Followers

JOM BELAJAR BAHASA KOREA : LEVEL 1, LESSON 2

Assalamualaikum..
Anyeonghaseyo prettyyyy people... ^_^
Jom kita sambung pelajaran bahasa korea kita
untuk hari ini ^_^
So hari ni nak ajar dua perkataan yang paling selalu kita
gunakan iaitu YA atau TIDAK .

Dalam bahasa korea.. apabila seseorang itu berkata 네(ya)  ianya
tidak sama seperti ya dalam bahasa melayu.
Begitu jugak dengan perkataan 아니요 (tidak)
Apa yang cikgu tak bertauliah ni mengarut ekk,,
Macam ni ceta dia..
Mai cek nak bagi contoh :
Contoh 1
Kalo dalam bahasa melayu : 
A: Awak tak suka kopi ?/ You don't like coffee ?
B : Tak. Saya tak suka kopi./No I dont like coffee.
Tapi dalam bahasa korea pulak :
A : 커 피 안 좋아해요 ? (keo-pi-an jo-a-hae-yo ?)(Awak tak suka kopi ?)
B : .안 좋아해요 (ne. an jo-a-hae-yo)(Ya.saya tak suka kopi)
Nampak tak perbezaan di situ ?
contoh 2

Kalau dalam bahasa Melayu:
A : Awak suka kopi ?/ Do you like coffee?
B : Ya. saya suka ./ Yes. I like it
C: Tidak. Saya tak suka kopi / No. I dont like it
Kalo dalam bahasa korea :
A : 커 피  좋아해요 ? (keo-pi jo-a-hae-yo?)(Awak suka kopi?)
B:  네. 좋아해요 (nae .jo-a-hae-yo.)(ya. saya suka)
C. 아니요 . 안 좋아해요 (aniyo. an jo-a-hae-yo)(tak.saya tak suka)

ok nampak tak perbezaan contoh 1 dgn contoh 2.
Contoh pertama penggunaan ya atau tidak itu adalah berbeza dari
bahasa melayu manakala contoh 2 pulak sama dengan bahasa melayu.
Semua nya bergantung kepada soalan kita terhadap seseorang.
Walaupon soalan yang sama tapi cara menjawab tu agak berbeza.
Faham tak ??

네 (ne) jugak boleh di gunakan untuk bersetuju dengan sesuatu pendapat .
Macam kalo kita orang melayu bila kawan kita cakap kita pon
akan kata oh yaka ? oh mcm tu ek? ok2 paham...
contoh :
A : Weiii aku jumpa dengan boyfren hg tengah jalan kemarin
B : 네 (ne) 
A : Wei hang tunggu aku tau esok 
B: 네 (ne)
A: Lepas baca buku aku letak balik kat rak tau 
B : 네 (ne)

네 (ne) jugak boleh jadi macam satu pertanyaan
contoh :
A : Wei aku nampak boyfren hg keluaq dengan pepuan lain
B : 네???? (ne???)
(macam kalo org melayu akan kata APA????? biaq betoi!)
네 dan아니요 lebih menfokus kan kepada bersetuju dan tidak bersetuju
dengan sesuatu bukan nya hanya ya atau pon tidak sahaja.
Jadi apa pulak kegunaan perkataan 맞아요 (ma-ja-yo)??
Perkataan ini di gunakan untuk memberikan jawapan yang meyakin kan.
A : Awak tinggal kat sini ?
B : 네. 맞아요 . (ne. ma-ja-yo)
(ya. betul tu / ya. tepat sekali)
(yes. thats right .)

Ok paham ??? Setakat ini sahaja untuk kali ini.. 
Kita bertemu lagi nanti dalam lesson ke 3..
Bye!_!

(source : TALK TO ME IN KOREAN)

28 comments:

  1. hehe..jo-a-hae-yo! dl time muda remaja gile btol dengan movie korea.tp now dah tak follow sgt. tp paling suke cite My girl.hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ^_^ ... ceta my girl memang best tapi ada banyak lagi ceta bes yang lain ^_^

      Delete
  2. oh..belajar through TTMIK ya. saya pun ada belajar guna TTMIK lessons selain belajar under KTO

    ReplyDelete
    Replies
    1. aahh,,,,, ^_^ betol kat you tube pon .. KTO pon ada gakkk sikit2

      Delete
  3. good awkk,, pndai bhsa korea . i like

    ReplyDelete
    Replies
    1. xda lah oandai bru nak belajar bersama2 dgn kawan2 blogger.. ehehehe ^_^

      Delete
  4. nak eja 'raudhah' dalam tulisan korean macam mana erk?

    ReplyDelete
  5. 0 dekat aniyo tu maksud ape..tlg reply saye betul2 xtau ni..gamsahamnida

    ReplyDelete
  6. ne....ade jugak yg sye faham................tq.rasenye lepas niiii blh dh ckp korea

    ReplyDelete
  7. ne..arosoyo
    haha betul tak ayat tu?
    thank you sis

    ReplyDelete

Each Comment from u guys means a lot to me.. thanXX!!