati aku. Dapat jugak pembalasan yang setimpal.
Ini Dam Pyeong Jun, watak yang di bawa oleh Jo Sung Ha.
Kalo hampa minat tengok ceta-ceta genre sejarah,
mesti selalu ja nampak muka pak cik ni..
Dam Pyeong Jun ni ayah kepada
Dam Yeo Wool , heroin dalam ceta ni...
merasa bersalah sebab dah bunuh
ayah kandung Kang Chi tetapi dia
tak tau macam mana nak tebus kesalahan dia.
Dalam ceta korea macam besa lah kan,
kalo tak dak babak cinta tiga segi ni memang tak sah..
Lee Yoo Bi as Park Chung Jo.
Dia ni anak kepada Park Moo Sol yang
merupakan ayah angkat Kang Chi.
Park Chung Jo ni cinta pertama Kang Chi.
Selepas ayah nya di bunuh,
Dia di hantar ke rumah Gisaeng.
Dia menerima nasib yang sama seperti Seo Hwa
20 tahun yang lalu..
Kang Chi sangat-sangat kesal dengan kejadian
yang menimpa keluarga yang telah
memelihara nya dengan baik lalu cuba menyelamat
kan Chung Jo tetapi tidak berjaya..
Yang ni pulak Park Tae So ( Yoo Yeon Seok).
Dia ni abg kepada Park Chung Jo.
Dia dengan Kang Chi macam adik beradik.
Selepas kematian ayah nya ,
dia di tangkap oleh Joo Kwan Woong dan
hampir di jatuhi hukuman bunuh.
Tetapi nasib dia baik sebab Kang Chi Sempat
menyelamat kan diri nya.
Sung Joon pulak membawa watak sebagai Gon,
Jurulatih di akademi milik Dam Pyeong Joon.
Dia jugak menjadi bodyguard kepada
Dam Yeo Wool.
Dalam diam Gon menaruh hati kepada Yeo Wool,
tapi cinta dia tak kesampaian
sebab Yeo Wool mencintai Kang Chi.
Gon dengan Kang Chi memang tak sebulu.
Depa berdua memang salu ja dok bertegang urat.
Tapi at last depa berdua ni berbaik semula.
Ni pulak Lee Soon Shin ketua tentera laut daerah Jeolla.
Kira nya dia ni memang hebat la .
Dia banyak menolong Kang Chi dan
percaya dengan kebolehan Kang Chi.
Dia merancang untuk membina kapal perang
untuk kerajaan Joseon dan
meminta jasa baik Park Moo Sol utk
memberi sumbangan untuk pembinaan itu.
Walaupon Park Moo Sol telah meninggal dunia
dan 100 inn telah di rampas oleh
Jo Kwan Woong tetapi
dengan bantuan Kang Chi,
kesemua harta Park Moo Sol dapat di serah kan
kepada Lee Soon Shin dengan selamat.
Ini dia barisan pelakon ceta Gu Family Book...
segak bergaya yang baju hitam tepi skali tu.. ^_^
so watak-watak dalam ceta ni di kait kan seperti dalam
carta di atas ini yer...
Kalo nak tau kesudahan dan jalan cerita
yang lebih senang di pahami
apa kata anda semua tengok ceta ni..
Saya ceta ringkas-ringkas ja.
Kalao ceta sebijik-sebijik kan tak suspend pulak..
ya dak ???
Jom kita tengok gambar-gambar pulak ^_^
Kang Chi memang selalu bergaduh dengan samseng-samseng jalanan..
Sebab depa ni suka dok buli orang-orang kampung,
peniaga dan macam-macam lagii
Masa ni Yeo Wool tengah tunggu Kang Chi
untuk menyambut perayaan tanglung.
Tapi Kang Chi pulak mai lambat.
Dia tunggu dari petang sampai lah ke malam.
Yang ni gambar sebelom shooting.
Lee Seung Gi donate jacket kepada semua staff
yang terlibat dalam pembikinan filem ni.
Yang pelok Kang Chi tu pegang watak jahat
dalam ceta ni tapi last2 jadi baik sebab Kang Chi
selamat kan nyawa dia..
Ni Lee Seung Gi tengah prep sebelom
betol-betol nak shooting
Ni gambaq Kang Chi dan Yeo Wool time kecik.
Depa pernah berkawan dan
Kang Chi pernah selamat kan Yeo Wool dari
kena gigit dengan anjing.
Makan piza kat set penggambaran..
Lee Seung Gi dan Suzy tengah praktis.
Ni lah tok sami yang banyak membantu
Kang Chi dan ayah nya Wol Ryung
Posing menarik dari pelakon Gu Family Book...
Okeh ... Habeh pon menulis review drama neh!
Sebenaq nya dah lama dah habeh tengok cerita ni
Tapi nak tulis review ni memang take time la..
So sesapa yang berminat nak tengok ceta ni..
leh la terus ke laman web Gooddrama @ epdrama.
Dramacrazy dah tak dak dah, sob sob *_*
Selamat menonton dan salam ramadhan
dari saya !
Bye!
Thanx for reading!
JM tak tengo lagi citer ni..JM ni peminnat Lee Seungi tu heee..tak boleh jadi nih...nk tgk jugaakkk
ReplyDeleteCeta ni memang best JM, kalo tak tengok memang rugi besar. ^_^
Deleteciter ni saya da tgok!!! daebak dan osem gilaaaa!! antara citer korea paling saya letak atas sekali dan minat sekali cter ni laa... saya minat sgt cter ni sampai saya download ...ahahahha..sapa hantu korea memang rugi gila tak tengok!serius..ahahaha.. btw,,kak,,kalau ada cter korea best lagi gtaw saya?? Secret Garden best x???? post kat chatbox saya erk..supaya senang saya taw.
ReplyDeleteahahhahaa.. memang pon rugii gilaaaaa... byk sgt ceta2 bes dik .. nanti kak senarai kat chatbox. akak kalo tnya pasal drama korea memang no 1 la... sebab tengok ceta korea stiap hari. xpernah miss pon. Secret garden best.. akak dh tengok . hero pon comel.. ^_^
Deletewahhhh best sgt2 cter ni...wlupon ending dia suma mati.....tp ayh kang chi ttp nsemmm....hihi
ReplyDelete