Followers

GAUTAMIPUTRA SATAKARNI



Assalamualaikum...........
Anyeonghaseyo. welcome back to my blog. Sihat ka semuanya. ???
Aku memang minat tengok cerita Tamil even though tak selalu jugak aku tengok.
Aku pernah tengok movie Tamil di panggung wayang , Few years back when I still am not yet married dan selalu keluar sorang-sorang. Masa nak beli tiket, orang kat counter bagitau ni ceta Tamil kak, I pun cakap ya saya tau. Laaa bengong awat nya aku nak tengok ceta Tamil. Ada masalah???
So I watch the movie, tengok keliling memang tak dak pulak orang Melayu hihi but its okay.... 
Janji ceta tu best! okay !



So today I am going to tell a story about The Great Indian Ruler named Gautamiputra Satakarni. Siapa kah beliau????? Seorang Raja yang sangat adil dan saksama. Cam na aku boleh kenal dia ni ?
Of course I watch the movie. Actually I like history ,, Peminat sejarah tegar . So kalau ada cerita berkaitan sejarah memang aku akan tengok. so that night tengah cari ceta Tamil nak buka untuk ayah.
So come across this movie call Gautamiputra Satakarni. A ruler from back in 1st Century walaupun waktu sebenar pemerintahan beliau tidak dapat dikenalpastikan. Filem ini telah dikeluarkan pada tahun 2017 and here I am watching it on 2021 due to Kuarantine

Satakarni adalah raja yang memerintah Satavahana Empire dan baginda bercita-cita untuk menjadi pemerintah yang menyatukan seluruh negeri-negeri di India menjadi satu. Satavahana empire di zaman sekarang adalah Deccan Region yang berada di tengah-tengah India kalau kita tengok dalam map ya gais.



Gautamiputra Satakarni telah menakluk beberapa buah negeri dalam usaha menyatukan negeri-negeri dibawah naungannya . Segala usaha dibuat oleh baginda demi menyatukan tanah India yang pada ketika itu dikenali sebagai Bharat.Walaupun tidak semua negeri bejaya ditakluki , namun keseluruhan negeri yang berada di bahagian tengah India merupakan tanah jajahan beaginda seperti yang disebut diatas iaitu Deccan Region. Sejarah mencatatkan pemerintahan Satakarni adalah lebih kurang 21 tahun tapi telah ditemukan inskripsi yang menyatakan pemerintahan beliau di tahun ke 24. 

Kesan peninggalan sejarah di zaman pemerintahan Satakarni dapat dilihat dari kepingan wang syiling yang telah dikeluarkan di zaman pemerintahan baginda. Pemerintahan baginda di sambung oleh anak lelaki iaitu Vasistiputra Sri Pulumavi yang juga merupakan seorang raja yang di segani. Kajian sejarah mencatatkan . Ptolemy, seorang penulis barat menggelar Pulumavi sebagai Siriptolemios yang bermaksud the ruler of Northwestern India.



Pening sis baca sejarah India ni actually omg i am so blur . Ada pulak catatan dari blog mengatakan filem Gautamiputra Satakarni ada sedikit kesalahan dan percanggahan . Salah satu nya adalah pertempuran diantara Satakarni dengan Demetrius yang hidup 300 tahun lebih awal dari Satakarni. 
Apa pun sis rasa mungkin mereka nak menambah perencah dan perisa dalam filem ini dimana element fiksyen dan sejarah di satukan menjadikan sebuah filem yang sangat menarik dan seronok untuk di tonton. 

For  a history geek like me .. please please watch this movie okay. you will absolutely love it even tho its not about your country! You will love the movie . 



Until then. Have a nice day!

BLACKBALL CHEESY MILK TEA

Assalamualaikum...............
Anyeonghaseyo people. Baru-baru ni sis try satu jenama ayaq yang baru buka di pekan Kangaq. Reason pi try beli tu adalah sebab outlet Blackball ni ada Cheesy milk tea yang addictive sangat! Sebelum ni sis memang minat sangat minum air Daboba Cheese Milk Tea. So hat ni pun lebih kurang la .
Mula-mula try air dari Blackball ni rasa macam biasa . Tapi lama-lama jadi sedap pulak dah sampai pi berangkut hari-hari gais . 

'
Interior dalaman Blackball outlet ni elok buat yang suka bergambaq. Meja-meja semua ditolak ketepi sebab tak boleh dine in kan so kerusi ni setakat boleh duduk sementara nak tunggu air . Pastikan jaga jarak anda ya.


Ini lah dia rupa ayaq kegemaran sis yang super sedap. Hat atas tu cheese dia na ^_^



Untuk yang belum pernah merasa air Cheesy Milk Tea ni, korang wajib rasa gais sebab memang sedap giler sangat . Ayaq tea susu yang di bubuh cheese kat atas . Perghhhh.

Selain Cheesy Milk Tea dan air-air lain ada jugak desert lain macam ala-ala abc la jugak which is sis memang tak terai lagi. Sebab tak tau nak order macam mana.... ^_^

In case ada yang wonder , Blackball ni halal ke tak, sis nak habaq pi kat hampa . blackball ni ada sijil halal dari Pejabat Agama di Taiwan na .. so uolla tak payah dok ragu-ragu lagi sila lah pi pakat try na . 
Click here untuk melihat halal certificate dari blackball


sis ada buat review ayaq blackball ni. boleh tekan kat video di atas na ^_^


STATUS COVID 19 28 MAY 2021



Malaysia mencatatkan kes tertinggi pada hari ini .!
Sama-sama lah kita berdoa semoga semua nya berlalu pergi dan kembali seperti biasa .





ARTHDAL CHRONICLE - KOREAN DRAMA REVIEW

Assalamualaikum......................
Anyeonghaseyo gais! Sis baru je siap menonton drama Korea bertajuk "Arthdal Chronicle"
Drama ini telah di tayangkan di layar Perak pada tahun 2019 di TvN.
Sis macam biasa hanya menonton di Netflix semasa cuti hari raya baru ini.
Sebab boleh tengok drama ni ??
 Sebab drama ini salah satu drama yang berada di rating yang tinggi iaitu 8.3.
Tanpa membaca synopsis , terus je redah tengok drama ni sebab memang masa tu nak tengok drama tapi tak tau nak tengok ceta apa.
So after a few episode oh baru perasan yang Song Joong Ki adalah salah seorang pelakon utama.


Actually , Arthdal ni cerita mengenai apa sebenarnya ? Mesti korang nak tahu kan ....
Drama ni berkisar tentang kehidupan masyarakat di zaman dulu yang berbilang kaum dan suku. 
Terdapat lebih daripada 40 suku yang membentuk kesatuan yang di beri nama Arthdal.

Arthdal telah di tubuhkan oleh Asa Sin iaitu seorang pendita tertinggi yang telah melantik Aramun Haesula sekitar 200 tahun yang lalu. Dikatakan kan Aramun Haesula akan di lahirkan semula di zaman sekarang dan akan menjadi pemerintah terulung di Arthdal.

Arthdal didominasi oleh suku yang terkuat iaitu Suku Sanyeok, Suku White Mountion dan Suke Hae. Mereka disegani oleh suku kaum lain dan hidup aman damai dengan perkembangan Teknologi dan Kemudahan yang dinikmati dengan adil dan saksama walaupun terdapat kasta dan taraf dikalangan penduduk di sana. Ini kerana terdapat sistem penghambaan di kalangan masyarakat di sini.

Suku Sanyeok terkenal dengan ketenteraannya yang kuat dan terlatih yang di gelar dengan nama Daekan Force. Daekan force diketuai oleh Tagon dan mereka telah bersama dengan Tagon dalam siri penaklukan tanah yang di buat untuk membesarkan jajahan Arthdal. Suku Sanyeok adalah ketua kesatuan ini dan diketuai oleh ayah Tagon iaitu Sanung Niruha dan beliau mempunyai dua orang anak iaitu Tagon dan abg nya.

Suku White Mountain merupakan pendita yang menjadi perantara di antara mereka dengan tuhan yang mereka sembah pada ketika itu. Suku White Mountain di ketuai oleh Asa Ron Niruha yang merupakan pendita tertinggi di Arthdal.

Suku Hae adalah suku yang menguasai bidang penciptaan senjata dari Tembaga. Setiap senjata yang digunakan untuk tujuan ketenteraan di buat oleh suku Hae yang diketuai oleh Mihol. Hanya beliau sahaja yang tahu tentang ilmu melebur tembaga untuk dijadikan pedang dan alat senjata yang lain. Mihol mempunyai seorang anak perempuannya Thealla ,yang telah dijadikan pengintip sejak kecil lagi untuk menggoda Sanung Niruha walaupun akhirnya dia jatuh cinta pada Tagon kerana nasib mereka berdua sama iaitu di pergunakan oleh bapa mereka sendiri demi kepentingan.



Di sebab kan ketamakan mereka untuk menguasai seluruh tanah jajahan, mereka sanggup berbunuh sesama kaum dan suku yang lain. Salah satu nya adalah Neanthal. Neanthal merupakan suku dan puak yang sangat ganas dan gagah. Ibarat Seorang Neanthal mampu berlawan dengan 20 orang biasa dalam satu masa.

 Disebabkan kawasan yang dimiliki oleh mereka merupakan kawasan tanah yang sangat subur, Pihak pentadbiran Arthdal cuba berbincang secara baik untuk bergabung dengan mereka tapi usul itu telah di tolak secara baik.

 Ini menyebab pemerintah Arthdal tidak berpuas hati lalu menghantar utusan mereka iaitu Asa Hon yang membawa hadiah berupa bekalan makanan yang akhirnya meracuni seluruh kaum Neanthal yang gagah. Asa Hon pada ketika itu tidak bersetuju dengan tidakan itu lalu dia tidak pulang ke Arthdal, malah tinggal bersama dengan salah seorang tunggak Neanthal iaitu yang berjaya terselamat dari keracunan pada ketika itu.

Asa Hon menjalinkan hubungan dengan Ragaz dan melahirkan anak yang diberi nama Eunseom . 
Namun hubungan mereka berdua tidak kekal kerana Ragaz akhirnya dibunuh oleh Tagon yang merupakan anak kepada Sanung Niruha yang merupakan ketua Puak Sanyeok. 



Menariknya puak Neanthal selain daripada kekuatan yang mereka miliki, darah mereka juga berwarna biru dan apabila marah, mata dan urat mereka juga bertukar berwarna biru. Dari jauh lahi memang dapat di ketahui jika orang tersebut adalah dari Puak Neanthal. Jadi di sebabkan Asa Hon melahirkan anak dari keturunan Neanthal, anak tersebut digelar sebagai Igutu yang darah nya berwarna Ungu.
Seperti Neanthal, Igutu juga mempunyai tahap kebijaksanaan dan kekuatan yang tinggi yang sukar dilawan oleh manusia biasa.

Jadi watak Eunseom merupakan watak yang dipegang oleh Song Joong Ki. Dia dan ibunya Asa Hon mencari jalan untuk merentasi kawasan yang berkawah panas untuk ke Iark dimana mereka lebih selamat disana tanpa diburu oleh Arthdal. Namun ibu Eunseom akhirnya menemui ajal kerana kecederaan yang dialami selepas berjaya merentasi kawasan yang berkawah api tersebut. Selepas ketiadaan ibunya , Eunseom tinggal dan membesar bersama Suku Wahan. Eunseom dan Tanya dilahirkan pada hari dan waktu yang sama iaitu semasa Komet jatuh dari langit.
Menurut kepercayaan masyarakat masa tu, sesiapa yang lahir sewaktu jatuhnya komet, orang tersebut mempunyai kelebihan yang tersendiri. Tanya merupakan pewaris dari ibu nya yang merupakan keturunan Ibu Serigala Putih yang merupakan penjaga suku Wuhan.



Kegembiraan Suku Wuhan bertukar tragis apabila mereka telah di tangkap oleh Tagon, pewaris takhta Sanyeok Tribe. Mereka telah di bawa ke Arthdal. Tagon telah membuat jalan untuk ke Iark, Tempat tinggal Suku Wuhan, dimana dia membina jalan melalui kawasan kawah berapi.Suku Wuhan yang cuma hidup di hutan sangat terkejut dengan kemodenan Arthdal. Eunseom dalam masa yang sama cuba menyelamatkan Suku Wuhan tapi tidak berjaya .




Di Arthdal , Tanya bertemu dengan seorang lelaki Igutu yang wajah nya sama seperti Eunseom . Adakah Igutu tersebut benar-benar kembar kepada Eunseom.????? Tanya menjadi orang suruhan Saya, lelaki yang mirip Eunseom. Semasa berada di sana , Tanya sedar yang tanpa kuasa , tiada apa yang dapat dilakukan di Arthdal. Tanya berjaya mendapat nama dan kepercayaan Arthdal apabila dia di lantik menjadi pendita tertinggi di Arthdal setelah berjaya membuktikan yang dia merupakakan pewaris sebenar dari Ibu Serigala Putih yang merupakan pengasas Arthdal 200 tahun yang lalu yang telah melarikan diri ke Iark, iaitu Asa Sin. 




Walaupun Neanthal telah dihapuskan oleh Arthdal, namun masih ada dua orang Neanthal yang masih lagi hidup dan mereka berdua mencari seorang wanita Neanthal, iaitu Nunbyeol untuk mengembangkan keturunan mereka. Nunbyeol telah dibesarkan oleh manusia biasa dan bapak angkatnya adalah seorang tabib yang berjaya mengurangkan keganasan didalam diri Nunbyeol yang berdarah Neanthal. Akan tetapi seiring dengan tumbesaran , Nunbyeol bertindak ganas apabila berlaku kecemasan yang melibatkan orang yang tersayang.

Pelbagai cubaan telah dilakukan untuk menyelamatkan Suku Wahan yang akhirnya dia sendiri ditangkap dan dijual sebagai hamba di Lombong Batu Permata. Di sana beliau berpakat dengan yang lain untuk melarikan diri dan berjaya. Disana Euseom berkenalan dengan ramai kawan baru dari pelbagai suku yang banyak membantu beliau. 





Di Arthdal, Tagon mula merancang untuk membentuk kesatuan itu menjadi negara yang diperintah oleh raja iaitu dirinya sendiri. Pelbagai konflik yang timbul dan tercetusnya pergaduhan di antara ke tiga-tiga suku utama yang memerintah Arthdal. Ini termasuklah pembunuhan ayah kepada Tagon iaitu Sanung Niruha yang dibunuh olehnya sendiri. Manakala Asa Ron Niruha dibunuh disebabkan pengkhianatannya yang cuba untuk merebut takhta dari Tagon kerana beliau telah diturunkan takhta setelah perlantikan Tanya sebagai pendita tertinggi di Arthdal.






Berjayakah Eunseom menyelamatkan Tanya dan Suku Wahan ?
Adakah Tagon berjaya menjadi raja yang di segani oleh semua tanpa menyakiti insan yang dia sayangi?

Sebenarnya cerita ni tidak berakhir di Season pertama sahaja . Di khabarkan drama ini akan bersambung ke season yang ke dua . Sebab tu lah cerita dia agak tergantung .
Walaupun drama ini mendapat sambutan di kalangan penonton, tapi drama ini jugak dikritik oleh peminat-peminat Siri Game Of Throne di mana mereka berkata Arthdal Chronicle meniru gaya cerita siri televisyen tersebut. Bagi sis , meniru ataupun tidak, mungkin mereka ingin mencetuskan kelainan di dalam Genre drama korea itu sendiri yang belum pernah mengetengahkan zaman di masyarakat hidup berbilang suku dan masih percaya pada kepercayaan karut dan bergantung hidup pada roh-roh yang menguasai tempat tinggal mereka.



Sis bagi 9/10 untuk drama Korea ini sebab best sangat. Setiap episode penuh dengan debaran dan macam biasa sis marathon tengok drama ini lebih kurang dalam masa 4 hari macam tu. 
Untuk yang belom menonton drama ini. Jangan lepaskan peluang ^_^
Until then .. have a nice day everyone 




KAPASITI KAKITANGAN SEPANJANG TEMPOH KAWALAN PERGERAKAN 3.0


Assalamualaikum............
Kerajaan Malaysia baru je umumkan kapasiti kakitangan sepanjang tempoh pergerakan kawalan pergerakan 3.0 iaitu 60% di premis dan 40% di rumah. 

Untuk kakitangan kerajaan pulak 80% di rumah 20% di premis . Korang yang mana ????
Yang berharap total lockdown tu jangan berharap lagi. Dari ucapan Dato Ismail Sabri, memang tak mungkin berlaku sebab banyak keburukan dari kebaikan nya ..

Uolls rasa macam mana ????



RESIPI LAKSA JOHOR YANG SUPER MUDAH

Assalamualaikum..................
Anyeonghaseyo gais . Ketaq tangan nak menulis sebab dah lama tak aktif kat blog ni , tapi sis gagah kan juga demi peminat semua . cewah.. Omaigad bersawang teruk blog ni . Kalau dulu hari-hari update. Sis tak menjanjikan nak update hari-hari tapi kalau boleh nak update kalau berkesempatan.

Sebenarnya dah lama dah nak try masak Laksa Johor ni sendiri since di utara ni memang tak pernah jumpa langsung pun orang yang juai Laksa Johor. Nak rasa laksa Johor sedap memang kena pergi ke Johor la kan ... My favourite laksa johor tu of course la di restoren Banana Cafe yang terletak di Taman Sri Pulai Perdana which is dulu tu memang regular kat situ. Sis pernah duduk di Johor selama tiga tahun walaupun rasa macam baru sangat-sangat. Apa yang boleh sis katakan , tinggal kat Johor ni memang best. Serius kalau diberi peluang untuk bekerja di Johor lagi, sis memang sanggup.

Back to cerita pasal Laksa ni, actually sebelum ni macam dengar-dengar susah gila nak buat laksa ni. Jadi sebab tu lah memang tak pernah di buat. Tup tup hari tu terjumpa resipi kat Youtube . Apa lagi terus buat and yes, Menjadi .. Tersenyum lebar makan... Resipi ni kredit kepada Youtube Channel Masak apa Bossku. Sis ada perkurang dan perbetul ikut citarasa sis sendiri.


LAKSA JOHOR


Bahan-bahan 

Ikan kembung 400 gram 
(direbus dan dikisar, tulang ikan dikisar dan di tapis air nya)

(Bahan kisar dan tumis) 
bawang putih
,bawang merah,
1/2 inci halia,
 udang kering 


2 sudu cili kisar 
2 sudu serbuk kari
asam keping
sebatang serai dititik
santan 400ml
1 sudu kerisik
Spageti (secukupnya)

bahan hiasan
timun
daun kesom
bawang besar
taugeh
bunga kantan.

CARA MEMASAK

1. Tumis bahan kisar dan masukkan serai yang dititik

2. Masukkan 2 sudu cili kisar dan serbuk kari , Kacau sehingga pecah minyak

3. Masukkan isi ikan dan tulang ikan yang dikisar bersama air rebusan ikan. Kacau sebati

4. Setelah kuah mendidih , masukkan santan , kerisik dan asam keping 

5. Masak sehingga kuah menjadi pekat.

6. Sedia di hidang bersama dengan bahan hiasan

Untuk lebih memudahkan proses memasak Laksa Johor uolls boleh refer ke channel utube sis ya ... 


thanks for reading ....!!!!




BORANG KEBENARAN MERENTAS NEGERI

Assalamualaikum.
Semoga bermanfaat untuk semua 



Aku pun balik la rumah isi borang ni. Mujur la dirumah memang ada printer pa semua ..