Followers

Showing posts with label MH370. Show all posts
Showing posts with label MH370. Show all posts

#UNITE FOR MH 370


JOM PAKAT-PAKAT MERAMAIKAN MAJLIS.

MH370 : NEVER LOSE HOPE


Nothing else to say... The sadness is still in the air.
Lets not lose hope and pray for the best....

#PrayForMH370



Nahas Udara Terburuk yang pernah berlaku di seluruh dunia.


3 Mac 1974.
Seramai 346 terbunuh apabila pesawat Turkish Airline DC-10 secara tiba-tiba mengalami kehilangan tekanan udara sejurus berlepas dari Paris dan terhempas di Ermeonville, France.

27 Mac 1977.
Boeing 747 milik KLM Royal Dutch Airlines yang mahu berlepas merempuh Pan American World Airway Boeing 747 di landasan Lapangan Terbang Los Rodeos di Tenerife, Canary Islands. Seramai 547 orang dalam kedua-dua pesawat tersebut maut.

25 May 1979
Sayap kiri pesawat American Airlines DC-10 tercabut ketika berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare Chicago menyebabkan 275 maut diatas pesawat dan 3 di luar pesawat.

28 Nov 1979
Seramai 275 terkorban apabila pesawat Air New Zealand DC-10 merempuh Gunung Erebus di Antartika. Nahas dipercayai berpunca daripada kesilapan navigasi.

12 August 1985
Nahas terburuk dalam sejarah penerbangan komersil apabila 520 terbunuh apabila pesawat boeing 747 Japan Airlines Flight 123 terhempas di pergunungan di Tengah Jepun tidak lama selepas berlepas dari Tokyo.

26 May 1991.
Kira-kira 12minit selepas berlepas , pesawat 004 Lauda Air terhenti di udara. Ia menyebabkan pesawat Boeing 767 terhempas di barat laut Bangkok, Thailand membunuh semua 223 penumpang dan anak kapal.

26 April 1994.
Gear mendarat pesawat Nigeria Airways DC-8 di sambar api tidak lama selepas berlepas dari Jeddah, Arab Saudi. Ia terhempas dengan muncungnya ke bawah pada jarak 10,000 kaki (3,048 meter) dari landasan. Semua 261 penumpang dan anak kapal terbunuh.

26 April 1994
Pesawat Airbus A3000 penerbangan 140 China Airlines terhempas ketika cuba mendarat di Lapangan Terbang Nagoya , Jepun menyebabkan 264 terbunuh.

17 Julai 1996.
Pesawat 800 TWA meletup di udara tidak lama selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa John.F.Kennedy New York. Semua 230 penumpang dan anak kapal terkorban.

12 November 1996.
Pesawat Boeing 747 Saudi Arabian Airlines dan Kazakhstan Airlines II-76 bertembung di Lapangan Terbang Antarabangsa New Delhi, membunuh 349 orang dalam kedua-dua pesawat.

6 August 1997.
Pesawat 801 meninggalkan Seoul, Korea menghampiri destinasi di Guam apabila ia terhempas di hutan. Seramai 228 penumpang Boeing 747 itu terbunuh manakala 26 lagi terselamat.

26 September 1997.
Pesawat 152 Garuda Indonesia terhempas di Buah Nabar, Indonesia, membunuh 234 orang. Hasil siasatan 3 tahun kemudian mendapati punca nahas adalah litar pintas di Airbus A300 mencetuskan wap dalam tangki minyak.

16 February 1998
Terbang dalam hujan dan kabus, kru pesawat 676 China Airlines dari Indonesia ke Taiwan terhempas ketika cuba mendarat di Lapangan Terbang Taipei selepas berpatah balik. Akibatnya 196 maut dalam kapal terbang dan 7 lagi di lokasi kejadian.

2 September 1998.
Pesawat Swissair yang bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa John.F.Kennedy, New York untuk ke Geneva, Switzerland terhempas di pesisiran Nova Scotia, Kanada. Semua 111 penumpang dan anak kapal pesawat terbunuh.

12 Nov 2001
Beberapa minggu selepas serangan pengganas 9/11 , pesawat 587 American Airlines terhempas di Belle Harbor,Queens , mengakibatkan 260 maut dalam pesawat, manakala 5 lagi maut di tempat kejadian.

25 May 2002
Selepas 20 minit berlepas, pesawat 611 China Airlines terhempas di Selat Taiwan menyebabkan 225 orang terkorban. Punca nahas adalah kerosakan besi dan rekahan pada Boeing 747 itu.

1 Jun 2009
Pesawat 447 Air France dalam perjalanan ke Rio de Janiero dari Paris hilang di lautan Atlantik. Lima hari kemudian mayat pertama ditemui kira-kira 600 batu(965.6km)dari utara pantai Brazil. Dua tahun kemudian pihak berkuasa Peranchis mengumunkan peralatan gagal berfungsi sebagai punca nahas.

SUMBER : METRO


Still hoping for a miracle................

Lets pray for MH370