Assalamualaikum............
Anyeonghaseyo beautiful people dan Selamat Bekerja di hari Isnin yang blues.
Kisah ini berlaku beberapa minggu lepas masa tu aku turun KL dan lena di umah adik aku , Anis.
Pagi tu aku call kampung dan bercakap dengan Zahirah ..
Beria ja dia suruh aku dengan Anih pergi ke Istana Negara sebab Amirul, tunang dia bertugas.
Tujuan utama nak pi kacau dia kerja sebab masa bertugas memang tak leh bergerak atau bercakap.
Konon nya lah kan... Masa tu hari Sabtu kebetulan kami memang ada rancangan lain.
So kami ke istana pada keesokan hari nya,,
Amirul tau ja kami nak pi dia pon kalut dok call tanya pukoi brapa nak pi..
Duty dia pada hari Ahad tu berakhir pada pukul 11 pagi...
So pagi tu awal-awal lagi kami dah berangkat,,
Anis dengan kawan dia Ada memang tak sarapan langsung sebab takut terlambat.
Aku ? Of course sarapan sebab tak mau pening kepala.
Orang berumoq ni besa la kalau tak makan memang mai selalu penyakit.
Hampa tau dak betapa susah nya kami nak sampai kat sini...
Kami bertolak masa tu lebih kurang pukul 9 lebih kot.
Mula-mula sebelom pi Amirul dah bagi direction tapi kami gatai pi guna Waze.
1st tu Waze bawak kami ke Istana Lama..
Lepas tu Waze bawak kami pi ke merata tempat dan bukan tempat yang di tuju.
Kami dalam kereta dah mula perang dingin dah,
At last ikut kata hati dan terus ja cari sendiri tak guna Waze baru jumpa.
Istana dok nampak terbentang depan mata tapi nak cari pintu punya lah susah..
At last masa tu dah 11 lebih baru lah kami sampai.
Berejam dok lam kereta cari istana ..
Masa ni Amirul dah pon habes duty tapi dia keluaq mai kat kami jugak la.
Selfieeee... Hobi dok selfie bajet comel kalau amek gambaq seniri kan..
kahkahkah
Bersama dengan tentera berkuda.
Kat pagaq istana ni ada dua pengawal.
Satu pengawal berkuda dan satu lagi pengawal yang pakai baju krim tu hulubalang ka apa.
Tak ingat dah aku.. hihihi....
Dari kejauhan dapat lihat pagar istana...
Kami ingat kan leh masuk dalam rupanya dok depan pagaq ja..
Tu pun pelancong menderu dok ada depan tu ambil gambaq posing depan pagaq..
Ni lah hulubalang yang aku cakap tu ,. yaka hulubalang .. hihi,,,
Dia ni kawan Amirul jugak so senang la nak posing .
Dalam tempat yang depa duduk tu ada kipas KDK.
So memang refreshing la ..
Tak leh decide gambar mana lebih comel so letak ja dua-dua .,.
Aci tak..
Keramaian pelancong....
Masa kami pi tu ada la jumpa pelancong dari Indonesia, China dan Jepun..
Orang puteh pon ada jugak...
Bergambaq tang sini pon wajib gak kan...
Sebelom pi ke Istana kat Korea molek la jejakkan kaki kat Istana Sendiri betoi dakk kihkihkih
Ni pulak halaman istana..
Sebenaq nya gigih ambil gambar ni sebab nak bagi nampak KLCC kat belakang nuh.
Ni lah Amirul segak bergaya dengan uniform dia...
Aku pi mana-mana sure sibok nak check toilet,
Bravo sangat sebab toilet istana very clean and clear.
Sebab ni kan kawasan tumpuan pelancong.
Kalau kotoq buat malu muka kita orang Malaysia kan....
Tamat lah kisah lawatan ke istana untuk hari ni,
Sesapa yang belom pernah pi sila lah pergi buat lawatan ke sana..
Sekian ! Thanks for reading ^_^
