Followers

Misscariage at 6 Weeks :( Part 1

Assalamualaikum ...............
Anyeonghaseyo beautiful people .. Sekarang baru masuk minggu bercuti panjang. 
Ya. Setiap tahun kalau raya cina memang macam ni .. Cuti tak pernah tak panjang. Paling sikit pun 7 hari , paling panjang semestinya 9 hari. 

Tapi , untuk tahun ini , tak sangka cuti raya cina terpaksa di ambil awal .. Sebab tak di sangka kandungan yang baru mencecah 6 minggu telah mengalami keguguran .. Sedih :(

Saya disahkan mengandung pada awal tahun 2019 . Period memang tak tetap. Last datang bulan adalah pada November 2018. So memang tak expect langsung akan lekat anak tapi time dapat tau pregnant tu pun masih baru-baru lekat je lagi. Masa tengah tunggu period datang saya memang tak cek pun pakai pregnancy test at home tu.. Sebab sebelum-sebelum ni cek memang tak ada dan mengecewakan .. So i decided to wait until day 60. Tapi pada hari yang ke 58 , saya dah start pening-pening yang perasaan pening tu tak macam biasa . 

Actually saya memang dah beli benda alah tu . Tapi saya sengaja tunggu lama sikit sebab tak nak cepat-cepat check sebab takut keciwa je kan .. So sebab dah pening sangat keesokan nya pagi tu memang saya try cek la .. Pada mula nya garisan memang ada satu je ... Okay lah redha ja masa tu sebab memang tahu kita bukan sejenis subur.. Tapi lepas beberapa ketika saya pergi cek lagi dan tengok ada 2 line , yang mana line ke dua sangat pudar. 

Sebab kite memang tak de pengalaman langsung kan dalam bab mengandung ni, walaupun umur memang dah agak senja , saya pun snap gambar dan hantar kepada emak dan adik saya , sebab nya adik saya dah beranak dua so dia mesti lebih tau kan.. Dan jawapan yang diberikan amat lah positif iaitu ya saya memang mengandung ^_^ 
Masa tu saya memang sangat-sangat happy sebab kita pun dah kahwin setahun lebih dah kan . En.Suami pun happy tapi dia sembunyikan kegembiraan sebab kan kite tak pergi klinik cek lagi.
Mak pun pesan jangan pergi lagi sebab kandungan masih baru dan kalau scan pun memang tak nampak apa pun ...

So new year kami dah memang rancang nak ke KL. Ada urusan di Kedutaan untuk mendaftarkan perkahwinan kami yang berlangsung tempoh hari . Disamping nak sambut new year.
Tapi at the end bunga api pun kami tak dapat tengok sebab risaukan kandungan aku dan pada hari tersebut kami terlampau banyak sangat berjalan. Kami kat KL pun dalam 3 hari jugak lah macam biasa menumpang di rumah adik .

Selepas seminggu dari tarikh aku buat testing tu, kawan dah ajak pergi klinik untuk scan .
Sebab office kitorang memang ada klinik panel , apa lagi kami pun pergi lah ke klinik tersebut dan scan , malang nya memang tak nampak apa pun. So doktor bagi tarikh untuk appointment pada 27.Jan.2019 untuk scan semula . Dia cakap rahim dah kembang so kemungkinan besar memang ada la cuma sebab usia terlampau baru lagi so memang tak nampak apa-apa lagi.

Dalam tempoh menanti waktu untuk perjumpaan seterus nya , aku tetap berdoa dan berdoa . Harap kandungan aku ini sihat dan membesar dengan jaya nya . Dan setiap hari memang aku dilanda pening ringan dan rasa mual-mual . Aku dah start jaga pemakanan dan mula makan makanan yang seimbang.
Kerja berjalan macam biasa cuma setelah tahu aku mengandung , pergerakan dihadkan dan memang tak seaktif dulu. Kebetulan office mate aku juga mengandong cuma dia lebih awal sebulan. 

Satu hari tu lepas minum air mango shake , aku start pening . Pening yang berat sampai aku terpaksa mc keesokan harinya . Sebab siang hari tak ada yang bawa ke klinik, malam tu baru lah aku ke klinik bersama en. suami. Tapi kami tak ke klinik panel sebab klinik panel tu memang jauh dari rumah. Kami pergi klinik yang dekat je . End up that night aku scan perut aku disebabkan doktor perempuan yang memang pandai persuade. Sebab dari apa yang aku cerita kat dia , dia boleh rasakan kalau hari ni scan memang nampak dan apa yang dia kata memang betol.... dan aku dapat lihat memang ada kantung tu berbentuk bulat dan hati ku berbunga sangat . Keluar je dari bilik doktor terus tunjuk gambar tu kat En.Suami dan dia pun tersenyum happy... Wajah kegembiraan itu sampai sekarang masih terbayang-bayang di mata. Baby masa tu baru 4minggu 5 hari. 

Setiap malam aktiviti sebelum tidur aku tengok YOutube untuk tengok video perkembangan bayi. Sebab curious sangat kan baby dah besar mana and so on and on. Masa kandungan baby dan masuk 5 minggu lebih , En.Suami terpaksa balik ke kampung untuk chop pasport selama seminggu.
So tinggal lah aku seorang diri kat umah . Tapi sebab kat umah memang ada kawan yang keja sekali kan (kami tinggal umah company) so technically bukan berseorangan jugak lah. Cuma dalam seminggu tu 2 x kot aku berseorangan. Minggu tu jugak syarikat ada buat jamuan raya cina buat pekerja-pekerja disamping ada cabutan bertuah dan cash money untuk pekerja . Malam tu aku dilantik sebagai tukang bagi hadiah untuk cabutan bertuah.

Memang tak dinafikan malam jamuan tu aku sedikit kepenatan, di sebabkan terpaksa turun naik stage disamping terlampau kenyang dengan makanan . Tapi malam tu kesilapan nya aku ada makan kambing golek walaupun dalam kuantiti sedikit ... Malam tu setelah pulang dari jamuan , aku sukar untuk melelapkan mata dan malam tu juga aku dan kawan berbual panjang. ya selama en suami tak da aku tidur dengan kawan aku. So keesokan hari nya aku pening teramat sangat tapi aku tak telan ubat . Just minum air sarang burung layang-layang sahaja . Dan kawan aku ada picit-picit leher aku dan pening aku hilang petang tu juga . 

Aku bekerja macam biasa sambil menanti hari Sabtu menjelang tiba . Sebab en suami akan pulang pada hari sabtu. Ramai pulak kawan-kawan yang tegur muka aku pucat. Even masa tu aku pakai lipstick. So ada kerisauan jugak di dalam hati tapi pikir-pikir mungkin sebab ada talesimia kan so aku abaikan saja. 

Sabtu yang dinanti menjelang tiba . Aku memang kerja halfday. Lepas kerja hari sabtu terus bertolak ke Airport Bayan Lepas. Sebab En suami punya flight dalam pukul 3 baru landing , aku singgah Queensbay untuk cari makan dulu. Nak tunggu sampai pukul 3 , mau kebulur dulu. 
Pukul 3 tu memang akan jadi pukul 4 sebab nak clearance kat Imigresen lagi kan.. 
So sampai masa aku ke Airport , memang en suami dah tunggu dah kat sana . 
So kami balik singgah Tesco beli barang basah nak masak untuk en suami nasi lemak. 

Malam tu memang perasan ada cecair koko keluar . Check kat google kata tak da apa .. Esok nya tu 27hb Jan dan memang tarikh untuk check up tu kan ... Fikir-fikir memang nak pergi sebab nak tengok keadaan baby . Pastu pagi 27hb tu ada pulak spotting fresh blood. Lagilah akak risau .
Pagi tu time solat berjurai air mata minta Allah berikan perlindungan kepada baby ..
27hb tu jatuh pada hari ahad dan memang bercadang nak ot pada hari tersebut .
Dan tak sangka plak 27hb tersebut , I miscarriage at 6 weeks.
The saddest moment ever for both me and hubby ..
To be continued :(




3 comments:

  1. Allahu.Akak yang baca ni pun sayu hati.Takziah Lieya.
    In sha Allah ada rezeki lagi untuk Lieya nanti.Aamiin..Aamiin.Aamiin.

    ReplyDelete
  2. Takziah kak lieya. InsyaAllah akan ada nanti lagi rezeki untuk akak dan suami.

    ReplyDelete
  3. moga lieya sentiasa tabah mghadapi ujian ini..huhu

    ReplyDelete

Each Comment from u guys means a lot to me.. thanXX!!