Followers

Singge ike ayo

Assalamualaikum...........
Anyeonghaseyo beautiful people....
Semua dah lunch ke.. Kiter dah kenyang gila - gila dah ni.
So boleh lah sambung buat kerja ye.....

Just nak share menu kiter hari ni.. hihihi..
Tiba-tiba semenjak dua menjak ni , suka sangat makan masakan singge ni..
Sedap sangat weh sebab tu nak makan sokmo....
Pastu cara nak masak pon mudah jer...
Rebus gitu jer tapi rasa dia perghhh meletops......
Nak ke resipi ?? hikhikhik..... Macam semua orang dah tahu ja cara nak buat kan...
Tapi tak pa lah . Kiter bagi jugak....

Resipi Singge 

Bahan-bahan(secukup rasa) :
Lengkuas
Bawang putih
Bawang Merah/Besar
Cabai burung
Gula melaka (besar ibu jari)
asam keping
Garam dan aji secukup rasa
Ikan Tongkol ... ^_^

Cara-cara
Masukkan semua bahan kat atas dalam periuk , tambahkan air pastu rebus ja sampai mendidih..
Yay dah masak pastu terus makan hihihi


Makan Nasi Kerabu Free di Rumah Sally

Assalamualaikum....
Anyeonghaseyo beautiful people....
Ini sambungan kisah pada hari Sabtu lepas...
Selepas kami dah kenyang memboyot di rumah Farah kami sambung pulak makan nasi kerabu kat rumah Sally yang kiut miut tu.....
Sebelom ni pernah tengok Sally update pasal nasi kerabu dan rasa terliur nak makan..
At last dapat gak makan kat rumah dia .. Kalah orang mengidam kan ^_^

Macam ini lah rupa nasi kerabu yang di santap oleh aku dan kawan-kawan sekelian ..
Warna cantik biru , semua nya cukup lengkap.. Yumyum ^_^
Rasa macam nak makan lagii.. 

Masa kat umah Sally dapat berposing dengan kucing yang sangat comel ni..
Tak pasti yang ni yang mana satu sebab ada dua ekoq,, 

Lieya with Hana.. Kan dalam entry sebelom tu ada cakap pergi ambil Hana kat rumah dia kan.
Dengan Hana ni dah banyak kali dah jumpa dan dah anggap macam adik sendiri..
Sebab adik kandung pon sebaya ni jugak..

Selfie 3 orang jer.. hihhihihi.... ^_^

Dengan tuan rumah aka yang jemput makan wajib kena selfie jugak kan....

Sangat-sangat berbesar hati sebab dapat jumpa dengan Qila yang comel ni.. ^_^
Sebelom ni ada gak dok komen kat belog dia walaupon tak sampai tahap Top Komentar....
Qila sangat cute... ^_^

Nad pon ado. hihihi.... At last dapat gak jumpa kan..... Setelah sekian lama.. 

Dengan Aisya pon wajib ambil gambar...
Dia comel sangat in person.. Kulit pon flawless..
aku flawless sebab kamera telefon lenovo (sigh!)


Door gift pon ada ^_^
Hebat sungguh kan Majlis ni.. 
Cantik shawl ni... TQ Sally... Sori Hana sebab Kak Liya dah ambil yang Hana pilih..
Balik rumah tetiba rasa bersalah... @_@

Selain Blogger yang aku selfie bersama kat atas tu ada gak blogger lain yang aku tak berapa 
kenal dan baru nak terhegeh-hegeh nak follow mereka ....iaitu 

Sekali lagi terima kasih kepada Sally sebab sudi jemput,
juga untuk ibu Sally yang baik sangat melayan kami makan....
Bye!!

Majlis Pertunangan Farah (Housemate)

Assalamualaikum..........
Anyeonghaseyo beautiful people... ^_^
Rasa nya belum terlewat untuk aku ucapkan Salam Maal Hijrah kepada kawan-kawan semua...
Sabtu lepas bersamaan dengan 25 Oct 2014 (1 Muharram 1436)
aku bersama kawan-kawan serumah yang lain menghadiri majlis pertunangan housemate
aku iaitu Farah di Kalumpang, Hulu Selangor.
Perjalanan dari KL ke Kalumpang mengambil masa selama 1 jam ...
Awal-awal pagi lagi kami dah bersiap nak ke rumah Farah...
Dalam pukul 10 cemtu kami terus memulakan perjalanan ..
First sekali kami ke KL untuk menjemput Hana kat KL.
Sebab lepas pergi majlis Farah ni, kami akan ke Rumah Sally untuk bersantap nasi kerabu.
Yang tu nanti cerita kat next entry ye.....

Dah pon sampai rumah Farah, xda lah susah sangat nak mencari tu.. 
Exit kat Tanjung Malim tu ja pastu terus ja sampai umah dia....
Tak da lah tepi exit tu cuma senang cari la sebab dia ada bagi direction...
Hantaran dari pihak lelaki dan perempuan ..
combine sekali ja sebab masa tu ramai sangat orang kat rumah dia.

Kami ni jelah semua housemate aku.. 4 orang ja semua nya ,,, ^_^
Mula-mula memang tak rancang pon nak pergi majlis ni.
Tapi sebab Dila semangat sangat nak pergi so aku dengan Diana on je la...
Lagipon memang suka makan nasi kenduri dan berjalan pon..

Kaboq ja gambaq ni ha,, tengok tu ramai ke tak orang.. Nak sua kaki pon tak mampu..

Menu santapan ... Gulai Daging, Ayam masak hitam, sambal sotong , 
Lettuce sebagai ulam... Heaven sangat,,

Lepas santap nasi , yang ni plak aku hentam..
Kambing golek dengan mashed potato... Sedap..
Lepas tu jadi panas dan dahaga .. hihihi..

Ambil gambaq sekeping dengan Farah. 
Mana tau kot berjangkit... ^_^
Awat muka aku tiba-tiba skema cemtu .,.. hikhikhik....
Ok setakat ni ja coretan ....... Lepas makan ni terus ja gerak ke rumah Sally ^_^
Nak tau kena lah baca entry seterusnya .. Stay Tune ^_^

Adikkkk - May U rest in Peace

Assalamualaikum............
Anyeonghaseyo beautiful people..........
Sedih sangat dapat berita semalam , Adik dah meninggalkan kami semua.
Ya , adik yang di maksudkan adalah seekor kucing... 

Pertama kali dia muncul dari belakang rumah, kami terus berkenan nak ambil bela
Sebab dia sangat lincah dan suka gigit orang.
Mudah adapt dengan keadaan sekeliling.....
Perkenalan aku bersama adik cuma seketika tapi kasih sayang tu tetap terasa...
Masa dia mula datang ke rumah kami , masa tu aku balik cuti hari Malaysia.

Adik yang lincah dan suka makan ni tiba-tiba ja jadi tak sihat..
Maybe sebab dia rindu kat mak dia kot...
Pantang jumpa kain berbulu dan lembut mesti dia serondoi cari susu...

Gambar terakhir bersama adik..........
Adik mungkin sekarang adik sedang berterbangan di angkasa...
Walaupon adik sudah pergi, adik akan sentiasa kami ingati... :(

REVLON SUPER LUSTROUS LIPSTICK IN PLUM VELOUR

Assalamualaikum...........
Anyeonghaseyo beautiful people...
Konon nya hujung minggu nak duduk kat rumah dan menyimpan kan....
Memang itu rancangan awal tapi masalah nya bila tiba-tiba kawan-kawan lain berdating,
dn aku keseorangan kat rumah , mau tak mau aku pon kena keluaq jugak la ^_^.
So aku pergi berdating dengan mek Tie and Nurin jerr la...
So masa kami pi Jusco tu , tiba-tiba ja ada Revlon Sale. Murah-murah..
Dalam tak dak duit tu , terbeli jugak la sebatang lipstick revlon.. ^_^

Ini lah dia .... Kalau ikutkan nak yang Berry couture tapi dah habes (sigh!)
So ambil jer lipstick ahli sihir ni.. ^_6

Plum Velour ... ^_^
Abai kan tangan aku yang agak kerepot tu ^_^

Bila pakai di mulut hah gini lah jadi nya...
Lecu ni warna nya agak gelap sikit.... 
Ada gaya macam ahli sihir dak ? 
Ok bye!! Jom kita bw ^_^