Followers

KOREAN DRAMA REVIEW : MISS KOREA

Assalamualaikum..........
Anyeonghaseyo beautiful people ^_^
Korean drama lover , please raise your hand,,
Nak tanya , hampa semua dah tengok ke belom drama yang bertajuk 
MISS KOREA yang di tayangkan di MBC channel ni ??
Dalam kesibukan bekerja sempat jugak tengok cerita ni dan baru hari ni settle semua
20 episod yang macam rasa eh dah habes ke ?

Cerita ni memang best sangat !
Sebab tengok cerita ni kerana curious lagi pulak lead actor and actress memang
kiter dah lama kenal. selalu minum kopi sama-sama waktu petang!~
Hehehe.. tipu ja .. sapa yang nak percaya kan ?

Lee Sun Gyun sebagai Kim Hyeong Jun.
Dia ni best student kat sekolah dan sambung belajar di Seoul Universiti.
Dia merupakan pengarah Vivi Cosmetics.
Kim Hyeong Jun ni adalah ex boyfriend Oh Ji Young.

Ha ni la Oh Ji Young, watak yang di lakonkan oleh Lee Yeon Hee,
Family dia bukak kedai runcit so ramai lah budak-budak lelaki sekolah yang datang
beli rokok semata-mata nak jumpa dengan dia.
Masa kat sekolah dia malas belajar dan dia tak sambung universiti pon.
Sebab tu lah dia dengan Hyeong Jun berpisah dan di sebab kan
itu jugak lah dia terpaksa bekerja sebagai elevator girl..
Masa tu zaman kegawatan ekonomi di Korea so kalau sapa-sapa 
yang di berhentikan kerja memang susah la nak cari kerja..
Mau tak mau dia kena jugak la keja sebagai elevator girl ....
Kim Hyeong Jun dan Oh Ji Young bertemu kembali dalam elevator tempat Oh Ji Young bekerja.
Masa ni dia nak ajak Ji Young sertai Miss Korea untuk nak selamatkan
company dia , Vivi Cosmetic yang hampir bankrup di sebab kan banyak berhutang
dengan Along . Jadi bila depa sertai Miss Korea kalau menang...
Boleh lah guna untuk lancarkan Kosmetic baru iaitu BB Cream...
Drama ni konon-konon nya dalam tahun 1997 la sebab masa tu BB cream tak wujud lagi.
Dan konon-konon depa la orang pertama yang cipta ,tapi memang la BB cream asal dari Korea kan.
Dan sekarang di gunakan oleh wanita dan lelaki seluruh dunia termasuk tuan belog.

Tapi dalam masa yang sama , Manager Ma , pemilik Queen Salon jugak
berminat untuk melatih Ji young menjadi Miss Korea.
Mula-mula Ji young memilih untuk ikut Vivi cosmetic pastu tiba-tiba bila dia tahu
Hyeong Jun macam nak pergunakan dia , 
Akhirnya Ji young memilih Manager Ma.
Hyeong Jun dan semua staff Vivi yang lain tak berpuas hati dan kecewa.

Ji young undergo training bersama calon-calon Miss Korea yang lain...
Sekejap ja dia training dan dapat ilmu dengan Manager Ma,
akhir nya dia kembali bersama dengan Hyeong Jun.
Lagipon Hyeong Jun tu kan bekas kekasih dia dan dia 
masih lagi menyimpan perasaan cinta terhadap Hyeong Jun.....

Mereka bertiga ni rakan kongsi Hyeong Jun ..
Yang laki dua orang tu memang kawan dia sejak di bangku sekolah lagi.
Yang perempuan pulak senior masa kat universiti dulu...

Yang ni Lee Ki Woo yang memegang watak Yoon..
Dia ni kawan sekolah Hyeong Jun jugak. 
dan dia pon pernah ada hati pada Ji Young tapi dia just bertepuk sebelah tangan.
So bila dah besar panjang dia berjaya , jadi CEO syarikat.
Hyeong Jun dan rakan-rakan mintak tolong dia lah untuk jadi pelabur.
Tapi dia macam jual mahal sikit.. ye lah orang banyak duit kan.


Manager Ma pernah jadi Miss Korea jugak dulu-dulu. 
So setiap tahun dia mesti akan melahirkan anak didik yang akan menyandang gelaran Miss Korea.
Walaupon perwatakan nya agak tegas tapi dia menjaga kebajikan anak didik nya.
Dalam pertandingan Miss Korea dia memegang prinsip Play Fair.
Kalah menang adat pertandingan.


Ji Young di besarkan oleh ayah , pak cik dan Datuk.
Jadi mereka bertiga memang menentang Ji Young untuk menyertai Miss Korea.
Sebab kena pakai swimsuit kan .. so depa tak bagi la..
Tapi mau tak mau Ji Young tetap masuk jugak,
Bukan setakat nak menolong Hyeong Jun saja tapi nak mengubah nasib hidup dia jugak,

Yang ni pulak Jeong Seong Seng .. 
Dia ni sebenaq nya gangster yang jugak ahli kumpulan along tu.
Dia ikut Hyeong Jun kemana-mana sahaja sebab hutang tu la.
Tapi lama-kelamaan dia pulak jadi rapat dengan mereka semua dan jatuh hati
pada doktor Hwa Jeong yang buat kosmetik Vivi tu... 

Kisah cinta depa berdua yang di selitkan dalam Miss Korea ni
memang boleh membuat kan penonton menjadi terhibur ....
Depa berdua ni sweet sangat....
Seorang gangster seorang lagi doktor kosmetik...
Memang kombinasi yang agak janggal..

Antara barisan pelakon utama cerita Miss Korea. :)

Ni time depa sekolah dulu-dulu masa ni sedang hangat bercinta .. :)



Berjaya tak Oh Ji Young menjadi Miss Korea 1997?
Dapat kah Kim Hyeong Jun menyelamatkan Vivi Cosmetic ??
Adakah cinta mereka berdua akan bertaut kembali seperti dulu ?
Kalau nak tau sila lah tengok cerita ni .... best sangat tau....

Lagu ost untuk cerita ni pon best....
Salah satu nya yang di nyanyikan oleh anggota Kumpulan Shinee Onew.
Lagu tersebut bertajuk Moon Light Full.... ^_^


Ok bye semua ^_^

















6 comments:

  1. panjangnya jln cerita nya tu dik..

    ReplyDelete
  2. amboi ..ini minat korea betul.. acik kurang sikit layan

    ReplyDelete
  3. akak dah sah2 lah tak tengok kannn???

    ReplyDelete
  4. ok, anne dah terpengaruh oleh akak.. nanti nak donlod citer ni pulak..
    igt kn x best.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la akak dulu pon ingat tak best tapi saja2 try test tengok . dan memang best sangat! tak sangka!

      Delete
  5. best sgt2 ke sis cite ni? dulu ingt nk dwnload tp tkt xbest :D

    ReplyDelete

Each Comment from u guys means a lot to me.. thanXX!!