Followers
Showing posts with label LEPAS GERAM. Show all posts
Showing posts with label LEPAS GERAM. Show all posts
Tiket bas mahal tapi ...........
Kerana Setem 50 Sen
Anyeonghaseyo beautiful people....
Selama 2 hari belog ini tidak di update... sebab tuan nya busy..
Hari ni nak la cerita sikit kisah bengang yang telah di alami kelmarin..
Time rehat kelmarin lepas makan aku pergi ke Pejabat Pos.
Tujuan utama nak membeli setem.
Seperti yang semua sedia maklum kalau nak beli setem tak perlu ambil nombor kan ?
Okey aku pon tak ambil nombor dan terus ke kaunter yang aku nampak macam tak berapa nak busy.
Staf pos malaysia masa tu tengah dok tunggu sorang pak cik ni isi borang poslaju,
So aku pon dengan lemah lembut nya bagi tau dia
" Saya nak beli setem "
Dia pon menjawab tanpa memandang langsung wajah aku
" Saya ada customer kak. Akak pergi ke kaunter lain yang nampak kosong"
Ok fine .. setakat nak ambil setem ja pon kan apa la susah nya .
Dia bukan dok buat apa pon , dok tunggu ja kan ..
ok tak pa aku pon tunggu lagi kat tepi tu nak mintak tolong kaunter yang sebelah dia pulak.
Tiba-tiba kakak yang kat kaunter tu tanya
Staf Pos : ya , ada apa ?
Aku : Saya nak beli setem . 50 sen , RM4 "
Staf Pos : Nak buat apa setem 50 sen ?? "
Aku: Nak hantar surat.
Staf Pos : Mana surat tu nak tengok..
Aku : Tak ada , Ada kat rumah .
Staf Pos : Tak boleh la macam tu. Tau tak sekarang ni kalau nak hantar surat kena letak setem 60sen
untuk surat yang paling ringan , sampul putih.(dengan tegas nya gaya cikgu sekolah)
Aku : Oh yaka . Sampul berwarna tak boleh guna ka (tanya dengan lemah lembut nya)
Staf Pos : Saya tak kata pon tak boleh (dengan kasar nya macam aku ni orang bodoh)
Dalam hati aku , ai suka hati aku la nak beli setem 50 sen pon..
Bukan tak boleh letak dua keping kat sampul tu kan...
Yang dia nak buat isu sangat ni kenapa ?
Kalau rasa tak cukup setem sangat lempaq ja surat tu dalam tong sampah tak yah cakap banyak ..
Pelik kan. ? bukan nya nak beli sekeping pon setem tu tapi nak beli RM4.
Bersamaan dengan 8 keping ... so apa masalah nya ??
Aku mula nak naik angin dah masa tu..
Dok buat cakap lebih kurang ja kan dengan kita memang nak kena la,
Terus aku tempik kuat sikit dan tegas sikit
" Lani bagi saya setem RM2 dua keping"
Terus staf tu ambil dan bagi tak banyak soal.
Tadi aku cakap molek-molek nak tengking aku ..
Saja nak bagi aku naik angin kan.....
Aku ambil setem bayar dan terus blah ..
Masa tu memang ramai jugak la orang kat pos office tu,
Lantak la depa nak kata aku kurang ajar ka apa .
Aku memang geram sangat-sangat ..
Orang cakap elok-elok macam tu ja layan org macam la baru hari ni nak pos surat.
Takkan la nak explain satu-satu kot mampuih la,
Dah orang mintak setem 5 kupang tu bagi je lah...
Tobat aku tak pi dah pos kat situ...
Next time kalau payah sangat nak melayan orang nak beli setem ,
Tak payah suruh terus ke kaunter untuk beli setem.
Buat ja peraturan baru kalau nak beli setem pon kena ambil nombor,
Baru puas hati sikit .. tak dak la customer di layan macam orang bodoh sangat..
Grrrrrrrr..... Sekian ...
MIND YOUR OWN BUSINESS
Assalamualaikum.........
Anyeonghaseyo beautiful people ........
Ada certain people ni suka sangat ambil tau pasal orang lain,
suka sangat judge orang lain kan....
"maju kau sekarang hahahah, tp yg penting lawo dari yg dulu..hahahah"
Lawa dari dulu ??? Hang peduli apa lawa dari dulu ka tak?
Kot-kot mana pon jantan tu tak dapat kat hang pon....
Rasa nya hang ni buta mata buta hati kot ....
Yang dia tujukan lawa dari dulu tu ADIK aku.
Hanya kerana Adik aku pernah marah dia sebab dok upload gambaq pakwe
yang tak berguna tu kerap sangat terus hang judge dia..
Masalah nya perbuatan hang tu betoi ka tak betoi ?
So tak payah la nak komen macam tu kan sebab tak dak yang buta lagi aku rasa
memang terang lagi bersuluh adik aku lagi segak dari perempuan tu kan.....
Heiiiiiiiiiii tetiba aku jadi emo... mau ja aku komen tapi tak pa....
Kami LIKE komen dia tu secara berjemaah... biaq si betina tu heran ,
dan biaq ex adik aku tu menusuk ke jantung hati...........
P.s : sori! ini entry emo !
BLACKOUT!
Anyeonghaseyo dan selamat pagi untuk semua.
Semalam , baru ja nak warming up tengok cerita korea , tiba-tiba bekalan elektrik terputus.
Kami pon cuba lah hubungi tnb dan tuan rumah..
Tapi malang nya tnb tak leh nak tolong sebab kerosakan berlaku di suis utama rumah.
Yang tu kena panggil tukang la mai buat kan...
Orang tnb walaupon tahu dia memang tak boleh nak tolong tapi tetap jugak naik dan check.
Then dia suruh call tuan rumah sekali lagi...
Boleh nya tuan rumah kami tu berdolak dalik dengan alasan yang agak bodoh.
Orang tnb tu bagi no telefon kawan dia yang merupakan seorang yang boleh baiki benda ni
dan bagitau harga tapi si tuan rumah yang kedekut ni siap dok nego pulak dengan org tnb tu..
Sampai kan selepas habis cakap dengan si tuan rumah tu , orang tnb pon kata
" kedekut la tuan rumah korang ni "
Yes memang ! memang dia kedekut!
So lepas ja si tuan rumah ni cakap dengan orang tnb tu , terus tuan rumah ni call house mate kami sekali lagi dan bertanya soalan yang paling bodoh di dunia..
" betol ka yang saya cakap tadi tu orang tnb?"
" Dia ada pakai baju tnb ke ? "
" Macam mana korang boleh call tnb ?"
Apa ke bapak bangang nya soalan dia tanya ! Geram aku dengaq si Farah tu cerita.
Dah takkan lah tetiba ja kami nak panggil orang tepi jalan mai tengok.
Lagipon orang tu memang datang dengan truck tnb siap berkelip-kelip lampu nya takkan la tak percaya lagi.
Memang psycho gila orang tua tu sabaq je lah..
Pastu boleh dia cakap esok je lah tengah hari saya datang .
Nak tengok quotation harga dulu,,,, Cittttt .. Pooodahh!
Nak cari yang paling murah la tu kan... sakit jugak hati kami ni ...
Dalam kami dok bergelap tu sempat lagi dok selit soalan tanya pasal penyewa baru .
Ada tak yang call .. macam tak dak waktu lain plak nak tanya..
dah la hari tu cakap aku tipu tak dak orang call kat nombor aku ,
Memang la orang tua tu letak no aku 2nd kat iklan tu kan tapi dah tak dak yang call kat aku.
Takkan aku nak pi paksa pulak. siap suruh bersumpah lagi gila ka pa..
Tak da masa aku nak menipu... sabaq ja lah kan....
So semalam kami berempat tidoq kat ruang tamu la ...
Dalam bilik dah sah sah la memang panas gila kan ...
Pastu jadi habuan nyamok la.. aku sampai pukul 3 pon still tak boleh nak tidoq!
Maybe beralih tempat la kot kan.. Sampai hati betol orang tua tu kan.
Tapi bab duit sewa umah laju sangat. Kebajikan penyewa tak pernah nak ambil tahu.
Cakap pandai no 1 tapi apa pon tak tahu!
Memang tak bertanggungjawab langsung.. Geram ok geram!
Sekian !
RUGI RM 17.25
Anyeonghaseyo beautiful people... ^_^
Hari ni Liya masuk lewat kerja sebab pergi ke Etika untuk renew insuran kereta ..
Alhamdulillah NCD 25% tu dapat so kos untuk insuran ni hanya lah RM700++ sahaja...
So lepas siap bayar semua nya , pegawai kat Etika tu pon bagitau tempat
untuk aku nak renew Roadtax aku dengan guna MYEG.
Dia cakap boleh ja depa nak tolong buat tapi sebab hari ni Jumaat so tak sempat lah.
Kalau nak pun isnin ni baru dapat... So aku pon pikiaq...
Kalau isnin mesti nak kena masuk kerja lewat lagi , baik buat seksiap..
Aku pon pi lah kat Agen insurans persendirian yang pegawai tu suggest..
Siap buat semua depa pon habaq harga untuk roadtax guna MYEG tu....
RM40 sedangkan kalau buat kat etika dia cakap RM15 ja....
Aku tanya dua kali tau harga tu ... tetap jugak orang tu cakap RM40.
Mau tak mau kena bayaq jugak la kan ... dah dia siap print dah roadtax aku tu.
So sampai ja kat opis aku pon bukan myeg.. Maklumlah tak pernah buat kan..
So buka punya buka dapat lah aku sesuatu macam kat bawah ni....
Nampak tak ? Bayaran sebenaq nya hanyalah RM22.75 sahaja ..
So depa ambil untung 100% ... Syok nya meniaga insurans kan ?
Nasib baik masa renew insurans tu tak pergi kat agen kalau tak memang kena katok kepala betoi-betoi la.
Tapi tak pa la.. Bukan rezeki aku tapi rezeki depa..
Next time tak payah nak jimat masa tapi pilih lah yang lebih murah ^_^
Ok lah nak buat kerja sat sambil mencuri tulang dan berjalan-jalan di blog kawan-kawan ^_^
Bye semua !_!
MENYOMBONG TAK BERTEMPAT , PHUIIII!
Anyeonghaseyo beautiful people...
Panas hati aku kelmarin masa pergi ke Stesen bas untuk beli tiket bas kat adik aku.
Mula-mula pi dekat bas Sani Ekspres punya kaunter .
Tapi masa tu depa rehat . 8.20 pm baru masuk balik.
So aku pon call la adik aku tanya nak bas apa sebab Sani express tak buka lagi kan.
Dia kata Etika pon ok ... So aku pi lah Etika..
Masa tu orang ramai kat kaunter tu .. So bila sampai turn aku ...
" Sabtu ada ? "
Dia tanya something kat aku dengan muka yang agak kelat ..
suasana masa tu agak hingar dan bingar sebab bas banyak yang mai nak amek penumpang.
Faham-faham ja lah kan macam mana keadaan stesen bas kalo tak hingaq memang tak sah.
Dah la masa tu ada seorang lelaki yang terencat akal dok menempik ..
Paham-paham sendiri lah kan orang kalo terencat perangai dia macam mana ..
So sure lah jadi bertambah hingaq di tambah dengan bunyi bas lagi..
aku pon jawab " Turun kat Pudu " because i thought dia tanya nak turun kat mana ..
Rupanya soalan dia pukul berapa .. Tapi dengan muka macam haram ,
bahasa pon tak dak dia terus tengking aku sambil dok ketuk dengan jari dia kat kertas
laminated yang ada tulis senarai jam bas berjalan...
Aku dalam hati , Ai anak haram ni tak leh cakap elok-elok ka?
Tapi aku tetap bersabaq ja.. dan tengok kat kertas tu
" 9.45 a.m " aku jawab kat dia..
"8A ,single sit ok dak? " dia tanya aku..
Aku pon jawab "ok "
Dia print out tiket terus bagi kat aku...
Selalu kalau beli tiket mesti depa akan repeat tarikh , masa dan tempat nak turun kan ?
Untuk conform tiket tu betol atau tak ikut yang kita nak.
Tapi betina tu tak buat macam tu pon... Aku pon ambil ja tiket terus blah.
Nak suruh aku ucap terima kasih ? Sorry sikit!
Ucapan terima kasih aku untuk manusia yang beradab sahaja ..
Kalau yang kurang ajaq macam tu never ever....
Kenapa aku tak tegur dan bergaduh dengan dia kat situ ?
Sorry kita orang educated tak bergaduh kat tempat umum macam tu ..
Biaq la nak kata belagak ka apa yang penting aku tak malukan diri sendiri di khalayak ramai.
Lagipon macam tak berbaloi ja kan nak bergaduh kat situ...
Lain kali jangan harap aku nak pergi beli tiket kat situ lagii..
Kepada yang jaga kaunter tu kan , tak kira lah kaunter mana pon.
Kalau boleh layan la customer tu elok-elok..
Customer yang mai beli tu yang bagi rezeki untuk syarikat hang keja kan.
Kalau hang layan ala kadar ja sapa yang nak mai beli lagi kat hang..
Paham-paham lah seniri yer...Tak payah nak belagak sangat..
P.s : Sori kalau ada perkataan yang tak sepatutnya dalam entry ni..
Aku terlebih geram tak tahan aku terpaksa tulis jugak.
Kalau ikutkan hati memang aku nak maki hamun habis-habisan tapi sabaq ja lah kan..
MAK CIK
Anyeonghaseyo beautiful people..
Salam jumaat untuk semua rakan-rakan blogger yang aku sayangi...
Hari ni aku pergi ke kedai makan beli roti canai.... Roti teloq 1 , roti biasa 1..
Makan tak ingat dunia nooo. kata nak diet .. gehehehehehheeee..
Okey kalo dah pergi kedai makan yang sedap sure la kena tunggu....
Sebab kedai tu memang ramai orang gila-gila la kan.. nama pon sedap.mesti lah ramai orang.
So aku pon tunggu la kat satu meja ni sementara roti canai siap.
Dalam masa aku dok tunggu tu bertambah ramai orang datang dan kebanyakan nya perempuan.
Tiba-tiba ada sorang budak perempuan ni .. Awal 20 an nampak gaya nya tu..
Sebab dia pakai baju bengkel tu kan maybe dia budak Poli atau UITM..
Kebetulan meja aku duduk tu ada kerusi kan so dia pon tanya ..
" Mak cik , ni ada orang tak ?? "
"What!????? Mak Cik !? " Seru aku dalam ati!
" Tak da" aku menjawab ringkas...
Sepantas kilat dia pon ambil kerusi tu aku pon dalam hati menyumpah seranah.
Pagi-pagi dah hangin satu badan....
Ada ka boleh dia panggil aku makcik!! That was a real insulting statement!!
Alahai nak kata tak nampak pakai spek mata .... Dah ada mata empat pon tak boleh nampak ka ???
Sero kena pakai spek patuh kapuh 4 kot baru nampak....
Pelik tau.. Even budak kecik-kecik umur 4 , 5 , 6 , 7 tahun pon boleh beza,
(Budak-budak kecik yang kat umah aku yang salu mai umah suruh aku lukis)
Depa panggil aku kakak ja ni dia yang dah umur 20an panggil aku makcik!
Meme nak cari baloh dengan aku la budak ni ke nasib baik aku sabaq ja... Aduihhhh...
Pada pendapat hampa lah kan ?? Patut dak kalo aku angin ?
Ka aku ni yang gila meroyan sendiri yang perasan muda dan memang patut
budak tu call aku mak cik. ? Kalo macam aku dengan mak cik aku even mak cik aku
hanya tua 3 tahun ja dari aku panggil mak cik tu memang patut la sebab dia mak cik aku.
Ni sejak bila aku pi kawen dengan pak sedara dia tah yang dok panggil aku mak cik neh!
Susah-susah panggil ja aku nenek terus senang! Aku bakaq terus kedai makan tu.....!
Heh.,.. Sentap tau sentap! Ok bye!
p.S : Sori yer kawan-kawan... Liya betol-betol sentap hari ni... ^_^
So entry ni memang agak emo.. kepada semua sebelom nak address seseorang tu baik
u all tengok betol-betol jangan main sebut ja .aku even someone tu nampak tua
dari mak aku sekalipon aku tetap panggil kakak. tak nak mengguris hati orang tu
better kita bagi satu panggilan yang lebih muda dari umur dia.
INTERNET SURVER DOWN
Subscribe to:
Posts (Atom)







