Followers

JINDO SEA PARTING FESTIVAL

Assalamualaikum...
Anyoenghaseyo beautiful people ....
Hari ni masa search kat internet ada terjumpa pasal satu cerita tentang laut terbelah di Korea.
Tak ingat dah sumber dari mana aku baca sebab masa nak tekan tu dia macam tak loading so
aku pon dengan inisiatif sendiri terus cari kat internet dan jumpa...
Peristiwa laut terbelah ini bukan nya berlaku sekali sahaja malahan setiap tahun .

source : National Geographic

Setiap tahun beribu orang dari dalam dan luar negara akan datang ke sini untuk menyaksikan
dan mengalami sendiri keajaiban ini...
Fenomena ini terjadi disebab kan perbezaan pasang surut air yang membentuk
satu ruangan sempit sepanjang lebih kurang 2.8 km dan 40m ke 60m lebar
membolehkan pengunjung berjalan ke Pulau Modo dari Pesisiran pantai Jindo.

source : www.amusingplanet.com


Fenomena ini pertama kali di lihat oleh seorang duta dari negara Peranchis pada tahun 1975.
Beliau sangat teruja dengan fenomena ajaib ini dan menggelar kan nya sebagai,
" Keajaiban Nabi Musa Di Korea" .
Berita tentang ini telah di tulis di dada akhbar Peranchis dan menyebabkan ianya
tersebar ke seluruh pelusuk dunia..


Fenomena ini berlaku 2 hingga 3 kali setahun di antara bulan March hingga June.
Pelancong dapat menikmati keajaiban ini dengan berjalan kaki ke pulau Modo ,
manakala rakyat tempatan pula mengambil peluang ini untuk mencari hasil lautan seperti kepah .



Pandangan udara . nampak macam semut ja kan ... ^_^ 

source : www.departful.com

Ahjumma tengah dok mengorek mencari haiwan laut yang bersembunyi kat bawah tanah..
Wee memang best la kan kalo dapat korek-korek dan masak fresh-fresh..
source : korean tourism site
Comel kan banner dia untuk tahun 2013 punya ni kan... ^_^
So kalau ada yang nak pegi boleh ikut direction kat bawah ni..
Ni pun aku copy dari website Korean Tourism

From Seoul Central City Terminal, take an express bus to Jindo (진도).

* Bus Schedule: 07:35, 09:00, 15:30, 16:35 (Subject to change)From Jindo Bus Terminal, take the Gagye-Hoedong (가계, 회동) or Songgun-Hoedong (송군, 회동) route bus to Hoedong (회동).Go 40m along the sea.

Tengok dari picture ni macam mana laut terbelah tu ye..... nampak tak?
Okey lah setakat ni ja lah nanti kalo betol-betol ada peluang pergi kat sini,
boleh lah kongsi gambar sendiri pulak ye...
Bye for now.. TQ for reading... ^_^

16 comments:

  1. pemandangan gmbr kedua tu cantik !...
    kuasa Allah. ^^

    ReplyDelete
  2. subhanallah.. cantik pula akak tengok suasana ini lieya.. :D

    ReplyDelete
  3. first time tahu..cantiknya kan

    ReplyDelete
  4. kan best kalo laut china selatan pon leh terbelah cam ni jugak..senang SB jalan kaki ke seberang..kannn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak... boleh la nak g sabah senang org sabah pon sng nak dtg semenanjung :)

      Delete
  5. Macam seronok je aktiviti tuu. Teringin nak ke Korea. Jom kak Lieya? Ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom la nad hehehhee.. akak pon memang ada plan nak pergi korea ..

      Delete
  6. cantik nye ya tgk dariatas. tp tkt pun ado kot2 la tgh2 bjalan air pasang hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak terpikir plok weh . hehehe. sero dok kot

      Delete
  7. teringat pulak kisah nabi MUSA. ALLAH, kuasa dari DIA. :')

    ReplyDelete
  8. Mosses Miracle. Memang sangat popular

    ReplyDelete
  9. Subhanallah.. cantiknya lieya.. mesti best kalau dpt peluang p sana..=D

    ReplyDelete

Each Comment from u guys means a lot to me.. thanXX!!