Actually , Arthdal ni cerita mengenai apa sebenarnya ? Mesti korang nak tahu kan ....
Drama ni berkisar tentang kehidupan masyarakat di zaman dulu yang berbilang kaum dan suku.
Terdapat lebih daripada 40 suku yang membentuk kesatuan yang di beri nama Arthdal.
Arthdal telah di tubuhkan oleh Asa Sin iaitu seorang pendita tertinggi yang telah melantik Aramun Haesula sekitar 200 tahun yang lalu. Dikatakan kan Aramun Haesula akan di lahirkan semula di zaman sekarang dan akan menjadi pemerintah terulung di Arthdal.
Arthdal didominasi oleh suku yang terkuat iaitu Suku Sanyeok, Suku White Mountion dan Suke Hae. Mereka disegani oleh suku kaum lain dan hidup aman damai dengan perkembangan Teknologi dan Kemudahan yang dinikmati dengan adil dan saksama walaupun terdapat kasta dan taraf dikalangan penduduk di sana. Ini kerana terdapat sistem penghambaan di kalangan masyarakat di sini.
Suku Sanyeok terkenal dengan ketenteraannya yang kuat dan terlatih yang di gelar dengan nama Daekan Force. Daekan force diketuai oleh Tagon dan mereka telah bersama dengan Tagon dalam siri penaklukan tanah yang di buat untuk membesarkan jajahan Arthdal. Suku Sanyeok adalah ketua kesatuan ini dan diketuai oleh ayah Tagon iaitu Sanung Niruha dan beliau mempunyai dua orang anak iaitu Tagon dan abg nya.
Suku White Mountain merupakan pendita yang menjadi perantara di antara mereka dengan tuhan yang mereka sembah pada ketika itu. Suku White Mountain di ketuai oleh Asa Ron Niruha yang merupakan pendita tertinggi di Arthdal.
Suku Hae adalah suku yang menguasai bidang penciptaan senjata dari Tembaga. Setiap senjata yang digunakan untuk tujuan ketenteraan di buat oleh suku Hae yang diketuai oleh Mihol. Hanya beliau sahaja yang tahu tentang ilmu melebur tembaga untuk dijadikan pedang dan alat senjata yang lain. Mihol mempunyai seorang anak perempuannya Thealla ,yang telah dijadikan pengintip sejak kecil lagi untuk menggoda Sanung Niruha walaupun akhirnya dia jatuh cinta pada Tagon kerana nasib mereka berdua sama iaitu di pergunakan oleh bapa mereka sendiri demi kepentingan.
Di sebab kan ketamakan mereka untuk menguasai seluruh tanah jajahan, mereka sanggup berbunuh sesama kaum dan suku yang lain. Salah satu nya adalah Neanthal. Neanthal merupakan suku dan puak yang sangat ganas dan gagah. Ibarat Seorang Neanthal mampu berlawan dengan 20 orang biasa dalam satu masa.
Disebabkan kawasan yang dimiliki oleh mereka merupakan kawasan tanah yang sangat subur, Pihak pentadbiran Arthdal cuba berbincang secara baik untuk bergabung dengan mereka tapi usul itu telah di tolak secara baik.
Ini menyebab pemerintah Arthdal tidak berpuas hati lalu menghantar utusan mereka iaitu Asa Hon yang membawa hadiah berupa bekalan makanan yang akhirnya meracuni seluruh kaum Neanthal yang gagah. Asa Hon pada ketika itu tidak bersetuju dengan tidakan itu lalu dia tidak pulang ke Arthdal, malah tinggal bersama dengan salah seorang tunggak Neanthal iaitu yang berjaya terselamat dari keracunan pada ketika itu.
Asa Hon menjalinkan hubungan dengan Ragaz dan melahirkan anak yang diberi nama Eunseom .
Namun hubungan mereka berdua tidak kekal kerana Ragaz akhirnya dibunuh oleh Tagon yang merupakan anak kepada Sanung Niruha yang merupakan ketua Puak Sanyeok.
Menariknya puak Neanthal selain daripada kekuatan yang mereka miliki, darah mereka juga berwarna biru dan apabila marah, mata dan urat mereka juga bertukar berwarna biru. Dari jauh lahi memang dapat di ketahui jika orang tersebut adalah dari Puak Neanthal. Jadi di sebabkan Asa Hon melahirkan anak dari keturunan Neanthal, anak tersebut digelar sebagai Igutu yang darah nya berwarna Ungu.
Seperti Neanthal, Igutu juga mempunyai tahap kebijaksanaan dan kekuatan yang tinggi yang sukar dilawan oleh manusia biasa.
Jadi watak Eunseom merupakan watak yang dipegang oleh Song Joong Ki. Dia dan ibunya Asa Hon mencari jalan untuk merentasi kawasan yang berkawah panas untuk ke Iark dimana mereka lebih selamat disana tanpa diburu oleh Arthdal. Namun ibu Eunseom akhirnya menemui ajal kerana kecederaan yang dialami selepas berjaya merentasi kawasan yang berkawah api tersebut. Selepas ketiadaan ibunya , Eunseom tinggal dan membesar bersama Suku Wahan. Eunseom dan Tanya dilahirkan pada hari dan waktu yang sama iaitu semasa Komet jatuh dari langit.
Menurut kepercayaan masyarakat masa tu, sesiapa yang lahir sewaktu jatuhnya komet, orang tersebut mempunyai kelebihan yang tersendiri. Tanya merupakan pewaris dari ibu nya yang merupakan keturunan Ibu Serigala Putih yang merupakan penjaga suku Wuhan.
Kegembiraan Suku Wuhan bertukar tragis apabila mereka telah di tangkap oleh Tagon, pewaris takhta Sanyeok Tribe. Mereka telah di bawa ke Arthdal. Tagon telah membuat jalan untuk ke Iark, Tempat tinggal Suku Wuhan, dimana dia membina jalan melalui kawasan kawah berapi.Suku Wuhan yang cuma hidup di hutan sangat terkejut dengan kemodenan Arthdal. Eunseom dalam masa yang sama cuba menyelamatkan Suku Wuhan tapi tidak berjaya .
Di Arthdal , Tanya bertemu dengan seorang lelaki Igutu yang wajah nya sama seperti Eunseom . Adakah Igutu tersebut benar-benar kembar kepada Eunseom.????? Tanya menjadi orang suruhan Saya, lelaki yang mirip Eunseom. Semasa berada di sana , Tanya sedar yang tanpa kuasa , tiada apa yang dapat dilakukan di Arthdal. Tanya berjaya mendapat nama dan kepercayaan Arthdal apabila dia di lantik menjadi pendita tertinggi di Arthdal setelah berjaya membuktikan yang dia merupakakan pewaris sebenar dari Ibu Serigala Putih yang merupakan pengasas Arthdal 200 tahun yang lalu yang telah melarikan diri ke Iark, iaitu Asa Sin.
Walaupun Neanthal telah dihapuskan oleh Arthdal, namun masih ada dua orang Neanthal yang masih lagi hidup dan mereka berdua mencari seorang wanita Neanthal, iaitu Nunbyeol untuk mengembangkan keturunan mereka. Nunbyeol telah dibesarkan oleh manusia biasa dan bapak angkatnya adalah seorang tabib yang berjaya mengurangkan keganasan didalam diri Nunbyeol yang berdarah Neanthal. Akan tetapi seiring dengan tumbesaran , Nunbyeol bertindak ganas apabila berlaku kecemasan yang melibatkan orang yang tersayang.
Pelbagai cubaan telah dilakukan untuk menyelamatkan Suku Wahan yang akhirnya dia sendiri ditangkap dan dijual sebagai hamba di Lombong Batu Permata. Di sana beliau berpakat dengan yang lain untuk melarikan diri dan berjaya. Disana Euseom berkenalan dengan ramai kawan baru dari pelbagai suku yang banyak membantu beliau.
Di Arthdal, Tagon mula merancang untuk membentuk kesatuan itu menjadi negara yang diperintah oleh raja iaitu dirinya sendiri. Pelbagai konflik yang timbul dan tercetusnya pergaduhan di antara ke tiga-tiga suku utama yang memerintah Arthdal. Ini termasuklah pembunuhan ayah kepada Tagon iaitu Sanung Niruha yang dibunuh olehnya sendiri. Manakala Asa Ron Niruha dibunuh disebabkan pengkhianatannya yang cuba untuk merebut takhta dari Tagon kerana beliau telah diturunkan takhta setelah perlantikan Tanya sebagai pendita tertinggi di Arthdal.
Berjayakah Eunseom menyelamatkan Tanya dan Suku Wahan ?
Adakah Tagon berjaya menjadi raja yang di segani oleh semua tanpa menyakiti insan yang dia sayangi?
Sebenarnya cerita ni tidak berakhir di Season pertama sahaja . Di khabarkan drama ini akan bersambung ke season yang ke dua . Sebab tu lah cerita dia agak tergantung .
Walaupun drama ini mendapat sambutan di kalangan penonton, tapi drama ini jugak dikritik oleh peminat-peminat Siri Game Of Throne di mana mereka berkata Arthdal Chronicle meniru gaya cerita siri televisyen tersebut. Bagi sis , meniru ataupun tidak, mungkin mereka ingin mencetuskan kelainan di dalam Genre drama korea itu sendiri yang belum pernah mengetengahkan zaman di masyarakat hidup berbilang suku dan masih percaya pada kepercayaan karut dan bergantung hidup pada roh-roh yang menguasai tempat tinggal mereka.
Sis bagi 9/10 untuk drama Korea ini sebab best sangat. Setiap episode penuh dengan debaran dan macam biasa sis marathon tengok drama ini lebih kurang dalam masa 4 hari macam tu.
Untuk yang belom menonton drama ini. Jangan lepaskan peluang ^_^
Until then .. have a nice day everyone
nak tgk tp tak rasa nak tgk. acanoo haha
ReplyDeletetengok la tengok la sila la tengok
Delete