Followers

KOREAN DRAMA REVIEW - VINCENZO

Assalamualaikum ...................
Anyeonghaseyo beautiful people and welcome back to my blog.
Baru je habis menonton drama Korea bertajuk Vincenzo.
Sebenarnya , I am not a big fan of Song Jong Ki , but not that I hate him either .
So there is no love hate relationship between me and him to be exact ^_^
Just tengok je cerita ni sebab masa tu memang tak tau nak tengok ceta apa plus cerita ni memang tengah hot kat Netflix . so why not give it a try kan ^_^
Cerita apa pun yang kita nak tengok, make sure tengk first episode sebelum membuat sebarang tanggapan.


So watak utama dalam cerita ni sudah tentunya Song Jong Ki yang membawa watak Vincenzo Cassano. Seorang lelaki yang dilahirkan di Korea dan dibesarkan di Itali.
Beliau telah menjadi anak angkat keluarga Cassano di Itali dimana ibunya telah menyerahkan dia kepada Rumah Anak Yatim ketika dia berumur 8 tahun.
Masa di Itali, Vincenzo adalah seorang Mafia yang disegani dengan gelaran consigliere.

Vincenzo berangkat ke Korea setelah ketua Mafia Don Fabio di Itali meninggal dunia. Sebelum itu, dia berjaya membalas dendam kepada Paulo, anak kepada Don Fabio yang cuba membunuhnya.
Tujuan beliau ke Korea adalah untuk mengambil emas kepunyaan salah seorang client nya , Wang Shaolin yang merupakan seorang ahli perniagaan yang berasal dari China. 
Wang Shaolin telah meninggal dunia disebabkan oleh serangan jantung. 
Semua emas milik Wang shaolin tertanam di bawah tanah , di bawah bangunan milik Vincenzo iaitu Plaza Geumga. Untuk membuka pintu ke bahagian bawah tanah tersebut, Imbasan iris mata Wang Shaolin harus digunakan. Namun disebabkan Wang Shaolin telah meninggal dunia, maka , Vincenzo terpaksa mengambil keputusan untuk meruntuhkan bangunan Plaza Geumga



Setiba nya di South Korea, Vincenzo bertemu dengan Mr Cho,bekas pekerja Wang Shaolin. 
Hanya mereka berdua sahaja yang tahu akan keberadaan emas tersebut. 
Untuk mengambil emas tersebut,Vincenzo terpaksa menguruskan penyewa yang berada di bangunan berkenaan. Vincenzo bercadang untuk memindahkan mereka semua ke bangunan baru untuk sementara waktu dan selepas bangunan dirobohkan, dia akan membina semula bangunan yang baru.
Ketika pertemuan pertama bersama penyewa, Vincenzo di sambut dengan hambar.
Sementara itu ada syarikat yang diberi nama Babel ingin memiliki bangunan itu secara haram. Mereka membeli bangunan tersebut secara paksa dengan cuba memeras ugut Mr Cho dan keluarganya.
Mr Cho yang pada ketika itu tidak mempunyai pilihan yang lain terpaksa menandatangani perjanjian.
Syarikat Babel merancang untuk membina Babel Tower di atas tanah dimana bangunan Plaza Geumga berada.



Disebabkan konflik ini, Vincenzo menjalinkan hubungan baik dengan Peguam Hong Yu Chan. Hong Yuchan merupakan seorang peguam yang membela nasib orang susah yang selalu ditindas oleh golongan kaya dan mampu membeli perundangan. Walaupun begitu Peguam HOng Yu Chan tidak pernah berputus asa membela nasib golongan bawahan. Beliau berkata dia sanggup mati demi mempertahankan hak mereka. Peguam Hong Yu Chan banyak mengendalikan kes yang berkaitan dengan Syarikat Babel yang merupakan sebuah syarikat yang mengeluarkankan ubat-ubatan dan bahan kimia. Mereka tidak menjaga kebajikan pekerja sehingga pekerja mereka banyak terlibat di dalam kemalangan industri dimana mereka menjadi sakit disebabkan terdedah kepada bahan kimia secara berlebihan dan menyebabkan sakit yang berpanjangan. Syarikat Babel juga bersubahat dengan doktor untuk memalsukan rekod kesihatan.



Peguam Hong Yu Chan mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Hong Cha Yong. Watak Hong Cha Yong dilakonkan oleh pelakon Jeon Yeo Been. 
Hong cha Yong merupakan seorang peguam di Firma Guaman Wusang yang merupakan syarikat guaman rasmi yang dilantik oleh Syarikat Babel.
Di sebabkan itu, dia dan ayahnya bermusuhan kerana prinsip mereka tidak sama.
Hong Cha yong pada ketika itu lebih memandang kepada kebendaan manakala ayahnya pula lebih mementingkan keadilan untuk orang yang teraniaya.

Kebimbangan Vincenzo menjadi kenyataan apabila Peguam Hong Yu Chan telah di bunuh secara terancang oleh syarikat Babel. Vincenzo yang pada ketika itu berada bersama Peguam Hong Yu Chan turut tercedera dan terpaksa dirawat di Hospital selama 10hari.
Setelah kematian Peguam Hong Yu chan, anaknya Hong Cha Young mengambil keputusan untuk berhenti kerja dari Firma Guaman Wusang. 
Ini kerana Hong Cha Yong tahu yang Firma Guaman Wusang yang menjadi dalang kematian ayah nya.
Majikannya Han Seung Hyuk yang dilakonkan oleh Jo Han Chul pada mula nya tidak bersetuju dengan pengunduran Hong Cha Yong. Akan tetapi setelah Hong Cha Yong berkeras untuk tetap berhenti dari kerja, Han Seung Hyuk terpaksa melepaskan dia pergi.
Kebetulan pada ketika itu, Firma Guaman tersebut telah melantik seorang peguambela yang baru iaitu Choi Myung Hee, yang merupakan dalang utama dalam kes kematian ayah Hong Cha Yong.



Bermula dari detik itu, Vincenzo dan Hong Cha Yong menjadi rakan seperjuangan untuk menyelesaikan apa yang ayah nya mulakan. Mereka merancang membalas dendam kepada Syarikat Babel yang banyak menyusahkan pekerja-pekerjanya dan penduduk setempat.
Syarikat Babel pada ketika itu merancang untuk mengeluarkan ubat tahan sakit yang mengandungi dadah dan mampu membuatkan ketagihan.
Mereka berharap dapat menghalang niat buruk Syarikat Babel.

Pelbagai dugaan dan rintangan terpaksa ditempuh oleh mereka dalam menjayakan misi mereka.
Vincenzo menggunakan taktik mafia untuk membalas dendam kepada Syarikat Babel. 
Salah satunya dengan membakar kilang ubatan milik syarikat Babel dan Syarikat Babel mengalami kerugian yang teruk disebabkan kejadian itu. Justeru mereka berdendam dengan Vincenzo.
 Vincenzo berkali-kali di ancam bunuh oleh Syarikat Babel tapi dia berjaya mengatasi dengan kepintaran dan ketangkasan beliau. 
Vincenzo dan penduduk Plaza Geumga yang lain juga semakin rapat dan mereka turut membantu dalam menangani musuh yang sangat Jahat dan tidak bertimbang rasa iaitu syarikat babel.
Mereka sanggup bergadai nyawa demi membantu Vincenzo merealisasikan segala perancangan untuk menjatuhkan syarikat Babel



Syarikat Babel di pengerusikan oleh Jang Hyeon Su yang dibintangi oleh Kwak Dong Yeon.
Dia adalah ibarat pengerusi yang hanya bertindak sebagai boneka yang dimanipulasi oleh abang sulung nya Jang Hyeon Seok yang amat digeruni oleh beliau. 
Jang Hyeon Seok bersembunyi di sebalik tabir kerana tidak mahi identitinya diketahui oleh orang ramai.
Jang Hyeon Seok tidak mahu bertanggungjawab atas segala kejahatan yang dilakukan. 
Dia menyamar sebagai Jang Joon Woo dan bekerja sebagai pelatih di Firma Guaman Wusang.
Watak ini dibawa oleh Ok Taecyon. Salah satu watak yang menjengkelkan dan menyakitkan hati sis!
Pada mulanya dia menyembunyikan identiti tetapi dengan nasihat Peguam Choi Myeong Hee, dia mendedahkan identitinya. 

Kejahatan Syarikat Babel dan pengerusinya tidak berhenti disitu saja.
Mereka sanggup membunuh ibu Vincenzo yang ketika itu sedang sarat dengan penyakit kansernya yang sudah berada di tahap empat. Vincenzo naik berang kerana pada ketika itu dia sudah rapat dengan ibu nya yang dah lama terpisah dan menunggu masa untuk memperkenalkan dirinya kepada ibunya walaupun ibunya telah lama mengetahui dia adalah anak nya . 
Vincenzo berjanji akan menuntut bela di atas kematian ibunya dan akan membunuh mereka yang terlibat dalam keadaan yang lebih kejam



Untuk drama ini, sis bagi 10/10 sebab drama ini ada banyak elemen yang diselitkan. Tidak hanya berkisar tentang action and thrilled sahaja tetapi juga diselitkan element komedi.
Drama ini memang sesuai di tonton oleh seisi keluarga especially time lockdown dan pkp dimana kita banyak menghabiskan masa di rumah ^_^

Kesimpulan dari drama ini yang sis boleh buat ialah, Di dunia ini manusia yang terang-terangan jahat belum tentu lebih jahat dari orang yang tak disangka jahat.
Contoh nya Vincenzo walaupun dia seorang Mafia , tapi sifat belas dan ihsan nya masih ada berbanding Peguam syarikat Babel dan Pemilik syarikat Babel itu sendiri.
Seseorang tu boleh berubah menjadi orang yang baik asalkan bertekad dan berkemahuan untuk menjadi baik. Apabila kita baik dengan orang lain, ramai yang akan membantu kita 



So berjayakah Vincenzo mendapatkan emas yang disimpan di bawah tanah ?
Adakah Vincenzo dan Hong Cha Yong berjaya menyambung kerja tertunggak yang belum sempat diselesaikan oleh Peguam Hong Yu Chan?
Apakah pembalasan yang penjahat Babel dapat setelah melakukan pelbagai kejahatan ??
yang ni uolls kena tengok sendiri lah ye ..

Until then.... Have a nice day everyone !









2 comments:

  1. fav drama jugakkk. best kan citer niii

    ReplyDelete

Each Comment from u guys means a lot to me.. thanXX!!