Followers

SHARBAT GULA - NATIONAL GEOGRAPHIC

Assalamualaikum.
Anyeonghaseyo beautiful people.....
Selamat berhujung minggu utk semua. 
Hari ni masa tengah surf internet , i came accross this beautiful picture.
Actually dah lama notice gambaq ni tapi tak berkesempatan untuk kongsi kat sini..
Rasa nya dah ramai yang dah familiar dengan picture kat bawah ni kan...

Gadis ini di gelar " Afghan Girl"
Gambar di atas di capture oleh seorang journalist , Steve McCurry pada Dec 1984.
Gambar nya telah di jadikan cover majalah National Geographic issue June 1985.
Masa gambar ini di ambil , gadis ini berada di kem pelarian Pakistan .
Kampung halaman nya telah di hujani dengan peluru oleh kesatuan Soviet yang telah mengorbankan 
kedua ibu bapa nya., adik beradik nya dan nenek nya telah di paksa memanjat gunung
untuk ke kem Nasr Bagh Refugee Camp yang terletak di negara jiran iaitu Pakistan.
Gambar nya menjadi kegilaan ramai hampir sama popular dengan potret Monalisa yang di hasilkan oleh Leonardo Da Vincci 


Kalau di teliti dari wajah nya penuh dengan perasaan yang sukar utk di gambar kan.
Mata yang bersinar penuh dengan dendam dan penderitaan .
Hanya dia dan mereka yang turut menderita dengan nasib hidup yang sama sahaja yang tahu.


Ramai yang tertanya - tanya tentang identiti gadis di dalam gambar yang menjadi pujaan ramai itu.
Adakah dia masih hidup? Siapakah dia? Di manakah dia sekarang ?
Persoalan ini telah merangsang pihak National Geographic untuk mencari gadis ini .
Steve McCurry jugak turut serta dalam proses mencari kembali gadis Afghan ini. 
Akhirnya mereka berjaya mencari gadis tersebut dengan menggunakan gambar diatas.
Salah seorang lelaki yang pernah tinggal di kem yang sama mengenali gadis tersebut.
Dia telah pun meninggalkan kem tersebut dan tinggal bersama keluarga nya di Pakistan.
Akhirnya selepas 17tahun persoalan telah pon terjawab.


Gadis Afghan tersebut ialah Sharbat Gula. 
Dia masih ingat gambar nya di ambil tetapi tidak pernah menyangka yang gambar tersebut 
menjadi pujaan ramai. 
Sharbat seorang wanita yang agak pemalu dan muslimah yang taat pada agama.


Sharbat Gula telah berkahwin dengan Rahmat Gul semasa berumur 16 tahun.
Menurut abg nya , Hari perkahwinan mereka berdua adalah hari yang paling
menggembirakan dalam hidup Sharbat.
Mereka dikurniakan 3 cahaya mata iaitu Robia 13, Zahida 3 dan Alia 1.
Anak ke 4 meninggal dalam kandungan.

Sharbat berharap anak-anak nya akan mendapat pendidikan yang tak dapat di habiskan oleh nya.


Setakat ini sahaja buat kali ini ... TQ for reading 
bye!!

P.s :Terpesona sangat melihat mata Sharbat Gula... Apa pandangan anda semua ?
Apa yang anda dapat tafsirkan bila melihat gambar Sharbat gula ini ?

Ok









MENYOMBONG TAK BERTEMPAT , PHUIIII!

Assalamualaikum...
Anyeonghaseyo beautiful people...
Panas hati aku kelmarin masa pergi ke Stesen bas untuk beli tiket bas kat adik aku.
Mula-mula pi dekat bas Sani Ekspres punya kaunter .
Tapi masa tu depa rehat . 8.20 pm baru masuk balik.
So aku pon call la adik aku tanya nak bas apa sebab Sani express tak buka lagi kan.
Dia kata Etika pon ok ... So aku pi lah Etika..
Masa tu orang ramai kat kaunter tu .. So bila sampai turn aku ...

" Sabtu ada ? "




Dia tanya something kat aku dengan muka yang agak kelat ..
suasana masa tu agak hingar dan bingar sebab bas banyak yang mai nak amek penumpang.
Faham-faham ja lah kan macam mana keadaan stesen bas kalo tak hingaq memang tak sah.
Dah la masa tu ada seorang lelaki yang terencat akal dok menempik ..
Paham-paham sendiri lah kan orang kalo terencat perangai dia macam mana ..
So sure lah jadi bertambah hingaq di tambah dengan bunyi bas lagi..

aku pon jawab " Turun kat Pudu " because i thought dia tanya nak turun kat mana ..

Rupanya soalan dia pukul berapa .. Tapi dengan muka macam haram ,
bahasa pon tak dak dia terus tengking aku sambil dok ketuk dengan jari dia kat kertas
laminated yang ada tulis senarai jam bas berjalan...




Aku dalam hati , Ai anak haram ni tak leh cakap elok-elok ka?
Tapi aku tetap bersabaq ja.. dan tengok kat kertas tu

" 9.45 a.m " aku jawab kat dia..

"8A ,single sit ok dak? "  dia tanya aku..

Aku pon jawab "ok "

Dia print out tiket terus bagi kat aku...
Selalu kalau beli tiket mesti depa akan repeat tarikh , masa dan tempat nak turun kan ?
Untuk conform tiket tu betol atau tak ikut yang kita nak.
Tapi betina tu tak buat macam tu pon... Aku pon ambil ja tiket terus blah.
Nak suruh aku ucap terima kasih ? Sorry sikit!
Ucapan terima kasih aku untuk manusia yang beradab sahaja ..
Kalau yang kurang ajaq macam tu never ever....




Kenapa aku tak tegur dan bergaduh dengan dia kat situ ?
Sorry kita orang educated tak bergaduh kat tempat umum macam tu ..
Biaq la nak kata belagak ka apa yang penting aku tak malukan diri sendiri di khalayak ramai.
Lagipon macam tak berbaloi ja kan nak bergaduh kat situ...
Lain kali jangan harap aku nak pergi beli tiket kat situ lagii..

Kepada yang jaga kaunter tu kan , tak kira lah kaunter mana pon.
Kalau boleh layan la customer tu elok-elok..
Customer yang mai beli tu yang bagi rezeki untuk syarikat hang keja kan.
Kalau hang layan ala kadar ja sapa yang nak mai beli lagi kat hang..
Paham-paham lah seniri yer...Tak payah nak belagak sangat..


P.s : Sori kalau ada perkataan yang tak sepatutnya dalam entry ni..
Aku terlebih geram tak tahan aku terpaksa tulis jugak.
Kalau ikutkan hati memang aku nak maki hamun habis-habisan tapi sabaq ja lah kan..


BED INTRUDER - FROM BREAKING NEWS INTERVIEW TO A RAPPING SONG ON I TUNES

Antoine Dodson ... seorang abg yang berjaya menjadi seorang penyanyi disebab kan 
seorang lelaki yang menceroboh masuk ke dalam rumah mereka dan cuba merogol adik nya
Kelly Dodson.. ^_^  Percaya tak ?
Temubual nya dengan NBC news telah di buat remix dan menjadi lagu oleh
The Gregory brother dan berjaya membuatkan Antoine menjadi popular dalam sekelip mata ...

Kalau nak dengaq boleh lah tekan play.. Seriusly memang lawak la..
Aku dengaq sambil gelak-gelak .. Paham - paham je lah kan .. 
Orang kulit hitam kalau bercakap memang ada rapping sikit.. 
So tak hairan lah kalau dengan bercakap pon boleh turn to a hit song... ^_^
ok bye! tq for reading ^_^





DATING DENGAN DATIN DI HARI AHAD

Assalamualaikum...
Anyeonghaseyo beautiful people all around the world...
Last Sunday , aku dengan sepupu ke Alor Setar,,
Since kawan aku Mak Datin Hasmidar cuti kami pon berdating pada hari tersebut...
Hajat pergi ke Alor Setar tu sebab cousin aku ni nak beli semakphone baru... 
Dia dah lama kumpul duit tu ha ... So ini lah masa nya untuk membeli....
Jom lah tengok gambar-gambar aku dengan mak Datin bergedik depan kamera ^_^












Banyak jugak gambar yang kami ambil masa tu .... 
Maklum lah kan orang-orang berumur ni tak leh berdiri lama-lama ..
Kaki mula sakit . aku especially dah mula sakit lutut dan tumit kaki....
So kami lepak-lepak je lah sat... 

Ni Mak Datin punya lipstick aku try ... Memang nude habes-habesan...
Macam tak pakai lipstick pulak kan... Mak Datin kata comel.
Tapi aku rasa memang tak macam Liya Von Jay langsung.
Liya kan suka pink purplish ... ^_^


Ni kat kedai switch tu la..... Sebelom kami kepenatan tu kami mai teman dia dulu...

Casing telefon yang memang semua harga RM50 keatas.

A small christmas tree.. Comel dan cute sangat - sangat...

So lepas siap membeli tu kami pi makan... tapi sebab dah pelahap sangat tak ingat nak snap pic langsung pon ... Setakat ini sahaja laporan aktiviti untuk hari Ahad.
Sekian terima kasih... bye.....
TQ for stopping by dear chinggu ^_^


GAMBAR MAJLIS RESEPSI FIZO OMAR DAN MAWAR DI PULAU PINANG

Assalamualaikum............
Anyeonghaseyo beautiful people....
Jom tengok gambar Majlis Resepsi Fizo Omar Dan Mawar kat Penang...
Cantik sangat baju pengantin yang berwarna biru lembut + pink....
So so sweet.... Check it out.






Source : Beautiful Nara
Photo : The Ace Photography

P.s : Cara senang nak naik trafik di hari cuti yang membosan kan ini ^_^