Followers

Showing posts with label MODEL. Show all posts
Showing posts with label MODEL. Show all posts

ANTM CYCLE 20 - BAT PHOTOSHOT

Assalamualaikum...
Anyoenghaseyo beautiful people....
Hari ni nak share pic photoshot from Antm cycle 20 .
Untuk photo shot kali ni depa kena beraksi macam kelawaq so task kali ni agak extreme.
Hampa bayang kan lah .. Dah la kepala dok upside down macam tu..
Sure darah turun masuk ke otak punya kan.. Kalo aku la conform pitam..
Anyway walaupon task ini agak susah tapi depa tetap dapat harungi dan menghasilkan pic yang sangat cantik
Check this out....

Jourdan .... top 3 finalist ...

Marvin  ni pon finalist juga yang memang photogenic... Judges suka dia rahang muka dia.

Cory - The last top 3 finalist .. Menangis teresak dah dia malam tu .. kahkahkah..


Renee - Serius tak sangka dia akan tersingkir. 
Kisah cinta berbunga antara dia dan Marvin berhenti seketika agak nya. hehe


Chris H... dia tersingkir utk episode ini . 
Walaupon gambaq yang dihasilkan nampak sangat-sangat strong.. 

Selain top 5 contestant , Peserta yang tersingkir turut sama berphotoshot 
seperti kelawar

Kanani -


Chlea

Jenna

Alexandria

Don - my favourite batman

Mike

Jeremy

Phil...

Thats all.. Tunggu minggu depan pulak utk Final top 3 yang pasti pemenang dah tahu.
So so boring... Sebab aku tak berapa suka dia. 
Model yang aku suka semua dah tersingkir dah (sigh)
Ok bye.. TQ for reading ^_^


ANTM CYCLE 20 BALI - PADDY FIELD PHOTOSHOT

 Assalamualaikum...
Anyeonghaseyo beautiful people all around the world....
Semalam macam biasa pukol 9.30 tengok American Next Top Model Boys and Girls...
Kali ni depa photoshot kat sawah padi yang femes kat Bali tu...
Pemandangan kat sana memang sangat-sangat breathtaking so kalau
sapa-sapa pi Bali conform mai kat sini punya lah kan... ^_^
Sebab gambaq yang depa ambil semalam sangat-sangat lah cantik,
so I decided untuk berkongsi gambar-gambar dalam belog ni untuk kenangan...
Jom kita tengok gambaq-gambaq yang cantik ni ^_^

Renee - dia memang sangat-sangat berbakat dan setiap gambaq yang di ambil memang cantik
tapi untuk minggu ni dia tak dapat nak memuaskan hati judges ..

Nina - Si gadis yang bermata bundar. Gambaq dia pon tak dapat menarik minat judges.
Dia terkeluaq untuk minggu ini ... 

Jeremy - Tyra cakap dia punya muka dan badan memang high fashion tapi bila ambil
gambaq hancus... Dia tak pandai nak menghasilkan photo yang baik.. 

Cory - Satu-satu nya peserta gay . Bab amek gambaq memang dia pro.. 
Tapi Rob Evans cakap dia terlebih lentok badan.. tak sesuai dengan keadaan dan tempat..


Chris H - Ramai orang tak suka dia ni. Depa cakap dia ni perangai pelik.
Tapi aku suka dia ,., haha.. And this is my favourite picture,,, 
Looking at his picture buat kan aku nak bergaya macam ni bila pergi Bali nanti.. 


Jourdan - Muka innocent tapi perangai serius menjengkel kan .. 
Tapi dia memang berbakat dan selalu nya menang dalam cabaran..
Dan dia punya gambaq ni adalah best picture of the week.. 

Marvin - Lelaki yang murah air mata . Sikit-sikit nak menanges ja.
Tapi dia pandai plak amek gambaq,,Nak kata hensem sangat biasa ja. 
tapi Gambaq dia memang marvelous. Kemungkinan dia juara ANTM.. harhar.

Cantik sungguh pemandangan padi bukit ni kan.
Eh bila dok cari-cari gambaq untuk photoshot ni tetiba ja jumpa peserta yang dah
pon di eliminate.. Depa pon ada buat gak photoshot ni...
Tujuan tu tak pasti maybe ada something utk depa-depa kan. 
Jom lah kita tengok sama - sama...


Jena - Dia ni memang segak dan wajah pon sangat unik..
Tapi bila time photoshot , kecantikan dia tak terserlah...
Tapi yang ni rasa nya gambaq yang ni ok ja kan .. Cantik!

Mike - Ice Cream man yang sangat hensem tapi gambaq dia hancos ..
Jalan pon kengkang kat runway.. ^_^ Tapi dia memang hensem...

Alexandria - Dia ni memang segak tapi tak pandai ambil gambaq jugak....
Dia dah masuk balik dah hari tu tapi terkeluaq pulak sekali lagi.. ^_^
Tapi gambaq ni memang cantik kan.

Don ! My feberet man dalam antm ni..
Dia dah pon terkeluaq minggu pertama depa kat Bali... Sayang sangat!
Sebab dia hensem!!

Chlea - Tak berapa tau sangat pasal dia ni.... Nama pon kena google ^_^

Kanani  - Yang ni pon segak.. Dia takut pada clown.
Masa dia kena singkir tu pon sebab geng-geng laki usik dia dengan patung clown
sampai dia kena serangan asthma dan hilang fokus.

Phil - Memiliki wajah yang sangat-sangat eksotik .. Thats why depa buat
rambut dia bagi panjang macam orang zaman tamadun Yunani .. 
Dia terkeluaq sebab photoshot dia tak progress ,, Macam mendatar ja.
Tapi dia ni pak lawak di antara semua contestant cycle 20.

Who will be American Next top Model cycle 20 winner???
Will Found out soon.. ^_^
Until then Have a Nice Day everyone.. 
TQ for reading .. 

P.s : Sapa tengok ANTM?? Yang mana 1 feberet anda ?



SHAUN ROSS - FIRST MALE ALBINO MODEL

Assalamualaikum....
Anyeonghaseyo beautiful people and happy Sunday to all... ^_^
Kelmarin lepas balik dari kenduri kawen umah kawan mak terus terbungkang...
Kmpter langsung pon tak sentuh... Just terbaring di ruang tamu dan tengok
ceta HwangJini encore , kebetulan mak aku berminat nak tengok .
Mak aku even dia tak gila korea macam aku , ada certain pelakon Korea yang mak aku kenal..
Since sekarang ni ayah aku start meniaga (kiosk makanan ringan) , boleh lah nak tengok tv.
Sebab ayah meniaga dari siang sampai lah ke malam....


 So lepas tengok Hwang Jini
2 episode aku terlelap seketika. 12.30 malam bangun pulak utk tengok
American Next Top Model cycle 20 yang menggabungkan peserta lelaki dan perempuan 
untuk pertama kali nya dalam sejarah . Aku ikut rancangan ni sejak mula-mula di perkenal kan 
iaitu dari cycle 1 lagi dan dah banyak model-model di lahir kan melalui rancangan ini.
Tapi kali ni bukan nak cerita pasal ANTM , maybe next time kot boleh lah aku kongsikan
sikit peserta-peserta finalist yang dapat bertanding kat Bali. 
Aku tertarik pada seorang model yang telah di invite untuk sama-sama berposing untuk episode semalam.
Model terkenal yang di maksudkan ialah SHAUN ROSS.

This is him... SHAUN ROSS.. at first masa tengok muka dia macam pelik ja kan.
Dia ni orang apa ? Mulut besaq macam org Afrika , Hidung macam Afrika.
Rambut pon macam Afrika... tapi kulit putih.. Dalam hati terdetik , 
mesti dia ni orang Afrika tapi Albino.. Cuba-cuba search memang betol pon...
Muka dia yang unik ni sangat-sangat laku..
Wajah yang unik ni bila di capture dalam gambaq fuh memang dapat hasil yang sangat memuaskan .


Masa zaman remaja dia memang kena buli selalu sebab rupa dia yang pelik pada orang lain.
Dia di gelar dengan macam-macam nama gelaran seperti "Powder" , "Wite-out" dan Casper.



Dia start modeling semasa umur 16 tahun dan sekarang dia dah pon jadi model yang terkenal.
Di lahir kan pada tahun 10 May 1991 di Bronx New York.


Shaun Ross jugak pernah membintangi video klip Katy Perry "E.T"
Patut lah muka macam kenal sesangat ^_^

Shaun Ross on the runway... Look how he shine ^_^

Shaun Ross with ANTM contestant .... My Favourite actually.. DON ni hensem gila kot!

Shaun Ross with ANTM contestant NINA si mata besaq....
The best picture for this photoshot.......... 


Nak jadi model bukan semesti nya kena cantik gila-gila.
Asalkan wajah tu unik dan come out best in the picture .
Even yang cantik-cantik ramai yang dah terkeluar dalam rancangan ANTM ni sebab
dalam gambaq tak terserlah kecantikan tu...
Ok bye !_!
TQ for taking your precious time to read this ^_^