Assalamualaikum.....
Memang setiap hari kena update makanan ke ? Yes of course lah kan hehehe.. Semalam tu menu dia simple dan sempoi je pun . Pun sis yang turun padang memasak. Setelah siap "Work from home" mula la ber ktung ktang kat dapur .... Habis torah dok pikiaq nak masak apa.. Last-last tu ayam masak bali menjadi pilihan untuk menu berbuka 4 Ramadhan .
Ayam masak bali ni memang sis dari dulu sampai sekarang ikut resipi dari blog Dapur Tanpa Sempadan. Memang sedap sangat-sangat ^_^ dan boleh dikatakan sapa yang makan masakan ni memang jatuh cinta lah dan request suruh masak lagi.
Semalam tu adik sis hajat nak buat onde-onde atau buah melaka orang sini panggil tapi last minit baru tau nyok/kelapa parut tak ada. hihii... terus tukar menjadi kuih Butir Nangka . Nasib baik la kan makanan-makanan Malaysia ni semua lebih kurang ja cuma nama ja lain-lain . Kalau tidak jenuh la dok pikir nak buat apa .. huhuhu...
End up semalam gula naik mencanak lagi. Ni lagi teruk dari 1st day Ramadhan ... Terus bertekad memang kena lupakan je la kuih muih malaysia yang sedap ni dah tak yah makan lagi dah ... sobs sobs... So hari ni nak masak apa pulak tak pikir lagi .... Petang ni baru timbul idea.
Bye!
Assalamualaikum .... alhamdulillah hari ni dah hari ke empat kita berpuasa.. Cepat nya masa berlalu guys .. So nak share menu berbuka semalam lah. Semalam tu masak simple-simple je . Cukup untuk 6 orang makan.. hehehe.. Semalam sis rajin memasak so sis masak untuk family makan.
Nasi Tomato
Daging masak kerutub
Kuih adik sis buat iaitu Ketayap.. Semua makan masak je sepanjang Ramadhan . Actually family sis memang suka masak sendiri je time bulan puasa . So bila tak ada bazar Ramadhan , kami satu family macam tak terkesan sangat.
Boleh la lan untuk makan sendiri ^_^ Until then bye!
Assalamualaikum................
Anyeong semua ! Hari ni sedar tak sedar dah 3 hari kita berpuasa .. So hari ni sis nak tunjuk sikit menu yang kami sekeluarga makan semalam ... By the way , as u all can see sis berada di kampung halaman dan bukan terperangkap di sini ya ^_^ sis sedang bergembira menikmati saat-saat berpuasa di kampung which sis dah lama tak rasa sejak tahun 2014 .. Kalau dulu berpuasa di kampung hanyalah pada hujung-hujung Ramadhan sahaja .. Betapa sis berterima kasih kepada PKP ni sebab telah menjalinkan hubungan kekeluargaan di antara sis dengan family sis ....
Menu Semalam :
Nasi Putih
Sotong Masak Lemak Padang
Ikan Temenung Bakar
Terubuk Bakar
Ulam Timun dan Kacang Lendir Bakar .