Followers

Happy birthday to me


I am turning 30 this year and i am still happy ... 30 is just a number and i am still young at heart.
My birthday was on 4th January and every year when its new year , my birthday coming along...
Sometime its kind of stressful when u are aging too soon but guess what?
Its just good that we are still alive ^_^
(Apa aku merepek ni ??? )
As u can see, thats a birthday wish from my love one....(bajet menunjuk ~_~)
The only person yang sanggup susun bunga untuk buat perkataan macam ni ^_^
Sweet dak ? aku pon tak pernah buat kat dia macam ni.... Terharu + nak tergelak tu bercampor baur kot.
Tunggu punya tunggu pada hari kejadian dia tak wish birthday aku sampai ke malam.
Memang dah rasa nak jadi naga dah tapi tiba-tiba dapat ni ... Terus bertukaq menjadi kucing. Meowwwww... Untuk kesayangan saya .. TQ so so much for being with me .
Even when the bolt and lighting struck our relationship , I am glad that we are still together.
TQ you for being so caring beyond my expectation ... 
Hoping our dream for the next year will run smoothly.... ^_^


TQ jugak kepada yang wish birthday kat saya yer,,,, You know who u are,, ^_^
Yang belom wish tu boleh komen kat bawah ni dengan ucapan sekali. kahkahkah..
Tu dia bajet artis ... Ok bye ^_^

Bergambar bersama Santa di Harvey Norman

Assalamualaikum................
Anyeonghaseyo beautiful people..........
Ahad lepas , lepas buat Medical Check up kat Beacon Hospital PJ,
Aku dengan Diana pergi ke Paradigm Mall sementara menunggu result ujian darah keluar,
Jalan punya jalan lalu kat depan kedai Harvey Norman ,,
Ada pulak sesi bergambar free dan dapat cetakan gambar 4R jugak.
Apa lagi aku dengan Diana terus pergi kat Santa tu ....
Santa suruh dua-dua duduk kat tepi dia .
Tengok la Santa ni kan tali beg aku kena dia bulih dia buat tak reti
Aku dengan Diana dok gelak guling-guling tengok gambaq yang satu ni.


Posing sekali , cameraman suruh posing sekali lagi,
so kami pose berdiri la pulak kali ni....
Cantik sangat gambaq yang di ambil oleh cameraman ni,
Cetakan pon cantik.... Bertuah badan free jah dapat dua keping gambaq.
Ok bye!!

Istana Negara Here We Come

Assalamualaikum............
Anyeonghaseyo beautiful people dan Selamat Bekerja di hari Isnin yang blues.
Kisah ini berlaku beberapa minggu lepas masa tu aku turun KL dan lena di umah adik aku , Anis.
Pagi tu aku call kampung dan bercakap dengan Zahirah ..
Beria ja dia suruh aku dengan Anih pergi ke Istana Negara sebab Amirul, tunang dia bertugas.
Tujuan utama nak pi kacau dia kerja sebab masa bertugas memang tak leh bergerak atau bercakap.
Konon nya lah kan... Masa tu hari Sabtu kebetulan kami memang ada rancangan lain.
So kami ke istana pada keesokan hari nya,,
Amirul tau ja kami nak pi dia pon kalut dok call tanya pukoi brapa nak pi..
Duty dia pada hari Ahad tu berakhir pada pukul 11 pagi...
So pagi tu awal-awal lagi kami dah berangkat,,
Anis dengan kawan dia Ada memang tak sarapan langsung sebab takut terlambat.
Aku ? Of course sarapan sebab tak mau pening kepala.
Orang berumoq ni besa la kalau tak makan memang mai selalu penyakit.

Hampa tau dak betapa susah nya kami nak sampai kat sini...
Kami bertolak masa tu lebih kurang pukul 9 lebih kot.
Mula-mula sebelom pi Amirul dah bagi direction tapi kami gatai pi guna Waze.
1st tu Waze bawak kami ke Istana Lama..
Lepas tu Waze bawak kami pi ke merata tempat dan bukan tempat yang di tuju.
Kami dalam kereta dah mula perang dingin dah,
At last ikut kata hati dan terus ja cari sendiri tak guna Waze baru jumpa.
Istana dok nampak terbentang depan mata tapi nak cari pintu punya lah susah.. 

At last masa tu dah 11 lebih baru lah kami sampai. 
Berejam dok lam kereta cari istana ..
Masa ni Amirul dah pon habes duty tapi dia keluaq mai kat kami jugak la.

Selfieeee... Hobi dok selfie bajet comel kalau amek gambaq seniri kan..
kahkahkah

Bersama dengan tentera berkuda.
Kat pagaq istana ni ada dua pengawal.
Satu pengawal berkuda dan satu lagi pengawal yang pakai baju krim tu hulubalang ka apa.
Tak ingat dah aku.. hihihi....

Dari kejauhan dapat lihat pagar istana...
Kami ingat kan leh masuk dalam rupanya dok depan pagaq ja..
Tu pun pelancong menderu dok ada depan tu ambil gambaq posing depan pagaq..

Ni lah hulubalang yang aku cakap tu ,. yaka hulubalang .. hihi,,,
Dia ni kawan Amirul jugak so senang la nak posing .
Dalam tempat yang depa duduk tu ada kipas KDK.
So memang refreshing la .. 
Tak leh decide gambar mana lebih comel so letak ja dua-dua .,.
Aci tak..

Keramaian pelancong....
Masa kami pi tu ada la jumpa pelancong dari Indonesia, China dan Jepun..
Orang puteh pon ada jugak...

Bergambaq tang sini pon wajib gak kan...
Sebelom pi ke Istana kat Korea molek la jejakkan kaki kat Istana Sendiri betoi dakk kihkihkih

Ni pulak halaman istana..
Sebenaq nya gigih ambil gambar ni sebab nak bagi nampak KLCC kat belakang nuh.

Ni lah Amirul segak bergaya dengan uniform dia... 

Aku pi mana-mana sure sibok nak check toilet,
Bravo sangat sebab toilet istana very clean and clear.
Sebab ni kan kawasan tumpuan pelancong.
Kalau kotoq buat malu muka kita orang Malaysia kan....
Tamat lah kisah lawatan ke istana untuk hari ni,
Sesapa yang belom pernah pi sila lah pergi buat lawatan ke sana..
Sekian ! Thanks for reading ^_^

Mom's 56th birthday

Assalamualaikum..............
Anyeonghaseyo beautiful people.....
9hb December yang lalu adalah tarikh yang bermakna buat ibu saya..
Pada tarikh tersebut ibu saya di lahirkan ke dunia ini...
Untuk tahun ini, aku tak dapat menyambut hari lahir mak aku sebab dok jauh.. sedih..
Dari kejauhan aku sentiasa mendoakan mak aku sentiasa sihat dan sejahtera..
Yang ada kat kampung 3 orang ja anak mak aku dan yang dok jauh pon 3 orang jugak.
Jadi kakak aku, Zahirah dengan adik Su rancang nak buat surprise untuk mak..

Spageti Goreng .. Kak aku masak .. :)

Kek ni kak aku yang beli


Cinnamon Roll .. Zahirah yang baking bersama Jabir ,
Bahan aku yang sponsor dari jauh..

Makanan ... :)
Wajah kesayangan hamba.... :)

Model Cilik.. Sebab omel kena letak jugak la...

Master Mind tengah dok tunggu kepulangan Mak Tok depa.. hihi

To my mommy. Ommonyi dan mak yang sentiasa muda,
Selamat Hari Lahir.... Semoga mak panjang umur
dan sentiasa sihat ... Amin .. ^_^

Zahirah e-day Photoshot,

Assalamualaikum..............
Anyeonghaseyo beautiful people....
Ya ampun lama gila kot tak update belog kesayangan ni....
Busy sangat kot hari-hari yang lepas sampai belog ni terabai.... sobs sobs...
Hari ni kembali lagi masih lagi dengan cerita e-day adik saya...
Memboringkan tapi just nak capture moment jer kat sini....
Sila lihat gambarajah di bawah ini yer....
Photoshot ini di ambil sendiri oleh adik aku jugak iaitu Anis.

Makeup : Sdn Bhd
Dress : Mazlianul Maznan
Tudung : Made in Pasar Malam ..


Aksi menyarung cincin 

Okey habes,,,, Kalo ikut kan banyak lagi gambaq depa ni.
Tapi kami ambil yang paling hot saja yeerrr,,,
Ok bye,,, ^_^