Followers

BERPANTANG SELEPAS KEGUGURAN.

Assalamualaikum ... 


Anyeonghaseyo beautiful people. Hari ni genap lah hari ke 18 sis berpantang setelah keguguran pada 27hb Jan lalu .. Selama tempoh dua minggu ini, sis banyak merujuk kepada Mr. Google tentang pelbagai perkara yang berkaitan dengan pantang setelah keguguran.
Minggu first sis berpantang kat umah sewa di Pulau Pinang , tempat sis bekerja . Sebab hubby kerja so macam kesian pulak nak tinggalkan dia sorang-sorang kat umah tu time tengah berduka lara . Lagipun sis cuma keguguran je kan . Kalau beranak memang ku tinggal jugak lah , kihkih ^_^.
So di minggu pertama tu sis jaga diri sendiri .. Everyday sis memang memasak masakan seperti orang berpantang . Sis banyak refer kat google, mak dan adik sis yang pernah beranak. Walaupun hari-hari akan menu yang sama ja , sis redho.. Terpaksa kan .. Demi untuk kesihatan diri sendiri juga . Betul tak .. ^_^ 


Antara sayur yang menjadi pilihan sis semasa berpantang adalah :
(a) bayam 
(b) Sawi
(c) Carrot
(d) Brokoli
(e) Pak Choy
(f) Asparagus 
(g) Kentang 
(h) Tomato
Yang ni je la kot yang sis makan kalo ikut refer kepada google dan lain-lain nya tu.. Yang lain harus 
tak yang makan pun tak pa .. 


Buah-buahan pulak yang menjadi pilihan sis sudah tentunya adalah 
(a) Oren
(b) Apple 
(c) Lemon
eh ni je ? Haah ye lah ni je buah yang sis nikmati untuk 2 minggu ni ..
Bahan wajib dalam masakan sis setiap hari adalah beberapa bahan - bahan seperti berikut 
(a) Halia
(b) Lada Hitam
(c) Bawang Putih
(d) Bawang Merah


Air minuman pulak yang menjadi pilihan sis sudah tentunya air putih ye kengkawan. Tapi air bancuhan pun ada minum gak seperti 
(a)Milo
(b) Horlicks.
(c) Susu..
Actually sis ada modified sedikit menu berpantang sis yang berbeza sikit daripada orang yang berpantang beranak .. Contoh nya makanan dalam pantang yang orang beranak tak boleh makan sebab effect kepada anak atau perkembangan susu . so yang makanan berkaitan macam ni sis bedal sahaja kecuali lah makanan yang berangin dan sejuk. Yang tu memang sis betul-betul jaga .
Pernah sekali sis termakan macadamia cookies .. Apa lagi angin satu badan . sis punya family memang alergik kacang .. Nenek sis pun meninggal time berpantang di sebabkan termakan kacang . so memang sis betul-betul kena titik beratkan hal ini. 
Alhamdulillah 2 minggu berlalu dengan tenang. Macam sis ada baca kat google , kebanyakan wanita berkerjaya berpantang keguguran selama 2 minggu sahaja . Tapi kalau ikutkan sepatut nya kena pantang macam orang beranak jugak. So sis harus istiqomah untuk betul-betul berpantang macam orang beranak jugak. Sis harap dapat teruskan kalau boleh sampai lah 100 hari.Tapi menurut mak bidan , banyak makanan yang harus berpantang untuk tempoh 6 bulan dan ada jugak yang setahun ...
Apa pun sis redha sahaja sebab untuk diri sendiri jugak kan bukan untuk orang lain sebab nanti tua-tua yang sakit tu pun kita , bukan nya orang lain... Akhir kata sis harap kawan-kawan tolong doakan kesihatan sis dan doakan juga sis dapat mengandung lagi dalam masa yang terdekat ini..
Sekian .. ^_^

4 comments:

  1. Allah...takziah..sabar..insyaallah ada rezeki lain..jaga diri ye

    ReplyDelete
  2. selmat berpntang lieya..sabar yer lieya

    ReplyDelete
  3. allah, bersabar la dik.. ada hikmahnya tu..

    btw thanks share petua, akak suka sebab mudah je ..hehehe :D

    ReplyDelete

Each Comment from u guys means a lot to me.. thanXX!!