Followers

American Horror Story

Jika ditanya rancangan televisyen kegemaran yang paling di gemari , jawapan nya tentulah American Horror Story yang sekarang telah mencecah musim ke 8. 
Rancangan televisyen ini di tayangkan di channel Astro FX dan boleh juga ditonton secara dalam talian di beberapa website yang boleh didapati dengan hanya menggoogle..
I have been a fan since the 1st season walaupun ada season yang ceritanya agak tak dapat diterima akal tapi setiap kali ada season baru sis agak teruja .. ^_^


Season 1 - Murder House 
Cerita ini mengisahkan tentang gangguan makhluk halus yang berada didalam sebuah rumah yang didiami oleh keluarga yang ingin memulakan hidup baru di pedalaman..
Semasa mereka mendiami rumah tersebut,  mereka di datangi oleh bekas penghuni rumah tersebut yang telah menetap di rumah tersebut semenjak tahun 1920an dan mereka juga telah menghabiskan hayat mereka di rumah tersebut. 
Jalan cerita untuk season 1 ini agak janggal kerana penonton kadang tak dapat membezakan diantara manusia atau pun hantu. so memang boleh dikatakan tidak lah menggerunkan sangat pun.. ^_^


Season 2 - Asylum....
Season 2 mengungkap kisah yang berkisarkan tentang rumah sakit jiwa yang berada di Massachuset yang menempatkan pesakit-pesakit yang datang dari pelbagai latar belakang.
Asylum adalah salah satu season yang saya minati,
Jalan cerita untuk season ke 2 agak menarik berbanding season pertama dimana kita dapat menyelami kehidupan pesakit jiwa dan terdapat beberapa unsur seram.
Kisah ini juga berkisar di sekitar tahun 1964 dimana hak individu dan penganiayaan terhadap manusia masih berleluasa.


Season 3 - Coven.
Coven mengisahkan tentang keturunan ahli sihir yang masih wujud di zaman moden .
Setiap episode menunjukkan flashback ke zaman dimana ahli sihir berleluasa di Amerika Syarikat.
Coven agak menarik kerana jalan ceritanya yang lebih sensasi dan lebih memberi efek seram dimana didalam cerita ini memperlihatkan keganasan manusia terhadap manusia lain.



Season 4 - The Freak Show.
The freak show mengisahkan manusia pelik yang dilahirkan pelik .
Di zaman dahulu awal , sebelum zaman permodenan seringkali manusia pelik dijadikan bahan tontonan untuk tujuan memperolehi wang ringgit tanpa mengira belas kasihan .
Seringkali manusia pelik ini di ambil kesempatan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab dan juga kadangkala keluarga mereka sendiri juga turut mengambil kesempatan di atas keistimewaan mereka ini sehingga mereka ini teraniaya .



Season 5 - Hotel
Kisah ini sebenar nya adalah adaptasi daripada kisah benar iaitu seorang lelaki yang memiliki hotel dan membunuh pelanggan hotelnya sendiri dan menanam mereka di bawah tanah hotel tersebut.
Kegilaan lelaki ini amatlah pelik dan menyebabkan hotel tersebut berhantu.
Namun cerita ini bukanlah mencedok 100% daripada kisah benar tersebut tetapi telah diolah mengikut citarasa penonton .. Hotel menampilkan Lady Gaga yang juga berlakon didalam siri ini.
Hotel yang diinspirasikan oleh siri ini adalah Hotel yang terletak di LA iaitu Cecil Hotel



Season 6 - Roanoke 
Roaneka menceritakan mengenai suami isteri yang tinggal di sebuah rumah yang dihantui oleh Roanoke Colony. Mereka berjaya melepaskan diri dari di hantui oleh hantu tersebut dan telah kembali ke rumah tersebut untuk siri dokumentari .
Akan tetapi kepulangan kerumah tersebut telah memburukkan lagi keadaan apabila hampir kesemua pelakon watak dalam dokumentari ini dibunuh oleh Roanoke colony termasuk pengarah rancangan ini ... 


Season 7 - Cult.
Cult mengisahkan kultus atau kumpulan yang mempunyai pengikut yang sanggup melakukan apa sahaja demi ketua mereka.. Jalan cerita ini berkisar di sekitar Pilihanraya Amerika Syarikat yang telah menaikkan Donald Trump sebagai presiden Amerika . Kumpulan ini telah melakukan beberapa siri pembunuhan yang mengerikan yang telah dilakukan keatas mangsa yang tidak bersalah. 
Kisah ini jugak diadaptasi dari Kumpulan Kultus yang dahulunya sangat popular di Amerika dan salah satunya adalah Kultus yang diketuai oleh Charles Manson.. 


Season 8 - Apocalypse.
Season 8 belum sempat nak tengok lagi tapi dari synopsis nya , Apocalypse adalah gabungan diantara season 1 and season 2 . Cerita ini menceritakan kisah disebalik bencana nuklear.
Okay till next time kalau dah tengok baru lah dapat ulas dengan lebih lanjut lagii.. ^_^

Until then .. have a nice day guys!







4 comments:

  1. saya pun suka tengok cerita ni. ada dekat netflix. tapi ada pula certain part yang mcm tak senonoh slikt kan hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tak senonoh tu wajib ada haha ^_^ part tu plg menyampah

      Delete
  2. alamak sy ni kalau movie2 seram ni mmg kalau boleh mintak jauh lah hehehehe...
    salam perkenalan done follow ur blog....jemput singgah my blog yaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehee.. yelah orang kalo xleh cerita seram ni mmg xkan tgk .. tp seram dia pn xseram teruk gak la boleh di terima pakai.. slam perkenalan ^_^

      Delete

Each Comment from u guys means a lot to me.. thanXX!!